You are on page 1of 21

SULIT

BAHAGIAN A

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250
hingga 300 patah perkataan. [25 markah]

1. Kelestarian permainan tradisional atau permainan rakyat penting untuk generasi hari
ini. Namun begitu, permainan ini semakin dilupakan.
Jelaskan pernyataan di atas.

2. Pendidikan Kepenggunaan penting untuk mendidik pengguna menjadi pembeli yang


bijak. Huraikan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk menerapkan konsep
ini kepada pengguna di Malaysia.

BAHAGIAN B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250
hingga 300 patah perkataan. [25 markah]

3. Biodiversiti marin penting bagi menjaga kestabilan ekosistem lautan terutama kawasan
pesisir pantai. Bincangkan kepentingan biodiversiti marin kepada kehidupan manusia.

4. Penyakit berjangkit bawaan vektor sering berlaku disebabkan tindakan serta kelalaian
manusia sendiri. Justeru, langkah langkah yang berkesan adalah perlu untuk mengawal
pembiakan penyakit berjangkit tersebut. Bincangkan.

1| 900/2 Sulit
SULIT

BAHAGIAN C

Pilih dua soalan sahaja dalam bahagian ini: satu daripada soalan 5 (a) atau 5 (b) dan satu
lagi daripada soalan 6 (a) atau 6 (b). [20 markah]

5 (a). Industri jualan langsung terus menerima keyakinan daripada orang ramai meskipun
ketika negara mengharungi kegawatan ekonomi. Disifatkan sebagai ‘hebat
kegawatan’, industri ini nyata dapat menarik minat pelbagai lapisan masyarakat,
daripada suri rumah hingga golongan profesional kerana tidak memerlukan pelaburan
besar dari segi masa, wang dan kemahiran. Risikonya pula minimum; Namun begitu,
perniagaan ini memiliki kelebihan kerana boleh dijalankan secara
sambilan…..................

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Ekonomi,


Keluaran Januari 2007)

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘hebat kegawatan’?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan


kebaikan-kebaikan industri jualan langsung kepada negara.

ATAU

5 (b). “…kewujudan beberapa binaan ulung tempatan serta projek mega di Malaysia nyata
boleh dijadikan kebanggaan rakyat negara ini. Hasil daripada usaha sama pihak
kerajaan dan organisasi yang dipertanggungjawabkan, beberapa binaan mega telah
dapat dijayakan dan hal ini telah membuka mata masyarakat luar sekali gus
meletakkan nama negara di mata dunia dalam kebangkitan dunia pembinaan di negara
ini.”

(Dipetik dan diubahsuai daripada Estidotmy, April 2008)

(i) mengapakah pembinaan projek mega boleh dibanggakan?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan


mengapa negara-negara di dunia berlumba-lumba membina projek mega?

2| 900/2 Sulit
SULIT

6 (a). Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) memikul peranan yang cukup besar dan
penting kerana pusat ini dipertanggungjawabkan untuk menerima, memproses dan
membekalkan data-data berkaitan keadaan muka bumi negara ini. Teknologi
penderiaan jauh atau biasa disebut sebagai remote sensing yang menggunakan satelit
diaplikasikan oleh MACRES untuk mencerap data-data dengan lebih tepat.

(Dewan KOSMIK, Keluaran Bulan Januari 2008)

(i) Apakah remote sensing?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan


kepentingan teknologi penderiaan jauh kepada negara.

ATAU

6 (b). ‘Teknologi nano ialah teknologi berkaitan aktiviti membangun, mengendali,


mengukur atau mengubahsuai sesuatu bahan yang saiznya kurang daripada 1 mikron
(1 per billion meter). Teknologi ini merupakan bidang sains yang termaju selepas
bioteknologi dan berkaitan dengan pembentukan alat atau bahan terbaru berasaskan
sains dengan teknologi yang boleh mengubahsuai susunan atom atau molekul…”

(Dipetik dan diubahsuai daripada Estidotmy, Februari 2008)

(i) Bagaimanakah kaedah teknologi nano diwujudkan?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan


manfaat teknologi nano kepada negara?

3| 900/2 Sulit
SULIT

BAHAGIAN D

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
[25 markah]

7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang
sesuai untuk menunjukkan perbandingan perolehan hasil bukan cukai terpilih
Kerajaan Persekutuan bagi tahun-tahun yang dilaporkan.

Peningkatan perolehan hasil bukan cukai Kerajaan Persekutuan dari tahun ke


tahun menyebabkan kerajaan menjangkakan berlakunya pertumbuhan positif dalam
Rancangan Malaysia Kesembilan RMK9).

Perolehan hasil bukan cukai direkodkan datangnya daripada pelbagai sumber.


Namun antaranya ialah bayaran pindahan, hasil bayaran lesen dan permit, dan
sebagainya. Jumlah perolehan hasil bukan cukai Kerajaan Persekutuan pada tahun
2004 telah mencatatkan nilai yang agak baik iaitu sebanyak RM412 380 juta.
Jumlah ini telah meningkat dengan ketara sebanyak RM 94 420 juta pada tahun 2006.

