You are on page 1of 48

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) merupakan kemahiran-kemahiran yang

harus dikuasai oleh murid – murid untuk memastikan keberkesanan proses pengajaran

dan pembelajaran di sekolah berlangsung. Ott (1997) menyatakan setiap individu murid

perlu menguasai kemahiran – kemahiran asas (membaca, menulis dan mengira) bagi

membolehkan mereka mendapat kebaikan daripada setiap komponen dalam kurikulum

pembelajaran di sekolah. Sekiranya kemahiran asas ini masih belum berkembang

sepenuhnya dalam diri murid, satu bentuk program pemulihan perlu disediakan untuk

membantu setiap murid yang mempunyai masalah ini.

Penekanan kefahaman konsep tolak dengan menggunakan bahan bantu mengajar

yang pelbagai bentuk dan mengambil tindakan yang berkesan dapat mempermudahkan

proses itu. Omardin (1999) menyatakan penggunaan bahan bantu mengajar memberi

sumbangan besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di

kalangan guru dan murid. Bahan bantu mengajar juga dapat menyelesaikan pelbagai

masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran

zaman

1
1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu.

Sepanjang saya berpraktikum selama tiga fasa yang lepas, saya mendapati ramai murid

pendidikan khas mengalami masalah dalam mata pelajaran Matematik. Masalah yang

dihadapi oleh mereka ialah sukar untuk menyelesaikan masalah tolak dalam lingkungan

10. Mereka selalu mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan soalan tolak yang

dikemukakan oleh guru.

Hal ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang mungkin mendorong

kepada masalah berikut. Antaranya ialah teknik atau kaedah yang saya gunakan adalah

kurang sesuai Kaedah yang selalu gunakan ialah kaedah lampau iaitu kaedah “potong”.

Kebanyakkan murid menghadapi masalah untuk membilang jumlah yang perlu dilukis

kerana kadang kala jumlah boleh menjadi kurang atau lebih daripada jumlah yang telah

ditetapkan. Hal ini sekaligus menyebabkan pengiraaan murid menjadi tidak tepat. Oleh

hal yang demikian, saya perlu merancang kaedah yang lebih bersesuaian untuk

mengurangkan masalah berkenaan. Menurut Salleh (2007), murid – murid mudah

merasa bosan dengan sebahagian guru yang mengajar sambil lewa dan tidak banyak

perubahan dalam teknik pengajaran.

Selain itu, bahan bantu belajar ( BBB ) yang saya gunakan kurang sesuai dan

kurang menarik perhatian murid. Seperti yang kita ketahui penggunaan BBB yang

menarik dapat menarik minat murid untuk terus mengikuti pengajaran kita. Secara

langsung ia dapat mempengaruhi keberkesanan pengajaran kita. Antara contoh

penyediaan bahan bantu belajar yang sesuai digunakan di semua bilik darjah pendidikan

khas bermasalah pembelajaran ialah kelas hendaklah dilengkapi dengan bahan – bahan

2
asas untuk melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan ini berubah mengikut

kemampuan dan kepentingan individu dan cara pengendalian bahan tersebut. Dale

(1969) menyatakan bahawa pengajaran dapat ditingkatkan dengan berkesan bila dibantu

dengan media yang membolehkan pengalaman dalam ingatan. Penglibatan melalui

pengalaman merupakan cara yang paling berkesan dalam pembelajaran.

Faktor yang seterusnya mungkin disebabkan komunikasi yang saya gunakan

kurang difahami oleh murid, iaitu komunikasi yang kurang berkesan. Komunikasi ialah

satu proses yang melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat di antara dua

pihak iaitu penghantar dan penerima. Konteks dalam bilik darjah ialah perhubungan di

antara orang dengan orang, iaitu guru dengan murid atau murid dengan murid yang

berlaku dalam bentuk percakapan atau gerak geri. Hal ini telah menyebabkan murid

sukar untuk mematuhi arahan dan memahami isi pelajaran yang ingin saya sampaikan.

Shatar, Jasni dan Azali (2006) menambahkan bahawa langkah pertama kecemerlangan

pendidikan bermula dengan komunikasi berkesan. Dalam komunikasi yang berkesan ini

terdapat ciri kesefahaman, ciri keseronokan, pengaruh terhadap sikap, memperbaiki

hubungan, dan wujudnya tindakan susulan.

Faktor yang seterusnya ialah kegagalan saya dalam menguruskan bilik darjah

dan tingkah laku murid dengan baik. Proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) yang

lancar juga dipengaruhi oleh pengurusan bilik darjah yang baik daripada seorang guru.

Saya tidak berjaya mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif. Persekitaran

pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil

bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Menurut Nazar (1990) yang

dipetik daripada Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku oleh Mok Soon Sang,

3
tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang menggangu

perjalanan kehidupannya. Jika dilihat dari konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah

merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelancaran atau

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran khasnya di dalam bilik darjah.

1.3 Pengumpulan Data Awal

Saya telah menggunakan beberapa cara untuk proses pengumpulan data awal

bagi menjalankan kajian ini. Antaranya ialah ;

1.3.1 Analisis Dokumen

White & Marsh (2006) pula memberi definisi analisis dokumen sebagai teknik kajian

yang guna bagi membuat kesimpulan yang boleh diulang dan sah dari teks (atau bahan

lain yang bermakna) bagi konteks yang diguna. Proses mengumpul data kajian melalui

penyelidikan, penyiasatan, pemeriksaan, pencerakinan dan penganalisisan terperinci

yang dibuat terhadap bahan bertulis yang berkaitan dengan perkara yang dikaji.

Dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang

dikaji kerana ianya merupakan sumber paling mudah kerana maklumat yang diperlukan

telah tersedia ada. Sebelum menjalankan kajian, saya telah melihat semula hasil kerja

lampau bagi mata pelajaran Matematik.

1.3.2 Pemerhatian

Abdul Rahim (2001), menyatakan pemerhatian bertujuan membantu guru mendapat

maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Saya telah

menjalankan pemerhatian ini secara berterusan dan dengan sistematik, iaitu ada tujuan,

4
mengikut masa yang ditentukan dan mengikut peraturan. Saya juga telah mencatat nota

(nota lapangan) dan membuat rakaman (video) terhadap pemerhatian yang dijalankan.

1.3.3 Temu Bual

Wenger dalam Forrest (2006) menyatakan temu bual adalah teknik kajian yang boleh

diterima bagi mencari isu yang berkaitan dengan polisi maklumat. Saya akan menemu

bual beberapa orang murid dan guru di kelas pendidikan khas untuk mendapatkan

maklumat awal berkenaan dengan kajian saya. Hal ini bertujuan untuk memberi peluang

kepada saya meneroka secara mendalam. Selain itu, ia juga memberi kesempatan kepada

peserta mengambil masa berfikir, berbual-bual dan membuat interpretasi mengenai

perasaan dan ideanya sendiri. Temu bual dengan guru pula bertujuan untuk mengetahui

sejauh mana tahap kognitif bagi setiap murid dan sebagai persediaan untuk membina

soalan ujian diagnostik.

1.3.4 Ujian Diagnostik

Menurut Mok (2001), ujian diagnostik merupakan satu instrumen yang digunakan untuk

mengukur daerah kelemahan murid secara terperinci. Melalui ujian ini, guru dapat

mengenal pasti apakah masalah sebenar murid di peringkat awal. Tujuan pelaksanaan

ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid dari segi pergerakan

tangan dan mata. Murid diuji secara langsung berdasarkan soalan dalam aspek

koordinasi mata dan tangan, kekemasan menulis, menulis dengan cermat, tulisan yang

boleh dibaca, setara dan berstruktur. Jadual 1 di muka surat seterusnya menunjukkan

markah ujian diagnostic murid – murid.

5
Jadual 1
Markah Ujian Diagnostik Murid
BIL NAMA MURID MARKAH UD ( 100 % )

1. Murid A 65

2. Murid B 67

3. Murid C 75

4. Murid X 41

5. Murid Y 44

6. Murid Z 45

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Huraian Fokus Kajian

Berdasarkan pengalaman lampau, saya mendapati bahawa kebanyakkan murid

pendidikan khas mengalami masalah dan kesukaran dalam menyelesaikan operasi tolak

dalam lingkungan 10. Kebanyakkan guru di sekolah itu mengajar dengan kaedah yang

mengelirukan murid iaitu kaedah mebuat garisan dan memotong garisan. Tambahan

pula, kaedah itu tidak melibatkan bahan maujud hingga menukarkan murid untuk

membilang. Hal ini kerana, garisan yang dibuat oleh murid – murid kadang – kadang

boleh melebihi atau berkurangan daripada jumlah yang sepatutnya. Secara tidak

langsung ianya akan mempengaruhi ketepatan pengiraan murid – murid.

