You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA PENDIDIKAN SENI VISUAL

KALI KETIGA - 2017

Tarikh : 8 November 2017

Masa : 1.00 tengah hari (Rabu)

Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran : 1. Pn. Jamilah Bt Shamsudin (PK 1)

2. Pn. Salina Bt Md Saad

3. En. Mohd Tajuladnan Bin Tajuddin

4. Pn. Mazwen Shah Bt Abdul Aziz

5. Pn. Zurida Bt Ahmad

6. Pn. Norazmanida Bt Mahamud

PANITIA PSV SK RKT LASAH 1


BIL AGENDA / PERKARA

1. UCAPAN PENGERUSI :

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah.

1.2 Ketua Panitia mengalu-alukan kedatangan semua anggota Panitia Pendidikan Seni
Visual dan mengucapkan terima kasih kerana menghadiri Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni
Visual kali ketiga bagi sesi 2017.

Tindakan : Makluman

2. UCAPAN GURU PENOLONG KANAN 1 (PN. JAMILAH BT SHAMSUDIN) :

2.1 Pn. Jamilah mengucapkan tahniah kepada semua guru PSV/DSV kerana dapat menjalankan
mesyuarat ketiga sesi 2017.

2.2 Beliau mencadangkan agar hasil seni murid yang kreatif dan cantik disimpan oleh guru sebagai
rujukan dan contoh.

Tindakan : Makluman

3. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3.1 Pn. Norazmanida selaku setiausaha panitia membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

3.2 Dicadangkan oleh : En. Mohd Tajuladnan Bin Tajuddin


Disokong oleh : Pn. Zurida Bt Ahmad

4. PERKARA BERBANGKIT

- Tiada –

5. ANALISA PKSR 2

TAHUN BILANGAN GRED GRED GRED GRED GRED MENGUASAI


CALON A B C D E

Daftar Ambil T Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %


H
1 36 36 0 13 36.11 13 36.11 10 27.78 0 0 0 0 36 100

2 26 26 0 5 19.23 10 38.46 11 42.31 0 0 0 0 26 100

3 39 39 0 22 56.41 12 30.77 5 12.82 0 0 0 0 39 100

PANITIA PSV SK RKT LASAH 2


4 33 33 0 15 45.4 17 51.6 1 3 0 0 0 0 33 100

5 48 48 0 8 16.7 26 54.2 14 29.1 0 0 0 0 48 100

6 44 44 0 25 56.8 19 43.2 0 0 0 0 0 0 44 100

5.1 Pengerusi meminta guru-guru PSV/DSV menyediakan soalan seminggu lebih awal supaya mudah
murid membuat persediaan.

5.2 Soalan-soalan hendaklah diserahkan kepada Ketua Panitia atau Setiausaha untuk disimpan di
dalam fail/bank soalan.
Tindakan : Guru-guru PSV/DSV

6. HAL – HAL LAIN

6.1 Pn.Jamilah sekali lagi mengingatkan guru-guru jangan lupa mengenalpasti bakat dan kreativiti
murid dalam seni lukis.

6.2 Pengerusi meminta agar guru-guru dapat menyenaraikan bahan dan alatan yang perlu untuk
digunakan pada tahun hadapan.
Tindakan : Guru-guru PSV/DSV

7. UCAPAN PENANGGUHAN :

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan sepanjang tahun 2017.

Mesyuarat diakhiri dengan surah Al-Asr.


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2. 15 petang.

Disediakan oleh ; Disemak oleh;

……………………………………… …………………………..
(PN. NORAZMANIDA BT MAHAMUD) (PN. SALINA BT MD SAAD)
Setiausaha Panitia Pendidikan Seni, Ketua Panitia Pendidikan Seni,
S.K. RKT Lasah. S.K. RKT Lasah.

Disahkan oleh ;

………………………………………
(PN. JAMILAH BT SHAMSUDIN)
Penolong Kanan 1,
S.K. RKT Lasah.

PANITIA PSV SK RKT LASAH 3


PANITIA PSV SK RKT LASAH 4

You might also like