You are on page 1of 11

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA ….

TARIKH : 29 Disember 2017

HARI : Khamis

MASA : 2.00 petang

TEMPAT : Bilik Mesyuarat

Hadir :

Tidak Hadir : TIADA

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi Majlis mengucapkan salam keagamaan kepada semua guru.Membaca Surah
Al-Fatihah untuk mendapat keberkatan majlis dan selamat sejahtera.
1.2 Pengerusi juga mengalu-alukan kedatangan guru setelah lama bercuti.

Semoga dapat kembali berkhidmat dengan penuh komitmen yang tinggi.

1.3. Pengerusi juga menyatakan ucapan terima kasih kerana komitmen tinggi

yang ditunjukkan oleh Staf SK ……. Tahniah diucapkan kepada semua

guru khususnya guru Tahun 6 yang telah berusaha dalam peperiksaan

UPSR 2016 yang lalu walaupun prestasi SK ……… agak menurun.

Pengerusi memakulumkan perbandingan keputusan peperiksaan UPSR

pada tahun 2015 dan 2016.

PERKARA 2015 2016


BILANGAN LULUS
PERATUS LULUS
GPS
BAND

2. UCAPAN KETUA PANITIA

2.1 Pn. …………. mengucapkan selamat datang dan ucapan terima kasih

kepada semua guru Bahasa Melayu yang hadir.

2.2 Beliau memaklumkan pelantikan guru Bahasa Melayu pada tahun 2017
iaitu:

………………..

2.3 Beliau membentangkan keputusan UPSR pada tahun 2016. Keseluruhan keputusan
untuk semua mata pelajaran merosot berbanding dengan tahun 2015.

2.4 Analisis Keputusan UPSR Bahasa Melayu 2016

UPSR GPS
SEMUA A LULUS ABC
SUBJEK CALON
BIL % BIL %
BM(Pem) 24
BM ( Pen) 24
BI(Pem) 24
BI ( Pen) 24
MATH 24
SAINS 24
KESELURUHAN

BIL %
5A
TERBAIK
LULUS
GPS 1A 2C 3D
BAND 5
2.5 Antara masalah yang dikenalpasti GPS menurun pada kali ini adalah

disebabkan Format Baharu UPSR yang diperkenalkan dan murid kurang

bersedia.

2.6 Guru-guru diingatkan agar mendapatkan maklumat mengenai Format

Baharu UPSR sekiranya masih kurang memahami. Semua bahan Format

Baharu UPSR boleh dimuat turun daripada laman sesawang. Beliau juga

mengharapkan semua guru berusaha dengan lebih gigih bagi mengurangkan masalah
membaca di kalangan murid.

Tindakan: Semua Guru

3. DASAR KURIKULUM

3.1 Semua guru perlu akur dengan dasar kurikulum yang telah ditetapkan.

3.2 Unsur-unsur politik dan perkauman hendaklah dielakkan. Visi dan Misi KPM
hendaklah dihayati oleh semua guru bagi memastikan hasrat pendidikan tercapai.
4. RANCANGAN PELAJARAN

4.1 Semua guru perlu menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Dokumen Standard
Kandungan Pelajaran untuk tahun ini. Guru-guru boleh mendapatkan RPT dan DSKP
daripada Sistem Guru Online atau Sumber Pendidikan.

4.2 RPT yang dirancang mesti 38 minggu sahaja dan lima minggu untuk cuti dan
peperiksaan.

4.3 Satu salinan DSKP hendaklah diserahkan kepada Ketua Panitia Untuk simpanan fail.

4.4 Rancangan Pelajaran Tahunan yang telah disahkan oleh Guru Besar hendaklah
disimpan dalam fail masing-masing.

4.5 Beliau juga memaklumkan Format penulisan Rancangan Pelajaran Harian hendaklah
mengikut format KSSR yang telah ditetapkan.

Tindakan: Semua Guru

5. FAIL REKOD MENGAJAR

5.1 Sistem fail masih digunakan pada tahun ini bagi menggantikan Buku Persediaan
Mengajar. Untuk itu, semua guru diingatkan agar menggunakan sistem fail yang telah
ditetapkan .

5.2 Semua guru juga perlu memastikan rekod keputusan Ujian dan Peperiksaan
dimasukkan dalam fail.
5.3 Markah headcount perlu dikepilkan bersama dalam fail harian .