6
2.1.1 Kebolehtabiran Kajian

Dengan menggunakan bahan intervensi yang maujud iaitu Dacing Penolak atau

‘Dacing Penolak’ yang saya ciptakan. Murid akan dibimbing untuk membuat penolakan

dalam lingkungan 10 dengan lebih mudah bagi mendapatkan jawapan yang paling tepat.

Murid akan dtunjukkan cara oleh saya untuk menggunakan alat ini bagi menyelesaikan

masalah tolak dalam lingkungan 10. Murid yang telah dipilih menjadi responden

dikehendaki melihat cara yang ditunjukkan oleh saya dengan teliti. Selepas mereka

memahami cara berkenaan, mereka dikehendaki melakukan sendiri langkah yang telah

ditunjukkan oleh saya untuk menyelesaikan soalan tolak dengan bimbingan daripada

saya dan seterusnya tanpa bimbingan saya. Dengan pengunaan bahan ini, ianya akan

memudahkan murid untuk menyelesaikan masalah tolak.

2.1.2 Kepentingan Kajian

Pengunaan Dacing Penolak dapat memudahkan murid unuk memahami konsep

tolak tersebut dengan lebih mudah. Hal ini kerana ianya dibuat daripada bahan yang

maujud di mana bahan ini boleh dilihat dan disentuh oleh murid. Dacing Penolak juga

mudah ditadbir dan digunakan. Hal ni kerana reka bentuknya yang direka sesuai dan

mesra dengan murid Pendidikan Khas. Dacing Penolak juga digunakan khusus untuk

kemahiran menolak dalam lingkungan 10. Penggunaannya yang mudah membolehkan

murid menggunakannya tanpa kekeliruan. Kemahiran khusus yang diajar menggunakan

Dacing Penolak juga akan memberi keselarasan antara kemahiran dengan ujian yang

akan dijalankan. Penumpuan kepada kemahiran menolak dalam lingkungan 10 akan

memudahkan guru menguji kemahiran itu sahaja selepas itu.

7
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik dengan tujuan mencapai

objektif pelajaran yang berkesan, guru matematik harus memahami teknik – teknik

menggunakan alat – alat, sama ada untuk menerangkan konsep matematik pada

peringkat konkrit atau digunakan oleh murid – murid menjalankan intervensi

pembelajaran matematik. Menurut Mok dan Siew ( 1986 ), pengajaran matematik

haruslah mengikut turutan pengajaran dari pengalaman konkrit/bahan maujud seterusnya

melibatkan penggunaan gambar barulah ke peringkat abstrak. Untuk membekalkan

murid dengan pengalaman konkrit, alat bantu mengajar memainkan peranan yang amat

penting. Dalam hubungan ini, penggunaan alat bantu mengajar akan dapat membantu

murid – murid membina konsep matematik secara sendiri yang selaras dengan konsep

inkuiri penemuan di samping mengurangkan kesempatan memaksa diri untuk menghafal

bahan - bahan pelajaran mereka secara membuta tuli.

2.2 Tindakan / Intervensi

Penggunaan Dacing Penolak Meningkatkan Kemahiran Menolak dalam Lingkungan 10

dalam Kalangan Murid Pendidikan Khas.

Saya telah menggunakan bahan bantu belajar ini bagi membantu murid - murid

untuk menolak dengan tepat. Bahan bantu belajar ini merupakan rekaan saya sendiri

yang diadaptasi daripada Dacing Penolak dan bola pingpong. Dacing Penolak ini akan

dibuat dariapada ‘mounting board’. Saya memilih bahan ini kerana ianya maujud di

mana bahan ini boleh dilihat dan dipegang oleh murid.

Menurut Hoban, Finn dan Dale ( 1964 ) kepentingan BBM ialah menyediakan

satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep, sebagai daya penarik penting kepada

8
seseorang pelajar, dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal, memberi

pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan intervensi sendiri di kalangan murid

dan boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan

beragam.

Motor halus penting kepada murid – murid kelas pendidikan khas bagi

menguasai komponen kecil kemahiran mengira, iaitu kemahiran menolak dalam

lingkungan 10.. Kemahiran ini terkandung dalam DSKP Matemtaik Tahun 1 bagi murid

penididkan khas yang perlu dikuasai oleh mereka. Maka, elemen aplikasi motor halus

yang terdapat dalam kaedah intervensi Dacing Penolak ini dapat membantu murid -

murid pendidikan khas meningkatkan penguasaan kemahiran menolak dalam lingkungan

10 ini secara sedikit demi sedikit.

Kemahiran motor halus ini turut berkait kandungan Komponen Perkembangan

Fizikal. Seperti terdapat dalam Panduan Kurikulum Prasekolah oleh Rohani Binti

Abdullah, Nani Binti Menon & Mohd Sharani Bin Ahmad. Menurut Kurikulum

Prasekolah Kebangsaan (2003), intervensi yang melibatkan psikomotor motor halus

sebahagiannya ialah memegang objek menggunakan jari dengan betul, bermain jari atau

lakonan jari, bermain dengan plastisin ataupun kertas secara meramas, memicit,

mencubit, merenyuk, menggentel dan lain – lain dan melipat, mengoyak ataupun

memotong kertas untuk dijadikan benda

Dacing Penolak ini sengaja digunakan bagi mengurangkan elemen pengganggu

atau distractor semasa murid – murid mengira. Selain itu, murid – murid dapat dibantu

untuk membuat pengiraan yang tepat. Hal ini kerana kemahiran membilang mereka akan

9
menjadi lebih mudah dan berkesan jika dibandingkan dengan kaedah potong . potong

yang biasa digunakan guru mereka sewaktu menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah. Dengan adanya bahan yang mampu menarik

perhatian mereka seperti yang akan diciptakan, penumpuan mereka dapat ditingkatkan.

Menurut Richey dan Mckinney (1978) serta Sinclair, Guthrie dan Forness (1984) Richey

dan Mckinney (1978) serta Sinclair, Guthrie dan Forness (1984), kita harus mencari

bukti atau masalah penumpuan perhatian atau peningkatan gangguan dalam situasi

bukan-membaca dan kanak – kanak sekolah dikelaskan sebagai murid yang lemah atau

hilang upaya belajar kerap digambarkan sebagai mudah terganggu di dalam kelas.

10
Dacing Tolak atau ‘Minus Balncing’

Intervensi 1 : Tolak di sebelah bahagian dacing.

Intervensi 2 : Seimbangkan dacing.

Intervensi 3 : Buang sama rata.

Rajah 1: Gambar Intervensi

PETUNJUK

Palang dacing yang dibuat dari kayu

Penyeimbang dacing juga dari kayu

Penyangkut bola pinpong

Bola pinpong
11
3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

3.1.1 Meningkatkan kemahiran menolak dalam lingkungan 10 dalam kalangan murid

pendidikan khas menggunakan Dacing Penolak.

3.2 Soalan Kajian

3.2.1 Adakah Dacing Penolak dapat membantu murid pendidikan khas meningkatkan

kemahiran menolak dalam lingkungan 10?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya dalam kajian ini ialah tiga orangmurid kelas pendidikan khas

dari tahun 1. Murid ini tergolong dalam kumpulan yang sederhana dalam dua buah

kumpulan yang saya ajar dalam kelas pendidikan khas. Kumpulan sasaran ini tidak

mempunyai masalah tingkah laku yang serius di sekolah selain tidak hadir ke sekolah.

Mereka boleh dikategorikan baik dan menghormati guru. Mereka juga kanak - kanak

yang aktif ketika bersama rakan-rakan. Mereka bermain dan bergaul bersama-sama

rakan sebayanya.

12
Jadual 2
Maklumat Responden

Nama Samaran Umur Jantina Bangsa Ciri istimewa

Responden X 12 Lelaki Melayu Sindrom


Down
Kurang
tumpuan di
dalam kelas

Responden Y 12 Perempuan Melayu Sindrom


Down
Selalu
menjaga
penampilan
diri hingga
menganggu
tumpuan

13
5.0 PERLAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Prosedur Pelaksanaan

INTERVENSI 1 ( Tolak di Sebelah Bahagian Dacing )

Jadual 3
Pelaksanaan Intervensi 1.

LANGKAH ILUSTRASI

LANGKAH

Mengisi bola pinpong di bahagian sebelah dacing sahaja mengikut

jumlah bagi nilai nombor yang lebih besar iaitu sebanyak 7 buah.

