You are on page 1of 3

MINGGU KELIMA

22 - 26 OGOS 2016

Tajuk Jurnal : Mentor mente bagi mata pelajaran Pendidikan Islam

1.Masalah

Pada minggu ini, saya telah melantik murid-murid yang telah melepasi
bacaan Iqra’ atau dalam erti kata lain berupaya membaca Al-Quran sebagai
mentor kepada rakan-rakan yang masih lemah dalam bacaan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas. Hal ini kerana majoriti
murid masih membaca Iqra’ dan tidak lancar untuk membaca ayat Al-Quran.
Masalah ini menjadikan saya gusar kerana murid perlu mempelajari bidang
tilawah Al-Quran yang melibatkan ayat bacaan, ayat kefahaman dan ayat
hafazan. Oleh itu, saya telah memikirkan inisiatif dengan memperkenalkan
“Mentor mentee” kepada mereka.

2. Analisis

Berdasarkan masalah yang telah dinyatakan seperti di atas, saya berasa


sangat sedih dan gusar apabila murid sangat bersemangat untuk mempelajari
bacaan Al-Quran tetapi penguasaan majoriti murid sangat lemah. Oleh yang
demikian, saya telah menguji murid dalam bacaan Al-Quran dengan meminta
murid membaca surat pilihan pendek dan membuat pemillihan mentor dalam
kalangan murid.

Melalui proses pelaksanaan ini, seramai lapan orang murid telah dipilih untuk
membimbing rakan-rakan apabila saya melaksanakan aktiviti yang melibatkan
bidang Al-Quran. Saya juga telah memberi penerangan kepada mentor ini
tentang peranan mereka dalam membantu rakan-rakan sekumpulan. Selain
itu, dari semasa ke semasa saya juga memantau sejauhmanakah
keberkesanan pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ini.
Pada hari pertama saya memperkenalkan kaedah ini, saya dapat perhatikan
pembelajaran menjadi semakin lancar dan murid-murid menjadi lebih
bersemangat. Selain itu, saya juga memberi pujian kepada mentor dan
mentee yang berjaya menunjukkan kemajuan mereka semasa dalam sesi
PdP. Di samping itu, saya juga turut memberi amanah kepada setiap mentor
untuk membimbing mentee mereka sebaik mungkin.

3. Cadangan untuk memperbaiki

Antara cara yang saya laksanakan ialah dengan melahirkan rasa


tanggungjawab dalam diri setiap murid yang dilantik sebagai mentor ialah
dengan menetapkan matlamat yang perlu dicapai oleh kumpulan masing-
masing. Sebagai contoh semasa saya mengajarkan bidang tilawah Al-Quran
iaitu ayat hafazan dimana murid-murid dikehendaki untuk menghafaz surah
Al-Zalzalah Ayat 1-4. Oleh itu, saya meminta mentor setiap kumpulan untuk
mengajar mentee mereka membaca terlebih dahulu ayat tersebut. Setelah
beberapa kali mengulang sehingga lancar, maka mereka akan diberi masa
untuk menghafaz. Setelah masa yang diberi tamat, maka saya akan
mentasmik setiap mentor terlebih dahulu kemudian akan disusuli dengan
murid-murid lain.

Sebenarnya, pelaksanaan kaedah ini tidak hanya tertumpu kepada bidang


Tilawah Al-Quran semata-mata tetapi merangkumi bidang lain yang terdapat
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Antara bidang lain yang terdapat
dalam mata pelajaran ini adalah seperti Ulum Syar’iah yang mengandungi
bidang sirah, aqidah, ibadah dan adab. Manakala bidang lain pula ialah Jawi.
Oleh itu, murid-murid akan kekal dalam kumpulan yang sama dan hal ini akan
lebih memudahkan saya untuk melihat kemajuan mereka.

4. Tempoh Masa

Tempoh masa yang diperlukan adalah selama sepanjang saya melaksanakan


praktikum di sekolah ini.
5. Penilaian Kejayaan

Penilaian kejayaan dapat ditentukan apabila murid menunjukkan kemajuan


dan peningkatan prestasi dari semasa ke semasa.

6. Tindakan Susulan

Tindakan susulan yang saya akan ambil ialah dengan meneruskan usaha
yang telah saya laksanakan sehingga murid menunjukkan peningkatan dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam ini.

Tandatangan Pelatih : Tandatangan Pensyarah Pembimbing :

__________________ _______________________________

You might also like