You are on page 1of 3

PISMP SN JUN 2014 EDU 3023

ISL 1: Pelbagai perspektif agama tentang fitrah manusia

Agama Islam

 Manusia pertama yang dihidupkan di atas muka bumi ini oleh Allah S.W.T ialah Adam
a.s.
 Dalam Islam, manusia dikatakan berasal daripada tanah dan roh di mana unsur jasad
dan roh telah disatukan untuk memberi nyawa kepada Adam a.s.
 Zuriat bagi keturunan Adam a.s pula bermula daripada nutfah.
 Nutfah bermaksud percantuman air mani lelaki di dalam rahim wanita iaitu
percantuman daripada ovum dan sperma di mana dalam berjuta-juta sperma lelaki,
sperma yang terkuat sahaja akan dapat memasuki ke dalam ovum wanita.
 Proses ini juga juga di kenali sebagai ‘survival of the fittest’.
 Setelah berlakunya proses nutfah, alaqah pula akan terbentuk.
 Alaqah juga dikenali sebagai embrio dalam bahasa sains di mana air mani yang telah
masuk ke dalam rahim wanita akan membentuk segumpal darah.
 Seterusnya alaqah akan membentuk pula sepotong daging iaitu mudghah. Dari
sepotong daging, akan terbentuk pula tulang-temulang di dalam rahim yang dikenali
sebagai idzam.
 Lahman ialah daging-daging yang akan tumbuh menyelaputi tulang-temulang yang
terbentuk. Pada ketika ini, sudah terbentuk rupa manusia di dalam rahim wanita.
 Seterusnya tulang-temulang yang diselaputi atau di tumbuhi daging-daging akan
membentuk janin iaitu bayi yang berada di dalam kandungan wanita.
 Selepas terbentuknya janin bayi di dalam rahim wanita, roh akan ditiupkan untuk
memberi nyawa kepada bayi di dalam kandungan dan seterusnya sehinggalah
berlakunya kelahiran.

Agama Hindu
 Menggunakan konsep ‘monoteisme’.
 Konsep tersebut dikenal sebagai filsafat Adwaita Wedanta yang bererti "tak ada
duanya".
 Konsep ketuhanan dalam agama monoteistik lainnya, Adwaita Wedanta menganggap
bahawa Tuhan merupakan pusat segala kehidupan di alam semesta dan dalam
agama Hindu, Tuhan dikenal dengan sebutan Brahman.
 Brahman merupakan pencipta sekaligus pelebur alam semesta.
 Brahman berada di mana-mana dan mengisi seluruh alam semesta.
PISMP SN JUN 2014 EDU 3023

 Brahman merupakan asal mula dari segala sesuatu yang ada di dunia.
 Segala sesuatu yang ada di alam semesta tunduk kepada Brahman tanpa kecuali.

Agama Buddha

 Konsep tentang kejadian bumi dan manusia menurut Buddha Dhamma menyatakan,
di alam semesta ini bukan hanya ada bumi ini tetapi terdapat banyak bumi yang
muncul dan hancur (kiamat).
 Manusia yang muncul pertama kali di bumi kita ini bukan seorang, tetapi banyak dan
mereka muncul bukan kerana kemahuan satu makhluk tertentu.
 Di dalam Agama Sutta, Digha Nikaya, Sutta Pitaka, Tipitaka, dapat dibaca bahawa
bumi kita ini semuanya terdiri dari air dan gelap gelita.
 Makhluk-makhluk pun tidak dibezakan lelaki atau perempuan. Namun, mereka
memiliki tubuh yang bercahaya dan hidup melayang-layang di angkasa.
 Setelah waktu lama sekali, tanah dengan sarinya muncul dari dalam air dan rasanya
seperti madu tawon mumi.
 Makhluk-makhluk yang serakah (tamak) mulai mencicipi tanah itu, dan tergiur akan
sari tersebut. Makhluk-makhluk yang lain juga mengikuti.
 Akibat kelakuannya itu, maka cahaya tubuh mereka lenyap, dan tampaklah matahari,
bulan, bintang.
 Setelah masa yang lama sekali, tubuh mereka memadat dan bentuknya ada yang
indah dan ada yang buruk sesuai dengan takaran mereka makan sari tanah. Mereka
yang indah memandang rendah kepada orang yang bentuk tubuhnya jelek.
 Lama kelamaan sari tanah pun lenyap dan muncullah tumbuhan dari tanah.
Sementara mereka sombong dan bongkak, tumbuhan ini lenyap dan muncul
tumbuhan menjalar, dan demikian seterusnya setelah tumbuhan menjalar lenyap,
muncullah tanaman padi.
 Setelah waktu yang lama sesuai dengan takaran mereka makan, maka tubuh mereka
lebih memadat dan perbezaan bentuknya tampak lebih jelas.
PISMP SN JUN 2014 EDU 3023

Agama Kristian

- Kejadian manusia (Adam) menurut Pentateuch (Torah)


 Dalam Kitab Genesis, didapati manusia bukan ciptaan Tuhan yang pertama.
 Secara umum, proses kejadian makhluk sebagaimana yang dihuraikan di dalam Kitab
Genesis merangkumi enam hari.
 Hari pertama : Tuhan mencipta siang dan malam.
 Hari kedua : Tuhan mencipta air.
 Hari ketiga : Tuhan mencipta tumbuhan.
 Hari keempat : Tuhan mencipta makhluk-makhluk di daratan dan juga di lautan.
 Hari kelima : Tuhan mencipta bintang di angkasa.
 Hari keenam : Tuhan mencipta manusia.

You might also like