LANGKAH

2
v

Membuang bola pinpong mengikut nombor yang berada selepas simbol

tolak iaitu sebanyak 3 buah.

LANGKAH

Membilang jumlah bola pinpong yang tinggal seterusnya menentukan

apakah jawapan bagi soalan 7 – 3. Jawapannya ialah 4.

14
INTERVENSI 2 ( Seimbangkan Dacing )

Jadual 4
Pelaksanaan Intervensi 2.

LANGKAH ILUSTRASI

LANGKAH

Mengisi bola pinpong di bahagian sebelah kiri dacing sebanyak 7 buah

bola pinpong dan sebelah kanan dacing sebnayak 3 buah bola pinpong.

LANGKAH

2
v

Membuang 4 bola pinpong bagi menyamakan jumlah pada setiap

bahagian dacing dan meletakkan bola pinpong itu di dalam subuah

kotak.

LANGKAH

Membilang jumlah bola pinpong yang berada dalam kotak dan

seterusnya menentukan apakah jawapan bagi soalan 7 – 3. Jawapannya

ialah 4.

15
INTERVENSI 3 ( Buang Sama Rata )

Jadual 5
Pelaksanaan Intervensi 3.

LANGKAH ILUSTRASI

LANGKAH

Mengisi bola pinpong di bahagian sebelah kiri dacing sebanyak 7 buah

bola pinpong dan sebelah kanan dacing sebnayak 3 buah bola pinpong.

LANGKAH

Membuang 4 bola pingpong bagi menyamakan jumlah pada setiap

bahagian dacing dan meletakkan bola pinpong itu di dalam sebuah kotak.

LANGKAH

Membilang jumlah bola pinpong yang berada di dacing dan seterusnya

menentukan apakah jawapan bagi soalan 7 – 3. Jawapannya ialah 4.

16
5.2 Cara Mengumpul Data

Pengumpulan data merupakan salah satu aspek yang penting semasa menjalankan kajian

tindakan. Data yang dipungut perlu mempunyai kredibiliti. Dengan demikian, data yang

dipungut seboleh – bolehnya perlu disemak untuk menentukan sejauh manakah ianya

boleh dipercayai. Terdapat tiga kaedah mengumpul data yang digunakan dalam kajian

ini iaitu pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual.

Menurut Merriam ( 2001 ), ketiga-tiga kaedah pengumpulan data kajian kualitatif

iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen akan memantapkan

kebolehpercayaan dan kesahihan internal. Penggunaan ketiga – tiga kaedah ini akan

saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Ketidakjelasan daripada pengutipan

data pemerhatian akan ditanya kepada responden melalui temu bual dan sebaliknya,

yang kemudian disokong oleh analisis dokumen. Mohd dan Nana (2005) menyatakan

penggunaan ketiga-tiga kaedah tersebut merupakan proses triangulasi yang dapat

menghasilkan dapatan kajian yang lebih tepat dan meyakinkan tentang masalah yang

dikaji.

Triangulasi merupakan prosedur kesahan di mana penyelidik menggunakan

pelbagai sumber maklumat yang berbeza untuk membentuk tema atau kategori dalam

sesuatu kajian. Cohen dan Manion (1994) dan Altrichter (1993) telah mencadangkan

beberapa jenis triangulasi yang boleh diamalkan mengikut situasi dan keperluan kajian

iaitu triangulasi masa, triangulasi data, triangulasi sumber dan triangulasi penyelidik.

Pengumpulan data yang menggunakan pelbagai kaedah untuk tujuan yang sama

dipanggil triangulasi data. Dalam kajian ini, saya menggunakan triangulasi data di mana

17
kaedah mengumpul data yang berlainan dijalankan ke atas responden yang sama.

Menurut Marohaini (2001), penggunaan pelbagai teknik pengutipan data memberi

triangulasi atau pengukuhan data.

5.1.1 Pemerhatian

Saya telah menjalankan pemerhatian berstruktur ke atas kedua - dua responden saya

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Pemerhatian akan dijalankan sebelum,

semasa dan selepas menggunakan Dacing Penolak. Abdul Rahim M. Ali (2001),

menyatakan pemerhatian bertujuan membantu guru mendapat maklum balas tentang

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Beliau turut menyatakan terdapat dua

instrumen yang boleh digunakan untuk merekod data pemerhatian iaitu senarai semak

dan skala radar. Pemerhatian yang telah dijalankan diambilkira dari segi keupayaan

responden menggunakan Dacing Penolak untuk menyelesaikan soalan operasi tolak

dalam lingkungan 10 sepanjang pelaksanaan kajian tindakan. Menurut Kamarudin Hj.

Husin dan Siti Hajar (1990), pemerhatian boleh dilaksanakan secara formal dan

berterusan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, saya akan menggunakan senarai semak pemerhatian sebelum

menggunakan Dacing Penolak (Lampiran 1) dan senarai semak pemerhatian semasa dan

selepas menggunakan Dacing Penolak (Lampiran 2) bagi menganalisis data Saya turut

merakamkan pemerhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran saya

menggunakan kamera video. Rakaman video bukan sahaja dapat merekodkan segala

perbualan dan bunyi tetapi segala pergerakan responden saya semasa melakukan

18
intervensi juga dapat diambil melalui Saya menjalankan rakaman video ini adalah

bertujuan untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan data pemerhatian.

5.1.2 Analisis Dokumen

Instrumen Lembaran Kerja (LK) telah diberikan kepada responden saya dalam kajian ini

mengandungi 5 soalan operasi tolak dalam lingkungan 10 dalam bentuk ayat Matematik

( Rujuk lampiran 3 untuk soalan lembaran kerja ). Melalui Instrumen LK responden

yang dikumpul dapat membantu saya mengesan kelemahan responden dan tahap

keupayaan responden dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi tolak dalam

lingkungan 10. Selain itu, Instrumen LK turut dapat mengesan peningkatan prestasi dan

penguasaan kemahiran responden saya dalam menyelesaikan operasi tambah dalam

lingkungan 10 sebelum, semasa dan selepas intervensi dijalankan. Menurut Ee Ah Meng

(2002), lembaran tugasan diberikan kepada murid bertujuan untuk mengukuhan konsep

yang disampaikan dalam pembelajaran serta menyediakan peluang bagi murid untuk

cuba mengaplikasikan apa yang telah dimuridi.

Dalam hal ini, saya telah menganalisis lembaran kerja yang diberikan kepada

responden saya dalam aspek bilangan soalan yang dijawab dengan betul. Justeru itu,

perbandingan antara Instrumen LK sebelum, semasa dan selepas menggunakan Dacing

Penolak telah dilakukan. Skor lembaran kerja ini dianalisis untuk mengetahui

peningkatan kemahiran responden saya dalam menyelesaikan operasi tolak dalam

lingkungan 10. Data – data analisis dokumen yang dikumpul dapat menjawab soalan

kajian iaitu meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10 dalam kalangan

murid Pendidikan Khas.

19
5.1.3 Temu bual

Menurut Chua Yan Piaw (2006) mendefinisikan temu bual sebagai perbualan dua hala

yang bertujuan untuk mengumpul maklumat kajian dan melibatkan interaksi bersemuka

antara penemubual dan responden. Temu bual adalah cara yang terbaik untuk meneroka

dan mendapatkan maklumat daripada responden secara mendalam. Kedua-dua

responden saya telah ditemu bual setelah Dacing Penolak. Temubual ini telah

dilaksanakan secara individu selepas proses kajian tindakan dijalankan. Temubual ini

dijalankan supaya saya dapat mengenalpasti tahap keupayaan murid dalam

menyelesaikan soalan matematik operasi tolak dalam lingkungan 10 dalam bentuk lisan.

Terdapat 11 item yang terdapat di dalam senarai semak temu bual.

Patton (1980) menyatakan terdapat tiga jenis teknik temu bual iaitu temu bual

formal, temu bual tidak formal dan temu bual terbuka. Fontana dan Frey (1994) serta

Merriam (1998) juga menyatakan terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual

berstruktur, temu bual separa berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Bagi kajian

ini, saya telah menjalankan temu bual berstruktur di mana item-item dan prosuder temu

bual dirancang terlebih dahulu. Instrumen Senarai Semak Temu Bual telah disediakan

dan digunakan untuk mengumpul maklumat ( Lampiran 5 ). Responden saya telah

memberikan maklum balas dan kata – kata yang positif selepas menggunakan Dacing

Penolak. Saya menjalankan sesi temu bual di dalam bilik guru untuk membina hubungan

mesra dengan responden.

