You are on page 1of 5

NOTA JURULATIH UTAMA KEBANGSAAN – BAHASA MELAYU UPSR 2016

PERSOALAN:

KONSTRUK :

1. Pengetahuan dan Kefahaman Sistem Bahasa


2. Kemahiran Aplikasi Maklumat
3. Kemahiran Kreatif dan Apresiasi Bahasa

*************************************************************************

KONSTRUK

- Pembinaan/susunan/kedudukan
- Perkara yang hendak ditaksir
- Merupakan dimensi manusia yang berbentuk konkrit seperti tinggi dan berat
atau yang berbentuk abstrak seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap
- Yang cuba dibangunkan atau diperkembang melalui hasil pembelajaran sesuatu
mata pelajaran
- Konstruk dikenal pasti berdasarkan dokumen kurikulum

Konstruk yang ditaksir dikategorikan kepada:

1. Pengetahuan
 Pengetahuan tentang terminolog
 Pengetahuan tentang fakta
 Pengetahuan tentang kelaziman/konvensyen
 Pengetahuan tentang urutan
 Pengetahuan tentang pengkelasan
 Pengetahuan tentang kriteria
 Pengetahuan tentang metodologi/kaedah
 Pengetahuan tentang prinsip dan generalisasi
 Pengetahuan tentang teori dan struktur
2. Kemahiran
Contoh: kemahiran intelektual, mengorganisasikan, menyelesaikan masalah,
mengaplikasi dan menyiasat serta amali
3. Nilai
Contoh: bertanggungjawab, menghargai, bersistem, bekerjasama,
akauntabiliti dan berkeyakinan

1
______________________________________________________________

1.0 Pengetahuan dan Kefahaman Sistem Bahasa

1.1 Pengetahuan:

- berasal daripada pengalaman, pemerhatian yang diterima secara terus atau


melalui pembacaan dan diberitahu oleh seseorang lain; merupakan cebisan
maklumat dan menjadi sebahagian daripada struktur pengetahuan dalam
mental seseorang. Jika pengetahuan ini disimpan dalam ingatan tanpa
sebarang pemikiran lanjut, pengetahuan ini akan kekal sebagai maklumat yang
paling sedikit kegunaannya kepada kita. Maklumat ini boleh dikeluarkan
semula dalam bentuk aswal apabila disoal semula menggunakan item/tugasan
yang berbentuk “recall”.
- Pengetahuan bermaksud mengingati semula perkara yang telah dipelajari,
mengingati fakta-fakta spesifik hingga teori-teori yang sukar dan merupakan
hasil pembelajaran yang rendah dalam aras kognitif.

1.2 Kefahaman:

- Ialah kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa


situasi baharu dan tidak memerlukan atau memperihalkan tentang implikasi
terhadap pengetahuan tersebut. Kefahaman dibahagikan kepada 3 kemahiran
kognitif iaitu:
 Penterjemahan (kebolehan menyatakan suatu konsep yang
diketahui dengan menggunakan perkataan atau simbol yang lain.
Antara aktiviti yang melibatkan kefahaman pada peringkat
penterjemahan ialah:
a. Menterjemah secara literasi dari satu bahasa ke bahasa
yang lain
b. menukar dari bentuk simbol kepada bentuk verbal atau
sebaliknya
c. Membaca al-Quran
d. Membaca skor muzik)

 Interpretasi (kebolehan menghubungkaitkan bahagian-bahagian


dalam suatu set komunikasi dan menyatakan dalam bentuk lain –

2
“verbal atau grafik” dengan mengekalkan makna set komunikasi
itu.antara aktiviti yang melibatkan kefahaman pada peringkat
interpretasi ialah:
a. Menyatakan suatu pernyataan, peristiwa lalu atau konsep
dengan menggunakan olahan bahasa yang tersendiri,
mengubah susun atur konteks asalnya atau
meringkaskannya tanpa mengubah makna tujuan asalnya.
b. Menginterpretasi graf, carta, peta, jadual, jalur komik
kepada bentuk verbal atau sebaliknya.
c. Menjelaskan maksud perkataan dengan konteks
penggunaannya dalam suatu puisi).