Perolehan menerusi bayaran lesen serta permit pula telah menyumbang dan
merekodkan sebanyak RM 233 200 juta pada tahun 2006, berbanding RM 135 000
juta pada tahun sebelumnya. Keadaan yang sama juga berlaku turut dalam bayaran
perkhidmatan, iaitu kenaikan kepada RM 116 100 juta pada tahun 2006, berbanding
RM 114 500 dua tahun sebelumnya.

Walau bagaimanapun, keadaan sebaliknya berlaku bagi pendapatan hasil


bukan cukai daripada dendaan dan hukuman. Tahun 2004 mencatatkan jumlah
perolehan sebanyak RM 37 480 juta, meningkat sebanyak RM 420 juta pada
tahun berikutnya. Hasil bukan cukai daripada kadar faedah serta jumlah pelaburan
mengalami penurunan yang relatif iaitu daripada RM 61 400 juta, bersamaan dengan
14.89% pada tahun 2004 kepada RM 60 000 juta pada tahun 2006.

Sementara itu, bayaran pindahan yang diterima daripada pelbagai institusi luar
negeri turut menyumbang sebanyak RM 36 000 juta pada tahun 2004. Jenis cukai ini
menunjukkan kemerosotan perolehan iaitu sebanyak RM 12450 juta pada 2006
berbanding tahun 2004. Selebihnya adalah bagi perolehan hasil bukan cukai lain.
Peningkatan yang berlaku ekoran tindakan pihak bertanggungjawab yang semakin
efektif dalam proses menguatkuasakan undang-undang.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Buku Tahunan Perangkaan


Malaysia 2006, Jabatan Perangkaan Malaysia)

4| 900/2 Sulit
SULIT

8. Berdasarkan petikan di bawah ini, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan
jumlah pendapatan eksport mengikut pelbagai komoditi antara tahun 2000 – 2003.

Eksport komoditi masih berperanan penting dalam pendapatan eksport negara.


Sungguhpun saiz pendapatan eksport komoditi jauh lebih kecil berbanding eksport
barang-barang perkilangan, namun kedudukan pendapatan eksport komoditi tidak
boleh diketepikan. Antara tahun 2000 hingga 2003, pendapatan eksport komoditi terus
bertambah daripada RM41,111 juta kepada RM47,037 juta. Sungguhpun pada tahun
2001, pendapatan eksport komoditi jatuh kepada RM36,864 juta, namun pada tahun
berikutnya amaun tersebut meningkat sebanyak RM4,426 juta kepada RM41,290 juta.
Antara komoditi penting dalam eksport Malaysia pada tahun berkenaan ialah
petroleum mentah. Pada tahun 2000, pendapatan eksport bahan ini berjumlah
RM14,245 juta, tetapi mencatat kejatuhan sebanyak RM3,085 juta menjadi RM11,160
juta setahun selepas itu. Pada tahun-tahun berikutnya, amaun pendapatan eksport
petroleum mentah terus bertambah kepada RM11,597 juta dan RM13,104 juta
masing-masing. Dalam tempoh dua tahun, iaitu 2002 hingga 2003, saiz pendapatan
komoditi ini meningkat sebanyak RM1,507 juta. Pertambahan besar ini adalah
berikutan peningkatan harga petroleum mentah di pasaran.
Eksport minyak kelapa sawit pula menyumbang sebanyak RM9,948 juta pada
tahun 2000. Menjelang tahun 2001, saiz pendapatan komoditi ini bertambah sebanyak
RM640 juta menjadi RM10,588 juta. Pendapatan minyak kelapa sawit terus
bertambah kepada RM15,054 juta dan RM16,770 juta pada tahun 2002 dan 2003.
Manakala pendapatan eksport getah pula sebanyak RM2,571 juta pada tahun 2000.
Angka ini meningkat kepada RM2,941 juta pada tahun 2003, berbanding RM2,492
juta pada tahun 2002. Pada tahun 2001, eksport getah mencatat saiz pendapatan yang
paling sedikit, iaitu RM1,886 juta.
Pendapatan eksport kayu balak dan bijih timah mencatat angka lebih kecil.
Pada tahun 2000, eksport kayu balak menyumbang RM2,489 juta dan bijih timah pula
sebanyak RM435 juta. Pada tahun 2001, pendapatan eksport kayu balak merosot
kepada RM1,650 juta, tetapi bertambah kepada RM1,790 juta pada tahun 2002.
Pendapatan eksport komoditi ini terus bertambah menjadi RM1,867 juta pada tahun
2003. Dalam tempoh ini, saiz pendapatan bijih timah pula mencatat RM461 juta,
RM425 juta dan RM202 juta. Antara tahun 2001 hingga 2003, pendapatan bijih timah
merosot sebanyak RM259 juta.
Akhir sekali, pendapatan eksport gas asli cecair menjadi komponen yang
semakin penting. Pada tahun 2000, komoditi ini menyumbang RM11,423 juta, tetapi
merosot sedikit kepada RM11,119 juta pada tahun berikutnya. Pada tahun 2002,
amaun pendapatan komoditi ini terus merosot sebanyak RM1,187 juta berbanding
tahun 2001. Walau bagaimanapun, pada tahun 2003, jumlah pendapatan gas asli cecair
meningkat sebanyak RM2,221 juta menjadi RM12,153 juta. Antara tahun 2000 hingga
2003, saiz pendapatan gas asli cecair meningkat sebanyak RM730 juta atau 6.4
peratus. Pertambahan pendapatan eksport bahan ini sebahagian besar dipengaruhi
oleh peningkatan pendapatan dari negara luar.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Ekonomi, 2003/2004)

5| 900/2 Sulit
SULIT

BAHAGIAN E

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. [ 15 markah ]

9. Berdasarkan Jadual 1 dan 2 di bawah, tafsirkan hubung kait antara keluasan kawasan
tanaman dan pengeluaran hasil tanaman yang dinyatakan dari tahun 2000 hingga
2010 (anggaran).

