You are on page 1of 2

Soalan- soalan temu bual projek Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2017

Subjek: Hari Raya Haji

Selamat sejahtera tuan, kami pelajar-pelajar kejuruteraan mekanikal, dari kelas TITAS dan kami hendak
bertanya tuan sedikit tentang Hari Raya Haji. Sebelum itu, bolehkah tuan memperkenalkan diri tuan?

Untuk memulakan, saya hendak bertanya tuan, apakah Hari Raya Haji bagi tuan?

1. Mengapakah Hari Raya Haji diraikan? Apakah asal perayaan ini?

2. Bagaimakah umat-umat Islam di negeri Perak meraikan Hari Raya Haji? Adakah berbeza dengan
negeri-negeri lain di Malaysia?

3. Bagaimanakah Hari Raya Haji diraikan di negeri-negeri di Malaysia selain negeri Perak?

4. Bagaimanakah Hari Raya Haji diraikan pada masa dahulu? Adakah berbeza dengan cara perayaan
pada zaman ini?

5. Apakah hubungan antara Umrah dengan Hari Raya Haji?

6. Jika terdapat umat-umat islam yang tidak dapat meraikan Hari Raya Haji disebabkan sakit ataupun
masalah persendirian, apa yang akan berlaku? Adakah mereka perlu mengganti hari tersebut?

7. Apakah motif Tabung Haji dalam perayaan Hari Raya Haji? Bagaimanakah Tabung Haji dikendalikan?

8. Bagaimanakah umat-umat Islam menentukan masa atau hari untuk meraikan Hari Raya Haji?

9. Mengapakah Kerbau dikorban pada Hari Raya Haji? Apakah maksud pengorbanan ini?
Maklumat penting tentang Hari Raya Haji.

Apakah Hari Raya Haji?

 Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: ‫' األضىح عيد‬Eid Ul-Adha), Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji
merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Perayaan ini merupakan
perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal.
 Aidiladha disambut pada hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zulhijjah setiap tahun.
Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha
serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh
dilakukan sama ada pada 10, 11, 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua waktu ini dipanggil Hari
Tasyrik.

(sources: https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha)

 Hari Raya Haji is the local name for Eid al-Adha religious holiday celebrated by Muslims, also
known as the Feast of the Sacrifice. It honors the willingness of Ibrahim (Abraham) to sacrifice
his son, as an act of submission to God's command.

(sources: https://www.onestopmalaysia.com/events/festivals/hari-raya-haji-2017.html)

Mengapakah Perayaan ini istimewa?

 Aidiladha ialah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam
memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan
kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
 Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban
ini hanya boleh dilakukan pada empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan
khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.

(sources: https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha)

You might also like