You are on page 1of 13

FAKTOR

Di samping itu ,masalah kewangan Pahang merupakan juga factor


pemeterian persekutuan berlaku.Pada mulanya british menganggap
Pahang sebagai sebuah negeri yang kaya dengan hasil semula jadi
tetapi ternyata semakin meleset.Pahang mempunyai bentuk muka
bumi yang dilitupi hutan yang tebal dan sistem perhubungan yang
terbatas .Hal ini menyebabkan hasil semula jadinya ,contohnya emas
dan iji timah susah untuk dimajukan .Akibatnya ,Pahang sering
menghadapi masalah tentang kewangan.Kewangan Pahang menjadi
semakin teruk kerana jumlah hutang yang perlu ditanggung semakin
meningkat kerana perbelanjaan tambahan yang perlu
ditanggung.Bagi mengatasi masalah yang berlaku ini pihak british
erlu membuat keputusan samaa untuk melepaskan negeri Pahang
daripada penguasaannya atau membiayai pentadbiran Pahang
dengan cara pinjama daripada negeri –negeri selat.

Seterusnya , faktor keselamatan juga adalah punca berlakunya


pemeteriaan persetiaan ini.Pihak british mencadangkan supaya
mewujudkan satu pasukan keselamatan untuk menjaga dan
mempertahankan keselamatan negeri –negeri melayu daripada
ancaman musuh daripada kuasa luar dan dalam.Ini juga dapat
memperkukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan negeri –
negeri melayu.Semasa berlakunya penentangan masyarakat
tempatan I negeri Pahang dan perak pihak british terpaksa
pertolongan daripada tentera singapura ,hong kong dan india bagi
menyelesaikan masalah ini.Akibatnya , pihak british terpaksa
mengeluarkan jumlah wang yang besar untuk mengupah tentera –
tentera tersebut.Hasilnya pihak british tidak perlu meminta bantuan
dari luar sekaligus menjimatkan wang.
Perkongsian perkhidmatan pakar adalah juga salah satu punca
pemeterian persetian berlaku. Pihak british ingin menggabungkan
negeri – negeri melayu supaya dapat menjimatkan kos perkhidmatan
pakar. Contoh perkhidmatan pakar adalah seperti jurutera , juruukur
dan doctor.Selain itu, british ingin menghubungkan sistem
perhubungaan diantara negeri – negeri melayu untuk
dimajukan.Contohnya ,pelakasanaan landasan keretaapi dan jalan
raya.Hal ini kerana sistem perhubungan dapat dilakukan jika ada
persafahaman diantara dua pihak .
Jawapan Faktor Pemeteraian Persetiaan Persekutuan 1895

Terdapat empat faktor utama yang menjadi punca utama pemeteraian


Persetiaan Persekutuan 1895. Antara 4 faktor tersebut adalah Kelemahan
Pelaksanaan Sistem Residen, Krisis Kewangan Pahang, Perkongsian
Perkhidmatan Pakar, Faktor Keselamatan dan Sistem Perhubungan.

Kelemahan sistem Residen antara salah satu faktor terjadinya perjanjian


Persekutuan 1895 (1 Markah). Sistem Residen adalah meletakkan satu
kuasa petabdiran iaitu Residen bagi menggantikan kuasa Mutlak Sultan di
empat jajahan Bristish dibawah Negeri Negeri Melayu Bersekutu iaitu
Selangor, Pahang, Melaka dan Perak (1 Markah). Pada awalnya Residen
memainkan peranan sebagai penasihat Sultan. Dibawah sistem ini,
Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas mentabdir
negeri Melayu (1 Markah). Justeru, menyebabkan Residen lebih berkuasa
menyebabkan Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal
kuasa Residen. Selain itu, pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana
mempunyai undang-undang sendiri (1 Markah). Contohnya di Perak,
Residen J.W.W Birch pada November 1874 telah dibunuh oleh orang
melayu gara-gara beliau melaksanakan undang-undang sendiri. Orang
melayu tidak menyenagi JWW Birch kerana Birch mentadbir negeri tanpa
mengambil tahu peraturan kerajaan negeri yang telah lama diamalkan.
Beliau juga tidak berusaha belajar adat resam orang Melayu dan Raja-raja
Melayu (1 Markah).

