You are on page 1of 19

1.

0 PENGENALAN

Masyarakat bermaksud sekumpulan orang yang hidup bersama di sesuatu tempat

dengan cara-cara dan peraturan-peraturan tertentu. Masyarakat Melayu merupakan salah satu

kaum yang mempunyai keistimewaan budaya dalam Malaysia. Menurut Perkara 160 dalam

Perlembagaan Malaysia, takrif orang Melayu adalah berbahasa Melayu, orang yang

mengamalkan adat istiadat Melayu, beragama Islam, dilahirkan di Persekutuan atau

Singapura sebelum hari Merdeka, dan berketurunan Melayu.

Menurut Zulhilmi Paidi et.al., istilah Melayu dari segi bangsa merujuk kepada satu

kelompok masyarkat yang mewarisi kumpulan manusia pertama yang wujud di negara ini.

Menurut pendapat sarjana, Van Ronkel, bangsa Melayu ialah orang yang bertutur bahasa

Melayu dan mendiami Semenanjug Tanah Melayu, Kepulauan Riau-Lingga, dan beberapa

daerah di Sumatera khususnya di Palembang. Selain itu, bangsa Melayu yang ditakrifkan oleh

Benton William adalah penduduk yang mendiami Asia Tenggara dan pulau-pulau bedekatan.

Nenek moyang bangsa Melayu berasal daripada bangsa Austronesia Proto, Melayu

Proto, Mongoloid Indonesia atau Malayan. Mereka dipercayai berasal dari daerah Yunan di

negeri China Selatan. Kira-kira antara tahun 2500 dan 1500 sebelum Masihi, mereka

mengembara ke selatan melalui lembah Sungai Mekong dan kemudiannya mereka mendiami

di Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Indonesia, Madagaskar, dan Pualu-pulau Timur.

Menurut Rozeyta Bt. Omar dan Paimah Bt. Atoma, orang Melayu daripada selatan

benua Asia berhijrah beramai-ramai ke Semenanjung dan Kepulauan Borneo. Kedatangan

orang melayu menyebabkan penduduk pribumi (orang Asli) ketika itu berpindah ke kawasan

pedalaman.Orang Melayu kemudian mendiami kawasan pantai dan kuala sungai.

Sekumpulan pakar di Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjalankan kajian arkeologi

tentang Melayu. Mereka membuktikan masyarakat pertama yang mendiami negara ini
merupakan penduduk asal dan bukan kumpulan penghijrah dari kawasan utara Tanah Besar

Asia Tenggara.

Kedudukan strategik menyebabkan Tanah Melayu berkembang menjadi pelabuhan-

pelabuhan penting. Hal ini menyebabkan pedagang China, India dan Arab berdagang di

Tanah Melayu. Pada zaman itu, banyak kerajaan seperti kerajaan kedah Tua, Gengganegara ,

Kerajaan kerajaan Naning dan lain-lain telah wujud di Tanah Melayu . Kerajaan Melayu

Melaka merupakan zaman kegembilangan Tanah Melayu, Kerajaan Melayu Melaka sering

menjadi analisis masyarakat tradisional kerana ia mempunyai susunan politik ,corak

pentadbiran serta system ekonomi dan social yang lengkap yang bersesuaian dengan zaman

itu. Kerajaan Melayu Melaka juga dianggap sebagai permulaan tradisi sosio-politik orang

Melayu.

Walaupun Malaysia pernah dijajah oleh beberapa kuasa asing sebelum mencapai

kemerdekaan, masyarakat Melayu pada masa ini masih mengamalkan cara hidup dan nilai-

nilai traditional yang murni dan indah. Kerja kursus ini akan membincangkan nilai –nilai

melayu yang masih diamalkan oleh kalangan masyarakat orang Melayu pada masa ini. Nilai-

nilai orang melayu merupakan warisan nenek moyang masyarakat Melayu. Nilai-nilai murni

tersebut bukan sahaja dapat membantu untuk membentuk sahsiah masyarakat Melayu

malahan ia juga dapat memberi arah tuju kepada masayarkat Melayu. Nilai-nilai murni yang

diamalkan oleh masyarakat Melayu telah menggambarkan akal budi mereka. Pada zaman

globalisasi ini, kebanyakan nilai-nilai positif yang diamalkan oleh masyarakat Melayu tradisi

itu masih kekal sehingga hari ini. Antara nilai positif yang masih kekal menjadi amalan di

