You are on page 1of 4

SOALAN LAZIM BERKAITAN SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA (TPM) UiTM

1 KELAYAKAN AKADEMIK

1.1 Soalan : Apakah syarat kelayakan akademik untuk memohon TPM:

Jawapan : Syarat kelayakan akademik untuk memohon TPM ialah seperti berikut:-

i. Permohonan pengajian peringkat Ph.D

Calon perlu mempunyai kelayakan akademik seperti berikut untuk


memohon TPM peringkat Ijazah kedoktoran/PhD:-
 Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf
oleh Kerajaan Malaysia
 Memperolehi HPNG/CGPA peringkat Ijazah Sarjana Muda
(Kepujian) sekurang-kurangnya 3.00 atau kelas Kedua Tinggi.
 Keputusan peringkat Ijazah Sarjana sekurang-kurangnya
HPNG/CGPA 3.00 bagi pengajian secara kerja kursus atau lulus
bagi pengajian secara penyelidikan.

ii. Permohonan pengajian peringkat Sarjana

Calon perlu mempunyai kelayakan akademik seperti berikut untuk


memohon TPM peringkat Sarjana:-
 Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari Universiti yang diiktiraf
oleh Kerajaan Malaysia
 Memperolehi HPNG/CGPA peringkat Ijazah Sarjana Muda
(Kepujian) sekurang-kurangnya 3.00 atau kelas Kedua Tinggi.

iii. Mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran


Malaysia (SPM).

1.2 Adakah kelonggaran syarat untuk memohon TPM ini sekiranya tidak memenuhi salah
satu syarat dalam iklan, seperti seperti CGPA tidak mencapai 3.00, tiada sijil SPM,
umur melebihi had, tidak berstatus Bumiputera kerana ibubapa bukan warganegara,
dan lain-lain syarat?

Jawapan : Tiada kelonggaran syarat untukpermohonan TPM ini. Saringan akan


dibuat bagi memastikan hanya calon memenuhi syarat akan ditawarkan.

2.0 PERSOALAN BERKAITAN IKATAN KONTRAK DAN SEDANG DALAM PERKHIDMATAN


2.1 Soalan : Bolehkah saya yang sedang bekerja memohon TPM?

Jawapan : Calon yang berjaya ditawarkan Skim TPM perlu meletakkan jawatan
sebelum memulakan pengajian. Syarat ini termasuk calon yang sedang
berkhidmat di jabatan kerajaan/ badan berkanun.
2.2 Soalan : Adakah TPM peringkat Sarjana yang telah dilantik sebagai pensyarah
boleh memohon TPM peringkat PhD?

Jawapan : Pensyarah UiTM yang telah disahkan ke dalam perkhidmatan telah diberi
ruang untuk memohon biasiswa staf UiTM. Justeru tiada keperluan
untuk memohon biasiswa bagi pengajian peringkat PhD di bawah Skim
Tenaga Pengajar Muda UiTM.

Di maklum, bahawa bekas pemegang biasiswa TPM mempunyai ikatan


kontrak selama 7 tahun dengan UiTM, justeru sekiranya penama
meletakkan jawatan, penama telah melanggar ikatan kontrak tersebut
dan dengan pelanggaran kontrak tersebut tuntutan gantirugi dikenakan.

Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan sebelum mengambil sebarang


tindakan sila berhubung dengan Pegawai Pejabat Penasihat Undang-
Undang UiTM untuk mendapatkan pencerahan yang lebih khusus
berhubung dengan pecah kontrak dan tuntutan gantirugi.

Adalah dinasihatkan pensyarah yang ada ikatan kontrak TPM Sarjana


yang telah dilantik jawatan tetap memohon Biasiswa Staf Akademik
UiTM apabila telah memenuhi syarat ditetapkan.
3.0 PERSOALAN BERKAITAN PENGAJIAN
3.1 Soalan : Bolehkah calon yang sedang dalam pengajian memohon TPM?

Jawapan : Syarat untuk memohon Biasiswa Skim TPM ialah belum memulakan
pengajian semasa memohon. Syarat ini adalah kekal dan tiada
kelonggaran.
3.2 Soalan : Bolehkah calon memulakan pengajian sebelum ditaja?

Jawapan : Keputusan samada berjaya atau gagal memperolehi TPM perlu diperolehi
terlebih dahulu bagi memastikan calon melanjutkan pengajian
berdasarkan keperluan universiti.

3.3 Soalan : Bilakah elaun dan biasiswa mula dibayar?

Jawapan : Pembayaran elaun dan biasiswa bermula dari tarikh yang diluluskan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

3.4 Soalan: Adakah boleh memohon program TPM Sarjana jika belum menamatkan
Sarjana Muda? Adakah boleh memohon TPM Phd Jika belum
menamatkan Sarjana?