Antara faktor lain adalah Krisis Kewangan Pahang (1 Markah). Negeri


Pahang terpaksa menanggung hutang yang banyak kerana kebangkitan
rakyat menentang British (1 Markah). Selain itu juga, Pahang merupakan
negeri miskin dengan jumlah penduduk dan hasil bumi yang kurang (1
Markah). Dengan menggabungkan negeri Pahang dengan negeri yang
kaya, masalah kewangan dapat diringankan (1 Markah). Oleh itu, Britih
telah menggabungkan Pahang dengan Selangor, Perak dan Negeri
Sembilan dibawah satu kerajaan persekutuan. (1 Markah)
Faktor keselamatan juga antara salah satu faktor penyumbang kepada
Pemeteraian Persetiaan Persekutuan 1895 (1 Markah). Kerajaan British
bercadang mewujudkan satu pasukan keselamatan yang bertujuan untuk
mempertahankan negeri-negeri Melayu daripada ancaman kuasa luar dan
dalam (1 Markah). Semasa berlaku penentangan masyarakat tempatan di
Pahang dan Perak, British terpaksa meminta bantuan tentera daripada
Singapura, Hongkong, dan India (1 Markah). Oleh itu, British terpaksa
mengeluarkan wang untuk mengupah tentera tersebut (1 Markah).
Kewujudan pasukan tentera Persekutuan British telah memudahkan
pentadbiran British tanpa meminta bantuan dari luar (1 Markah).

Perkongsian Perkhimatan Pakar juga antara faktor yang membentuk


persekutuan bagi negeri negeri melayu bersekutu (1 Markah). British ingin
mengabungkan negeri negeri Melayu agar dapat menjimatkan kos tenaga
pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor (1 Markah). Selain itu, sistem
perhubungan (1 Markah) diantara negeri negeri Melayu Bersekutu dapat
dimajukan. Contohnya seperti pelaksanaan jalan raya dan kereta api boleh
dilaksanakan sekiranya pentadbiran persekutuan ditubuhkan (1 Markah).
Ini kerana sistem perhubungan hanya boleh berlaku jika ada persefahaman
diantara dua buah kuasa (1 Markah).

Sumber: Faktor Pemeteraian Perjanjian Persekutuan 1895 Sejarah PT3 |


melvister.com

PERKAITAN PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN DAN KEDAULATAN MALAYSIA


1. Konsep federalisme (persekutuan) di Malaysia diguna pakai sejak 1896
2. Konsep federalisme yang dilaksanakan British itu telah berjaya mengubah landskap pembangunan di
kesemua negeri terlibat. Banyak masalah dapat diatasi melalui pemerintahan berpusat berkenaan
3. Ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957, kesemua negeri-negeri di Tanah Melayu
menandatangani perjanjian persekutuan dan menerima kewujudan negara yang dikenali sebagai
‘Persekutuan Tanah Melayu’ dengan kerajaan pusatnya berada di Kuala Lumpur
4. Peruntukan asal Perlembagaan Perkara 1 (1), PerlembagaanPersekutuan 1957 dengan jelas
menyatakan bahawa ‘Persekutuan hendaklah dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu
(Federation of Malaya)
5. Konsep federalisme (persekutuan) menonjolkan ciri-ciri pembahagian kuasa antara kerajaan pusat
dan kerajaan negeri seperti masa kini
6. Dari segi praktiknya, kerajaan pusat mempunyai bidang kuasa memerintah melalui Dewan Rakyat,
manakala kerajaan negeri pula melalui Dewan Undangan Negeri. Di antara kuasa-kuasa yang ada
pada kerajaan pusat adalah kewarganegaraan Persekutuan, hubungan luar, pertahanan,
keselamatan dalam negeri, kewangan, pendidikan, perdagangan dan industri
7. Antara lain unsur penting dalam sistem federalisme di Malaysia ialah ketua negara adalah Yang di-
Pertuan Agong
8. Institusi Yang di-Pertuan Agong dibentuk setelah negara mencapai kemerdekaan dan Perlembagaan
Persekutuan diperkenalkan
9. Di peringkat negeri , Sultan-sultan Melayu, Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri adalah ketua
kerajaan bagi negeri yang baginda warisi
10. Konsep federalisme yang diperkenalkan sejak merdeka masih lagi berjalan dengan berkesan di
Malaysia. Prinsip pengasingan kuasa bagi tiga badan utama iaitu badan eksekutif, badan
perundangan dan badan kehakiman masih lagi berjalan dengan baik. Kedudukan Yang di-Pertuan
Agong masih lagi kukuh dan dapat berfungsi dengan baik

