You are on page 1of 2

SK MEROTAI BESAR

PS 572, 91008 TAWAU.

KERTAS KERJA

PENGENDALIAN DAN KECERIAAN BILIK SAINS SK MEROTAI


BESAR

2018

1. 1. PENDAHULUAN

Bilik Sains memainkan peranan penting dalam pengurusan dan pengendalian


ujikaji dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Justeru, kemudahan,
keceriaan dan keindahan adalah penting untuk memberi keselesaan kepada guru-
guru dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan ujikaji pengajaran dan
pembelajaran sains di sekolah.

1. 2. OBJEKTIF

 Memudahkan operasi dan pengendalian terutamanya berkaitan ujikaji


pengajaran dan pembelajaran di bilik sains sekolah.
 Menjadikan Bilik Sains sebagai bilik yang cantik dan indah
 Memberikan keselesaan kepada guru-guru untuk menggunakan bilik ini.

1. 3. RASIONAL & MATLAMAT

 Memudahkan operasi dan pengendalian berkaitan ujikaji pengajaran dan


pembelajaran di bilik sains sekolah.
 Memastikan Bilik Sains sentiasa berada dalam keadaan yang selamat, bersih
dan ceria serta lengkap.
 Meningkatkan kualiti keselamatan dan penyimpanan radas sains dengan
lebih sistematik.

4. LOKASI SASARAN

Bilik Sains SK Merotai Besar


5. PERALATAN DAN BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk keceriaan Bilik sains Sekolah :

BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN CATATAN


HARGA
1. Kain Langsir 60 meter RM 900
2. Besi Langsir 8 batang RM 240
3. Skirting Meja 1 gulung RM 130
4. Jam dinding 1 gulung RM 60

Jumlah RM 1330

6. PENUTUP

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta
dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan dalam
melahirkan murid yang cemerlang dari semua sudut sama ada dari segi akademik,
akhlak dan sahsiah disamping memberi semangat kepada guru untuk lebih bekerja
secara produktif. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan
mendapat keberkatan daripada Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan
pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar
dan diberkati .

Disediakan oleh,

_____________________________________

(HASMI SADA)

KETUA PANITIA SAINS

Sekolah Kebangsaan Merotai Besar,

PS 572, 91008 T.awau

You might also like