You are on page 1of 26



.(0(17(5,$13(/$-$5$10$/$<6,$





.85,.8/8067$1'$5'6(.2/$+5(1'$+









3(1',',.$1.(6,+$7$1 


7$+81'8$












  '2.80(167$1'$5'

.85,.8/8067$1'$5'6(.2/$+5(1'$+
.665 

02'8/7(5$6$6$6

3(1',',.$1.(6,+$7$1
7$+81

%$+$*,$13(0%$1*81$1.85,.8/80

L



&HWDNDQ3HUWDPD
‹.HPHQWHULDQ3HODMDUDQ0DOD\VLD

+DN&LSWD7HUSHOLKDUD7LGDNGLEHQDUNDQPHQJHOXDUXODQJPDQDPDQDEDKDJLDQDUWLNHOLOXVWUDVLGDQLVLNDQGXQJDQEXNXLQLGDODP
DSD MXJD EHQWXN GDQ GHQJDQ FDUD DSD MXD VDPD DGD VHFDUD HOHNWURQLN IRWRNRSL PHNDQLN UDNDPDQ DWDX FDUD ODLQ VHEHOXP
PHQGDSDWNHEHQDUDQEHUWXOLVGDULSDGD3HQJDUDK%DKDJLDQ3HPEDQJXQDQ.XULNXOXP.HPHQWHULDQ3HODMDUDQ0DOD\VLD$UDV
%ORN(3DUFHO(.RPSOHNV3HQWDGELUDQ.HUDMDDQ3HUVHNXWXDQ3XWUDMD\D

3HUSXVWDNDDQ1HJDUD0DOD\VLD 'DWD3HQJNDWDORJDQGDODP3HQHUELWDQ

3HQGLGLNDQNHVLKDWDQ7DKXQGXD
,6%1
+HDOWKHGXFDWLRQ6WXG\DQGWHDFKLQJ 3ULPDU\ 
0DOD\VLD.HPHQWHULDQ3HODMDUDQ%DKDJLDQ3HPEDQJXQDQ.XULNXOXP


'LFHWDNROHK
'¶5HND'LJL$UW 3ULQW6KRSSH6GQ%KG
1R *)-DODQ'6HNV\HQ
%DQGDU%DUX%DQJL6HODQJRU'DUXO(KVDQ LL
KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN 1

2. MATLAMAT 1

3. OBJEKTIF 1

4. FOKUS 1

5. PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL 2


(PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

6. CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU 3

7. ORGANISASI STANDARD KURIKULUM 3

8. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 4

9. PENILAIAN 5

10. OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN DUA 6

LLL


LY
58.811(*$5$
 %$+$:$6$1<$ QHJDUD NLWD 0DOD\VLD PHQGXNXQJ FLWD
FLWDXQWXNPHQFDSDLSHUSDGXDQ\DQJOHELKHUDWGDODP
NDODQJDQ VHOXUXK PDV\DUDNDWQ\D PHPHOLKDUD VDWX
FDUD KLGXS GHPRNUDWLN PHQFLSWD PDV\DUDNDW \DQJ
DGLO EDJL NHPDNPXUDQ QHJDUD \DQJ DNDQ GDSDW
GLQLNPDWLEHUVDPDVHFDUDDGLOGDQVDNVDPDPHQMDPLQ
VDWX FDUD \DQJ OLEHUDO WHUKDGDS WUDGLVLWUDGLVL
NHEXGD\DDQQ\D\DQJND\DGDQEHUEDJDLEDJDLFRUDN
PHPELQD VDWX PDV\DUDNDW SURJUHVLI \DQJ DNDQ
PHQJJXQDNDQVDLQVGDQWHNQRORJLPRGHQ

0$.$.$0,UDN\DW0DOD\VLDEHULNUDUDNDQPHQXPSXNDQ
VHOXUXKWHQDJDGDQXVDKDNDPLXQWXNPHQFDSDLFLWDFLWD
WHUVHEXWEHUGDVDUNDQDWDVSULQVLSSULQVLS\DQJEHULNXW

‡ .(3(5&$<$$1.(3$'$78+$1
‡ .(6(7,$$1.(3$'$5$-$'$11(*$5$
‡ .(/8+85$13(5/(0%$*$$1
‡ .('$8/$7$181'$1*81'$1*
‡ .(623$1$1'$1.(686,/$$1

