You are on page 1of 19

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI


PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
TINGKATAN 3

DRAF
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3
15 Mei 2013
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi


individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.”

DRAF 2
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3
JULAI 2013
PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru sekolah Menengah(KBSM) dibina sebagai
panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan
Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan
boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan
oleh kurikulum ini.

Adalah diharap dokumen ini dapat member maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada
pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DRAF 3
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3
JULAI 2013
TAFSIRAN
o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi
tujuan pelaporan individu.

o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi
gambaran holistik tentang individu.

o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam
standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band).
Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul
menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti
boleh ditaksir dan dicapai.

o Evidens

Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh
buat berdasarkan deskriptor.

Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan
dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian
bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

DRAF 4
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3
JULAI 2013
KERANGKA STANDARD PRESTASI

BAND STANDARD
1 TAHU

2 TAHU, FAHAM

3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

5 TAHU DAN FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

DRAF 5
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3
JULAI 2013
TAFSIRAN BAND

BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau
1 TAHU
memberi respons terhadap perkara yang asas.

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau


2 TAHU, FAHAM
menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu
3
BUAT kemahiran pada suatu situasi.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu
4
BUAT DENGAN BERADAB mengikut prosedur atau secara sistematik.

TAHU DAN FAHAM DAN Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan
5 BOLEH BUAT DENGAN mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap
BERADAB TERPUJI positif.

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai


TAHU, FAHAM DAN BOLEH keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta
6 BUAT DENGAN BERADAB cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk
MITHALI mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang
sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

DRAF 6
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3
JULAI 2013
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI

Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 3, murid dapat :

1. Mengetahui maksud komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, komposisi badan,
kuasa, kelajuan, dan prinsip-prinsip latihan;

2. Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal;

3. Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik artistik, gimnastik irama, gimnastik pendidikan, dan
pergerakan kreatif dengan betul dan selamat;

4. Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan;

5. Mengetahui peluang-peluang kerjaya dalam sukan;

6. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan menggembirakan.

7. Melibatkan diri dan mengamalkan etika sukan yang baik;

8. Mengetahui pengurusan sesebuah organisasi dalam persatuan sukan dan permainan.

DRAF 7
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3
JULAI 2013
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap

kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 3, murid dapat :

1. Memahami kesan amalan pengambilan makanan secara berlebihan;

2. Menjelaskan erti perkahwinan dan hidup berumah tangga;

3. Menjelaskan keperluan diet harian berdasarkan kumpulan peringkat umur;

4. Memahami kesan stres dan langkah-langkah mengatasinya;

5. Memahami implikasi pengambilan dadah terhadap masyarakat, ekonomi dan keselamatan negara;

6. Menjelaskan akta dan undang-undang pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit; dan

7. Mengaplikasi prinsip dan prosedur external cardiac compressions (ECC) dan, cardiopulmonary resuscitation (CPR).

DRAF 8
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3
JULAI 2013
BAND PERNYATAAN STANDARD

Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan
1
kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan
2
dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi,
3 pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat,
kebersihan dan keselamatan persekitaran.

Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi,
pendidikan pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikap
4
positif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran
berasaskan pengetahuan dan pengalaman.

Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat dan
5 berkemahiran merancang, berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi
dalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat.

Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan serta menjana kreativiti
6 minda menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera dan berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupan
secara keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat.

DRAF 9
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3
JULAI 2013
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

1 B1 B1 DJ1 B1DJ1E1
Tahu tentang komponen Mengetahui tentang konsep Menyatakan maksud prinsip kebolehbalikan dan
Tahu kecergasan fizikal, kebolehbalikan dan perbezaan prinsip perbezaan individu.
individu dalam prinsip latihan. PL : Aras 1
kemahiran sukan dan
rekreasi, pendidikan B1 DJ2 B1DJ2E1
pergerakan dan kesukanan Mengetahui tentang konsep menjejak Menyatakan formasi pergerakan dalam aktiviti
serta kesihatan diri dan dalam rekreasi dan kesenggangan. menjejak.
keluarga, gaya hidup sihat, Rekreasi : Aras 1
kebersihan dan
keselamatan persekitaran. B1 DJ3 B1DJ3E1
Mengetahui tentang konsep Menyenaraikan persatuan sukan kebangsaan
pengurusan dalam sukan. yang terdapat di Malaysia.
(sekurang-kurangnya lima persatuan sukan)
Kerjaya Sukan : Aras 1

B1 DJ4 B1DJ4E1
Mengetahui tentang isu dan etika Menyatakan maksud keagresifan dalam sukan.
dalam Pendidikan Jasmani dan Keagresifan : Aras 1
Sukan
B1DJ4E2
Menyatakan maksud semangat kesukanan.
Etika : Aras 1

DRAF 10
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3
JULAI 2013
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B1 DK1 B1DK1E1
Mengetahui tentang keselamatan Menyatakan akta yang digubal oleh kerajaan
persekitaran. bagi menanggani masalah jangkitan penyakit.

