You are on page 1of 6

APRESIASI KARYA

MEGALAH PARTHIPAN
“FLY NEAR ME” (2017)

Karya ini dihasilkan oleh Megalah Parthipan dengan menggunakan kain kanvas yang bersaiz A1. Media yang diaplikasikan
dalam menghasilkan lukisan ini ialah media kering iaitu pensel warna dan juga warna pastel. Tema bagi karya yang dihasilkan ialah
alam sekitar. Burung madu dan bunga raya merupakan hal benda bagi menghasilkan karya ini. Terdapat unsur garisan, rupa,
bentuk, warna yang menyebabkan lukisan ini kelihatan menarik. Selain daripada unsur seni terdapat juga prinsip rekaan harmoni,
keseimbangan, penegasan, kepelbagaian. Tambahan saya juga telah mengaplikasikan teknik lukisan iaitu teknik selari dan juga
teknik gosokan dalam menghasilkan karya ini.
Saya menggunakan garisan yang lembut pada karya ‘Fly Near Me’ ini dan menampakkan kelembutan pada objek objek yang
jauh seperti daun - daun tetapi saya menggunakan garisan tebal pada objek yang dekat seperti daun yang dekat dan juga pada
sayap burung madu serta ada juga di bahagian – bahagian tertentu bunga raya. Unsur rupa dalah garisan luar (outline) dan
sempadan yang mengelilinginya. Apa yang dapat dilihat melalui lukisan ini ialah rupa yang dihasilkan rupa yang positif kerana ia
adalah rupa sebenar yang berwarna. Tambahan, figuratif burung yang terdapat dalam lukisan ini menunjukkan aksi yang berbeza
serta bunga yang terdapat di komposisi yang berbeza juga secra tidak langsung dapat menunjukkan pergerakan. Daun-daun yang
terselindung dalam lukisan ini juga menunjukkan pergerakan pada karya tersebut.

. Jalinan pada garis halus yang digunakan menampakkan bulu – bulu pada burung madu tersebut. Unsur warna adalah
tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan. Warna mempunyai fungsi dan nilai keindahan yang menjadikan dunia ini lebih
cantik. Warna terbahagi kepada 3 jenis iaitu warna sekunder, warna asas dan warna tertier. Saya telah memilih warna terang dan
gelap seperti hitam pada bahagian tertutup dan terlindung, warna hijau dan kuning pada daun, warna putih merah ,unggu pada
bunga, warna oren pada bunga dan biru pada latar belakang dalam lukisan. Melalui lukisan ini, aspek-aspek formal dalam
menghasilkan lukisan dapat dilihat dengan jelas dan banyak mengaplikasikan penggunaan elemen serta prinsip seni dalam
karyanya Campuran warna yang digunakan menimbulkan kesan ruang pada karya tersebut dan menampakkan bunga raya tersebut
berada di hadapan, ruang tengah pula dengan burung madu dan ruang belakang pula dengan latar belakang.

Pengunaan unsur seni telah mewujudkan prinsip rekaan dalam karya ‘Fly Near Me’. Kesan warna berjaya diolah oleh beliau
dengan begitu baik. Penggunaan sewarna seperti kuning, oren dan coklat telah menimbulkan mood yang tenang dan selesa.
Gabungan elemen-elemen ini menimbulkan perasaan harmoni. Penggunaan ton warna yang bersesuaian dapat menghasilkan
kawasan yang terang dan gelap dengan baik sekali dan begitu neutral dan semula jadi..Dalam karya yang dihasilkan ini unsur
harmoni jelas dapat dilihat pada penggunaan warna agar kelihatan bersahaja dan santai. Dari segi penegasan, saya membuat
penegasan dari segi warna iaitu di mana terdapat warna yang agak terang dan ada bahagian tertentu saya menggunakan warna
yang agak gelap untuk menimbulkan satu suasana kontra dan menjadikan karya yang dihasilkan lebih menarik. Secara tidak
langsung, lukisan ini dapat menunjukkan aplikasi teknik lukisan iaitu teknik selari dan juga teknik gosokan. Hal benda iaitu bunga
madu dan juga bunga raya ini adalah menjadi subjek utama. Lukisan ini dihasilkan dengan pengolahan dan dilukis dan mewarna
mengikut kreativiti dan inovasi saya sendiri. Lukisan ini menunjukkan keharmonian dan kegembiraan, keamanan yang sesuai
dengan pemandangan yang dilukis ini.

Fly Near Me, mempunyai maksud tersirat iaitu sepertimana burung madu suka akan madu dan mencari madu bagi makanan
dia. Begitu juga dengan saya, jika saya mempunyai rasa ingin berjaya saya yang perlu mencarinya supaya dapat berjaya pada masa
kelak. Sebarang kejayaan tidak akan dapat bagi orang yang tidak sanggup mencari dan meneroka sesuatu benda yang baru. Bukan
itu sahaja, pemilihan pemandangan juga dapat menimbulkan perasaan yang tenang dan aman.