Pautan sumber : http://www.mysumber.com/perkaitan-pembentukan-persekutuan-dan-


kedaulatan-malaysia.html#ixzz3f6yQQ0CA
KESAN
Pemeteraian persetian ini dapat memberikan kesan yang dapat
mengubah pemerintahan dari segi politik,ekonomi dan sosial
masyarakat tempatan .Selepas berlakunya pemeteraian persetiaan
,terdapat beberapa usaha yang dilakukan untuk membentuk satu
pentadbiran yang teratur dan sistematik .Sebagai contoh
,penwujudanjawatan baharuseperti Penasihat unang –undang
,setiausaha hal ehal orang cina ,pesuruhjaya kehakiman dan lain –
lain .Selain itu, beberapa buah jabatan lain ditambah bagi memenuhi
pelbagai keperluan .Oleh itu terbetuklah sebuah pejabat setiausaha
di Kuala Lumpur.Antaranya ialah mahkamah-mahkamah negeri di
bawah Pesuruhjaya Mahkamah.Negeri-negeri yang kaya seperti
Perak an Selangor telah mula mengakui bahawa mereka
bertanggungjawab untuk membantu negeri –negeri yang kurang
mewah dan berpendapatan rendah .Sebagai contoh Negeri Sembilan
dan Pahang

Dari segi ekonomi pula telah menyebabkanPerkembanagn ekonomi


yang pesat di negeri - negeri melayu bersekutu .Iatelah membawa
kepada kestabilan ekonomi.Sistem perhubungang yang sedia ada
antaranya ialah jalan ray dan landasan keretapi boleh disambungkan
antara negeri –negeri yang lain.Sebagai contoh landasan keretapi
yang sebelum ini hanya menghubungkan Taiping ke Port Wel an
Kuala Lumpur ke Port Swettenham telah berjaya diperluaskan ke
negeri – negeri yang lain.Pembinaan jalan raya diperluaskan dengan
menghubungkan Bandar –bandar penting antaranya Perai,Ipoh,Kuala
Lumpur dan Seremban.Selain itu ,ia juga telah meyakinkan pelabur
eropah dan golongan saudagar Cina di negeri-negeri selat .Pelabur
eropah telah melabur modal dalam sektor perladangan dengan
komersial lebih-lebih lagi dalam penanaman getah .Kegiatan
melombong biji timah dan pertanian lading getah telah bertambah
maju dan pesat dikempat-empat negeri.Hal ini telah menyebabkan
Tanah Melayu sebagai pengeluar terbesar bahan mentah di dunia.
Pemeteraian persetian ini juga telah memberikan kesan dari segi
sosial. Penubuhan Negeri-negeru melayu bersekutu telah berjaya
mewujudkan keamanan dan peraturan.Jaminan keselamatan dan
hak di sisi undang-undang telah menggalakkan semakin ramai orang
cina dan india ke tanah melayu.Hal ini kerana terdapat peluang
pekerjaan dalam bidang perkhidmatan perseketuan dan
perkembangan biji timah .Sebagai contoh , orang cina telah
melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan ekonomi seperti menjadi
buruh di lombong biji timah ,membuka kedai runcit atau
menjalankan jenis perniagaan yang lain. . Akibatnya,bilangan
penduduk di negeri –negeri melayu bersekutu bertambah dengan
pesat sekali Selain itu keatangan orang luar telah mewujudkan
masyarakat majumk di tanah melayu.Contohnya ,orang-onrang cina
dan india tadalah masyarakat yang berasingan dan tidak dapat
mengasimilasasikan diri dengan masyarakat melayu.
PEKAITAN

Terdapat beberapa pekaitan yang sama diantara pembentukan


persekutuan pada tahun 1895 dengan kedaulatan Malaysia pada
masa kini.Pertama sekali ialah pengamalan konsep federilisma
.Konsep federilisma diigunakan sejak tahun 1895 semasa negeri –
negeri melayu bersekutu diperkenalkan melalui perjanjian
persekutuan paa tahun 1895.
Contoh:

a. Kejayaan dalam sistem pemerintahan iaitu dengan mencontohi sistem birokrasi barat
 b. Kejayaan dalam pembangunan ekonomi
 c. Peningkatan kemudahan asas dan kemudahan sosial konsep Persekutuan

Konsep Persekutuan
Ditinjau dari sudut sejarah, konsep federalisme di negara kita telah wujud dan
diguna pakai sejak 1896. Ia bermula apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu diperkenalkan melalui Perjanjian Persekutuan 1895 yang
menggabungkan empat negeri yang dijajah British iaitu Selangor, Perak, Pahang
dan Negeri Sembilan di bawah satu kerajaan pusat yang diketuai oleh seorang
Residen Jeneral. Setiap negeri itu pula diketuai oleh seorang Residen yang
mentadbir berdasarkan panduan kuasa yang telah digariskan.