Y
3HQGLGLNDQGL0DOD\VLDDGDODKVXDWXXVDKD
EHUWHUXVDQNHDUDKOHELKPHPSHUNHPEDQJNDQ
SRWHQVLLQGLYLGXVHFDUDPHQ\HOXUXKGDQ
EHUVHSDGXXQWXNPHODKLUNDQLQVDQ\DQJ
VHLPEDQJGDQKDUPRQLVGDULVHJLLQWHOHN
URKDQLHPRVLGDQMDVPDQLEHUGDVDUNDQ
NHSHUFD\DDQGDQNHSDWXKDQNHSDGD7XKDQ
8VDKDLQLDGDODKEHUWXMXDQXQWXNPHODKLUNDQ
ZDUJDQHJDUD0DOD\VLD\DQJEHULOPX
SHQJHWDKXDQEHUNHWHUDPSLODQEHUDNKODN
PXOLDEHUWDQJJXQJMDZDEGDQEHUNHXSD\DDQ
PHQFDSDLNHVHMDKWHUDDQGLULVHUWD
PHPEHULNDQVXPEDQJDQWHUKDGDS
NHKDUPRQLDQGDQNHPDNPXUDQNHOXDUJD
PDV\DUDNDWGDQQHJDUD

ǀŝ

YL
PENDAHULUAN FOKUS

Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada Pendidikan
murid mendapat pengalaman pembelajaran secara Kesihatan Reproduktif dan Sosial iaitu PEERS (75%),
berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%). Sejumlah
kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik 35 waktu dalam penjadualan persekolahan setahun diagihkan
supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan Kesihatan bagi Tahap Satu dan Tahap Dua sekolah rendah.
pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat
meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum. 3HUWRORQJDQ
&HPDV
  
MATLAMAT
3HPDNDQDQ
 
Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal
3HQGLGLNDQ.HVLKDWDQ
kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran 5HSURGXNWLIGDQ
menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat 6RVLDO 3((56 
 
dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup
serta jangka hayat panjang yang berkualiti.

OBJEKTIF
Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi penekanan
Murid boleh : terhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dan
keperluan murid serta disusun mengikut tiga modul utama
(i) mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan iaitu :
kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran;
Modul 1 : Kesihatan Fizikal
(ii) mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan Modul ini menekankan aspek perkembangan fizikal serta
dan penyakit; dan penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Fokus
diberi kepada kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan dan
(iii) menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani penyalahgunaan bahan.
masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.


Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial Objektif PEERS adalah untuk membantu murid :
Modul ini menekankan aspek perkembangan mental, emosi
dan sosial serta mengurus risiko, konflik dan perubahan (i) membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan
dalam kehidupan. Fokus diberi kepada pengurusan mental reproduktif dan sosial untuk diri, keluarga dan
dan emosi, kekeluargaan serta perhubungan. masyarakat

Modul 3 : Kesihatan Persekitaran (ii) menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya
Modul ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatan murid mengambil berat tentang kesihatan seksual dan
persekitaran. Fokus diberi kepada pencegahan penyakit, keluarga sebagai institusi asas manusia serta
keselamatan dan pertolongan cemas. menyumbang kepada pemeliharaan integriti institusi
kekeluargaan secara berterusan dan berkekalan
PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL
(PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN (iii) memperoleh kemahiran membuat keputusan secara
KESIHATAN bijak dan bertanggungjawab tentang kesihatan dan
tingkah laku seksual pada masa kini serta masa depan.
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) diajar
melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan. PEERS adalah PEERS merangkumi :
satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan
dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap (i) Kesihatan diri dan reproduktif
identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan. ƒ Aspek perkembangan dan perubahan fizikal,
fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh,
PEERS bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau dan penjagaan kesihatan reproduktif.
hubungan seks semata-mata. PEERS mencakupi
pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal (ii) Penyalahgunaan bahan
dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat ƒ Kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu
dalam kehidupan. rokok, dadah, inhalan dan alkohol, serta kemahiran
berkata TIDAK.

(iii) Kemahiran pengurusan mental dan emosi


ƒ Kemahiran pengurusan konflik dan stres dalam diri,
keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.


