You are on page 1of 1

Ruj : SKJHT2 800-2/5/12 ( )

Tarikh : 9 Oktober 2017


Kepada:
Ibubapa/Penjaga
SK Jalan Hang Tuah (2)
Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

MAKLUMAN DAN KEBENARAN MENYERTAI PROGRAM TID BOLA SEPAK

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan/puan telah terpilih untuk mengikuti program
mengenalpasti bakat (TID) ke SSN WP Kuala Lumpur. Butiran lanjut seperti berikut:

Tarikh : 10.10.2017 ( Selasa )


Tempat : Stadium Mini Permaisuri
Masa : 8.00 pagi -12.00 tengah hari
Pakaian : Kelengkapan Bola Sepak

3. Sehubungan itu, pihak sekolah amat berharap agar pihak tuan/puan dapat membenarkan anak
jagaan tuan/puan bagi menghadirkan diri ke program tersebut. Pihak sekolah akan berusaha untuk menjaga
keselamatan anak tuan/puan sepanjang program
ini dilaksanakan.

4. Kerjasama daripada tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

____________________________________
(MOHAMAD ZAMHURI BIN MOHAMAD YATIM)
Guru Besar,
SK Jalan Hang Tuah (2),
Kuala Lumpur.

You might also like