You are on page 1of 1

KESAN PEMBELAJARAN KOPERATIF KEPADA PELAJAR LEMAH

 Peluang sama untuk berjaya. Setiap pelajar mendapat peluang yang


sama banyak untuk belajar dengan baik walaupun ditempatkan dalam
mana-mana kumpulan lain.
 Saling kebergantungan positif. Pembelajaran distruktur supaya pelajar
percaya mereka memerlukan antara satu sama lain – kejayaan atau
kegagalan dialami bersama.
 Interaksi bersemuka. Pelajar disusun supaya dapat memandang muka
rakan kumpulan dan boleh berbincang menggunakan ‘suara 12 inci’.
 Tingkah laku & sikap sosial yang positif. Pelajar belajar menggunakan
kemahiran sosial seperti kebolehan memimpin, dirinya boleh dipercayai,
boleh mengurus konflik, boleh memberi dan menerima kritikan
membina, memberi galakkan, bertolak ansur dll.
 Akses kepada maklumat penting. Guru hendaklah menstruktur tugasan
supaya pelajar diberi akses kepada maklumat tertentu dan memahami
maklumat tersebut (yang selaras dengan kenyataan objektif
pembelajaran).
 Peluang melengkapkan tugas memproses maklumat. Untuk berjaya,
setiap pelajar mestilah diberi peluang untuk melengkapkan beberapa
pemprosesan maklumat dalaman yang selaras dengan objektif seperti
memahami, menterjemah, mengaitkan, memberi makna, mengkategori
dan menilai kesesuaian maklumat yang dibaca.
 Akauntabiliti individu. Setiap pelajar bertanggungjawab kepada dirinya
untuk berjaya dalam pembelajaran akademik. Setiap orang diuji secara
individu untuk menentukan penguasaan mereka bagi isi pelajaran dan
kemahiran yang ditetapkan.
 Penghargaan dan ganjaran bagi kejayaan kumpulan. Hanya ahli
kumpulan yang memenuhi atau melebihi aras pencapaian akademik
yang ditetapkan menerima penghargaan atau ganjaran. Penghargaan
atau ganjaran adalah sesuatu yang dihargai pelajar.

You might also like