Sebelum itu, keempat-empat negeri tersebut diperintah oleh Residen masing-


masing dengan memiliki kuasa yang terlalu luas sehingga kemajuan dan
pembangunan di keempat-empat negeri itu tidak seimbang. Konsep federalisme
yang dilaksanakan British itu telah berjaya mengubah landskap pembangunan di
kesemua negeri terbabit. Banyak masalah dapat diatasi melalui pemerintahan
berpusat itu.
Seterusnya pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan
berasaskan prinsip federalisme bagi menggantikan Malayan Union (Kesatuan
Malaya) yang ditubuhkan pada 1946 tetapi mendapat tentangan hebat orang
Melayu. Ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957, kesemua negeri-negeri
di Tanah Melayu menandatangani perjanjian persekutuan dan menerima
kewujudan negara yang dikenali sebagai 'Persekutuan Tanah Melayu' dengan
kerajaan pusatnya berada di Kuala Lumpur.

Justeru, jika kita meneliti peruntukan asal Perlembagaan Perkara 1 (1),


Perlembagaan Persekutuan 1957 dengan jelas menyatakan bahawa 'Persekutuan
hendaklah dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu (Federation of
Malaya).' Pada 16 September 1963, idea mengenai gagasan Malaysia yang
diilhamkan Tunku Abdul Rahman pada 1961 telah dapat direalisasikan. Sabah,
Sarawak dan Singapura bersetuju untuk berada dalam Persekutuan yang dikenali
sebagai Persekutuan Malaysia.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada itu digunakan dengan
pindaan dibuat bagi membolehkan kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak.
Perkara 1 (1) Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda menyebut bahawa
'Persekutuan adalah dinamakan Malaysia dalam Bahasa Melayu dan dalam Bahasa
Inggeris'. Di dalam Perkara 1(2) disebut dengan jelas 13 buah negeri di dalam
Persekutuan. Singapura menarik diri dari Malaysia dan menjadi sebuah negara
merdeka pada 1965.

Secara mudahnya, konsep federalisme menonjolkan ciri-ciri pembahagian kuasa


antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Doktrin pengasingan kuasa juga
menetapkan wujudnya pembahagian kuasa antara tiga badan utama iaitu badan
eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Doktrin pengasingan kuasa
bertujuan memastikan setiap cabang kuasa itu tidak diganggu atau dipengaruhi
oleh cabang kuasa lain.

Ringkasnya, tiada campur tangan antara satu sama lain. Namun, check and balance
antara satu sama lain tetap berlaku mengikut peranan masing-masing. Dari segi
praktiknya, kerajaan pusat mempunyai bidang kuasa memerintah melalui Dewan
Rakyat, manakala kerajaan negeri pula melalui Dewan Undangan Negeri. Di
antara kuasa-kuasa yang ada pada kerajaan pusat adalah kewarganegaraan
Persekutuan, hubungan luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri, kewangan,
pendidikan, perdagangan dan industri.

Kuasa kerajaan negeri pula merangkumi undang-undang Islam, tanah, pertanian


dan perhutanan, kerajaan tempatan, perkhidmatan tempatan dan jentera kerajaan
negeri. Untuk memastikan tujuan, agenda dan misi negara (nasional) tercapai,
maka kerajaan negeri dan kerajaan pusat bersetuju bekerjasama dalam banyak
bidang.
Di antara kuasa bersama ialah kebajikan awam, biasiswa, taman negara dan
hidupan liar, parit dan tali air dan perkara-perkara lain yang bersangkutan.
Kerajaan atau pemerintahan pusat juga mengatur beberapa urusan yang dianggap
nasional yang perlu diikuti oleh kerajaan negeri. Pemerintah pusat mengatur polisi
nasional untuk kesejahteraan seluruh negeri dan rakyat. Bagaimanapun, kerajaan
pusat masih tetap menghormati bidang kuasa yang dimiliki oleh negeri.

Satu lagi unsur penting dalam sistem federalisme di negara kita ialah ketua negara
adalah Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Institusi YDPA dibentuk setelah negara
mencapai kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan diperkenalkan. Sebelum
itu, terdapat sembilan raja-raja Melayu yang berkuasa ke atas negeri masing-
masing. Apabila institusi YDPA diperkenalkan, maka seorang daripada mereka
akan dipilih bagi setiap lima tahun untuk memegang jawatan tersebut.
Berdasarkan Perlembagaan Negara, takhta YDPA diperoleh secara lantikan
mengikut Jadual iii Perlembagaan Malaysia. Baginda dipilih mengikut kekananan
dalam negara dan pemilihan dilakukan oleh Majlis Raja-raja. Ini bermakna Raja-
raja Melayu akan bersidang setiap lima tahun untuk memilih salah seorang
daripada mereka sebagai YDPA. Baginda adalah seorang Raja Berperlembagaan
yang melaksanakan kuasanya secara terikat mengikut perlembagaan yang telah
ditetapkan.

