You are on page 1of 2

TAMADUN ISLAM PQS TINGKATAN 5

STe (Assoc) NDr Muhd Rosdi bin Abdullah

UNIT 2: KETENTERAAN.

STRUKTUR ORGANISASI KETENTERAAN.


KERAJAAN BANI UMAYYAH KERAJAAN BANI ABASIYAH
1. Mewarisi ketenteraan dr zaman Khulafaul KHALIFAH
Rasyidin terutama zaman Saidina Umar al-
Khattab. Al-Wazir
2. Diketuai oleh khalifah dan dibawahnya [‫]الوزير‬
terdapat Dewan al-Jund [‫ ]ديوان الجند‬yang [menteri]
bertanggungjawab terhadap daftar nama
Majlis al- Majlis al-
tentera, urusan gaji, pakaian seragam dan
alat kelengkapan ketenteraan.
Taqrir [ ‫مجلس‬ Muqabalah
‫]التقرير‬
[Bhgn [‫]مجلس المقابلة‬
3. Memberi peluang kepada orang bukan Arab
Kewangan] Dewan al- [Bhgn Latihan]
seperti Barbar [‫ ]بربر‬untuk mengetuai
Jund
organisasi ketenteraan. [Kementerian Dewan al-
4. Penubuhan angkatan tentera laut. Al-
Pertahanan] ‫ديوان‬
Aradh [
Massaahuun
[‫]المساحون‬
‫]العرض‬
[Depoh
[Peninjau]
Simpanan]

Dewan al-Tasnif [‫[ ]ديوان التصنيف‬Bhgn Pengurusan


Sumber Manusia]

Al-Jawasis [‫[ ]الجواسيس‬Bhgn Perisikan]

Daerah al-Muhandisin [‫المهندسين‬ ‫[ ]دائرة‬Bhgn


Kejuruteraan]

Al-Bahriyyah [‫[ ]البحرية‬Bhgn Tentera Laut]

FAKTOR KEJAYAAN KETENTERAAN PADA KEDUA-DUA ZAMAN.


1. Struktur organisasi yang tersusun rapi.
2. Semangat jihad yang diasaskan kepada keimanan.
3. Panglima yang berkaliber seperti Musa bin Nusair [‫نصير‬ ‫ ]موسى بن‬pada zaman Bani Umayyah dan
Abu Muslim al-Kharsani [‫ ]ابو مسلم بن الخرساني‬pada zaman Abasiyyah.
4. Strategi peperangan yang tersusun kemas dan rapi
5. Kelengkapan perang yang canggih seperti Manjanik [] dan Dabbabah [].
6. Dasar ketenteraan yang terbuka [sesiapa yang layak boleh jadi ketua panglima]

ETIKA PEPERANGAN DALAM ISLAM.


1. Tidak membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua dan para pendeta agama lain yang tidak terlibat
dalam peperangan.
2. Tidak menyeksa mayat.
3. Tidak membunuh binatang, tidak memusnahkan pokok pokok dan bangunan-banginan tanpa tujuan.
4. Menghormati rumah-rumah ibadat agama lain.

STRATEGI DAN TEKNIK PEPERANGAN.


Diwarisi oleh zaman Khulafaul Rasyidin.
Antara strategi kedua-dua Khilafah ini ialah;
1. Melemahkan kuasa Rom dan Parsi yang sentiasa menyerang wilayah-wilayah Islam yg bersempadan
dengan Negara mereka dengan cara memperkuatkan benteng pertahanan negara Islam dan
menyerang wilayah-wilayah yang memberikan ancaman kepada negara Islam.
2. Menstabilkan wilayah-wilayah yang ditakluki sebelum meneruskan ekspedisi ke negara lain/ wilayah
lain.
TAMADUN ISLAM PQS TINGKATAN 5
STe (Assoc) NDr Muhd Rosdi bin Abdullah

3. Teknik peperangan yang menggunakan kekuatan tentera berjalan kaki dan berkuda. Unta digunakan
untuk membawa alat-alat kelengkapan tentera, bahan makanan dan perubatan.
4. Formasi ketenteraan yang digunakan adalah pelbagai. Antaranya ialah;
a. Meletakkan lima pasukan dalam kedudukan hadapan [‫]المقدمة‬, tengah [‫الجيش‬ ‫]قلب‬, sayap
kanan [‫]الميمنة‬, sayap kiri [‫ ]الميسرة‬dan belakang [‫الجيش‬ ‫]ساقة‬.
b. Adakalanya hanya sebaris sahaja.

KEPENTINGAN STRUKTUR ORGANISASI DALAM KETENTERAAN.


1. Melicinkan urusan pentadbiran ketenteraan.
2. Pembahagian kerja dan bidang kuasa yang jelas dan teratur.
3. Menjaga disiplin anggota tentera.
4. Menjaga kebajikan anggota tentera.
5. Melahirkan pasukan tentera yang berwibawa.

PERANAN KETENTERAAN DALAM PERLUASAN WILAYAH ISLAM.


1. Menjamin kestabilan negara.
2. Melindungi negara dari ancaman luar.
3. Melindungi aktiviti dakwah Islam.
4. Menggerunkan musuh-musuh Islam.

LATIHAN;
1. Senaraikan struktur organisasi ketenteraan pada zaman khilafah Bani Umayyah dan Bani Abasiyyah.
2. Terangkan faktor-faktor kejayaan ketenteraan pada kedua-dua zaman ini.
3. Jelaskan etika peperangan dalam Islam
4. Terangkan strategi peperangan yang digunakan pada zaman khilafah Bani Umayyah dan Bani
Abasiyyah.
5. Bincangkan kepentingan struktur organisasi dalam ketenteraan.

You might also like