(iv) Kekeluargaan CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU
ƒ Kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan,
peranan dan tanggungjawab ahli dalam keluarga.
Tahap Satu dan Tahap Dua Sekolah Rendah
(35 waktu setahun)
(v) Perhubungan
ƒ Kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran Pendidikan Kesihatan
interpersonal yang positif dalam persaudaraan serta Reproduktif dan Sosial 75% 26 waktu = 780 minit
persahabatan. (PEERS)
Pemakanan 15% 5 waktu = 150 minit
(vi) Pencegahan penyakit
ƒ Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan Pertolongan Cemas 10% 4 waktu = 120 minit
daripada penyakit berjangkit, tidak berjangkit,
genetik, keturunan dan mental.
ORGANISASI STANDARD KURIKULUM
(vii) Keselamatan
ƒ Langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal dengan
taman permainan dan tempat awam, serta akta menetapkan Standard Kandungan dan Standard
perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita, Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Tujuan utama
termasuk kemahiran mengelak diri daripada penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuiti
ancaman orang yang tidak dikenali dan orang yang bermaksud semua murid diberi peluang pendidikan yang
perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman sama, manakala kualiti bermaksud semua murid perlu diberi
serta kecemasan. pendidikan yang berkualiti. Justeru, kurikulum berasaskan
standard memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada
semua murid.

Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik


tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan
dalam suatu tempoh persekolahan. Standard Kandungan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.


Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria seharian murid serta isu-isu global perlu dihubung
atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang kait dalam proses pengajaran dan pembelajaran
boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Standard disiplin ilmu Pendidikan Kesihatan.
yang ditetapkan mesti dilaksanakan, mesti dicapai oleh
murid dan mesti ditaksir secara berterusan oleh guru. 2. Daya pemikiran murid perlu dipertingkat untuk
Pendekatan menggunakan standard menuntut guru untuk membolehkan murid membuat keputusan, meningkatkan
lebih bertanggungjawab ke atas pencapaian murid. literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Aktiviti yang memberi peluang untuk murid berfikir secara
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN kreatif dan inovatif perlu dikendalikan oleh guru.

Selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan 3. Penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif adalah
Kebangsaan, Pendidikan Kesihatan menekankan
perkembangan individu yang menyeluruh dan bersepadu dari perlu untuk membolehkan murid memperoleh pengalaman
dan memahami konsep menjaga diri, keluarga serta
aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu,
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan perlu komuniti. Bagi tujuan ini, kaedah inkuiri penemuan serta
pembelajaran melalui pengalaman sangat digalakkan.
memberi tumpuan terhadap pemerolehan ilmu pengetahuan
Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan termasuk
dan kemahiran asas kesihatan serta pemupukan dan
penghayatan nilai. aktiviti kumpulan, kerja luar, perbincangan, kajian kes,
simulasi dan main peranan. Pengalaman pembelajaran
Dalam usaha ke arah mencapai matlamat Pendidikan seperti ini dapat memberi peluang kepada murid untuk
melahirkan pandangan sendiri, asas untuk membina
Kesihatan, perkara berikut perlu diberi perhatian dalam
pengajaran dan pembelajaran : semangat, membina sikap sentiasa cinta dan dahagakan
ilmu, minat membaca serta belajar seumur hidup.
1. Pendekatan bersepadu merupakan satu strategi yang
4. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penekanan
penting untuk menjalin dan mengadunkan unsur-unsur
ilmu, kemahiran, bahasa dan nilai-nilai murni. Melalui perlu dibuat terhadap pemupukan nilai-nilai murni yang
pendekatan ini perkembangan kemahiran berfikir, selaras dengan matlamat Pendidikan Kesihatan. Antara
nilai yang perlu diterap dan diamalkan ialah kebersihan,
kemahiran generik dan kemahiran belajar perlu diberi
penekanan. Di samping itu, pengetahuan dan kemahiran keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang,
kejujuran dan kerjasama.
daripada pelbagai mata pelajaran lain, pengalaman hidup