Tindakan: Semua Guru

6. PROSEDUR-PROSEDUR DAN PENGURUSAN STOK

6.1 Semua guru diingatkan agar menggunakan nota minta semasa memohon untuk
pembelian alatan/barangan keperluan panitia.

6.2 Guru-guru diharapkan dapat menyatakan keperluan alatan/ barangan yang difikirkan
perlu kepada ketua panitia .

6.3 Pembelian barangan / alatan juga boleh dilakukan melalui pembekal.

Tindakan: Semua Guru

7. TAKWIM PEPERIKSAAN / UJIAN

7.1 Ujian bulanan hendaklah disediakan mengikut topik yang diajar. Guru-guru
diharapkan dapat membuat soalan mengikut format baharu iaitu melibatkan dua kertas
iaitu kertas pemahaman dan kertas penulisan.

7.2 Ini bertujuan agar murid dapat membiasakan diri dengan soalan berbentuk UPSR.
7.3 Maklumat tentang ujian dan peperiksaan boleh dirujuk dalam Buku Panduan
Pengurusan SK ………….

7.4 Keputusan ujian dan peperiksaan hendaklah dianalisa, disimpan dan disimpan di
dalam fail ringkasan mengajar dan diserahkan juga satu salinan untuk ketua panitia.

Tindakan: Semua Guru

8. PROGRAM PENINGKATAN/ HEADCOUNT

8.1 Semua guru diminta merancang Pelan Tindakan Prestasi Mata pelajaran Bahasa Melayu
untuk kelas yang diajar. Aktiviti-aktiviti yang dirancang sama ada di dalam dan di luar
kelas perlu disediakan oleh guru agar dapat merangsang minda murid dalam
menghadapi era globasisasi abad ke 21.

8.2 Pengurusan Headcount boleh diambil oleh guru-guru daripada Sistem Online SAPS.
Segala maklumat Headcount ada dalam sistema SAPS. Semua guru perlu memasukkan
markah setiap kali selepas ujian atau ppeperiksaan dijalankan.

Segala dokumentasi perlu dimasukkan dalam fail mengajar dan juga diserahkan juga
kepada ketua panitia untuk simpanan.

8.3 Guru-guru diingatkan agar menggunakan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2016
sebagai TOV untuk tahun 2017.

Tindakan: Semua Guru

9.0 PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM


9.1 Guru-guru yang menyediakan bahan bantú mengajar bolehlah menempatkannya di
bilik guru untuk kegunaan guru-guru lain yang berminat untuk menggunakannya.

9.2 Guru-guru yang ingin menggunakan LCD untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
boleh mendapatkannya daripada Penolong Kanan Pentadbiran En ………….

Tindakan: Semua Guru

10 PENCERAPAN HASIL KERJA MURID

10.1 Guru-guru hendaklah menghantar hasil kerja murid mengikut jadual pencerapan.

10.2 Guru-guru juga diharap dapat perlu memberi kerja rumah dan menyemak buku
latihan murid . Murid – murid boleh diberi ganjaran sebagai cara menggalakkan
mereka membuat latihan.

Tindakan: Semua Guru

11. LINUS

11.1 …………… selaku Penyelaras Linus memaklumkan semua guru LINUS telah berjaya
menjalankan Saringan 2 dengan jayanya. ………….. telah mencapai keputusan 100%
.

11.2 En……………. memohon kerjasama daripada pihak pentadbir agar dapat merancang
sesuatu sama ada mencari ganti atau membuat jadual ganti untuk Pn ………….. yang
akan bersalin tidak lama lagi. Ini kerana Saringan 1 kemungkinan akan diadakan pada
bulan Mac atau April.

Tindakan: Guru Linus

12. PROGRAM i-THINK

12.1 Semua guru Bahasa Melayu diingatkan agar menggunakan kemahiran KBAT dan
peta-peta i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran.

12.1 Catatkan dalam rancangan pengajaran harian program i-Think /KBAT yang
dijalankan.

Tindakan: Semua Guru

13. PROGRAM PENINGKATAN MBMMBI/PROTIM

13.1 Program PROTIM untuk tahun 4,5, dan 6 masih diteruskan

13.2 Ketua Panitia akan memaklumkan seandainya set soalan PROTIM telah ada.

Analisis data yang diperolehi secara tepat dan dihantar ke PPD.

13.3 Program Peningkatan MBMMBI masih diteruskan.


Tindakan: Semua Guru

14 HAL-HAL LAIN

14.1 Pn …………… meminta guru membawa murid ke perpustakaan mengikut masa yang
akan ditetapkan oleh guru Pusat Sumber untuk tujuan NILAM.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.10 petang.

Disediakan Oleh Disemak oleh

..................................... ....................................

(EN ………………..) ( PN ………………………….)

Setiausaha, Ketua Panitia Bahasa Melayu

Panitia Bahasa Melayu

Disahkan Oleh:

…………………………………
( EN ABDUL RAHIM BIN ABDULLAH AZIZI )

Guru Besar,

SK Chenein.

You might also like