20
5.3 Cara Menganalisis Data

Pemerhatian

Pemerhatian akan dijalankan sebelum, semasa dan selepas menggunakan Dacing

Penolak. Selain itu, saya akan menggunakan senarai semak pemerhatian sebelum

menggunakan Dacing Penolak (Lampiran 1) dan senarai semak pemerhatian semasa dan

selepas menggunakan Dacing Penolak (Lampiran 2) bagi menganalisis data. Saya akan

menanda simbol  bagi setiap item yang berjaya dilaksanakan oleh responden dan 

bagi jawapan sebaliknya. Selepas itu saya akan membuat graf bar untuk menunjukkan

peningkatan dalam kemahiran menolak dalam lingkungan 10.

Analisis Dokumen

Saya akan gunakan jadual ( Lampiran 4 ) untuk menunjukkan skor yang diperolehi oleh

setiap responden bagi LK 1, LK 2 dan LK 3 bagi setiap intervensi ( Lampiran 3). Setelah

itu saya akan menggunakan graf bar untuk menunjukkan peningkatan yang diperolehi

oleh reponden bagi setiap LK. Rujuk lampiran 5 untuk contoh graf garis yang

digunakan.

Pemerhatian

Saya akan menggunakan senarai semak temubual ( Lampiran 5 ) bagi menganalisis

data.Saya akan menanda simbol  bagi setiap item yang berjaya dilaksanakan oleh

responden dan  bagi jawapan sebaliknya.

21
6.0 DAPATAN : ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Menurut Mertler (2006), data yang dikumpul perlu dianalisis dan dibuat interpretasi bagi

membolehkan penyelidik melapor dapatan kajian berdasarkan bukti-bukti yang telah

diperoleh. Menurut Creswell (2009) pula menyatakan terdapat dua kaedah

penganalisisan data iaitu kaedah deskriptif dan kaedah naratif. Hasil pengumpulan data

boleh direkodkan dalam bentuk nombor atau pun teks.

Dalam kajian ini, saya menganalisis data yang dikumpul secara kualitatif sahaja.

Data kualitatif adalah data yang diperoleh dalam bentuk teks seperti transkrip temu bual,

nota lapangan dan lain – lain bahan. Bogdan dan Biklen (1992) menyatakan data ini

diproses secara sistematik untuk dipersembahkan kepada orang lain Data kualitatif

disimpan dalam catatan harian. Catatan harian atau catatan lapangan merupakan

instrumen utama yang melekat pada beragam teknik pengumpulan data kualitatif. Isi

catatan fakta tidak boleh berupa penafsiran pribadi peneliti, akan tetapi fakta-fakta apa

adanya dan telah teruji kesahihannya. Peneliti mencatat fakta selengkap dan serinci

mungkin. Catatan haruslah berisi hal – hal konkrit. Hal – hal yang bersifat abstrak hanya

bisa dimasukkan ketika benar – benar dapat dipercaya atau diandalkan. Setiap fakta

mewakili peristiwa penting yang akan dimasukkan ke dalam proposisi-proposisi yang

nanti hendak disusun, atau sebagai konteks dari suatu kegiatan.

Dapatan yang diperolehi daripada ketiga – tiga kaedah mengumpul data iaitu

kaedah pemerhatian, kaedah analisis dokumen dan kaedah temu bual dikumpulkan dan

dianalisis. Responden telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kemahiran

operasi tambah dalam lingkungan 10 setelah menggunakan Dacing Penolak. Ini

22
menunjukkan keberkesanan intervensi Dacing Penolak dalam meningkatkan kemahiran

operasi tambah dalam lingkungan 10 responden. Dapatan kajian bagi ketiga - tiga

kaedah yang digunakan dalam kajian tindakan ini dijelaskan secara terperinci seperti

yang dinyatakan di bawah:

6.1 Dapatan Analisis Pemerhatian

Pemerhatian dijalankan sebelum, semasa dan selepas menggunakan Pemerhatian akan

dijalankan sebelum, semasa dan selepas menggunakan Dacing Penolak. Dalam kajian

ini, saya telah melaksanakan pemerhatian berstruktur terhadap tingkah laku responden

semasa menggunakan Dacing Penolak yang saya sediakan. Chow dan Jaizah (2011)

menyatakan pemerhatian bertujuan membantu guru menentukan kesediaan dan

penerimaan murid terhadap pengajarannya. Seseorang sentiasa memerhatikan reaksi

muridnya untuk memastikan komunikasi berlaku antara guru dengan murid serta antara

murid dengan murid.

Instrumen senarai semak Skala Guttman telah digunakan iaitu analisis skor ‘Ya’

atau ‘Tidak’ untuk mencatat setiap perlakuan dan tindak balas responden. Skala

Guttman (1944) ialah skala yang menginginkan jawaban tegas, seperti jawapan benar-

salah, ya-tidak, pernah-tidak pernah, positif-negatif, tinggi-rendah, baik-buruk dan

seterusnya. Pada skala Guttman, hanya ada dua interval, iaitu setuju dan tidak. Skala

Guttman dapat dibuat dalam bentuk pilihan mahupun daftar senarai semak. Untuk

jawapan positif seperti benar, ya, tinggi, baik dan sebagainya diberi skor 1 manakala

jawapan negatif seperti salah, tidak, rendah, buruk dan sebagainya diberi skor 0.

23
Jadual 6
Instrumen Senarai Semak Pemerhatian Sebelum Responden Menggunakan Dacing
Penolak Untuk Menyelesaikan Soalan Operasi Tolak.

Menyelesaikan operasi tolak dengan kaedah lampau iaitu kaedah potong.


Responden
Bil. Item X Y
Responden dapat:
1. Membilang jumlah garis yang perlu dilukis  
2. Membuang bilangan garis yang perlu dibuang.  
3. Meninggalkan jumlah garis yang betul.  
4. Mengira dengan betul baki yang tinggal.  
5. Menyatakan jawapan yang betul.  
6. Selesaikan soalan 5-2= menggunakan kaedah potong  
dengan betul.
7. Selesaikan soalan 7-3= menggunakan kaedah potong  
dengan betul.
8. Selesaikan soalan 8-2= menggunakan kaedah potong  
dengan betul.
9. Selesaikan soalan 8-6= menggunakan kaedah potong.  
10. Selesaikan soalan 7-3= menggunakan kaedah potong  
dengan betul
Skor 0 0

Jadual 6 di atas menunjukkan skor yang diperolehi oleh kedua – dua responden

sebelum mereka belajar menggunakan Dacing Penolak untuk menyelesaikan operasi

tolak dalam lingkungan 10. Untuk soalan tolak tersebut saya hanya menanyakan kepada

mereka secara lisan. Daripada 10 item yang saya nilai, kedua – dua murid tidak

berupaya memperoleh 1 skor dariapada item yang saya senaraikan. Hal ini menunjukkan

bahawa responden saya tidak memahami konsep tolak jika diajar dengan kaedah lampau

iaitu kaedah potong.

Kemudian, saya telah menjalankan pemerhatian terhadap responden X dan Y

semasa dan selepas mereka menggunakan dacing Penolak bagi setiap intervensi iaitu

24
Tolak Sebelah Dacing, Seimbangkan Dacing dan Buang Sama Rata. Setiap intervensi

saya jalankan sebanyak tiga sesi. Dapatan analisis pemerhatian dicatat menggunakan

Instrumen Senarai Semak Pemerhatian yang dirancang terlebih dahulu. Terdapat 15 item

yang diperhatikan berdasarkan kefahaman responden menggunakan Dacing Penolak.

Saya menanda simbol  bagi setiap item yang dilaksanakan dengan tepat oleh

responden dan  bagi jawapan sebaliknya. Setiap item yang dilaksanakan oleh

responden diberi skor 1 manakala item yang tidak dapat dilaksanakan oleh responden

diberi skor 0. Saya telah melakukan pemerhatian terhadap ketiga – tiga intervensi yang

saya jalankan.Saya telah menjalankan tiga sesi pemerhatian sewaktu pelaksanaan kajian

dijalankan.

25
Jadual 7
Instrumen Senarai Semak Pemerhatian Responden X

Intervensi 1: Tolak Sebelah Dacing Sesi


Bil. Item 1 2 3
Responden dapat:
1. Mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah dacing   
berdasarkan soalan yang ditanyakan.
2. Membuang bilangan yang betul dari dacing.   
3. Meninggalkan jumlah yang betul pada dacing.   
4. Mengira dengan betul baki yang tinggal pada dacing.   
5. Menyatakan jawapan yang betul.   