Penggunaan Tanah Pertanian di Malaysia bagi tahun 2000-2010 (anggaran)


2000 (‘000 2005 (‘000
Tanaman 2010(‘000 hektar)
hektar) hektar)
Kelapa sawit 3,377 4.049 4,555
Getah 1,431 1,250 1,179
Padi 478 452 450
Buah-buahan 304 330 375
Koko 76 33 45
Sayur-sayuran 40 64 86
Tembakau 15 11 7
Jumlah 5721 6189 6697

Pengeluaran Komoditi Pertanian di Malaysia bagi tahun 2000-2010 (anggaran)


Tanaman 2000 2005 2010
(‘000 tan metrik) (‘000 tan metrik) (‘000 tan metrik)
Kelapa sawit 12,226.0 16,829.0 22,131.0
Getah 928.0 1,124.0 1,293.0
Padi 2,141.0 2,400.0 3,202.0
Buah-buahan 993.0 1,586.9 2,555.7
Koko 70.0 28.0 57.0
Sayur-sayuran 404.0 771.3 1,233.3
Tembakau 7.4 14.0 12.0
Jumlah 16,769.4 22,753.2 30,484.0

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Rancangan


Malaysia Ke – 9, 2007)

6| 900/2 Sulit
SULIT

10. Berdasarkan carta di bawah, huraikan sumber dana bagi sesebuah syarikat dan
nyatakan juga arah aliran perbelanjaan dana tersebut.

Sumber Dana Bagi Sesebuah Syarikat

Dana

P P
E E
Ekuiti Hutang
M M
B B
I Hutang I
A Jangka Pendek A
Y Pendapatan Y
A Tertahan A
A - Kredit Dagangan A
N - Overdraf N
- Keuntungan - Pinjaman Baru
yang diagihkan - Surat Kredit
Saham Biasa Hutang - Pemfaktoran
Jangka Panjang
- Terbitan Saham
- Premium Saham
- Terbitan Sekuriti
bintang
- Premium Saham

(Sumber : Fungsi Perniagaan, Pengajian Perniagaan, 2004)

Disedia dan disahkan oleh :

7| 900/2 Sulit
SULIT

KERTAS 2
Skema Jawapan

BAHAGIAN A
1. Kelestarian permainan tradisional atau permainan rakyat penting untuk
generasi hari ini. Namun begitu, permainan ini semakin dilupakan.
Jelaskan pernyataan di atas.

Skema jawapan
Pengenalan

Permainan tradisional seperti congkak, gasing, wau, galah panjang, batu seremban dan
ting ting bulan, mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Namun begitu
permainan ini semakin dipinggirkan.

BI IDEA UTAMA HURAIAN


L
A : Kepentingan melestarikan permainan tradisional
1. Mempertahankan seni - Generasi hari ini dapat memahami dan mengetahui sumber
warisan bangsa permainan tradisional
- Merupakan medium hiburan nenek moyang kita
- Berbangga mempunyai nilai warisan lama
- Melambangkan enetic dan jati diri sesuatu bangsa
- Menjadi aset budaya sesuatu bangsa
2. Mengeratkan - Mementingkan semangat berpasukan dan bertolak ansur
silaturahim semasa bermain
- Kebanyakan permainan tradisional ini (congkak, gasing, batu
seremban, cari cucu) dimainkan secara berpasangan atau
berkumpulan
- Mewujudkan persefahaman seterusnya mengukuhkan ikatan
Persaudaraan
3. Mengisi masa lapang - Masa senggang remaja dapat diisi dengan aktiviti yang dapat
dengan aktiviti yang mencerdaskan minda dan mencergaskan anggota badan
bermanfaat semasa bermain
- Permainan ini bebas daripada elemen keganasan dan
menyeronokkan
- Membentuk disiplin diri yang tinggi melalui peraturan
permainan yang perlu dipatuhi
- Mengurangkan gejala social
4. Melahirkan generasi - Ada sesetengah permainan tradisional ini telah diubah suai
yang kreatif dan dan dimodenkan dari segi peralatan dan peraturannya
inovatif - Menghasilkan perkakasan yang lebih menarik dan senang
dibawa ke mana-mana (wau, congkak, sepak takraw dan
batu seremban)
- Penampilan baru ini merangsang daya kreativiti dan inovasi
dalam permainan tradisional
B : Faktor dilupakan / disisihkan
5. Tiada pendedahan - Generasi hari ini tidak didedahkan dengan cara bermain
permainan tradisional - tidak tahu peraturan permainan
- Tiada tunjuk ajar daripada ibu bapa atau generasi yang lebih tua

