You are on page 1of 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

SAMBUTAN HARI GURU SK SERI SETIA 2017

ATUR CARA

10.30 pagi - Bacaan doa (Ustaz Mohd Yazid Bin Badir)

- Nyanyian Lagu Negaraku

- Nyanyian Lagu Bangsa Johor

- Nyanyian Lagu Muafakat Johor

- Nyanyian Lagu “Guru Malaysia”

- Nyanyian Lagu Tema: Guru Pembina Negara bangsa

- Ikrar guru

- Bacaan Perutusan KPPM (GB SKSS)

- Ucapan YDP PIBG

- Peragaan pakaian mengikut tema

- Persembahan murid

- Penyampaian hadiah

Perhatian! Minta kerjasama semua pelajar untuk memberi laluan Majlis


Sambutan Hari Guru yang akan berlangsung sebentar lagi. Kurangkan
pergerakan keluar masuk kantin. Para pelajar juga diingatkan untuk berdiri
ketika perarakan masuk guru ke Kantin. Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam 1 Malaysia, Salam
Muafakat Johor.

Bunga tanjung di tengah pekan,

Tiupan bayu mencelah suria,

Kalimah nan agung saya mulakan,

Salam sejahtera menambah ceria.

Yang berusaha,

Encik Ismail Bin Ithnin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Setia

Yang berbahagia,

Tuan Haji Jabal Bin Kiman, Yang Dipertua PIBG

Yang Dihormati,

Pn Hjh Foziah Bt Hj Norok, Guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Seri


Setia

Puan Hjh SIti Khadijah Bt Shahid, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Mohd Raya Bin Padiman, GuruPenolong Kanan Kokurikulum

Barisan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Seri Setia yang disayangi,

Warga kerja dan Kakitangan sekolah, AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Seri
Setia,

Dan seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Hadirin sekalian,

Syukur kita ke hadrat Ilahi, kerana pada pagi ini dapat kita sama-sama
berkumpul bagi meraikan insan-insan yang amat kita sanjungi dan hargai.

16 Mei, tarikh keramat sambutan Hari Guru di seluruh negara telah berlalu
meninggalkan kita. Menyedari hakikat bahawa tiada guru, tiadalah murid,
tiada murid maka tiadalah guru, maka pada hari ini kita berkumpul untuk
menjayakan Hari Guru dengan cara kita.
Panggilan cikgu adalah keramat
Bersabar menabur jasa dan bakti
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi memberkati majlis pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita
mendah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz
Mohd Yazid Bin Badir.

Dengan segala hormatnya dipersilakan...

BACAAN DOA

Amin amin ya rabbal alamin. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis ini
akan berjalan dengan lancar.

Sebagai pembuka tirai majlis kita pada hari ini, dijemput para guru, rakan-
rakan dan hadirin untuk berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu
Negaraku, Bangsa Johor dan Muafakat Johor.

NYANYIAN

Majlis mempersilakan guru-guru untuk tampil ke hadapan bagi menyanyikan


Lagu Kami Guru Malaysia dan Lagu Tema: Guru Pembina Negara Bangsa.

NYANYIAN

Terima kasih di atas nyanyian itu tadi. Hadirin hadirat dipersilakan duduk.

Sidang majlis sekalian, agenda seterusnya adalah ucapan Perutusan


daripada __________________________________. Dengan itu, majlis menjemput
Tuan Guru Besar, En. Ismail Bin Ithnin untuk membacakan teks perutusan
tersebut.

UCAPAN PERUTUSAN

Demikianlah tadi teks ucapan daripada


_____________________________________. Pastinya segala nasihat dan amanat
akan menjadi ingatan dan pedoman untuk semua. Terima kasih cikgu.

Jalan beriringan berpegangan tangan,


Kalau terjatuh sama merasa,
Guru dan murid mencipta kecemerlangan,
Sama-sama menabur jasa.
Acara diteruskan dengan ucapan daripada wakil murid. Majlis
mempersilakan adik ________________________________________ selaku ketua
murid Sekolah Kebangsaan Seri Setia.

UCAPAN WAKIL MURID

Berhenti hujan terbit pelangi,


Indah dipandang tak mampu didekati,
Ikhlas ajarannya kami sanjungi,
Budimu guru di kenang sampai mati.

Terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Tidak lengkap rasanya majlis ini tanpa mendengar amanat dan ungkapan
keramat daripada Yang Dipertua PIBG Sek Keb Seri Setia. Dengan ini
dipersilakan Tuan Haji Jabal Bin Kiman untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

UCAPAN YDP PIBG

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Jabal Bin Kiman atas ucapan itu tadi.

Bagi menyerikan lagi majlis, kami mempersilakan murid-murid Tahun 4 bagi


menyampaikan persembahan nyanyian mereka yang bertajuk Terima Kasih
Cikgu. Dipersilakan.

PERSEMBAHAN TAHUN 5

Seterusnya adalah upacara yang ditunggu-tunggu iaitu PERAGAAN


PAKAIAN MENGIKUT TEMA oleh guru-guru yang diraikan.

Bagi mendahului acara, dipersilakan Tuan Guru Besar bagi mengetuai


pertandingan ini.

PERAGAAN PAKAIAN
Majlis diserikan lagi dengan persembahan murid. Dipersilakan adik-adik
Tahun 4 Intan bagi menyampaikan persembahan mereka.

PERSEMBAHAN MURID TAHUN 4

Waaa..begitu menarik tertarik da bomb sekali persembahan tersebut. Untuk


pengetahuan hadirin sekalian, persembahan tersebut adalah di bawah
pimpinan En. Mohd Raya Bin Padiman.

Anda nak lagi?nk lihat persembahan istimewa? Majlis menjemput murid-


murid Tahun 6 untuk persembahan mereka. Majlis berbesar hati
mempersilakan.

PERSEMBAHAN MURID TAHUN 6

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi acara sukaneka


yang telah berlangsung pagi tadi.

Dipersilakan Tuan Guru Besar, En Mohd Ismail Bin Ithnin bagi menyampaikan
hadiah.

PENYAMPAIAN HADIAH

Terima kasih cikgu dan taniah kepada para pemenang.

Sesungguhnya guru insan kedua selepas ibu bapa yang paling berjasa
kepada kita, dia memberitahu, memahamkan, mendidik dan memimpin kita
untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat. Tanpa
guru, siapalah kita.

Terima kasih daun keladi,


Panjang umur kita sambut lagi,
Buat guru kami sudahi,
Selamat hari guru buatmu dikasihi,
Jasa guru terpahat di hati.

Akhir kata tamatlah sudah majlis kita pada hari ini. Sekali lagi syabas dan
tahniah kepada warga Sek Keb Seri Setia dan pihak PIBG kerana bersama-
sama dalam sambutan hari guru pada tahun ini. Yang indah dan sempurna
itu datangnya daripada Allah jua, dan segala kekurangan dan kepincangan
majlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua yang
kami pinta.
Sekian,wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum w.b.t. “SELAMAT HARI
GURU”

You might also like