Skor 0 4 5
Intervensi 2: Seimbangkan Dacing Sesi
Bil. Item 1 2 3
Responden dapat:
1. Mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah kiri   
dacing berdasarkan soalan yang ditanyakan.
2. Mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah kanan   
dacing berdasarkan soalan yang ditanyakan.
3. Menyimbangkan dacing dengan membuang jumlah yang   
betul dari bahagian yang mengandungi jumlah yang lebih
banyak.
4. Mengira jumlah yang dibuang dari dacing dengan betul.   

5. Menyatakan jawapan yang betul.   


Skor 0 3 5
Intervensi 3: Buang Sama Rata Sesi
Bil. Item 1 2 3
Responden dapat:
1. Mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah kiri dacing   
berdasarkan soalan yang ditanyakan.
2. Mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah kanan   
dacing berdasarkan soalan yang ditanyakan.
3. Mebuang jumlah yang sama rata dari setiap bahagian   
dacing.
4. Mengira dengan betul baki yang tinggal pada dacing.   
5. Menyatakan jawapan yang betul.   
Skor 0 2 5
Jumlah Skor 2 9 15

26
Jadual 7 di muka surat sebelumnya menunjukkan hasil catatan Instrumen Senarai

Semak Pemerhatian Responden X. Pada sesi 1, responden X hanya dapat menjalankan 2

item pada intervensi 1 iaitu mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah dacing dan

membuang bilangan yang betul dari dacing berdasarkan soalan yang ditanyakan. Hal ini

mungkin disebabkan responden X masih tidak menguasai kemahiran membilang nombor

dengan betul dan masih kurang faham untuk menggunakan Dacing Penolak.

Pada sesi 2 pula, responden X menunjukkan peningkatan di mana responden X

telah berupaya melakukan item yang dinilai pada intervensi 1 kecuali bagi item

menyatakan jawapan yang betul. Responden X turut dapat menjalankan intervensi 2

dengan baik di mana responden X dapat mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah

kiri dacing berdasarkan soalan yang ditanyakan, mengisi jumlah yang betul di bahagian

sebelah kanan dacing berdasarkan soalan yang ditanyakan dan menyimbangkan dacing

dengan membuang jumlah yang betul dari bahagian yang mengandungi jumlah yang

lebih banyak.. Tambahan pula, responden X juga dapat melaksanakan 2 dari 5 item bagi

intervensi 3 dengan betul iaitu mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah kiri

dacing berdasarkan soalan yang ditanyakan dan mengisi jumlah yang betul di bahagian

sebelah kanan dacing berdasarkan soalan yang ditanyakan. Hal ini telah menyebabkan

sesi yang ketiga dijalankan.

Manakala sesi 3 menunjukkan responden X dapat melaksanakan kesemua item

bagi setiap intervensi yang diperhatikan dengan betul. Ini menunjukkan responden X

dapat meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10 jika responden X

dapat memahami dan mengingati langkah – langkah penggunaan intervensi Dacing

Penolak.

27
Jadual 8
Instrumen Senarai Semak Pemerhatian Responden Y

Intervensi 1: Tolak Sebelah Dacing Sesi


Bil Item 1 2 3
. Responden dapat:
1. Mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah dacing   
berdasrkan soalan yang ditanyakan.
2. Membuang bilangan yang betul dari dacing.   
3. Meninggalkan jumlah yang betul pada dacing.   
4. Mengira dengan betul baki yang tinggal pada dacing.   
5. Menyatakan jawapan yang betul.   

Skor 0 3 5
Intervensi 2: Seimbangkan Dacing Sesi
Bil Item 1 2 3
. Responden dapat:
1. Mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah kiri dacing   
berdasrkan soalan yang ditanyakan.
2. Mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah kanan   
dacing berdasrkan soalan yang ditanyakan
3. Menyimbangkan dacing dengan membuang jumlah yang   
betul dari bahagian yang mengandungi jumlah yang lebih
banyak.
4. Mengira jumlah yang dibuang dari dacing dengan betul.   
5. Menyatakan jawapan yang betul.   
Skor 0 2 5
Intervensi 3: Buang Sama Rata Sesi
Bil Item 1 2 3
. Responden dapat:
1. Mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah kiri dacing   
berdasrkan soalan yang ditanyakan.
2. Mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah kanan   
dacing berdasarkan soalan yang ditanyakan.
3. Mebuang jumlah yang sama rata dari setiap bahagian   
dacing.
4. Mengira dengan betul baki yang tinggal pada dacing.   
5. Menyatakan jawapan yang betul.   
Skor 0 2 5
Jumlah Skor 1 7 15

28
Jadual 8 di muka surat sebelumnya menunjukkan hasil catatan Instrumen Senarai

Semak Pemerhatian Responden Y Pada sesi 1, responden X hanya dapat menjalankan 2

item pada intervensi 1 iaitu mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah dacing dan

membuang bilangan yang betul dari dacing berdasarkan soalan yang ditanyakan. Hal ini

mungkin disebabkan responden X masih tidak menguasai kemahiran membilang nombor

dengan betul dan masih kurang faham untuk menggunakan Dacing Penolak. Hal ini

menyebabkan sesi 2 dijlankan bagi menguji balik kemahrian responden . Responden Y

tidak mendapat sebarang skor untuk sesi 1 bagi ketiga – tiga intervensi.

Pada sesi 2 pula, responden Y menunjukkan peningkatan di mana responden Y

telah berupaya melakukan 3 daripada 5 item yang dinilai pada intervensi 1 iaitu mengisi

jumlah yang betul di bahagian sebelah dacing berdasarkan soalan yang ditanyakan,

membuang bilangan yang betul dari dacing dan meninggalkan jumlah yang betul pada

dacing. Responden Y turut dapat menjalankan intervensi 2 dengan agak baik di mana

responden Y dapat mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah kiri dacing

berdasarkan soalan yang ditanyakan dan mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah

kanan dacing berdasarkan soalan yang ditanyakan. Tambahan pula, responden Y juga

dapat melaksanakan 2 dari 5 item bagi intervensi 3 dengan betul iaitu mengisi jumlah

yang betul di bahagian sebelah kiri dacing berdasarkan soalan yang ditanyakan dan

mengisi jumlah yang betul di bahagian sebelah kanan dacing berdasarkan soalan yang

ditanyakan. Hal ini telah menyebabkan sesi yang ketiga dijalankan.

29
Manakala sesi 3 pula, responden Y dapat melaksanakan kesemua item-item yang

diperhatikan untuk setiap intervensi 1, 2 dan 3. Ini menunjukkan responden Y dapat

meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10 jika responden Y dapat

memahami dan mengingati langkah-langkah penggunaan intervensi dacing Penolak.

Hasil catatan Instrumen Senarai Semak Pemerhatian bagi kedua-dua responden

dirangkumkan dan dijadikan dalam bentuk graf garis. Rajah 12 di bawah menunjukkan

Graf Peningkatan Jumlah Skor Pemerhatian Responden X dan Responden Y. Skor

responden X dan responden Y dijumlahkan dari setiap intervensi 1, 2 dan 3 dan

dijadikan rujukan peningkatan skor pemerhatian.

16

14

12

10
Sesi 1
8
Sesi 2
6 Sesi 3

0
Responden X Responden Y

Rajah 2: Graf Peningkatan Jumlah Skor Pemerhatian Responden X dan Responden Y

30
Pada sesi 1, responden X menunjukkan jumlah skor yang amat lemah di mana

responden X tidak dapat melaksanakan mana-mana item yang diperhatikan. Peningkatan

jumlah skor bagi sesi 2 iaitu dari 2 ke 9 menunjukkan responden X dapat memahami

pelaksanaan penggunaan intervensi Dacing Penolak. Seterusnya, responden X dapat

melaksanakan kesemua item-item yang diperhatikan bagi sesi 3 di mana responden X

mendapat jumlah skor sebanyak 15. Bagi responden Y pula, peningkatan jumlah skor

turut berlaku pada setiap sesi pemerhatian dijalankan. Pada sesi 1, responden B tidak

berupaya mendapat skor dan seterusnya meningkat pada 7 pada sesi 2. Pada sesi 3 pula,

responden B mendapat jumlah skor sebanyak 15.

Tuntasnya, dacing Penolak ini memang dapat membantu murid untuk

meningktakan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10. Jelas namapak perubahan

di antara sebelum dengan semasa dan selepas menggunakan kaedah Dacing penolak ini.