8| 900/2 Sulit
SULIT

- Tiada keinginan untuk mencuba


6 Persaingan daripada - Pelbagai permainan moden yang menarik di pasaran
permainan moden (sahibba, catur, tenis, permainan video)
- Permainan moden ini dianggap mencabar, lasak dan lebih
berprestij jika dibandingkan dengan permainan tradisional
- Permainan moden lebih disukai kerana dianggap sesuatu
yang baru dan sentiasa diperbaharui
7 Tiada nilai komersial - Permainan tradisional tidak menguntungkan berbanding
permainan moden seperti bola sepak, tenis dan golf – boleh
mengaut pendapatan yang lumayan
- Tiada penaja untuk mengetengahkan permainan ini kecuali
sepak takraw
8 Semangat kejiranan - Hal ini kerana kebanyakan permainan ini memerlukan
semakin luntur sekumpulan orang untuk bermain
- Kekurangan ahli untuk bermain terutama di kawasan eneti
- Masyarakat tidak mengenali jiran dan kini lebih suka
berkurung di rumah daripada bergaul dengan jiran tetangga
9 Kurang tenaga pakar - Untuk membuat wau misalnya kita perlukan kepakaran dan
untuk membuat kemahiran baik dari segi mencari bahan ataupun membuat
permainan ini permainan tersebut
- Untuk membuat congkak dan gasing seseorang memerlukan
kayu yang bermutu
- Kesilapan dalam memilih bahan atau membuat alat
permainan tersebut menyebabkan permainan seperti wau
tidak akan melayang di udara

Penutup
Permainan tradisional yang sarat dengan nilai-nilai positif perlu ditonjolkan kepada generasi
muda. Usaha yang padu daripada semua pihak diperlukan untuk menghidupkan permainan
tradisional ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Skema: 2 + 2

2. Pendidikan Kepenggunaan penting untuk mendidik pengguna menjadi pembeli yang


bijak. Huraikan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk menerapkan konsep ini
kepada pengguna di Malaysia.

Pendahuluan
Rakyat Malaysia masih kurang pengetahuan tentang hak-hak mereka sebagai
pengguna dan sering ditindas oleh golongan yang mengaut keuntungan. Justeru, nasib
pengguna di negara ini perlu dibela melalui pelbagai tindakan oleh semua pihak yang
bertanggungjawab.

BI IDEA HURAIAN
L
1. Sokongan dan bantuan - Kemajuan dan keberkesanan pergerakan pengguna berkait
terhadap pergerakan rapat dengan sokongan masyarakat, kedudukan kewangan,
kepenggunaan. keberkesanan tenaga penggerak
- Perlu memberi sokongan dan sumbangan terhadap
pergerakan pengguna menerusi aktiviti kepenggunaan

9| 900/2 Sulit
SULIT

seperti CAP
- Pengguna yang sedar dan bijak akan membantu aktiviti-
aktiviti kepenggunaan untuk menjamin kesejahteraan hidup
pihak yang menjadi mangsa. Misalnya seorang doktor
perubatan boleh membantu dari segi penggunaan makanan
suplemen sama ada baik atau sebaliknya
- Tindakan ini akan membantu menyelamatkan nyawa
pengguna yang tertipu dan jahil

2. Pemantapan undang- - Meminta pihak kerajaan untuk melindungi dan


undang. mengimbangi kepentingan pengguna
- Memantapkan lagi penguatkuasaan undang-undang dan
peraturan agensi supaya tindakan boleh diambil
- Persatuan pengguna diberi hak untuk mewakili pengguna
yang teraniaya
- Menggubal undang-undang yang sesuai mengikut
kesalahan terhadap pengeluar / pembekal yang menipu
pengguna

3. Mendidik pengguna - Kehendak pengguna tidak terbatas dan pembelian dibuat


menjadi pembeli yang berdasarkan cita rasa
bijak. - Pengguna perlu bijak berbelanja dan hanya membeli
setelah dibuat analisa dan pertimbangan yang wajar
- Elakkan pengguna menjadi ‘impulsive buyer’ kerana
tindakan ini akan mewujudkan inflasi
- Pengguna perlu tahu mengatakan “tidak” terhadap barang
yang tidak penting dan elakkan membeli secara kredit
- Pengeluaran Buletin Pengguna – sebagai alat sebaran
maklumat tentang kepenggunaan kepada segenap lapisan
masyarakat

4. Mewujudkan program - Program ‘smart partnership’ dapat mewujud dan


kepenggunaan. mempertingkatkan kerjasama dan ‘networking’ antara
Kementerian dan agensi-agensi kerajaan, NGO yang
melibatkan golongan pelajar, guru, pegawai kerajaan,
wartawan, HAWA, pemimpin masyarakat dan belia
- Hari dan Minggu Pengguna yang dianjurkan oleh kerajaan
memaparkan tanggungjawab terhadap perlindungan
pengguna, Larian dan Karnival Kepenggunaan

BAHAGIAN B

3. Biodiversiti marin penting bagi menjaga kestabilan ekosistem lautan terutama kawasan
pesisir pantai. Bincangkan kepentingan biodiversiti marin kepada kehidupan manusia.

Skema jawapan

Pengenalan:

10 | 900/2 Sulit
SULIT

Persekitaran marin terbahagi kepada beberapa jenis habitat seperti pantai berbatu, paya
bakau, pantai berpasir, terumbu karang, rumput laut dan laut dalam. Biodiversiti marin
memainkan peranan yang penting kepada kehidupan manusia.