Baginda memerintah mengikut nasihat jemaah menteri yang diketuai oleh Perdana
Menteri. Perlu difahami bahawa Perdana Menteri boleh dilantik berdasarkan budi
bicara baginda sendiri. Baginda mempunyai beberapa keutamaan dan
keistimewaan seperti yang diperuntukkan di dalam perlembagaan. Misalnya,
baginda tidak boleh didakwa di dalam perbicaraan mana-mana mahkamah
sekalipun.

Baginda yang merupakan sebahagian daripada Parlimen juga adalah Pemerintah


Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Baginda juga bertindak sebagai Ketua
Agama Islam di Malaysia dan juga negeri-negeri yang tidak beraja seperti Pulau
Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Selain itu, baginda boleh mengisytiharkan pembubaran Parlimen jika Parlimen


hendak dibubarkan. Baginda juga mempunyai kuasa mengisytiharkan darurat jika
baginda sendiri berpendapat keadaan memang memerlukan baginda berbuat
demikian. Kedua-dua perkara tersebut akan dilaksanakan baginda atas nasihat
Perdana Menteri. Baginda juga boleh memanggil raja-raja lain untuk mengadakan
mesyuarat Majlis Raja-raja dan boleh membuat segala keputusan dalam mesyuarat
itu.

Demikian juga, sebelum sesuatu rang undang-undang itu menjadi undang-undang,


ia perlu mendapat perkenan baginda dalam tempoh 15 hari daripada rang undang-
undang itu dipersembahkan kepada baginda. Jika selepas tempoh itu, rang undang-
undang itu tetap akan diluluskan dengan menganggap rang undang-undang itu
telah dipersetujui oleh baginda.
Ini adalah kerana rang undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen di mana
YDPA adalah sebahagian daripada Parlimen itu sendiri. Justeru, apabila sesuatu
rang undang-undang itu telah diluluskan oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat,
maka rang undang-undang itu telah sah dan hanya memerlukan cop mohor
daripada baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Hanya undang-undang yang menyentuh hak, kedudukan, keistimewaan, kemuliaan


dan kebesaran Raja-raja Melayu yang perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-raja
Melayu terlebih dahulu jika hendak diluluskan.
Di peringkat negeri pula, Sultan-sultan Melayu, Raja Melayu dan Yang di-Pertua
Negeri adalah ketua kerajaan bagi negeri yang baginda warisi. Namun, seperti juga
YDPA, baginda tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memerintah negeri masing-
masing. Baginda menjalankan tugas dengan nasihat Menteri Besar atau pun Ketua
Menteri.

Di negeri-negeri yang beraja, baginda juga adalah Ketua Agama Islam bagi negeri
masing-masing kecuali bagi empat negeri yang mana ketuanya adalah YDPA.

Kesimpulannya, sehingga kini konsep federalisme yang diperkenalkan sejak


merdeka masih lagi berjalan dengan berkesan di negara ini. Prinsip pengasingan
kuasa bagi tiga badan utama iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan
kehakiman masih lagi berjalan dengan baik. Kedudukan YDPA masih lagi kukuh
dan dapat berfungsi dengan baik.

Kerajaan negeri masih bebas menjalankan kuasanya. Setiap Dewan Undangan


Negeri di negara ini masih berfungsi dengan baik tanpa campur tangan kerajaan
pusat. Ini termasuk di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Dewan
Undangan Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kedah terus dapat bersidang tanpa
sebarang halangan.

Polisi-polisi nasional yang dibuat oleh kerajaan pusat pula tetap mengambil kira
kepentingan semua rakyat tanpa mengira kaum dan ia juga tidak meminggirkan
mana-mana negeri di negara ini. Semuanya menikmati faedah dan kebaikan yang
sama. Kerajaan terus berusaha keras untuk menyeimbangkan pembangunan dan
kemajuan di setiap negeri, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Read more: http://www.panduanmalaysia.com/2015/06/perkaitan-pembentukan-


persekutuan-dengan-kedaulatan-malaysia.html#ixzz3fF1pN4dK
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebooka. Kejayaan dalam
sistem pemerintahan iaitu dengan mencontohi sistem birokrasi barat
 cebook

You might also like