DRAF 11
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3
JULAI 2013
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

2 B2 B2 DJ1 B2DJ1E1
Tahu dan faham tentang Mengetahui dan memahami tentang Menjelaskan faedah latihan meningkatkan
Tahu dan Faham komponen kecergasan komponen kecergasan fizikal. komponen kecergasan kuasa dan kelajuan.
fizikal, kemahiran sukan
dan rekreasi, pendidikan
pergerakan dan kesukanan B2 DJ2 B2DJ2E1
serta kesihatan diri dan Mengetahui dan memahami tentang Mengenalpasti undang-undang dan peraturan
keluarga, gaya hidup sihat, undang-undang dan peraturan asas dalam permainan bola tampar dan
kebersihan dan permainan. permainan sofbol.
keselamatan persekitaran.

B2 DJ3 B2DJ3E1
Mengetahui dan memahami tentang Mengenalpasti undang-undang dan peraturan
undang-undang dan peraturan dalam acara lumba jalan kaki dan acara lempar
olahraga. cakera.

B2 DJ4 B2DJ4E1
Mengetahui dan memahami tentang Menjelaskan aspek keselamatan yang perlu
konsep menjejak dalam rekreasi dan diambil kira semasa melakukan aktiviti
kesenggangan. menjejak.

B2 DJ5 B2DJ5E1
Mengetahui dan memahami tentang Menjelaskan ciri-ciri semangat kesukanan
etika dalam sukan. penonton.

DRAF 12
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3
JULAI 2013
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B2 DK1 B2DK1E1
Mempunyai kefahaman tentang Menyatakan faktor amalan pengambilan
amalan pemakanan secara makanan yang berlebihan.
berlebihan. Pemakanan : Aras 1

B2 DK2 B2DK2E1
Mempunyai kefahaman tentang Menyatakan kesalahan dan hukuman yang
keselamatan persekitaran. boleh dikenakan di bawah Akta 342 (Akta
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1988).

B2 DK3 B2DK3E1
Mengenalpasti tentang konsep Menyenaraikan petanda dan keadaan yang
pertolongan cemas. memerlukan ECC dan CPR.
PC : Aras 2

DRAF 13
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3
JULAI 2013
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

3 B3 B3 DJ1 B3DJ1E1
Tahu, faham dan boleh Melakukan aktiviti komponen Melakukan sekurang-kurangnya dua aktiviti bagi
Tahu, Faham dan melakukan aktiviti dalam kecergasan fizikal. setiap komponen daya tahan otot, kekuatan otot
Boleh Buat komponen kecergasan dan kuasa dengan betul.
fizikal, kemahiran sukan
dan rekreasi, pendidikan B3 DJ2 B3DJ2E1
pergerakan dan kesukanan Melakukan kemahiran asas Melakukan sekurang-kurangnya dua kemahiran
serta boleh mengurus permainan. asas bola tampar atau dua kemahiran asas sofbol.
kesihatan diri dan
keluarga, gaya hidup sihat,
kebersihan dan B3 DJ3 B3DJ3E1
keselamatan persekitaran. Melakukan kemahiran asas Melakukan fasa-fasa kemahiran lempar cakera.
olahraga.

B3 DJ4 B3DJ4E1
Memahami tentang konsep Menjelaskan peranan jawatankuasa induk dalam
pengurusan dalam sukan. persatuan sukan dan permainan.

DRAF 14
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3
JULAI 2013
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B3 DK1 B3DK1E1
Memahami kandungan kalori dalam Menyenaraikan jumlah kandungan kalori dalam
makanan. tiga jenis makanan yang berbeza.

B3 DK2 B3DK2E1
Memahami konsep penyalahgunaan Menjelaskan implikasi pengambilan dadah
bahan. terhadap ekonomi dan politik.