Jawapan : Hanya calon yang telah tamat pengajian peringkat Sarjana Muda yang
boleh memohon TPM peringkat Sarjana. Begitu juga hanya calon yang
telah berjaya menamatkan pengajian peringkat Sarjana boleh memohon
TPM peringkat Ijazah kedoktoran.

4.0 PERSOALAN BERKAITAN PENYEDIAAN DOKUMEN


4.1 Soalan : Apakah yang perlu calon lakukan sebaik sahaja saya menerima tawaran
TPM dari UiTM?
Jawapan : Calon yang berjaya ditawarkan Skim TPM perlu :-
i. memuat turun dan melengkapkan semua borang dan maklumat
berkaitan tawaran Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (kecuali
borang perjanjian biasiswa UiTM) dari Laman Web rasmi UiTM iaitu di
http://www.uitm.edu.my (Online Service – TPM Scholarship Holder).
ii. Menghantar dokumen yang lengkap berdasarkan senarai semak ke
Fakulti untuk semakan dan pengesahan.
iii. Melengkapkan Borang Perjanjian Biasiswa yang boleh diperolehi dari
fakulti.
iv. Memajukan dokumen untuk ditaja ke Fakulti sebelum mendaftar
sebagai pelajar.

5.0 PERSOALAN BERKAITAN IKATAN KONTRAK DENGAN PENAJA LAIN

5.1 Soalan : Bolehkah calon yang mempunyai ikatan kontrak pengajian peringkat
terdahulu memohon Skim TPM?

Jawapan : Calon perlu mengemukakan surat pelepasan dari penaja untuk


melengkapkan dokumen TPM bagi perakuan ke KPM.

6.0 PERSOALAN BERKAITAN HAD UMUR

6.1 Soalan : Apakah had umur untuk memohon Skim TPM?

Jawapan : Had umur untuk memohon TPM adalah seperti berikut:-

i. Permohonan pengajian peringkat PhD


 berumur tidak lebih dari 35 tahun semasa memohon

ii. Permohonan pengajian peringkat Sarjana


 berumur tidak lebih dari 30 tahun semasa memohon

7.0 PERSOALAN BERKAITAN TATACARA PERMOHONAN

7.1 Soalan : Bagaimana tatacara untuk memohon Biasiswa Skim TPM?

Jawapan :
i. Beli nombor pin eTPM dengan menggunakan nombor kad pengenalan
melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
ii. Isi borang permohonan secara dalam talian pada pautan
http://onlineapps.uitm.edu.my/eTPM/.

8.0 PERSOALAN BERKAITAN KELAYAKAN BAHASA INGGERIS

8.1 Soalan : Apakah kelayakan Bahasa Inggeris yang perlu dipenuhi oleh k calon
TPM?
Jawapan : Calon-calon TPM yang berjaya mesti menduduki peperiksaan
IELTS/TOEFL/GMAT/GRE (yang mana berkenaan) dengan memperolehi
skor minima:-
i. Pengajian DALAM Negara:-
IELTS 6.5 / TOEFL 500 (paper- based) / TOEFL 173 (computer-based)/
TOEFL 59-60 (internet-based)
ii. Pengajian LUAR Negara:-
IELTS 6.5 / TOEFL 575 (paper- based) / TOEFL 232 (computer-based)/
TOEFL 90-91 (internet-based)

9.0 PERSOALAN BERKAITAN TEMPAT PENGAJIAN

9.1 Soalan : Bolehkah calon TPM yang berjaya melanjutkan pengajian di luar negara?

Jawapan : Keputusan tempat pengajian samada di dalam negara atau di luar negara
adalah ditentukan oleh Universiti (UiTM) mengikut perancangan dan
bukan mengikut kehendak calon.

9.2 Soalan : Bagi calon yang berjaya mendapat tawaran Skim TPM UiTM, siapakah
yang mencarikan tempat pengajian mereka?

Jawapan : Calon yang berjaya perlu mencari tempat pengajian mereka mengikut
bidang yang ditawarkan dan tempat pengajian dalam tempoh sahlaku
tawaran biasiswa tersebut.

10.0 PERSOALAN BERKAITAN PTPTN

10.0 Soalan : Bolehkah calon yang pernah mendapat pembiayaan PTPTN memohon
TPM?

Jawapan : Calon perlu membuat semakan status pinjaman PTPTN dan memastikan
nama mereka tidak tersenarai dalam kategori “PEMINJAM TEGAR”.

You might also like