Bil Idea Huraian

1. Sumber makanan dan - Aktiviti perikanan seperti tangkapan hasil sotong, udang,
protein kepada ketam dan ikan merupakan sumber makanan kepada manusia
manusia. - Selain membekal sumber makanan, ia juga merupakan
sumber protein utama
- Hasil laut yang lain adalah rumpai laut

2. Sumber perubatan. - Organisma marin seperti sepan, batu karang, rumpai laut
digunakan sebagai sumber perubatan
- Batu karang mempunyai kompaun yang boleh melindungi
daripada pancaran ultra violet
- Batu karang juga sesuai digunakan bagi menggantikan
tulang berbanding dengan besi
- Sepan – mempunyai kompaun antibakteria dan sesuai
digunakan dalam ubatan antibakteria

3. Menjaga kestabilan - Paya bakau dan terumbu karang penting bagi menjaga
ekosistem laut pinggiran pantai daripada hakisan serta ombak besar
terutama kawasan seperti tsunami
pesisiran pantai. - Rumput laut yang terdapat di pesisir pantai memainkan
peranan sebagai penapis kedua untuk memastikan air
yang terlepas ke laut benar-benar bersih
- Dapat menyelamatkan kontur pantai, harta benda dan nyawa

4. Sumber air kepada - Air laut boleh menjadi sumber air tawar yang berkualiti melalui
manusia dan proses penyahgaraman
tumbuhan. - Sebagai agen penyahcemaran

5. Sumber galian / bahan - Dasar laut kaya dengan pelbagai sumber mineral
mineral. - Contohnya Petroleum di kawasan perairan Terengganu
- Garam dan Bromin juga merupakan sumber mineral

6. Sumber tenaga. - Tenaga ombak merupakan sumber tenaga alternatif


- Tenaga ombak juga adalah tenaga yang boleh
diperbaharui
- Ombak yang kuat mampu menjana 65 megawat tenaga

7. Sumber Penyelidikan - Laut mempunyai pelbagai organisma yang penting bagi


dan Pembangunan kehidupan manusia dan banyak yang belum diterokai
(R&D). - Kepelbagaian organisma lautan memberi peluang untuk
menjalankan R&D untuk tujuan perubatan, ternakan /
akuakultur dan makanan
- R&D juga dijalankan berkaitan ekosistem terumbu karang,
mikroalga dan marikultur

11 | 900/2 Sulit
SULIT

Kesimpulan:
Biodiversiti marin perlu dipelihara memandangkan sumbangannya kepada hidupan di
muka bumi ini amat besar.

4. Laporan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) menjelaskan bahawa Penyakit Mental


dijangka menjadi antara penyebab utama kematian manusia menjelang tahun 2020 di
seluruh dunia. Justeru, punca dan langkah berkesan harus diambil untuk mengawal
penyakit ini. Bincangkan.

Pengenalan

Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang
boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku
seseorang. Langkah-langkah yang serius perlu diambil oleh semua pihak agar penyakit ini
dapat dikawal.

BI IDEA HURAIAN
L
PUNCA
1. Faktor enetic / - Ahli keluarga yang mempunyai sejarah penyakit
keturunan. mental.
- Berisiko lebih tinggi mengidap penyakit mental
berbanding individu yang tiada sejarah penyakit ini.

2. Gangguan bahan - Bahan-bahan kimia dalam otak yang dikenali


kimia dalam otak. sebagai neurotransmeter terjejas dan tidak berfungsi dengan
baik.
- Contoh – Kemurungan adalah disebabkan oleh paras
serotonin terlalu rendah. Kebimbangan pula disebabkan
terdapat gangguan di dalam penghasilan noradrenalin dan
mengganggu fungsinya.

3. Stress. - Tekanan mental dan fizikal yang keterlaluan


- Tidak mampu menangani tekanan / stress dengan kaedah
yang betul.
- Emosi terganggu menyebabkan tahap kesihatan merosot.
Hilang upaya seperti Dementia dan Alzheimer.

4. Penyalahgunaan - Dadah sintetik yang diambil secara berlebihan.


dadah. - Mempunyai bahan kimia yang boleh menyebabkan
penggunanya mengalami halusinasi atau berkhayal.
- Bahan-bahan pengkhayal ini boleh mendatangkan
ketagihan.
- Dadah akan merosakkan sel-sel di dalam otak.
- Otak yang rosak tidak dapat berfungsi dengan baik

LANGKAH

12 | 900/2 Sulit
SULIT

5. Amalkan cara hidup sihat. - Mengambil makanan yang seimbang.


- Mengekalkan berat badan yang unggul.
- Mengamalkan senaman yang bersistematik bagi
mengatasi
masalah tekanan.
- Mendapat tidur dan rehat yang mencukupi.
- Membabitkan diri dengan aktiviti yang berfaedah dan
produktif.