Kedua – dua responden menunjukkan peningkatan yang ketara bagi jumlah skor untuk

Instrumen Senarai Semak Pemerhatian. Apabila kedua – dua responden semakin

memahami langkah pelaksanaan intervensi Dacing Penolak, responden X dan responden

Y juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10.

Hasil dapatan analisis Instrumen Senarai Semak Pemerhatian dapat mencapai objektif

kajian iaitu meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10

menggunakan Dacing Penolak dan soalan kajian juga dapat dijawab iaitu Dacing

Penolak dapat meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10.

31
6.2 Dapatan Analisis Dokumen

Analisis dokumen merupakan proses mengumpul data kajian melalui penyelidikan,

penyiasatan, pemeriksaan, pencerakinan dan penganalisisan terperinci yang dibuat

terhadap bahan bertulis yang berkaitan dengan perkara yang dikaji. Analisis dokumen

digunakan untuk menilai prestasi responden dalam penguasaan kemahiran operasi tolak

dalam lingkungan 10 selepas melaksanakan intervensi Dacing Penolak. Dapatan analisis

dokumen dianalisa berdasarkan Instrumen Lembaran Kerja (LK). Saya telah mentadbir

LK untuk ketiga – tiga intervensi yang telah saya jalankan.

Setelah melaksanakan ketiga – tiga intervensi dalam kajian saya, saya telah

mentadbir lembaran kerja terhadap responden saya. Lembaran kerja akan dijalankan

sebanyak tiga sesi untuk setiap intervensi. Saya telah memberikan LK 1 pada responden

LK 1 yang diberikan mengandungi 5 soalan operasi tolak dalam lingkungan 10. LK 1

terus sahaja dijalankan sejurus sahaja intervensi selesai dijalankan. Berselang satu jam

selepas LK 1 dijalankan, LK 2 telah dijalnkan. Soalan dalam LK 2 digubal seperti soalan

yang disediakan dalam LK 1. Responden menjawab soalan dalam LK 2 masih

menggunakan Dacing Penolak.

Untuk menguji kefahaman responden saya dalam melaksanakan lembaran kerja,

saya telah melaksanakan LK 3 pada hari berikutnya masih dengan bantuan bantuan

Dacing Penolak . Soalan – soalan LK 3 adalah sama seperti soalan dalam LK 2 tetapi

saya telah menukar urutan nombor soalan. Selain itu, tujuan saya menjalankan lembaran

kerja sebanyak tiga kali adalah untuk mengukuhkan lagi kefahaman responden dalam

kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10.

32
Perkara yang sama juga akan berlaku untuk intervensi 1 dan intervensi 2. Untuk

menyenangkan saya mengumpul data skor yang diperolehi oleh setiap responden telah

saya catatkan markah dalam sebuah jadual skor yang saya bina. Markah akan dicatat

untuk setiap sesi dan untuk setiap intervensi yang dijalankan.

6.2.1 Intervensi 1 ( Tolak Sebelah Dacing )

Jadual 9
Jadual skor bagi setiap responden untuk intervensi 1

Bil. Responden LK 1 LK 2 LK 3

1. Responden X 2 4 5

2. Responden Y 1 3 5

Untuk mendapatkan hasil analisis dokumen ini, saya telah membuat

perbandingan bilangan soalan yang dijawab dengan betul oleh responden dalam

kesemua lembaran kerja yang telah saya jalankan. Dapatan analisis dokumen ini dapat

menentukan sama ada pengajaran dan pembelajaran dan intervensi yang saya jalankan

kepada responden dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran operasi tambah

dalam lingkungan 10.

33
6

LK 1
3
LK 2
LK 3
2

0
Responden X Responden Y

Rajah 3: Graf Peningkatan Skor Lembaran Kerja (LK) Responden X dan Y

Rajah 3 di atas menunjukkan peningkatan skor lembaran kerja kedua - dua

responden telah meningkat selepas menjalankan intervensi 1 dengan Dacing Penolak.

Walaupun pada LK 1 responden X hanya menjawab dua soalan dengan betul dan

responden Y berjaya menjawab satu soalan dengan betul.. Hal ini mungkin disebabkan

mereka masih belum begitu faham dengan teknik dalam intervensi 2 . Namun, sekurang-

kurangnya 3 daripada 5 soalan operasi tolak dalam lingkungan 10 dijawab dengan betul

oleh responden X dan Y dalam Lembaran Kerja 2 (LK 2) dan Lembaran Kerja 3 (LK 3).

Hal ini membuktikan bahawa mereka telah memahami konsep penambahan setelah

melaksanakan intervensi ini.

34
Walaupun baru sahaja menggunakan Dacing Penolak yang saya ciptakan,

responden saya berupaya menyelesaikan operasi tolak dalam lingkungan 10 dengan

betul di mana responden X betul bagi semua soalan iaitu 5 dan responden Y berjaya

menjawab 4 daripada 5 soalan Lembaran Kerja 3 (LK 3).

6.2.2 Intervensi 2 ( Seimbangkan Dacing )

Jadual 10
Jadual skor bagi setiap responden untuk intervensi 2

Bil. Responden LK 1 LK 2 LK 3

1. Responden X 1 3 5

2. Responden Y 0 3 5

Untuk mendapatkan hasil analisis dokumen ini, saya telah membuat

perbandingan bilangan soalan yang dijawab dengan betul oleh responden dalam

kesemua lembaran kerja yang telah saya jalankan. Dapatan analisis dokumen ini dapat

menentukan sama ada pengajaran dan pembelajaran dan intervensi yang saya jalankan

kepada responden dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran operasi tambah

dalam lingkungan 10.

35
6

LK 1
3
LK 2
LK 3
2

0
Responden X Responden Y

Rajah 4: Graf Peningkatan Skor Lembaran Kerja (LK) Responden X dan Y dalam
Intervensi 2

Rajah 4 di atas menunjukkan peningkatan skor lembaran kerja kedua – dua

responden telah meningkat selepas menjalankan intervensi 2 dengan Dacing Penolak.

Walaupun pada LK 1 responden X hanya menjawab satu soalan dengan betul dan

responden Y tidak berjaya menjawab satu soalan dengan betul. Hal ini mungkin

disebabkan mereka masih belum begitu faham dengan teknik dalam intervensi 2 .

Namun, sekurang – kurangnya 3 daripada 5 soalan operasi tolak dalam lingkungan 10

dijawab dengan betul oleh responden X dan Y dalam Lembaran Kerja 2 (LK 2) dan

Lembaran Kerja 3 (LK 3). Hal ini membuktikan bahawa mereka telah memahami

konsep penambahan setelah melaksanakan intervensi ini.

36
Walaupun baru sahaja menggunakan Dacing Penolak yang saya ciptakan,

responden saya berupaya menyelesaikan operasi tolak dalam lingkungan 10 dengan

betul di mana responden X betul bagi semua soalan iaitu 5 dan responden Y berjaya

menjawab 4 daripada 5 soalan Lembaran Kerja 3 (LK 3).

6.2.3 Intervensi 3 ( Buang Sama Rata )

Jadual 11
Jadual skor bagi setiap responden untuk intervensi 2

Bil. Responden LK 1 LK 2 LK 3

1. Responden X 0 3 5

2. Responden Y 0 3 5

Untuk mendapatkan hasil analisis dokumen ini, saya telah membuat

perbandingan bilangan soalan yang dijawab dengan betul oleh responden dalam

kesemua lembaran kerja yang telah saya jalankan. Dapatan analisis dokumen ini dapat

menentukan sama ada pengajaran dan pembelajaran dan intervensi yang saya jalankan

kepada responden dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran operasi tambah

dalam lingkungan 10.

37
6

LK 1
3
LK 2
LK 3
2

0
Responden X Responden Y

Rajah 5: Graf Peningkatan Skor Lembaran Kerja (LK) Responden X dan Y dalam
Intervensi 3

Rajah 5 di atas menunjukkan peningkatan skor lembaran kerja kedua – dua

responden telah meningkat selepas menjalankan intervensi 2 dengan Dacing Penolak.

Walaupun pada LK 1 mereka tidak Berjaya menjawab satu soalan dengan betul. Hal ini

mungkin disebabkan mereka masih belum begitu faham dengan teknik dalam intervensi

2 . Namun, sekurang – kurangnya 3 daripada 5 soalan operasi tolak dalam lingkungan 10

dijawab dengan betul oleh responden X dan Y dalam Lembaran Kerja 2 (LK 2) dan

Lembaran Kerja 3 (LK 3). Hal ini membuktikan bahawa mereka telah memahami

konsep penambahan setelah melaksanakan intervensi ini.