kalangan masyarakat Melayu adalah nilai mematuhi adat, nilai taat kepada sultan dan raja,

nilai memuliakan yang tua, nilai perpaduan, nilai kepercayaan kepada tuhan dan nilai

kesantunan.
2.0 Nilai Mematuhi Adat

Adat merupakan salah satu identiti dan ciri yang penting kepada semua bangsa. Adat

merupakan sebahagian ciri penting dalam kebudayaan, pegangan hidup yang perlu dikuti dan

dipatuhi oleh masayarakat. Adat merupakan suatu amalan yang dipratikkan oleh nenek

moyang sesuatu masyarakat pada suatu ketika dahulu dan ditinggalkan menjadi suatu warisan

secara turun temurun. Peraturan adat mempunyai hubungan yang rapat dengan system nilai

yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat. Dari segi etimologi, perkataan adat asalnya

daripada bahasa arab adah yang membawa maksud sesuatu perbuatan yang dilakukan secra

berulang-ulang lalu menjadi sesuatu kebiasaan yang tetap dan dihormati oleh orang lain.

Nilai mematuhi adat merupakan nilai positif yang masih kekal dan menjadi amalan

dalam kehidupan kalangan orang Melayu. Di awal tamadun Melayu, adat dibentuk untuk

mengatur masyarakatnya. Adat orang Melayu biasanya dilaksanakan selaras dengan nila-nilai

ajaran islam. Masyarakat Melayu sentiasa menghormati dan menyanjung tinggi adat melayu

dalam kehidupan mereka sebagai tanda penghormatan terhadapa budaya orang Melayu.

Dalam konteks ini, masyarkat Melayu sangat memelihara, menjaga, mewarisi dan

menghormati adat resam termasuk pantang-larang dan adat isitadat. Masyarakat Melayu

berpendapat bahawa perlanggaran adat melayu dianggap sesuatu perlakuan yang sumbang

dan dibantah oleh masyarakat orang melayu. Hal in demikian kerana, masyarakat Melayu

berpendapat bahawa perlanggaran adat resam merupakan sikap yang buruk dan ia akan

merosakkan diri dan menjejaskan kesejahteraan hidup masyarakat orang Melayu.

Walaupun zaman sudah beralih, tetapi masyarakat Melayu kini masih mengamalkan

adat seperti menyambut kelahiran, perkahwinan dan kematian. Apabila seseorang individu

meninggal dunia, kaum lelaki digalakkan untuk menghantar jenazah hingga ke kubur.

Selepas upacara alkin dan doa selesai , air akan disiram di atas kubur si mati dan bunga
rampai pula ditabur ke kabur si mati. Selepas itu, masyarakat Melayu akan mengadakan

upacara seperti kenduri-kenduri arwah dan doa selamat meniga hari, menujuh hari ,empat

puluh hari dan seratus hari. Hal ini bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan Si mati yang

berada di barzakh. Selepas seratus hari seseorang itu meninggal dunia, orang melayu akan

menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan membina pagar kecil di sekeliling pusara.

Masyarakat orang Melayu mematuhi pelbagai adat apabila seseorang wanita

mengandung. Hal ini bertujuan menjaga keselamatan anak dan ibu yang mengandung. Adat

kelahiran Melayu yang diamalkan adalah berbeza mengikut negeri masing masing .Terdapt

beberapa adat kelahiran diamalkan ketika seorang wanita mengandung ialah adat melenggang

perut , adat mandi bunga, adat tepuk mayang, adat membelah kelapa, adat upacara pelepas

dan adat jamuan kesejahteraan. Sebagai contoh, adat melenggang perut diadakan untuk

memelihara anak dalam kandungan dan menyempunakan sifatnya apanila lahirnya kelak.

Adat upacara pelepas diadakan untuk menghalau penunggu untuk memulihkan semangat

bakal ibu.