Media yang digunakan lukisan ini adlah media kering iaitu pensel warna, warna pastel dan lain-lain lagi. Melalui penggunaan
media itu sendiri, telah dilihat karakter yang ingin disampaikan. Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa karya ini berjaya
mencapai darjah yang tinggi di dalam tahap nilai estetika kerana telah meliputi kecemerlangan dari segi aspek formal, serta makna
yang terkandung.
Refleksi

Terlebih dahulu,saya ingin mengucapkan salam sejahtera dan salam Satu Malaysia. Saya Megalah Parthipan dari unit
Pendidikan Seni Visual (SJKT), bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah kami menyiapkan tugasan
kerja kursus yang dipertanggungjawabkan ini dengan sebaik mungkin. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan yang tak terhilang kepada En Nik Dzulkefli selaku pensyarah subjek Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni
Visual. Beliaulah yang banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami bukan sahaja untuk melaksanakan tugasan ini..
Selain itu, rakan-rakan saya juga turut memberi sokongan moral yang banyak membantu saya dalam mengikuti kajian mengenai
tugasan yang diberikan.

Pelbagai maklumat telah saya perolehi menerusi pelbagai media seperti buku-buku rujukan, internet,majalah dan hasil
perbincangan dengan rakan – rakan sekelas dimana maklumat-maklumat tersebut amat membantu dalam menyelesaikan tugasan
ini dalam tempoh yang ditetapkan.Saya sememangnya biasa menggunakan sumber internet untuk menyiapkan tugasan. Namun,
bagi memenuhi kehendak soalan saya kali ini,saya giat berusaha dalam mencari maklumat di perpustakaan IPG Raja Melewar.

Mata pelajaran ini banyak menyumbangkan input–input yang penting dan berguna bagi saya untuk dipraktikkan pada masa
kelak. Semester ini, kami menerima tugasan-tugasan yang diminta kami supaya menganalisis tentang sumber maklumat,
kepentingan memperoleh maklumat dan mengurus pelbagai maklumat. Pelbagai masalah dihadapi semasa membuat kerja kursus
ini. Pada mulanya saya tidak faham apa yang ditanyakan. Bagi menyelesaikan masalah ini saya dan kawan – kawan saya mula
berbincang tentang tajuk yang diberi. Ia amat membantu saya untuk menguasai tajuk itu. Selain itu, semasa mencari maklumat
untuk kerja kursus ini, saya sedar bahawa terdapat kekurangan sumber di internet. Saya tidak nafikan bahawa di internet kita dapat
maklumat yang banyak. Tambahan pula, saya mengahadapi masalah kesuntukan masa. Inilah kali pertama membuat semua kerja
kursus secara sekaligus. Diberi lapan kerja kursus dan suruh dihantar dalam masa yang pendek.
Melalui tugasan ini, pelbagai input baru telah saya diperoleh. Antaranya adalah mempelajari tentang teknik – teknik lukisan. Kami
diberi kerja untuk menghasilkan sebuah karya figuratif atau non figuraif. Pelbagai teknik telah diaplikasikan daripadateknik lukisan.
Antaranya adalah teknik selari dan gosokan.

Kekuatan karya saya adalah penggunaan pelbagai warna dapat menarik perhatian orang lain.. Pengguanaan pelbagai warna
tidak memberikan kebosanan.

Berdasarkan pengetahuan yang saya peroleh sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya berharap agar pengetahuan yang
saya peroleh tentang penggunaan bahasa ini akan dapat saya gunakan pada masa akan datang tidak kira sewaktu praktikum
mahupun sebagai seorang guru kelak. Saya juga berharap agar ilmu yang diperoleh ini akan dapat membentuk diri saya ke arah
yang lebih baik

Akhir kata, saya berharap agar tugasan ini dapat memberikan manfaat kepada saya dan juga rakan-rakan yang lain yang
akan sama-sama bergerak dalam bidang pendidikan ini supaya akan terus maju dan sedar akan kepentingan ilmu-ilmu yang
dipelajari sebelum bergerak ke alam pekerjaan kelak dan berusaha untuk melahirkan individu yang dapat pula menyumbang kepada
agama, bangsa dan Negara kita Malaysia. Diharap ilmu yang kami peroleh sepanjang tempoh pembelajaran kami di sini akan dapat
kami ingati dan diaplikasikan pula sewaktu kami di sekolah kelak. Segala tunjuk ajar dan dorongan pensyarah-pensyarah amatlah
kami hargai.

Sekian, terima kasih.


Rujukan

BUKU

Mazlan Mohammad (1997), Pendidikan Seni Visual Kurikulum Pendidikan Seni, Kumpulan Budiman, Kuala Lumpur.

Mohd Johari Ab.Hamid (2006), Asas Seni Visual, Perak Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

Mohd Johari ab.Hamid (2008), Preas Perak: Apreasiasi dan Kritikan Seni Visual; Univerisiti Pendidikan Sultan Idris.

INTERNERT

Pengertian Lukisan, dipetik daripada:

http://www.ilmudaninfo.com/2016/07/pengertian-lukisan-dan-gaya-lukisan.html (15 Januari 2017)

Teknik Lukisan, dipetik daripada:

http://zul9990.blogspot.my/2011/10/teknik-lukisan.html (15/1/2017)

Jenis-Jenis Seni Lukisan, dipetik daripada:

http://ratihauliaputri14.blogspot.my/p/blog-page.html (15/1/2017)

Jenis-jenis, dipetik daripada:

http://mte3012-fazrilrafiq94.blogspot.my/2014/11/jenis-jenis-lukisan.html (16/1/2017)

You might also like