You are on page 1of 5

BAB 1: PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

BAHAGIAN 1: KONSEP TAMADUN

Objektif:

1) Menghuraikan konsep & ciri-ciri tamadun

2) Menerangkan kepentingan pengajian ketamadunan

3) Menjelaskan hubungan antara tamadun, agama, budaya serta bangsa

Definisi tamadun

1. Perkataan 'tamadun' digunakan bagi menggambarkan kemajuan kebendaan sesebuah


masyarakat.

2. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat; 'tamadun' merangkumi kebudayaan, kemajuan dan
peradaban.

3. Perkataan 'tamadun' berasal daripada bahasa Arab iaitu 'tamaddun' dari kata dasar 'Madanna'.
'Madanna' pula merujuk kepada perbuatan membuka bandar dan memperhaluskan budi
pekerti.

4. Selain itu, terdapat juga beberapa takrifan tentang asal usul perkataan 'tamadun'. Antaranya:

i) Umran: diperkenalkan oleh Ibnu Khaldun yang maksudnya ialah membangun

atau memakmurkan bandar

ii) Hadharah: diperkenalkan oleh Ibnu Khaldun yang maksudnya suatu wilayah, daerah,
kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan manusia. Wujudnya kehidupan
menetap. Proses urbanisasi (pembandaran).

iii) Madaniyah: perkataan ini berasal daripada Madinah yang bermaksud kota (berfungsi
sebagai pusat peradaban). Dalam erti kata lain bermaksud kehidupan cara bandar.

iv) Civilization: Istilah bahasa Inggeris yang digunakan secara meluas dengan maksud
tamadun. Merujuk kepada:

A) Civitas (Latin) atau city yang bermaksud kota (kota sebagai pusat tamadun).

B) Civil society-masyarakat beradab.

Bagaimana pengajian ketamadunan bermula?

1. Pengajian ketamadunan bermula daripada Ibnu Khaldun (1332-1406M) pada abad ke 14


Masihi menerusi kitabnya yang bernama 'Mukaddimah'.

2. Pengajian ketamadunan ini dimulakan oleh Ibnu Khaldun untuk memahami realiti masyarakat
dan bangsa.

3. Pengajian ketamadunan ini menepati kehendak Al-Quran supaya menjadikan peristiwa


terdahulu sebagai pengajaran.

1
Ciri-ciri Tamadun

1. Sesebuah masyarakat yang bertamadun mempunyai ciri-ciri tertentu yang dapat


membezakan mereka dengan masyarakat yang tidak bertamadun:

2. Antara ciri-ciri tersebut ialah:

i) Penempatan kekal

ii) kehidupan berkualiti

iii) Stratifikasi sosial

iv) Bahasa & Tulisan

v) Organisasi politik & pemerintahan

vi) Teknologi & reka cipta

vii) Kehidupan beragama

viii) kreativiti

Hubungan antara tamadun

I) hubungan antara tamadun dengan agama


II) hubungan antara tamadun dengan budaya
III) hubungan antara tamadun dengan bangsa

Faktor kelahiran & perkembangan tamadun

I) kedudukan geografi yang strategik

II) Peranan agama

III) Faktor ekonomi

IV) Toleransi terhadap tamadun lain

V) Kestabilan pemerintahan

VI) Penghijrahan

Faktor kejatuhan tamadun

I) Pergolakan dalaman

II) Jurang kaya & miskin yang ketara

III) wujud sikap tertutup (jumud)

IV) berleluasanya kezaliman dan penindasan yang melibatkan persoalan kemanusiaan

2
V) Malapetaka

BAHAGIAN 2

Persamaan dan perbezaan antara tamadun

 Persamaan antara tamadun

1) Keagamaan
 Kebanyakkan tamadun berasaskan kepada ketuhanan dan kerohanian.
 Peninggalan bangunan keagamaan

2) Nilai Etika

 Semua tamadun menekankan etika dalam kehidupan.


 Etika kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dll.

3) Kepimpinan

 Pemimpin yang adil dan bijaksana menjadi teras dalam semua tamadun.

4) Nilai keilmuan

 Semua tamadun menunjukkan wujud ketinggian ilmu.


 Wujudnya teknologi, hasil kreativiti dan inovasi yang ditinggalkan.

 Perbezaan antara tamadun


1) Keagamaan

 Perbezaan wujud dalam aspek praktis keagamaan.


 Dasar pegangan dan kepercayaan, contohnya dalam agama Islam dan Hindu
(satu Tuhan dan banyak Tuhan)
 Rujukan kitab agama juga berbeza antara tamadun.

2) Nilai Etika

 Nilai etika dalam Islam dirujuk kepada sumber yang diwahyukan. (Al-Quran
& As-Sunnah)

3
Maksud Interaksi

 Interaksi merupakan hubungan aktif yang saling bertindak balas atau saling mempengaruhi
(Influence) antara satu sama lain.

 Agama, pegangan nilai, bahasa, budaya, adat dan sistem sosial boleh mempengaruhi
interaksi pelbagai tamadun.

 Interaksi boleh berlaku daripada segi positif ataupun negatif.

Faktor-faktor interaksi

Jenis-jenis interaksi

 Budaya sama
o Hubungan budaya dalam rumpun kaum yang sama seperti budaya masyarakat
Melayu dan Cina yang terdiri daripada pelbagai suku. (sempadan yang sama)

 Budaya berbeza
o Kaum yang berlainan budaya dan kepercayaan saling berinteraksi seperti interaksi
antara masyarakat Islam dan Hindu Buddha di Asia Tenggara.

 Kuat dengan lemah


o Interaksi antara kelompok yang lemah dengan yang kuat seperti mana interaksi antara
kaum Yahudi dan Islam, Kristian dan Islam pada zaman kegemilangan tamadun
Islam di Semenanjung Tanah Arab dan Andalus.

4
Kesan negatif interaksi antara tamadun

i) wujudnya jurang perkauman


ii) wujudnya jurang ekonomi
iii) permusuhan & peperangan

Kesan positif interaksi antara tamadun

i) perpindahan teknologi
ii) perpindahan ilmu
iii) peningkatan hasil kesenian

Interaksi antara tamadun di Malaysia


 India
o Pemerintahan
o Bahasa
o Keseniaan
o Kesusasteraan
 China
o Bahasa
o Kebudayaan
o Kesenian

 Arab
o Bahasa
o Kesusasteraan
o Budaya
o Pendidikan
o Seni bina

Kesimpulan

1) Kewujudan tamadun telah melahirkan manusia daripada pelbagai kelompok bangsa, etnik,
agama, latar belakang sejarah dan geografi yang berbeza

2) Oleh sebab itu, usaha-usaha untuk meneruskan kesinambungan kehidupan tamadun perlu
dilakukan secara berterusan dengan menghormati nila-nilai sejagat yang dikongsi bersama oleh semua
manusia dengan secara berdialog dan interaksi yang harmoni.

3) Bagi memastikan kesinambungan masa depan peradaban, langkah untuk memperkenalkan


pengajian ilmu ketamadunan merupakan inisiatif yang baik.

You might also like