Walaupun baru sahaja menggunakan Dacing Penolak yang saya ciptakan,

responden saya berupaya menyelesaikan operasi tolak dalam lingkungan 10 dengan

betul di mana responden X betul bagi semua soalan iaitu 5 dan responden Y berjaya

menjawab 4 daripada 5 soalan Lembaran Kerja 3 (LK 3).

38
Melalui peningkatan markah yang ditunjukkkan oleh responden dalam setiap sesi

LK dalam ketiga – tiga intervensi, jelaslah perkara ini menunjukkan terdapat

peningkatan dalam kemahiran menyelesaikan operasi tolak dalam lingkungan 10 bagi

responden X dan Y walaupun setelah sehari tidak menggunakan tidak menggunakan

bahan konkrit semasa pengajaran dan pembelajaran. Dapatan analisis dokumen yang

diperolehi dapat mencapai objektif kajian iaitu meningkatkan kemahiran operasi tolak

dalam lingkungan 10 menggunakan Dacing Penolak dan dapat menjawab soalan kajian

iaitu Dacing Penolak dapat meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10

bagi kalangan murid pendidikan Khas.

6.3 Dapatan Temu Bual

Di dalam kajian tindakan ini, saya telah menggunakan kaedah temu bual sebagai salah

satu cara untuk mengumpul data sepanjang kajian ini dilaksanakan. Hasil dari analisis

dapatan temu bual dapat membantu saya memahami keberkesanan intervensi saya

Dacing Penolak yang saya gunakan dalam kajian ini. Selain itu, saya juga dapat

mengenalpasti sama ada penguasaan responden dalam kemahiran operasi tambah dalam

lingkungan 10 dapat ditingkatkan atau pun sebaliknya.

Penggunaan temu bual secara berstruktur direkod menggunakan Instrumen

Senarai Semak Temu Bual yang telah disediakan terlebih dahulu item-itemnya.

Instrumen Senarai Semak Temu Bual ini adalah berdasarkan Instrumen Senarai Semak

Skala Guttman seperti yang telah digunakan dalam Instrumen Senarai Semak

Pemerhatian. Bagi Instrumen Senarai Temu Bual ini juga, saya akan menanda simbol 

bagi setiap item yang berjaya dilaksanakan oleh responden dan  bagi jawapan

39
sebaliknya. Jadual 10 menunjukkan hasil dapatan temu bual yang dicatat dalam

Instrumen Senarai Semak Temu Bual.

Jadual 10

Instrumen Senarai Semak Temu Bual

Pendapat Responden Tentang Dacing Penolak


Responden
Bil. Item X Y

1. Aadakah anda faham cara cikgu mengajar operasi tolak


dalam lingkungan 10 menggunakan Dacing Penolak?
 
2. Adakah Dacing Penolak membantu anda belajar operasi tolak
dalam lingkungan 10?
 
3. Adakah anda menggemari teknik iaitu Dacing Penolak yang
cikgu gunakan untuk mengajar operasi tolak dalam
 
lingkungan 10 ?
4. Adakah anda boleh memahami konsep tolak dalm lingkungan
10 apabila cikgu mengajar menggunakan dacing Penolak?
 
5. Adakah anda dapat menyelesaikan soalan operasi tolak dalam
lingkungan 10 dengan lebih mudah menggunakan Dacing
 
Penolak?
6. Adakah anda dapat menyelesaikan soalan operasi tolak dalam
lingkungan 10 dengan tepat menggunakan Dacing Penolak?
 
7. Dacing Penolak dapat meningkatkan kemahiran operasi tolak
dalam lingkungan 10.
 
8. Adakah ketiga – tiga intervensi yang terdapat dalam Dacing
Penolak dapat meningkatkan kemahiran menggunakan
 
Dacing Penolak?
9. Manakah tenik yang lebih mudah untuk menyelesaikan Teknik
operasi tolak dalam lingkungan 10? Adakah teknik lampau Dacing
iaitu teknik potong atau teknik Dacing penolak? Penolak

40
Berdasarkan hasil dapatan Instrumen Senarai Semak Temu Bual ini

menunjukkan responden X dan responden Y masing – masing memberikan tindak balas

yang positif bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan Dacing

Penolak. Mereka lebih memahami konsep penolakan atau pengurangan yang cuba

diketengahkan melalui intervensi yang dijalankan. Selain itu, mereka juga menyatakan

bahawa penggunaan Dacing Penolak dapat meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam

lingkungan 10.

Di samping itu, saya juga menjalankan temu bual dengan menguji kefahaman

responden menggunakan Dacing Penolak. Responden X dan responden Y dapat

melaksanakan intervensi 1, 2 dan 3 dengan cara yang betul dengan menggunakan

Dacing Penolak. Ini menunjukkan responden X dan responden Y memahami dan

mengingati setiap fungsi – fungsi yang terdapat pada Dacing Penolak. Tambahan pula,

saya turut menjalankan temu bual yang berkisarkan bagaimana menyelesaikan soalan

operasi tolak dalam lingkungan 10 dengan menggunakan dacing Penolak.

Terdapat 9 item yang saya kemukakan kepada setiap responden seperti yang

terdapat dalam Jadual 10 iaitu jadual Senarai Semak Temubual. Melalui temubual yang

saya jalankan, saya mendapati kedua – dua responden memberikan reaksi yang positif

terhadap teknik yang saya gunakan untuk mengajar operasi tolak dalam lingkungan

10iaitu teknik deacing penolak. Hasil dapatan analisis Instrumen Senarai Semak Temu

Bual menunjukkan responden X dan Y masing – masing dapat ,menjawab kesemua

soalan yang ditanyakan dengan penggunaan Dacing Penolak yang betul. Jadual 8 dapat

menunjukkan peningkatan prestasi responden bagi kemahiran operasi tolak dalam

lingkungan 10. Justeru itu, objektif kajian ini iaitu meningkatkan kemahiran operasi

41
tolak dalam lingkungan 10 menggunakan Dacing Penolak dapat dicapai dan soalan

kajian ini dapat dijawab iaitu Dacing Penolak dapat meningkatkan kemahiran operasi

tambah dalam lingkungan 10 bagi kalangan murid pendidikan khas. Dapat disimpulkan

di sini bahawa Dacing penolak dapat meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam

lingkungan 10.

42
7.0 PERBINCANGAN DAN REFLEKSI

Hasil dapatan dan analisis kajian tindakan menggunakan Dacing Penolak dapat

mencapai objektif kajian saya dan menjawab dengan tepat soalan kajian yang saya

kemukakan. Hal ini terbukti apabila terdapat perubahan yang berlaku terhadap

penguasaan responden dalam kemahiran menyelesaikan operasi tolak dalam lingkungan

10. Hal ini dapat dilihat menerusi peningkatan skor LK 1, LK 2 dan LK 3 di mana

responden menunjukkan perbezaan skor yang ketara dalam menyelesaikan soalan –

soalan operasi tolak dalam lingkungan 10. Hasil dapatan analisis dokumen ini dapat

diperkukuhkan lagi dengan dapatan analisis pemerhatian di mana pada sesi pertama

responden X dan responden Y tidak dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 3 soalan

operasi tolak dalam lingkungan 10 dengan betul. Pada sesi kedua dan ketiga, terdapat

peningkatan pada responden X dan responden Y di mana mereka dapat menyelesaikan

sekurang-kurangnya 3 soalan operasi tolak dalam lingkungan 10 dengan betul.

Di samping itu, dapatan analisis temu bual juga menunjukkan responden X dan

responden Y dapat memahami konsep penolakan menggunakan dacing penolak. Kedua

– dua responden ini turut dapat menunjukkan cara menyelesaikan kelima – lima soalan

operasi tolak dalam lingkungan 10 dengan betul menggunakan dacing penolak. Hasil –

hasil dapatan daripada pelbagai kaedah dapat menjawab soalan kajian ini iaitu dacing

Penolak dapat meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10 bagi

kalangan murid Pendidikan Khas. Penggunaan Dacing Penolak ternyata berkesan dan

bertepatan dengan saranan Zainal dan Suhaila (2010) yang menyatakan bahan konkrit

hendaklah digunakan pada peringkat permulaan dalam pengajaran konsep asas

43
Matematik kerana murid Pendidikan khas akan berpendapat Matematik adalah subjek

yang sukar dimuridi dan membosankan.

Selain itu, intervensi permainan Seimbangkan Dacing turut menyumbang kepada

keberkesanan intervensi yang dijalankan. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa

murid yang belajar melalui pengalaman konkrit dalam situasi – situasi bermain seolah -

olah mempunyai asas yang lebih kukuh dalam konsep nombor dan seterusnya membantu

mereka dalam menyelesaikan operasi tolak dalam lingkungan 10 seperti yang

dinyatakan oleh Marshall dan Swan (2007).