Orang Melayu mengamalkan adat menyambut lahir pada masa ini. Beberapa adat

diamalkan ketika menyambut lahir seperti adat memberi nama ,adat mendengar azan dan

Iqamat, adat mencukur rambut bayi, adat mengadakan kenduri akikah, adat memijak tanah

dan lain-lain. Dalam adat memberi nama, orang melayu akan memberi nama yang baik dan

tidak memberi nama yang pelik kepada anak mereka. Adat mendengar azan dan Iqamat

bertujuan membolehkan bayi mendengar nama Allah s.w.t dan menghalau syaitan dan jin

berdekatan dengan bayi. Adat mencukur rambut bayi diadakan untuk mempertajamkan

ketajaman kelihatan mata, pendengaran dan deria bau. Dalam adat mengadakan kenduri

akikah, orang Melayu akan menyembelih binatang ternakan mengikut syarat-syarat yang

telah ditetapkan sebagai akikah bagi anak yang baru dilahirkan.


Adat istiadat dan cara perkahwinan tradisional adalah unik dan istimewa di Malaysia.

Upacara perkahwinan merupakan majlis yang penting kepada masyarakat Melayu.

Masyarakat Melayu masih mematuhi adat semasa upacara perkahwinan dan menggangap ia

sebagai berfungsi sebagai panduan tingkah laku dalam melaksanakan upacara perkahwinan.

Masyarakat orang Melayu masih mempratikkan pelbagai adat perkahwinan Melayu seperti

merisik, bertunang dan bersanding dalam upacara perkahwinan. Adat merisik bertujuan untuk

mendapat respon daripada ibu bapa si gadis dan kedua-dua pihak akan menyiasat latar

belakang masing-masing. Setelah adat merisik berjaya diadakan , kedua-dua pihak akan

membuat persediaan untuk meminang secara rasmi. Selain itu, adat berinai juga diadakan

untuk memastikan kebersihan dan kesucian kedua-dua pengantin. Bunga telur, bunga tangan

masih dikekal oleh orang melayu untuk memeriahkan majlis perkahwinan.

Masyarakat orang Melayu mementingkan dan masih mengamalkan adat menziarahi.

Orang Melayu amat mementingkan silaturahim antara satu sama lain. Beberapa adat yang

berkaitan dengan lawatan dan kunjungan masih diamalkan pada masa ini. Sebagai contoh,

orang Melayu biasa akan memberi salam ketika tiba di rumah tuan rumah yang dikunjungi.

Pengujung mestilah memperkenalkan diri ketika terdapat tetamu yang lain di rumah tuan

rumah. Semasa mengunjung ke rumah orang lain, masyarakat melayu biasanya akan

membawa sesuatu sebagai buah tangan. Orang Melayu mengganggapkan adat menziarahi

dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Secara konklusinya, adat orang Melayu merupakan warisan yang tertinggal oleh

nenek moyang orang melayu. Adat resam bukan sahaja perlu dipatuhi malahan ia perlu

diwariskan berturun-turunan. Maka, masyarakat Melayu terutamanya golongan muda perlu

menghayati dan menghormati adat resamnya untuk mempertahankan warisan orang melayu.
2.1 TAAT KEPADA SULTAN DAN RAJA

Berdasarkan konteks Sulalatus Salatin ataupun Sejarah Melayu, taat setia bermaksud

setiap hamba Melayu harus patuh terhadap raja atas sifatnya sebagai pemimpin dan

keyakinan bahawa raja mempunyai daulat. Sikap taat setia hamba Melayu kepada raja

menjadikan mereka sentiasa menghormati raja, khususnya institusi raja, serta bersedia untuk

menjunjung dan mematuhi titah dan perintah raja. Hamba Melayu yang taat setia kepada raja

bersedia untuk melakukan apa-apa sahaja demi memuliakan kedudukan raja serta untuk

memelihara keselamatan raja walaupun terpaksa menggadaikan nyawa dan harta benda

mereka.

Sejak Kesultanan Malaka , masyarakat melayu telah menyumbang kesetiaan kepada

raja dan telah membolehkan raja menjalankan pentadbiran dengan cekap dan lancar . Hingga

akhir abad ke-15 Malaka telah menjadi kota pelabuhan kosmopolitan dan pusat perdagangan

serta muncul sebagai kekuatan utama dalam penguasaan jalur Selat Malaka, termasuk

mengendalikan kedua pesisir yang mengapit selat itu .

Sistem pemerintahan beraja merupakan sistem tertua yang diamalkan di Tanah

Melayu. Sehingga hari ini, Sultan dan Raja tidak mempunyai kuasa mutlak dalam

pemerintahan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong Malaysia dipilih megikut Sistem penggiliran

hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dahulunya dikenali sebagai

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Perlembagaan Malaysia memaktubkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong sebagai Ketua Negara dan Ketua agama. Sistem beraja diamalkan di setiap negeri, dan

gelaran Yang di-Pertua Negeri digunakan oleh negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka

Baginda, Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat

dan merupakan simbolik negara kita.


