You are on page 1of 1

27 Februari 2017

En. X,
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sukan,
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia,
Menara KBS, No 27, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tuan,

PERMOHONAN KEBENARAN MEMINJAM TALI “TUG OF WAR”

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara diatas, saya ingin memohon kerjasama dari
pihak Tuan untuk meluluskan permohonan meminjam tali “tug of war”. Permohonan ini dibuat
bagi melaksanakan aktiviti sukan bersama ibu bapa pada Hari Sukan Tadika X.

2. Sehubungan dengan itu, berikut merupakan cadangan butiran peminjaman;

Tarikh peminjaman : 20 April 2017, Khamis


Tarikh pemulangan : 25 April 2017, Selasa
Tarikh aktiviti : 22 April 2017, Sabtu
Peralatan : Tali “tug of war”

3. Untuk makluman pihak Tuan, acara ini diadakan bagi menggalakkan kanak-kanak
melibatkan diri dalam acara sukan dan gaya hidup sihat, serta merapatkan lagi hubungan
silaturrahim antara ibu bapa dan guru di Tadika X.

4. Dengan tulus ikhlas, saya berharap agar pihak Tuan dapat meluluskan permohonan ini.
Bagi sebarang pertanyaan, pihak Tuan boleh menghubungi saya di talian 03-xxxxxxx. Segala
kerjasama pihak Tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

--------------------------------
Guru, Tadika X Putrajaya.

You might also like