6. Rawatan yang baik dan - Pesakit harus menjalani rawatan fizikal, psikologi
berkesan. dan eneti.
- Rawatan fizikal – penggunaan arus elektrik
diperlukan
kepada sesetengah pesakit yang terlalu murung atau
terlalu agresif yang tidak bertindak balas dengan ubat-
ubatan.
- Rawatan psikologi – dikaitkan dengan rawatan
kaunseling
dan psikoterapi
- Rawatan eneti – rawatan pemulihan pekerjaan,
pemulihan
eneti (aspek kebersihan diri, urusan rumahtangga dan
masyarakat).
7. Pengambilan ubat secara - Memastikan pesakit terus mematuhi ubat mengikut
berjadual / berkala jadual.
- Pengambilan ubat haruslah secara konsisten kerana
ubat
yang diambil memakan masa yang agak lama untuk
eneti kesan.

Penutup

Setiap ahli masyarakat harus eneti perhatian yang serius terhadap penyakit mental ini.
Arus globalisasi yang semakin mendesak mampu meningkatkan jumlah penghidap penyakit
mental. Justeru, langkah yang bijak harus diambil bagi meminimakan penghidap penyakit ini.

Skema : 2 + 2

BAHAGIAN C

Soalan 5a
7. ‘Hebat kegawatan’ bermaksud enetic yang terus diterima masyarakat walaupun
keadaan ekonomi merosot.
(ii) Kelebihan enetic jualan langsung kepada Negara ;
a. Mewujudkan peluang pekerjaan – pengedar sama ada sambilan atau sepenuh masa/atasi
masalah pengangguran
b. Penggunaan sumber bahan mentah tempatan
c. meningkatkan aktiviti huluan dan hiliran/perusahaan kecil dan sederhana
d. meningkatkan pendapatan – eneti

13 | 900/2 Sulit
SULIT

Soalan 5b
I ) Pembinaan projek mega boleh menjadikan sesebuah eneti terkenal
ii) Mengapa eneti-negara di dunia berlumba-lumba membina projek mega ;
1. meningkatkan imej eneti
2. menarik kehadiran pelancong
3. meningkatkan pelaburan
4. menunjukkan ketamadunan bangsa.
5. menunjukkan kekayaan ekonomi

Soalan 6 (a)
7. Remote sensing ialah teknologi yang digunakan untuk mencerap data dengan bantuan
satelit
(ii) Kepentingan teknologi penderiaan jauh kepada Negara ;
(a) mengesan bencana alam
(b) pengurusan sumber asli dan alam sekitar
I menjalankan R&D dalam pelbagai bidang
(d) Pemetaan – bentuk bumi / kawasan tadahan hujan dll
(e) Pembangunan sosioekonomi/membuat keputusan – cth tanah untuk aktiviti pertanian

Soalan 6b)
I ) Kaedah teknologi nano diwujudkan dengan mengubah suai struktur atom atau molekul
ii) Manfaat teknologi nano kepada Negara ;
1. teknologi maklumat dan komunikasi – computer lebih kecil , berkuasa dan pantas, lebih
banyak informasi disimpan
2. perindustrian – penghasilan penapis udara, jaket kalis air, kamera digital, penghasilan
pakaian yang tahan panas
3. pertanian – penghasilan enetic tanaman yang mudah dikawal, baja bersifat penyerapan
yang lebih baik, terus dalam batang, akar atau daun.
4. R & D – penghasilan kosmetik yang lebih berkualiti, warna lebih semulajadi
5. Sukan – raket tenis diperbuat daripada material aluminium, titanium yang dikenali karbon
nanotiub 100 kali lebih kuat 6 kali lebih ringan, bola tennis lebih tahan lama.
6. Ketenteraan – pakaian tentera lebih ringan dan nipis, kebal daripada senjata kimia
7. Perubatan – mengurangkan saiz ubat bagi meningkatkan penyerapan dan keberkesanannya.
Ubat tidak perlu dimakan Cuma disapu terus meresap ke bahagian badan.

BAHAGIAN D

Soalan 7

Skema jawapan

Malaysia : Perbandingan Perolehan Hasil Bukan Cukai Terpilih


Kerajaan Persekutuan Bagi Tahun 2004 dan 2006

Tahun 2004 2006


Sektor RM juta Peratus Sudut RM juta Peratus Sudut
Lesen dan Permit 135,000 18.28 65.8 233,200 46.01 165.6
Bayaran Perkhidmatan 114,500 15.51 55.8 116,100 22.91 82.5
Dendaan dan Hukuman 37,480 5.08 18.3 37,900 7.48 26.9
Kadar faedah dan 61,400 29.93 107.8 60,000 11.84 42.6
Pelaburan

14 | 900/2 Sulit
SULIT

Bayaran Pindahan 36,000 17.55 63.2 23,550 4.65 16.7


Hasil bukan cukai lain 28,000 13.65 49.1 36,050 7.11 25.7
Jumlah 412,380 100 360 506,800 100 360

Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan


Perangkaan,
Jabatan Perangkaan Malaysia,
2006

Soalan 8

Malaysia : Jumlah Pendapatan Eksport Mengikut Komoditi


Aantara Ttahun 2000 Hingga 2003 (RM JUTA)

Komoditi 2000 2001 2002 2003


Petroleum mentah 14 245 11 160 11 597 13 104
Minyak kelapa sawit 9 948 10 588 15 054 16 770
Getah 2 571 1 886 2 492 2 941
15 | 900/2 Sulit
SULIT

Kayu balak 2 489 1 650 1 790 1 867


Bijih timah 435 461 425 202
Gas asli cecair 11 423 11 119 9 932 12 153
Jumlah 41 111 36 864 41 290 47 037