 Ekstrapolasi (kemahiran yang melibatkan interpretasi tetapi


hanya melampaui maklumat yang terdapat dalam set komunikasi
berkenaan. Kemahiran ini menghasilkan ramalan, inferens atau
anggaran berdasarkan pemerhatian, pengalaman, corak, trend
atau suatu ururtan berkala. Antara aktiviti yang melibatkan
kefahaman pada peringkat ekstrapolasi ialah:
a. Membuat kesimpulan awal daripada pemerhatian,
pengetahuan dan pengalaman.
b. Membuat ramalan berdasarkan set data atau graf
c. Membuat jangkaan berdasarkan sebab dan tindfakan
dalam suatu set komunikasi).

2.0 Kemahiran Aplikasi Maklumat

- aplikasi ialah kebolehan menggunakan prinsip dan generalisasi pada satu masalah
dan situasi baharu. Masalah dan situasi baharu membawa maksud masalah dan
situasi itu hampir sebahagiannya baru kepada murid. Situasi ini mungkin kelihatan
serupa seperti yang pernah mereka selesaikan tetapi mengandungi sedikit elemen
yang bersifat baharu dan di luar kebiasaan murid. Idea, konsep, prinsip, teori,

3
hukum, prosedur dan sebagainya yang telah dipelajari perlu digunakan dalam
masalah dan situasi baharu tersebut.

2.1 Tingkah laku murid semasa menjawab soalan berbentuk aplikasi biasanya:

a. Mengenal pasti tugasan soalan


b. Menentukan apakah yang diberi dan apakah yang diperlukan
c. Mengenepikan perkara yang tidak berkaitan
d. Menyusun semula dalam bentuk atau corak yang mudah diselesaikan

2.2 Aplikasi maklumat melibatkan keupayaan murid:

 Mengenal pasti prinsip atau generalisasi yang berkaitan untuk menyelesaikan


masalah dalam situasi baharu
 Menentukan had lingkungan suatu prinsip atau generalisasi itu sesuai
digunakan
 Mengenal pasti pengecualian tentang suatu generalisasi untuk menyelesaikan
masalah
 Menerangkan suatu fenomena yang baharu menggunakan suatu prinsip atau
generalisasi
 Meramal apa yang berlaku denganmenggunakan prinsip atau generalisasi yang
berkenaan
 Memberi justifikasi terhadap suatu tindakan atau keputusan dalam masalah
yang baharu dengan menggunakan prinsip atau generalisasi yang berkenaan.

3. Kemahiran Kreatif dan Apresiasi Bahasa

3.1 Kreativiti dalam penulisan:

 Penghasilan karya yang sesuai, asli/autentik


 Berani menjanakan idea yang pelbagai dan baharu tanpa
dikongkong oleh idea lama

4
 Kebolehan mencerna/menghasilkan idea baharu melalui
ilham/gabungan idea yang ada
 Kelancaran (fluency), keluwesan (flexibility), kejelasan
(elaboration) dan keaslian (originality)
 Berfikir dalam arah dan hala yang baharu
 Kemampuan/kebolehan mencipta
 Menggunakan imaginasi untuk sampai ke satu penyelesaian
masalah, cabaran, persoalan atau tugasan

3.2 Apresiasi Bahasa :

 Proses penghayatan
 Keindahan dan kehalusan bahasa
 Penggunaan kata dan kosa kata yang bersesuaian
 Pendekatan ekspresif – emotif
 Ada nilai estetika
 Bidang interpersonal – hubungan sesama manusia – kesantunan
 Berupaya membuat kupasan atau menghasilkan bahan yang mempamerkan
penguasaan serta kebitaraan dalam bahasa Melayu.

#rbma-Salam Bahasa Jiwa Bangsa

You might also like