Kesetiaan kepada Sultan dan Raja bermaksud setiap warganegara hendaklah

menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-

Pertuan Agong. Setiap rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang

memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang

di- Pertuan Agong.

Nilai taat setia kepada Sultan dan masih kekal dan menjadi amalandalam

masyarakat melayu walaupun zaman sudah beralih. Masyarakat Melayu mentaati dan

menghormati Sultan/Raja pada zaman awal. Amalan ini masih diwarisi dan dipatuhi oleh

masyarakat Melayu sehingga sekarang. Nilai taat kepada Sultan dan merupakan satu sifat

turun-menurun dan sifat ini diajar dan diwarisi oleh orang Melayu sehingga masa ini.

Beberapa tindak laku dapat membuktikan orang Melayu taat kepada Sultan dan

Raja.Sehingga hari ini, amalan menyembah Sultan masih diamalkan oleh orang melayu

ketika bertemu dengan Sultan. Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu akan menyembah

Sultan dengan meletakkan tapak tangan bersama-sama dan melutut kaki . Amalan ini masih

diamalkan dengan meletakkan tapak tangan bersama-sama sebagai penghormatan terhadap

Sultan .

Masyarakat Melayu amat menghormati dan tidak melalukan sesuatu yang ingkar

terhadap perintah raja. Perbuatan membelot atau mencemarkan imej Sultan atau kerabat

diraja dilarang dalam kalangan masyarakat Melayu. Perbuatan tersebut merupakan pantang

larang masyarakat Melayu dan perkara yang tidak dapat dimaafkan. Tindakan undang-

undang akan diambil terhadap individu yang menghina Sultan atau Kerabat Diraja

Misalnya ,seorang orang lelaki Johor ditahan oleh polis berhubung kes menghina Sultan atas

Akta hasutan 1948 dan Akta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Seterusnya, Hari Keputeraan merupakan cuti umun kepada negeri berkitan sebagai

tanda kehormatan. Kemangkatan Sultan juga tidak dikecualikan. Contohnya ,Kemangkatan

Paduka Seri Sultan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang berusia 86 tahun Almarhum

mangkat pada 28 MEI 2014. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry mengumumkan bahawa

hari keesokkan adalah cuti umum, seluruh negeri berkabung selama 100 hari dan kerajaan

meminta semua pihak mengibarkan bendera separuh tiang sepanjang tempoh itu.Selain itu,

semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan. Pusat hiburan seperti

Pawagam, karaoke, bar dan sebagainya dihentikan seminggu. Zambry turut mengisytiharkan

esok cuti umum bagi negeri Perak sebagai tanda penghormatan sempena pemakaman

Almarhum.

Dalam kehidupan masayarakat Melayu, gambar Sultan juga digantugkan pada

bangunan kerajaan seperti sekolah, hospital, pejabat dan lain-lain sebagai tanda

penghormatan kepada Sultan. Dalam ayat lirik Negaraku yang terakhir, iaitu “Raja kita

selamat bertaktha” telah mewakili doa warganegara Malaysia kepada Sultan dari semasa ke

semasa. Ketika Sultan atau kerabat raja menghadiri sesuatu majlis, orang yang memberi

ucapan perlu meminta ampun daripada Sultan atau kerabat raja dan mengunakan perkataan

“patik” untuk merendahkan diri sebelum majlis dimulakan.

Secara konklusinya, masyarakat Melayu pada masa ini masih mengamalkan nilai taat

kepada Raja dan Sultan yang diwarisi sejak dahulu walaupun sultan hanya merupakan kuasa

simbolik di negara kita. Nilai ini bukan terhad untuk orang melayu malahan merupakan nilai

universal di Malaysia Nilai taat kepada sultan dan raja juga perlu ditanamkan dalam naluri

generasi muda Malaysia dari sejak kecil melalui pendidikan. Hal ini dapat menyedarkan

generasi muda tentang kepentingan nilai kesetiaan kepada raja dan negara.
2.2 MEMULIAKAN YANG TUA

Memuliakan yang tua merupakan salah satu amalan positif yang masih dikekalkan

dan menjadi amalan dalam masyarakat Melayu. Dari segi amalan dan kepercayaan, orang

yang beruzur mempunyai lebih ilmu pengetahuan dan pengalaman hidup. 1 Mereka juga

mempunyai sifat-sifat positif yang boleh dipelajari oleh remaja, seperti gigih berusaha, tidak

mudah berputus asa, berani, bertanggungjawab, sanggup menanggung kegagalan dan

mengakui kesilapan.