Sumber: Dipetik dan diubahsuai


daripada
Laporan Ekonomi, 2003/2004

Malaysia : Jumlah Pendapatan Eksport Mengikut Komoditi


Antara Tahun 2000 Hingga 2003 (RM JUTA)

Jumlah Pendapatan Eksport


RM Juta)

50000

45000

40000

35000

30000

25000

20000

15000

10000

5000

0
2000 2001 2002 2003

Tahun

Skala : 1 cm = RM5000 Juta


Petunjuk
Petroleum Mentah
Minyak Kelapa Sawit
Getah
Kayu Balak
Bijih Timah

16 | 900/2 Sulit
SULIT

Gas Asli Cecair

(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada


Laporan Ekonomi, 2003/2004)

BAHAGIAN E

9. Berdasarkan Jadual 1 dan 2 di bawah, tafsirkan hubung kait keluasan kawasan tanaman dan
pengeluaran hasil tanaman yang dinyatakan dari tahun 2000 hingga 2010 (anggaran) serta
mengapakah keadaannya sedemikian.

Skema Jawapan
Pengenalan

Pengeluaran hasil pertanian di negara kita menunjukkan satu perkembangan yang positif dan
memberangsangkan. Melalui RMK-9, kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif untuk
meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negara.

Bil Idea Huraian (Data Mentah /Asas) Perbezaan (Data Proses) Peratus
1. Jumlah keseluruhan Keluasan (hektar)
penggunaan tanah, 2000 – 5721 000 2010 (anggaran) - 2000
pengeluaran komoditi 2010 (anggaran) – 6697 000 = 976 000 hektar 17.06%
menunjukkan
peningkatan Hasil (tan metrik):
2000 – 16,769 400 2010 (anggaran) - 2000
2010 (anggaran) – 30,484 000 = 13 714 600 tan metrik 81.78%
Alasan
i. Kerajaan lebih memberi
tumpuan kepada
pengeluaran industri asas
tani
ii. Kerajaan berusaha untuk
meningkatkan bekalan
makanan Negara
2. Penggunaan tanah
menurun, pengeluaran
komoditi meningkat

i. Getah Keluasan (hektar):


2000 – 1 431 000 2010 (anggaran) - 2000
2010 (anggaran) – 1 179 000 = -252 000 hektar -17.61%

Hasil (tan metrik):


2000 – 928 000 2010 (anggaran) - 2000
2010 (anggaran) – 1 293 000 = 365 000 tan metrik 39.33%

ii. Padi Keluasan (hektar)


2000 – 478 000 2010 (anggaran) - 2000
2010 (anggaran) – 450 000 = -28 000 hektar -5.86%
Hasil (tan metrik):

17 | 900/2 Sulit
SULIT

2000 – 2,141 000 2010 (anggaran) - 2000


2010 (anggaran) – 3,202 000 = 1 061 000 tan metrik 49.56%

Alasan:
Getah
1. Kawasan tanaman getah
diganti dengan tanaman
kelapa sawit
2. Harga getah tidak stabil dan
bergantung kepada pasaran
dunia

Padi
1. Kawasan tanaman padi
digantikan dengan kawasan
perumahan / pembangunan
2. Kerajaan memperkenalkan
tanaman padi 5 kali dalam
masa 2 tahun
3. Benih padi yang tahan
rintang / berkualiti
3. Penggunaan tanah
meningkat, pengeluaran
komoditi meningkat

i. Kelapa Sawit Keluasan (hektar): 2010 (anggaran) - 2000


2000 – 3 377 000 = 1 178 000 hektar
2010 (anggaran) – 4 555 000
34.88%
Hasil (tan metrik): 2010 (anggaran) - 2000
2000 – 12 226 000 = 9 905 000 tan metrik
2010 (anggaran) – 22 131 000
81.02%
ii. Buah-buahan Keluasan (hektar): 2010 (anggaran) - 2000
2000 – 304 000 = 71 000 hektar
2010 (anggaran) – 375 000

Hasil (tan metrik): 2010 (anggaran) - 2000


2000 – 993 000 23.36%
= 1 562 700 tan metrik
2010 (anggaran) – 2 555 700

Keluasan (hektar) 157.37%


iii. Sayur-sayuran 2010 (anggaran) - 2000
2000 – 40 000 = 46 000 hektar
2010 (anggaran) – 86 000

Hasil (tan metrik):


2010 (anggaran) - 2000
2000 – 404 000 115.0%
= 829 300 hektar
2010 (anggaran) – 1 233 300

Alasan:
Kelapa sawit 205.27%
1. Permintaan yang tinggi di
pasaran dunia

18 | 900/2 Sulit
SULIT

2. Kepelbagaian penggunaan
bahan daripada kelapa
sawit
3. Harga kelapa sawit yang
tinggi

Buah- buahan
1. Penghasilan baka yang
berkualiti dan mudah
matang
2. Permintaan yang tinggi
daripada negara maju

