You are on page 1of 5

Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan

dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua .Ia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Tun

Abdul Razak Dato' Hussein pada tahun 1971 . Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai

perpaduan negara dan integrasi nasional dan menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi

yang wujud di negara ini . Ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk

mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah

peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan mempercepatkan

proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi

supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Perlaksanaan dasar pecah dan perintah (divide and rule) oleh penjajah Inggeris telah

mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan

sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri

daripada 3 rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu

kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk

mengerjakan sector pertaniaan teadisional seperti nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan

bandar dan kawasan perlombongan menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan , manakala

orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh。

Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka dalah berbeza, maka tidak wujud

interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar ini British telah melairkan perasaan prasangka dan

memperkukuh keperibadian setiap kumpulan etnik yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara

kaum. Secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain

yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.

Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi

sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada

31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan

pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala

orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain
memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas

timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal

dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka

bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia

untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.Bagi masyarakat Cina yang terdiri dari

golongan yang kaya, bersiap sedia untuk mengambil Tanah Melayu kerana beranggapan bahawa

merekalah yang banyak memberikan sumbangan terhadap kemajuan Tanah Melayu, bukannya orang

Melayu sendiri. Orang India pula tidak terlibat dengan tragedi tersebut. Hal ini tidak dinafikan kerana

pada ketika itu, orang Melayu masih lagi dengan 'kampung dan bercucuk tanam', dan dilemahkan

dengan dunia hiburan.

Selain daripada itu, semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun

mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka

orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris,

orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) telah

mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Keadaan menjadi lebih buruk, kebanyakan orang

Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai

pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948–1960.

Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk

orang Malaysia" yang yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa

orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-

Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13

Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara

kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku

sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.

Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah memaksa

kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telah mengisytiharkan darurat
di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei 1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan

berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun

Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan

Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan

berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Perpaduan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN,

Majlis Perpaduan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu perpaduan

negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati

satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia.

Adalah didapati masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan.

Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah

didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu Majlis

Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali

sebagai Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip utama iaitu Kepercayaan kepada

Tuhan ,Kesetiaan kepada Raja dan Negara ,Keluhuran Perlembagaan , Kedaulatan Undang-

Undang ,Kesopanan dan Kesusilaan

Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai jentera

penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Majlis Perundingan

Negara juga telah mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara

untuk melaksanakan aktiviti berbentuk muhibbah Majlis Muhibah dan Pejabat Muhibah di peringkat

pusat, negeri, daerah dan kawasan telah ditubuhkan di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Perlu

(Majlis-Majlis Muhibah) 1969 yang telah diwartakan pada 18 Julai 1969.

Dasar Ekonomi Baru memainkan peranan dalam usaha pihak kerajaan untuk mencapai

matlamat integrasi nasional . Pertamanya, mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan

terutama yang menganggur. Keduanya mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua

kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar). Seterusnya, memperbaiki taraf dan kualiti hidup

rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.


Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba

memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut

fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan

beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan,

pengangkutan dan pertanian. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru

adalah didudun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata .

Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan

dijalankanmenerusi strategi serampang dua mata Pertamanya ,Mengurang dan seterusnya membasmi

kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluangpekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira

kaum. Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puashati di kalangan rakyat.

Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat

perpaduannegara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling

tinggi dikalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah

dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka

supaya Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur ,Menambah

daya pengeluaran dan pendapatan ,Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang

rendah daya pengeluarannyakepada sektor yang lebih lumayan ,Mengurangkan jurang perbezaan

pendapatan antara kaum antara kawasan bandar danluarbandar dan antara wilayah ,Memodenkan

kehidupan di luarbandar ,Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera ,

Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia ,Memperbaiki taraf

dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahankemudahan infra-struktur

dan lain-lain.

Keduanya ,Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya

menghapuskan pengenalankaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi . Dalam mencapai matlamat

penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun . Antaranya Meninggikan

daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui prosesmemodenkan kawasan

luarbandar , Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat
sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi

seluruhnya ,Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal

dalamstok syarikat dan pertumbuhan ekonomi , Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan per

industrian di kalangan orang Melayu dankaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30%

ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank

Pembangunan,Bank Bumiputera,AmanahSaham Nasional ,Memajukan negeri dan kawasan yang

dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baruseperti DARA,KESEDAR, KEJORA dan

sebagainya

Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan Negara melalui prosespembasmian

kemiskinandan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan Negara yang kukuh.

Segala programpembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah

dirancang dandilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja

usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga

dan pemikiranrakyat dari sektor swasta.

You might also like