Tambahan pula, pengalaman seseorang sering dipandang penting dalam masyarakat

Melayu. Remaja dapat mengurangkan risiko menghadapi kegagalan jika mereka sanggup

mendengar nasihat orang tua dan mencontohi sikap positif orang tua. Kebanyakan orang tua

juga sanggup berkongsi ilmu dan pengalaman mereka kepada remaja supaya mereka berjaya

dalam kehidupan mereka. Golongan remaja juga dipupuk mengadakan kerjasama dengan

golongan tua untuk menghasilkan suasana yang harmoni.

Amalan orang Melayu yang menghormati dan memuliakan orang tua juga

dipengaruhi oleh agama mereka. Agama Islam menekankan kepentingan menghargai dan

memuliakan orang tua. Dalam konteks Islam, Baginda S.A.W. tidak mengiktiraf umat yang

tidak menghormati dan menyayangi orang yang tua. Sebagai bukti, dalam wacana Islam

menyatakan bahawa “berbakti kepada kedua orang tua”, dalam bahagian hukum-hukum yang

berkaitan dengan berbuat baik sesama manusia. Dalam agama Islam, berbakti kepada orang

tua merupakan jihad, dan taat kepada mereka merupakan salah satu sebab masuk syurga.

Selain itu, amalan ini juga dapat membantu meraih pengampunan dosa muslim.

“Beribadahlah kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu

apapun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua.”, ayat ini terdapat dalam kitab Islam.

1
Ahmad Zaki Abd. Latif et al. (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Shah Alam: Oxford Fajar.
Selain itu, dalam Al-Quran juga menyentuh tentang amalan menghargai orang tua.

Terdapat kata pepatah yang membawa maksud "Kami perintahkan kepada manusia supaya

berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya….”, hingga akhir ayat berikutnya : "Mereka

itulah orang-orang yang kami terima dari mereka amal yang baik yang telah mereka kerjakan

dan kami ampuni kesalahan-kesalahan mereka, bersama penghuni-penghuni surga. Sebagai

janji yang benar yang telah dijanjikan kepada mereka." (QS. Al Ahqaf 15-16).

Dari sudut kontek budi dan jasa, Ibu bapa merupakan dua orang yang paling berjasa

bagi memastikan keselamatan, kesihatan, dan kejayaan anak dalam kehidupan. Mereka

menjaga anak-anak dengan penuh kasih sayang dan sedaya upaya. Mereka sanggup memberi

kesemua demi keperluan dan kebahagian anak mereka. Sebagai anak, mereka perlulah

sentiasa bersyukur dan menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa. Anak perlulah

menghormati dan dan mengingat jasa mereka.

Antara amalan atau cara memuliakan orang tua dalam seharian kehidupan masyarakat

Melayu adalah berlemah-lembut semasa bertutur dengan orang tua, bersikap sopan santun

terhadap mereka, menjaga perasaan mereka. Di samping itu, orang Melayu selalu doa untuk

ibu bapa mereka supaya sihat dan gembira. Ada yang juga selalu membawa ibu bapa mereka

yang uzur melawat kawan rakan dan saudara mara.

Sebagai kesimpulan, menghormati dan memuliakan orang tua merupakan kewajipan

kepada anak-anak. Orang tua telah banyak berjasa kepada mereka dan sebagai balasan

mereka perlulah mencintai dan selalu mengambil berat terhadap orang tua.
2.3 NILAI PERPADUAN

Nilai perpaduan merupakan amalan yang masih kekal dalam kalangan masyarakat

melayu. Perpaduan bermaksud penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan

sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua

perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Perpaduan atau solidarity juga dapat

didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara

supaya setiap anggot masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta

perasaan cinta dan banggakan tanah air. Hj.Samat Buang (2003) mentakrifkan perpaduan

sebagai satu penyatuan tenaga, fikiran, cita-cita dan pengorbanan dalam satu ikatan yang

sepadu, kuat dan maju. Di samping itu, definisi perpaduan menurut Kamus Dewan

mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu

iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya.