DRAF 15
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3
JULAI 2013
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

4 B4 B4 DJ1 B4DJ1E1
Tahu, faham dan boleh Mengaplikasikan konsep kecergasan Melakukan aktiviti dalam komponen daya tahan
Tahu, Faham dan mengaplikasikan fizikal dalam latihan, permainan dan kardiovaskular dan menjelaskan perubahan kadar
Boleh Buat komponen kecergasan olahraga. nadi sebelum dan selepas melakukan latihan.
dengan Beradab (paarlauf / lompat tali / latihan piramid).
fizikal, kemahiran sukan
dan rekreasi, pendidikan
pergerakan dan kesukanan B4DJ1E2
dalam aktiviti harian Membezakan pembolehubah prinsip kekhususan
dengan betul dan selamat dalam latihan daya tahan otot, kekuatan otot dan
serta membentuk sikap kuasa berdasarkan ulangan, intensiti dan kadar
positif terhadap kesihatan pergerakan.
diri dan keluarga, gaya
hidup sihat, kebersihan
B4DJ1E3
dan keselamatan
Mengaplikasikan kelajuan dalam permainan sofbol
persekitaran berasaskan atau acara lumba jalan kaki.
pengetahuan dan
pengalaman.
B4 DJ2 B4DJ2E1
Mengaplikasikan langkah-langkah Melakukan kemahiran gimnastik artistik / gimnastik
keselamatan dalam melaksanakan irama / gimnastik pendidikan / pergerakan kreatif
kemahiran pendidikan pergerakan. dengan teknik yang betul dan selamat.
(sekurang-kurangnya dua kemahiran)

B4 DJ3 B4DJ3E1
Mengaplikasikan isu keagresifan dan Mengulas isu-isu keagresifan daripada media
komersialisme dalam Pendidikan massa.
Jasmani dan Sukan.
DRAF 16
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3
JULAI 2013
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B4DJ3E2
Menjelaskan sekurang-kurangnya tiga kebaikan
dan tiga keburukan komersialisme dalam
sukan.

B4 DK1 B4DK1E1
Mengaplikasi pengetahuan Menunjuk cara pelaksanaan pertolongan cemas
pertolongan cemas. mengikut prosedur ECC atau CPR.

DRAF 17
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3
JULAI 2013
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

5 B5 B5 DJ1 B5DJ1E1
Menguasai dan Menguasai perlaksanaan program Melengkapkan jadual program kecergasan diri
Tahu, Faham dan mengaplikasi pengetahuan kecergasan yang berasaskan prinsip dalam tempoh dua minggu berasaskan prinsip
Boleh Buat dan kebolehan semasa latihan. kebolehbalikan/perbezaan individu.
dengan Beradab
beraktiviti dalam gaya
Terpuji
hidup sihat dan B5 DJ2 B5DJ2E1
berkemahiran merancang, Menguasai perlaksanaan dalam Merancang dan melaksanakan variasi
berkomunikasi, empati kemahiran gimnastik pendidikan. pergerakan mengikut tema.
dengan orang lain dan (penglibatan dalam persembahan)
berupaya mengendalikan
emosi dalam mengurus B5 DJ3 B5DJ3E1
hidup secara positif, sihat Memahami konsep kerjaya dalam Membincangkan kerjaya yang berkaitan dengan
dan selamat. sukan. sukan dan permainan.

B5 DK1 B5DK1E1
Menguasai isu-isu kekeluargaan. Membincangkan isu-isu semasa kekeluargaan.

B5 DK2 B5DK2E1
Menilai kandungan kalori dalam Membandingkan keperluan kalori berdasarkan
pemakanan. kepada aktiviti harian pelajar aktif dengan
pelajar sedantari (tidak aktif).

DRAF 18
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3
JULAI 2013
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

6 B6 B6 DJ1 B6DJ1E1
Memperkembangkan Mengamalkan konsep perancangan Merancang dan mengelolakan aktiviti rekreasi
Tahu, Faham dan pengetahuan dan dan pengelolaan sukan dan rekreasi atau pertandingan sukan atau permainan.
Boleh Buat kemahiran secara yang berkualiti.
dengan Beradab Pertandingan Sukan / Permainan:
sistematik dan berterusan -kertas cadangan, ahli jawatankuasa, jadual pertandingan,
Mithali pelaksanaan
serta menjana kreativiti
minda menjurus kepada Aktiviti rekreasi:
gaya hidup sihat serta -kertas cadangan, ahli jawatankuasa, tentatif program,
sejahtera dan pelaksanaan
berkeupayaan
meningkatkan kualiti
kehidupan secara
keseluruhan bagi
membentuk gaya hidup
sihat.

DRAF 19
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3
JULAI 2013

You might also like