Responden menunjukkan peningkatan bukan sahaja dari segi kemahiran

menyelesaikan operasi tolak dalam lingkungan 10 malahan turut meningkatkan

kecekapan responden saya dalam menyelesaikan operasi tolak dalam lingkungan 10.

Prestasi yang memberangsangkan yang ditunjukkan oleh responden adalah di luar

jangkaan saya. Saya tidak menyangka responden saya berupaya menyelesaikan soalan

operasi tolak dalam lingkungan 10 walaupun sudah berselang sehari tidak menggunakan

Dacing Penolak terutamanya responden Y yang menunjukkan sifat kurang yakin

sebelum intervensi ini dijalankan. Hal ini menunjukkan mereka sudah mahir dan

berkeyakinan tinggi dalam menyelesaikan operasi tolak dalam lingkungan 10.

Tambahan pula, saya turut menjalankan pelaksanaan langkah - langkah

intervensi menggunakan prinsip pengajaran Matematik iaitu dari mudah ke sukar. Saya

mendapati apabila responden didedahkan dengan kemahiran asas mengenal dan mengira

nombor terlebih dahulu, responden lebih faham dan secara tidak langsung mengukuhkan

kefahaman serta ingatan responden bagi kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10.

44
Isi dan intervensi – intervensi pengajaran dan pembelajaran perlulah selari dengan

perkembangan kognitif murid. Ini disokong oleh kajian dan pemerhatian yang telah

dijalankan oleh Bruner dan Kenney pada tahun 1963, mereka telah berjaya membina

empat teorem pembelajaran Matematik (Mok, 1996). Menerusi kajian tersebut, teorem

tatanda merupakan salah satu teorem pembelajaran Matematik iaitu tatatanda Matematik

yang diperkenalkan harus mengikut perkembangan kognitif murid tersebut.

Sepanjang tempoh pelaksanaan kajian tindakan yang dijalankan, responden saya

menunjukkan minat yang mendalam untuk menggunakan Dacing Penolak yang

diperkenalkan pada mereka. Responden saya kelihatan teruja dan ingin tahu kegunaan

Dacing Penolak apabila saya menunjukkan Dacing Penolak kepada mereka. Intervensi

Dacing Penolak menyediakan responden saya dengan pengalaman menggunakan bahan

konkrit dan intervensi hands-on serta belajar sambil bermain sewaktu sesi pengajaran

dan pembelajaran dijalankan. Penggabungan pelbagai unsur pengajaran dan

pembelajaran dalam intervensi telah menjadikan Dacing Penolak sebagai satu intervensi

untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan operasi tolak dalam lingkungan 10.

Menurut Kraus (1990), bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-

kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu.

Bermain juga bukanlah satu intervensi yang dipaksa malah merupakan keinginan

semulajadi kanak – kanak. Manakala menurut D’ Augustine (1973) ; Sobel dan

Malettsky (1972) pula menyatakan permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan

dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap Matematik. Ianya

juga dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu, khusus semasa menyelesaikan pelbagai

masalah Matematik. Unsur permainan yang diterapkan dalam sesi pengajaran dan

45
pembelajaran sedikit sebanyak membantu responden meminati mata pelajaran

Matematik walaupun mereka tahu bahawa mata pelajaran Matematik agak sukar untuk

dimuridi. Saya menyedari perihal ini apabila responden mula mencari masa terluang ke

bilik pemulihan dan mencari saya untuk menggunakan intervensi Dacing Penolak.

Namun begitu, semasa intervensi dijalankan, saya mendapati responden mudah

jemu dan letih apabila mereka perlu menyelesaikan soalan operasi tolak dalam

lingkungan 10 sebanyak 5 item. Penerapan peneguhan positif seperti pujian dan kata –

kata galakan membantu saya meyakinkan responden untuk menyempurnakan lembaran

kerja. Selain itu, saya turut menjalankan sistem token di mana responden mendapat

token bagi setiap jawapan atau perlakuan positif yang dilakukan oleh responden.

Responden boleh menukar token yang dikumpulkan dengan ganjaran yang ditetapkan

oleh saya. Menurut B.F. Skinner (1953) menyatakan bahawa peneguhan positif ialah

pembentukan tingkah laku di mana ia lebih efektif untuk perubahan dan pengekalan

tingkah laku. Melalui cara ini, saya dapati responden lebih fokus dan cuba

menyempurnakan lembaran kerja sebaik mungkin.

Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan penghasilan Dacing Penolak yang

dapat meningkatkan pencapaian responden dalam kemahiran menyelesaikan operasi

tambah dalam lingkungan 10. Tambahan pula, responden turut menunjukkan perubahan

dari segi tingkah laku yang positif di mana responden lebih yakin dan cekap

menyelesaikan soalan operasi tambah dalam lingkungan 10. Hasil kajian saya jelas

menunjukkan perubahan kepada kedua-dua orang responden saya tinggi nilainya selepas

menggunakan Dacing Penolak.

46
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kajian tindakan dijalankan untuk memperbaiki amalan – amalan pengajaran dan

pembelajaran guru semasa di dalam bilik darjah. Menerusi kajian tindakan, guru bukan

sahaja boleh membantu guru menambahbaik diri malahan turut melengkapkan guru

dengan ilmu pengetahuan serta maklumat-maklumat baru yang berkaitan tentang

pedagogi pendidikan. Sebagai seorang guru yang berdedikasi, kita perlu menjalankan

lebih banyak kajian untuk memantapkan lagi kajian tindakan yang telah saya laksanakan

dan diharapkan dapat menambahbaikan kajian tindakan saya pada masa akan datang.

Untuk kajian yang seterusnya, saya mengharapkan intervensi Dacing Penolak

dapat diaplikasikan dan digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran di kelas – kelas

lain seperti kelas pemulihan khas, kelas prasekolah dan juga kelas aliran perdana yang

lain untuk menguji keberkesanan intervensi Dacing Penolak dalam meningkatkan

operasi tolak dalam khususnya bagi semua murid sekolah tersebut. Dacing Penolak ini

juga boleh diubahsuai dengan menjadikan setiap bahagian dacing menjadi 20. Hal ini

akan membolehkan murid di aliran perdana boleh menggunakan alat ini bagi

menyelesaikan soalan opearasi tolak yang melibatkan dua digit dengan satu digit dan

proses penolakan 2 digit denagn 2 digit yang melibatkan pengumpulan semula.

Selain itu, saya juga ingin menambahbaik dari segi kualiti intervensi Dacing

Penolak dengan menggunakan bahan yang lebih ringan dan mudah didapati serta ukuran

yang lebih tepat. Permainan lego amat sesuai digantikan sebagai bahan untuk intervensi

Dacing Penolak. Ini adalah kerana permainan lego diperbuat dari plastik dan bahan

tersebut ringan serta mudah didapati di pasaraya. Tambahan pula, setiap lego yang

47
dihasilkan mempunyai ukuran yang tepat serta tidak perlu diperbaiki berbanding

penggunaan kayu yang perlu dipotong mengikut ukuran yang ditetapkan. Di samping

itu, permainan lego juga disediakan dengan pelbagai warna dan bahan tersebut mudah

dipasang serta dileraikan untuk disimpan.

Selain itu, saya juga ingin memperbanyakkan intervensi – intervensi permainan

serta memasukkan unsur penceritaan bagi langkah – langkah pelaksanaan intervensi

yang dijalankan. Intervensi permainan lebih menarik minat dan memberi fokus yang

lebih baik khususnya untuk murid-murid pemulihan khas yang menganggap mata

pelajaran Matematik merupakan mata pelajaran yang susah dan membosankan. Unsur

penceritaan pula akan menimbulkan perasaan ingin tahu di dalam diri murid – murid

Pendidikan Khas dan secara tidak langsung mereka akan cuba menyelesaikan soalan-

soalan yang diberi untuk mengetahui sambungan cerita yang selanjutnya.

Kajian tindakan seterusnya boleh dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran

operasi - operasi asas yang lain seperti tambah, darab dan bahagi. Saya juga ingin

mengubahsuai intervensi Dacing Penolak dan jadikan dalam bentuk interaktif selaras

dengan kehendak globalisasi yang mementingkan pengunaan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi dalam bidang pendidikan. Sehubungan itu, saya berharap agar kajian

tindakan ini tidak akan berhenti setakat ini sahaja malahan akan diperkenalkan di

peringkat antarabangsa.

48

You might also like