Nilai perpaduan adalah salah satu nilai positif melayu yang masih kekal menjadi

amalan dalam kalangan masyarakat Melayu dari masa lampau sampai hari ini. Nilai ini ialah

sebahagian daripada nilai-nilai kebudayaan Melayu yang berterusan kepada kepentingan

kehidupan secara berkumpulan. Dalam agama Islam, Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn

Khaldun menggunakan perkataan asabiyya untuk menggambarkan pertalinan kepaduan

antara manusia dalam kumpulan masyarakat. Nilai perpaduan dapat dipupuk melalui amalan

tolong-menolong, gotong-royong, berkongsi kesenangan dan kesusahan serta bermuafakat.

Amalan tolong-menolong memupuk nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat

Melayu. Salah satu perumpamaan yang menekan perlunya perpaduan dalam masyarakat

Melayu ialah
Ibarat telur sesangkar

pecah sebiji pecah semua

cubit paha kiri

paha kana pun sakit.

Orang Melayu mengamalkan mementingkan permuafakatan dan perkongsian dalam

apa jua perkara sama ada dalam hal yang senang ataupun hal yang susah. Keadaan ini

menyebabkan orang Melayu selalu berjaya menghadapi sebarang masalah bersama-sama

dengan ahli keluarga, kawan-kawan, dan jiran sekampung. Mereka sering melibatkan diri

dalam aktiviti bergotong-royong, menjaga keamanan dan keselamatan, memberi pertolongan

dan sumbangan sama ada dalam bentuk tenaga, material atau pun secara kewangan. Selain itu,

mereka juga cuba menolong mengikut kemampuan masing-masing dan bekongsi apa yang

ada dengan orang lain.

Tambahan pula, amalan bekerjasama yang memupuk nilai perpaduan dalam tradisi

budaya masyarakat Melayu dapat ditunjukkan dalam perbilangan seperti berikut:

Sama menghayun, sama melangkah.

Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

Dapat sama laba, hilang sama rugi.

Hal ini menunjukkan begitu kuatnya pegangan orang Melayu terhadap nilai-nilai

positif dalam kalangan masyarakat Melayu. Karya-karya sastera klasik Melayu terutama

Sejarah Melayu juga dapat menunjukkan pegangan orang Melayu yang teguh pada amalan ini.

Nilai positif ini juga dapat dikesankan melalui pengucapan yang terdapat dalam bahan-bahan

tradisi lisan dan tradisi rakyat seperti puisi dan peribahasa.


2.4 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Kepercayaan kepada Tuhan adalah salah satu amalan positif yang masih kekal

menjadi amalan dalam masyarakat Melayu sehingga hari ini. Definisi bagi kepercayaan

kepada Tuhan adalah kepercayaan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi

segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip

Rukun Negara. Dalam Rukun Negara Malaysia, kepercayaan kepada Tuhan merupakan

prinsip yang pertama yang telah menjadi asas kepada sesebuah negara dalam pembangunan

insan, masyarakat, dan juga negara dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Amalan ini

telah mendorong seseorang itu berpegang kuat kepada agama yang dianuti olehnya bagi

mencapai kejayaan dan kecemerlangan diri dalam kehidupannya.

Selain itu, amalan kepercayaan kepada Tuhan ini juga telah dijadikan sebagai modal

penyatuan, toleransi, tolong-menolong, bekerjasama, saling hormat-menghormati antara satu

sama lain bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni. Juga berdasarkan kepada kenyataan

bahawa setiap agama akan menyuruh penganutnya melakukan perkara yang baik seperti

menghulurkan tangan kepada orang yang tidak bernasib baik dan tidak melakukan perkara

yang jahat seperti mencuri, menipu, merompak, dan sebagainya. Jika seseorang itu tidak

mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, maka isu-isu seperti pembuangan bayi, pembunuhan,

penderaan kanak-kanak, ragut, merogol, dan sebagainya akan berlaku. Hal ini demikian

kerana seseorang itu tidak mempercayai akan mendapat balasan yang tidak baik sekiranya

melakukan perkara yang jahat.