5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan PENILAIAN
oleh guru perlu memberi peluang kepada murid untuk
menguasai kemahiran berkomunikasi, membina 1. Kaedah Penilaian
perhubungan yang sihat, empati dengan orang lain, ƒ Pemerhatian dan penilaian berterusan
berupaya mengendalikan emosi serta tekanan dalam ƒ Penilaian fizikal secara berkala
menguruskan hidup secara produktif dan sihat. ƒ Penilaian hasil kerja
ƒ Senarai semak
6. Dalam menjalankan aktiviti bilik darjah, pengalaman ƒ Lisan
murid dan pengalaman pembelajaran perlu disusun atur
dengan mengambil kira pelbagai tahap kecerdasan agar 2. Kekerapan Penilaian
murid dapat belajar dengan cara tersendiri dalam Penilaian dijalankan sepanjang masa.
keadaan yang paling sesuai. Kaedah dan aktiviti yang
berbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza tahap 3. Ciri-ciri Penilaian
kecerdasan. ƒ Penilaian secara menyeluruh
ƒ Perkara yang dinilai merangkumi penguasaan
7. Penguasaan kemahiran kecekapan psikososial (life skills) pengetahuan, penerapan sikap, penguasaan
adalah perlu dan membantu murid untuk mengadaptasi kemahiran, status kesihatan dan amalan harian
permintaan serta cabaran kehidupan harian, memberi ƒ Criterion-based evaluation dan bukan perbandingan
kesedaran tentang sesuatu isu atau permasalahan yang antara murid
berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. ƒ Proses dan kaedah penilaian tidak terlalu rumit.
Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka
akibatnya dan mengendali perubahan supaya mendapat 4. Penggunaan Hasil Penilaian
manfaat yang maksimum. Penilaian Pendidikan Kesihatan dirancang dan
dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Hasil
8. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti penilaian digunakan untuk tindakan susulan bagi
Internet, e-mel, CD-Rom dan sidang telekomunikasi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki
dalam proses pengajaran serta pembelajaran perlu pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat
digalakkan sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran sekolah untuk memberi maklum balas kepada murid,
abad ke-21. ibu bapa dan guru lain.




OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN DUA

Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan :

1. Mengenal pasti dan mengamalkan aspek-aspek yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan fizikal
yang sihat;
2. Menjauhkan diri daripada situasi dan sentuhan tidak selamat;
3. Memilih jenis makanan berkhasiat;
4. Mengamalkan gaya hidup sihat tanpa rokok, alkohol dan dadah;
5. Memahami dan mengurus perasaan mengikut situasi;
6. Mengenali perbezaan fizikal dan perawakan antara lelaki dan perempuan;
7. Menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap Tuhan, diri, ibu bapa / penjaga, ahli keluarga, guru dan rakan;
8. Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit;
9. Mengenal pasti dan mengamalkan aspek-aspek pencegahan kemalangan serta kecederaan; dan
10. Mengetahui cara meminta bantuan apabila berlaku situasi kecemasan.





MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

Kesihatan Diri dan Reproduktif

1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta 1.1.1 Menyenaraikan aktiviti fizikal yang menyumbang
perkembangan fizikal yang sihat. kepada pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
1.1.2 Mengamalkan aktiviti fizikal untuk mencapai
pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.
1.1.3 Mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk
pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.
1.1.4 Mengamalkan postur yang betul untuk pertumbuhan
dan perkembangan fizikal.
1.1.5 Menyatakan kepentingan rehat dan tidur yang
mencukupi untuk pertumbuhan serta perkembangan
fizikal yang sihat.

1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk 1.2.1 Menyatakan maksud dan situasi sentuhan tidak selamat.
menangani pengaruh dalaman serta luaran yang 1.2.2 Berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat.
mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif. 1.2.3 Mengenal pasti individu yang mungkin melakukan
sentuhan tidak selamat.
1.2.4 Menyatakan tindakan yang perlu diambil jika berlaku
sentuhan tidak selamat.


MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

Pemakanan

1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat 1.3.1 Memilih makanan dan minuman yang berkhasiat pada
serta selamat. setiap kali waktu makan.
1.3.2 Menyatakan kepentingan pengambilan makanan dan
minuman yang berkhasiat.
1.3.3 Mengenal pasti jenis makanan dan minuman yang
boleh menyebabkan berat badan yang berlebihan
serta obesiti.
1.3.4 Mengamalkan pengambilan makanan dan minuman
mengikut keperluan.
1.3.5 Mengamalkan tabiat makan dan minum yang sihat.
1.3.6 Menceritakan tabiat pengambilan makanan dan
minuman dalam kalangan ahli keluarga.
1.3.7 Menyatakan pengaruh rakan dalam pengambilan
makanan dan minuman.
1.3.8 Menyatakan pengaruh media dalam pengambilan
makanan dan minuman.


MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

Penyalahgunaan Bahan

1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan 1.4.1 Mengenali jenis bahan ketagihan iaitu rokok, alkohol
serta berkemahiran menangani situasi berisiko dan dadah.
terhadap diri, keluarga dan masyarakat. 1.4.2 Menceritakan kesan negatif merokok, mengambil
alkohol dan dadah terhadap kesihatan diri serta orang
lain.
1.4.3 Melaporkan kepada orang dewasa berkaitan
penyalahgunaan bahan dalam kalangan rakan.
1.4.4 Berkata TIDAK kepada pelawaan penyalahgunaan
bahan.
1.4.5 Mengamalkan gaya hidup sihat dengan tidak
menyalahguna bahan.


MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

Pengurusan Mental dan Emosi

2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara 2.1.1 Mempamerkan perasaan seperti bimbang, cemas dan
mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mental tidak selamat.
dalam kehidupan harian. 2.1.2 Menunjuk cara yang sihat ketika meluahkan perasaan
kepada orang yang boleh dipercayai.
2.1.3 Mengamalkan sikap positif untuk mengurus perasaan
diri seperti rasa bersalah, bimbang, takut, marah,
cemburu dan tidak selamat.
2.1.4 Mengenal pasti perasaan yang wujud akibat perubahan
yang berlaku dalam keluarga dan persekitaran seperti
pertambahan serta kehilangan ahli dalam keluarga.

Kekeluargaan

2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta 2.2.1 Menyatakan perbezaan fizikal perempuan dan lelaki.
kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek 2.2.2 Menceritakan perbezaan antara perawakan perempuan
kesihatan keluarga. dan lelaki.
2.2.3 Menghargai diri dan gembira dilahirkan sebagai lelaki
atau perempuan.
2.2.4 Mengamalkan sikap menghormati antara satu sama lain
tanpa mengira jantina.


MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

Perhubungan

2.3 Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal 2.3.1 Mematuhi ajaran agama.
serta komunikasi berkesan dalam kehidupan harian. 2.3.2 Menzahirkan kasih sayang yang berbeza kepada
Tuhan, diri, ibu bapa / penjaga, ahli keluarga, guru
dan rakan.
2.3.3 Menunjukkan rasa kasih sayang tanpa membezakan
individu atau kumpulan seperti tidak membuli dan
menyakiti orang lain.
2.3.4 Mengamalkan rasa syukur kepada Tuhan dan terima
kasih sesama manusia.


MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

Penyakit

3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta 3.1.1 Mengenal pasti tanda-tanda konjunktivitis.
mengelak risiko penyakit dalam kehidupan harian. 3.1.2 Menyatakan cara mengelak daripada jangkitan
konjunktivitis.
3.1.3 Menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil atau
diawasi jika mengalami konjunktivitis.
3.1.4 Mengenali penyakit tidak berjangkit seperti ketumbit
mata, sakit telinga, hidung berdarah, ekzema dan
alahan.
3.1.5 Mengenal pasti tanda-tanda penyakit tidak berjangkit.
3.1.6 Menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil atau
diawasi jika mengalami penyakit tidak berjangkit.


MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

Keselamatan

3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan 3.2.1 Mengenal pasti peralatan dan bahan yang berbahaya
mendemonstrasikan kemahiran kecekapan psikososial di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam.
dalam kehidupan harian. 3.2.2 Menyenaraikan cara penyimpanan peralatan dan
bahan seperti racun dengan selamat.
3.2.3 Mengenal pasti situasi tidak selamat di rumah, sekolah,
taman permainan dan tempat awam.
3.2.4 Menyatakan kesan kemalangan dan kecederaan
seperti kecacatan kekal tubuh badan.
3.2.5 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan untuk
mengelak kemalangan, kecederaan dan situasi tidak
selamat di rumah, sekolah, taman permainan dan
tempat awam pada setiap masa.

Pertolongan Cemas

3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan 3.3.1 Mengetahui situasi kecemasan.
bertindak dengan bijak mengikut situasi. 3.3.2 Meminta bantuan apabila berlaku kecemasan.






dĞƌďŝƚĂŶ͗

,'/EWDE'hEE<hZ/<h>hD
<DEdZ/EW>:ZED>z^/
ƌĂƐϰͲϴ͕ůŽŬϵ
<ŽŵƉůĞŬƐ<ĞƌĂũĂĂŶWĂƌĐĞů
WƵƐĂƚWĞŶƚĂĚďŝƌĂŶ<ĞƌĂũĂĂŶWĞƌƐĞŬƵƚƵĂŶ
ϲϮϲϬϰWhdZ:z
dĞů͗ϬϯͲϴϴϴϰϮϬϬϬ&ĂŬƐ͗ϬϯͲϴϴϴϴϵϵϭϳ
ŚƚƚƉ͗ͬͬǁǁǁ͘ŵŽĞ͘ŐŽǀ͘ŵLJͬďƉŬ

You might also like