Sayur-sayuran
1. Permintaan tinggi dari
Singapura
4. Penggunaan tanah
menurun, pengeluaran
komoditi tidak
konsisten

i. Tembakau Keluasan (hektar) 2010 (anggaran) - 2000


2000 – 15 000 = -8 000 hektar -53.33%
2010 (anggaran) – 7 000
2005 – 2000
Hasil (tan metrik): = 6 600 tan metrik 89.19%
2000 – 7 400
2005 – 14 000 2010 (anggaran) - 2005
2010 (anggaran) – 12 000 = -2 000 tan metrik -14.29%

Alasan:
Tembakau
- Kawalan kerajaan terhadap
amalan merokok
- Tanaman ini diganti dengan
tanaman lain yang lebih
komersial
5. Keluasan tidak
konsisten, hasil tidak
konsisten

1. Koko Keluasan (hektar): 2005 – 2000


2000 – 76 000 = -43 000 hektar -56.58%
2005 – 33 000
2010 (anggaran) – 45 000 2010 (anggaran) - 2005
= 12 000 hektar 36.36%

Hasil (tan metrik): 2005 – 2000


2000 – 70 000 = - 42 000 tan metrik -60.0%
2005 – 28 000
2010 (anggaran) – 57 000

19 | 900/2 Sulit
SULIT

2010 (anggaran) - 2005


= 29 000 tan metrik 103.57%
Alasan:
Koko
1. Permintaan dunia yang
tidak menentu
2. Harga koko tidak stabil
di
pasaran dunia

Penutup

Dasar Pertanian Negara bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian secara
optimum tanpa menggunakan keluasan yang besar. Penyelidikan dan pembangunan dititikberatkan
untuk menghasilkan baka dan benih baru yang dapat meningkatkan produktiviti.

Skema:
Idea - 4 m (1+3 iaitu = Jumlah Besar, dan mana-mana 3 idea yang terbaik)
Huraian - 8 m (4x2)
Bahasa -1m
Rumusan -2m
_____
Jumlah 15 m

Nota:
1. Jika jawapan tidak menunjukkan hubungkait - jawapan calon TR – 01/15
2. Wajib memberi nilai mutlak dan peratus, jika beri salah satu sahaja, huraian – 0m
3. Idea dan sebab perlu diberi dalam perenggan yang sama, jika tidak alasan – 0m
4. Jika tidak dinyatakan anggaran untuk tahun 2010, jawapan calon TR – 01/15

10. Berdasarkan carta di bawah,


a. Huraikan sumber dana bagi sesebuah syarikat.
b. Nyatakan juga arah aliran perbelanjaan dana tersebut.

Skema Jawapan
Pengenalan
Sumber dana boleh didapati daripada pelbagai sumber. Umumnya, sumber dana diperolehi daripada
dua sumber utama iaitu pembiayaan ekuiti dan pembiayaan hutang.

BIL IDEA HURAIAN


BAHAGIAN A
1 Saham biasa - Merupakan syer yang menunjukkan pemilikan
- Apabila diterbitkan dan dijual melebihi nilai tara,
saham
tersebut akan menghasilkan aliran masuk tunai. Contoh

terbitan saham dan premium saham
2 Pendapatan tertahan - Merupakan untung bersih syarikat
- Digunakan untuk mengembangkan perniagaan
- Pendapatan tertahan akan meningkat dari tahun ke
tahun
kerana tidak akan diagihkan sebagai dividen kepada
pemegang saham

20 | 900/2 Sulit
SULIT

3 Pembiayaan hutang jangka - Merupakan pinjaman yang mempunyai tempoh matang


panjang melebihi satu tahun
- Contoh: Pinjaman tetap atau bertempoh:
i) Pinjaman dari agensi kerajaan, bank – bayaran balik
secara ansuran yang terdiri daripada amaun pokok
dan
faedah
ii) Terbitan sekuriti – dana diperoleh apabila syarikat
menerbitkan sekuriti hutang seperti debentur dan
menjualnya kepada pelabur-pelabur
4 Pembiayaan hutang jangka - Pinjaman yang perlu dijelaskan dalam tempoh satu
pendek tahun
atau kurang
- Contoh: Kredit dagangan – kemudahan yang
diperolehi
selepas terjalinnya hubungan baik antara peniaga
dengan pembekal – stok dibekalkan, tidak perlu
membayar serta merta
- Contoh: Kredit pusingan – pinjaman berdasarkan
perjanjian pihak bank dengan pihak peminjam
- Contoh: Overdraf – kemudahan kredit yang diberikan
oleh pihak bank – boleh keluarkan wang melebihi baki
akaun
- Contoh: Surat kredit – jaminan bank bahawa pinjaman
akan dijelaskan – urusniaga antarabangsa
- Contoh: Pemfaktoran – kemudahan pembelian akaun
penghutang oleh institusi kewangan. Syarikat akan
mendapat wang pendahuluan
BAHAGIAN B
5 Arah aliran perbelanjaan dana (i) Pembayaran dividen / faedah
(ii) Penambahbaikan perniagaan
(iii) Membiayai keperluan modal kerja dan aset tetap
(iv) Pembayaran hutang
(v) Pembayaran gaji pekerja
(vi) Pelaburan

Penutup

Pengurusan dana yang baik dapat memastikan pulangan yang setimpal seterusnya memantapkan
sesebuah syarikat.

Skema:
Idea :3+1
Huraian :8m(4x2)
Bahasa : 1 m
Rumusan :2m
---------
15 m

21 | 900/2 Sulit

You might also like