Dalam masyarakat Melayu, agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia

sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Al-Quran ialah sabda-

sabda Tuhan yang suci dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Masyarakat Melayu

mempercayai bahawa amalan kepercayaan kepada Tuhan ini akan dapat mempengaruhi
seseorang dan juga membentuk keperibadian seseorang itu, malah ketiadaan pegangan agama

seseorang itu akan meruntuhkan keperibadiannya. Dengan adanya ajaran agama ini, mereka

akan saling menghormati antara kaum, tolong-menolong, bekerjasama, dan sebagainya untuk

bergaul sesama dengan lain.

Di samping itu, masyarakat Melayu juga mempercayai bahawa segala perbuatan

manusia akan dibalas oleh Tuhan. Sekiranya seseorang itu melakukan perbuatan yang baik

maka akan dibalas baik oleh Tuhan dan juga sekiranya seseorang itu melakukan perkara yang

jahat maka akan dibalas buruk oleh Tuhan. Seterusnya, masyarakat Melayu juga

mempercayai bahawa mereka akan mendapat kebaikan sekiranya mengamalkan amalan

kepercayaan kepada Tuhan ini. Dalam pada itu, antara kebaikan berbuat baik adalah mereka

dapat membersihkan dosa, mengelakkan daripada menimpa malang, dan mendapat balasan

yang baik. Sebab-sebab yang perlu berbuat baik adalah setiap agama menuntut amalan baik

daripada penganutnya, berbuat perkara yang baik mesti mendapat balasan baik, dan juga

amalan baik memberi manfaat kepada diri-sndiri dan orang lain.

Dalam masyarakat Melayu, Tuhan juga telah menyuruh manusia menghormati

suruhan-Nya yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara. Perkara

yang pertama adalah mengucap dua kalimah Syahadah, iaitu 'Saya Bersaksi Tiada Tuhan

selain Allah dan Muhammad saw Pesuruh Allah'. Menunaikan Hak Kalimah ini merupakan

amalan disebut di dalam Quran sebagai amar makruf nahi Munkar, Allah swt memberi

contoh melalui kisah-kisah Nabi di dalam Al-Quran bagaimana mereka menyempurmakan

keinginan Allah iaitu semua manusia beriman.

Perkara kedua dalam Rukun Islam adalah solat. Solat adalah ibadat fardu yang wajib

dilakukan oleh orang Islam lima kali sehari. Solat lima waktu ini dikenali sebagai solat Fardu

atau solat yang wajib dilakukan. Lima waktu solat itu dikenali sebagai solat subuh, solat
zohor, solat asar, solat maghrib, dan solat isyak. Solat harus dilakukan dalam bahasa Arab.

Ketika solat, orang Muslim hendaklah berdiri tegak (bagi siapa yang mampu), rukuk, sujud

sambil menghadap ke arah Kiblat yakni menghadap Kaabah di Makkah. Ianya berakhir

dengan memandang ke kanan dan kemudian ke kiri, menyebut "Assalamu 'alaikum"

bermaksud salam sejahtera bagimu.

Perkara yang ketiga dalam Rukun Islam adalah zakat. Orang Islam diwajibkan

mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu untuk menolong orang-orang yang miskin

sebaik sahaja memenuhi syarat-syaratnya. Masyarakat Melayu juga mempercayai bahawa

sebahagian harta mereka yang menjadi sedekah itu boleh membersihkan dosa mereka dan

juga mensucikan mereka dari ahklak yang buruk.

Perkara yang keempat dalam Rukun Islam adalah puasa. Dengan berpuasa,

masyarakat Melayu mempercayai bahawa mereka boleh mengekang hawa nafsu dan segala

keinginan mereka terhadap makanan dan juga minuman seterusnya dan menjauhi segala

larangannya semata-mata kerana Allah. Hal ini secara tidak langsung akan melahirkan rasa

keinsafan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah.

Perkara yang kelima dalam Rukun Islam adalah menunaikan fardu haji ke Makkah

bagi orang yang mampu. Bagi semua orang Islam yang mampu, mereka diwajibkan

mengerjakan haji, tidak berkira asal-usul mereka. Sebagai seorang umat Islam, mereka harus

mengerjakan rukun ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Semasa haji, umat

Muslim tiba di Pelabuhan Jeddah, dan berjalan ke Makkah. Berdekatan dengan Makkah,

umat Muslim menukar ke pakaian putih yang dipanggil Ihram. Kaya atau miskin, hitam atau

putih, semuanya berdiri sama rata.


Justerunya, nilai keperecayaan kepada tuhan adalah nilai positif yang diwariskan oleh

orang Melayu pada zaman ini. Mereka menganggap warisan nilai kepercayaan tuhan dapat

membentuk akidah dan memberi arah tuju kepada seseorang.


2.5 NILAI KESANTUNAN

Nilai kesantunan merupakan nilai orang melayu yang masih kekal menjadi amalan

dalam kalangan masyarakat orang melayu. Dari dulu hingga sekarang, masyarakat Melayu

telah terikat kepada mematuhi perkara -perkara yang disuruh dan ditegah dalam agama Islam

Menurut Salinah Ja'afar, kesantunan membawa maksud adab atau tertib atau

kebiasaan yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat dalam memelihara hubungan sesama

manusia dan menjaga tatasusila dalam berkomunikasi dan berinteraksi. Awang Sariyan (2007)

menyatakan kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang, beradab, memancarkan peribadi

mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak lain. Robert Sibarani membahagikan

kesantunan kepada tiga jenis perlakuan, iaitu: kesantunan perbuatan, kesantunan berpakaian,

dan kesantunan bahasa.

Kesantunan perbuatan merupakan kesopanan peri laku seseorang dalam kehidupan.

Orang Melayu amat mementingkan kesantunan perbuatan dalam kehidupan seharian.

Misalnya, tetamu akan disambut oleh tuan rumah secara sopan dengan menjemput tetamu

tersebut masuk ke rumah. Selain itu, orang Melayu akan memberi salam apablia bertemu

dengan kawan dan saudara mara. Masyarakat melayu juga menjaga tingkah laku dan maruah

diri dalam kehidupan. Jadi, kesantuan perbuatan merupakan pegangan prinsip masyarakat

Melayu.

Kesantunan berpakaian ialah cara berpakaian yang bersesuaian dengan suasana dan

keadaan. Kesantunan berpakaian menitikberatkan berpakaian dengan sopan di khalayak

umum. Orang Melayu amat mementingkan etika permakaian dalam kehidupan seharian.

Sebagai contoh, wanita melayu perlu memakai pakaian yang menutup aurat dan tidak

digalakkan memakai pakaian yang mencolok. Selain itu, kaum lelaki Melayu perlu memakai

pakaian traditional semasa solat jummat.


Menurut Zaitul Azma Zainon Hamzah etc, kesantunan bahasa merujuk nilai sopan,

melibatkan pertuturan yang elok, halus dan indah serta sikap yang memancarkan budi pekerti

mulia. Cara bertutur dan berkomunikasi seseorang mencerminkan tahap kesantunan bahasa

seseorang. Orang Melayu amat menitikberatkan kesantunan bahasa dalam kehidupan. Mereka

mementingkan panggilan gelaran dalam pertuturan. Misalnya, orang Melayu memanggil

ahli keluarga yang lebih tua akan memanggil gelaran keluarga misalnya abang, ayah dan

datuk. Selain itu, masyarakat Melayu mementingkan penggunaan bahasa mengikut keadaan.

Bahasa Baku digunakan untuk tujuan akademik dan majlis formal. Bahasa kasar tidak

digalakkan digunakan dalam pertuturan harian orang Melayu seharian. Sebaliknya, bahasa

yang halus dan sopan digalakkan dalam pertuturan seharian.


3.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulan, masyarakat Melayu mempunyai budaya dan adat yang unik di

Malaysia. Dalam zaman globalisasi ini, kebanyakan nilai tradisi positif masih diwariskan dan

dikekalkan dalam kalangan masyarakat Melayu. Antara nilai positif yang masih dikekalkan

dan diamalkan oleh masyarakat Melayu ialah nilai mematuhi adat, nilai taat kepada sultan

dan raja, nilai memuliakan yang tua, nilai perpaduan, nilai kepercayaan kepada Tuhan dan

nilai kesantunan. Kesemua nilai positif tersebut dapat membantu membentuk akhlak

masyarakat Melayu. Selain itu, nilai-nilai positif tersebut dapat memberi panduan kepada

masyarakat Melayu dalam kehidupan. Nilai-nilai positif merupakan khazanah orang melayu.

Masyarakat Melayu perlu menanam nilai-nilai positif dalam naluri mereka. Mereka juga

perlu memikul tanggung jawab untuk mewarisikan nilai-nilai positif kepada generasi masa

depan secara berterusan.

You might also like