You are on page 1of 4

KURSUS PROFESIONALISME PENGERUSI DAN

1 SETIAUSAHA SMK GHAFAR BABA TAHUN 2018

KERTAS CADANGAN
KURSUS PROFESIONALISME PENGERUSI DAN SETIAUSAHA
SMK GHAFAR BABA TAHUN 2018

1. LATAR BELAKANG PROGRAM


Kursus Profesionalisme Pengerusi dan Setiausaha merupakan bengkel kepimpinan yang diadakan khusus untuk
pemimpin pelajar. Pemimpin pelajar ini terdiri daripada Pengerusi dan Setiausaha bagi setiap kelab,persatuan, unit
beruniform, rumah sukan dan kelab permainan bagi tahun 2018.

2. MATLAMAT
Melahirkan generasi pemimpin yang berketrampilan serta mempunyai jati diri yang tinggi.

3. OBJEKTIF
3.1 Membantu dan memberikan pengetahuan dan kemahiran yang perlu kepada pengerusi dan setiausaha untuk
mengurus dan mengendalikan perjalanan kelab, persatuan, unit beruniform, rumah sukan dan kelab permainan
di sekolah.
3.2 Memberi pendedahan kepada barisan kepemimpinan kelab, persatuan, unit beruniform, rumah sukan dan kelab
permainan berkenaan tugas dan peranan terhadap organisasi serta kemahiran kepada pengerusi dan setiausaha
tentang pengurusan mesyuarat dan penulisan minit mesyuarat kelab,persatuan, unit beruniform, rumah sukan
dan kelab permainan.
3.3 Mendedahkan pengetahuan berkenaan penulisan kertas cadangan sesuatu aktiviti yang hendak dilaksanakan.

4. NAMA PROGRAM
Kursus Profesionalisme Pengerusi dan Setiausaha

5. TARIKH / MASA / SASARAN


5.1 Tarikh : 31 Jan 2018 (Rabu)
5.2 Masa : 7.30 pagi – 10.00 pagi
5.3 Sasaran : Semua pengerusi dan setiausaha kelab, persatuan, unit beruniform, rumah sukan dan kelab permainan

6. TEMPAT
Dewan Tan Sri Abdul Rahman Arshad, SMK Ghafar Baba

7. PENYERTAAN
Pengerusi dan Setiausaha setiap kelab, persatuan, unit beruniform, rumah sukan dan kelab permainan. Pelajar yang
menjawat jawatan pengerusi dan setiausaha dalam dua organisasi,tempatnya boleh diisi oleh AJK tertinggi yang lain.

Bil
Unit Kokurikulum Bil. Unit Bil. Peserta
.
1. Kelab 10 20
2. Persatuan 10 20
3. Unit Beruniform 10 20
4. Rumah Sukan 04 08
5. Kelab Permainan 1M1S 13 26
JUMLAH 47 94
KURSUS PROFESIONALISME PENGERUSI DAN
2 SETIAUSAHA SMK GHAFAR BABA TAHUN 2018

8. JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Pn. Rosni Binti Leman


Naib Pengerusi : Pn. Hjh Zainani Binti Ngah
Setiausaha : Pn. Nor Zarita Bt Mat Saleh
Pen. Setiausaha : En. Mohd Fadzil B. Ibrahim
En. Mohd Syafiq B. Madzaili

AJK KERJA
Siaraya : Encik Mohamad Husaini Ramli

Sijil dan Pendaftaran : Pn. Nursuzela Bt Abd Malek


Pn. Suhanna Bt Zainudin

Juruacara : Pn. Rohana Bt Karno


Siti Nur Ain Bt Fazuli

Perakam : En. Khairul Akmal Mamat

Kawalan Pelajar : En. Mohd Shahrani B. Ibrahim


En. Fahmi Izzudin B. Mohammad
Pn. Aspalela Bt Puasa
Pn. Aziyan Bt Razak

Persiapan Dewan : En. Mohd Fadzil B. Ibrahim


En. Baharuddin B. Harun
En. Jamaluddin B. Ahmad
En. Ramdzan B. Othman

Brosur dan Dokumentasi : En. Mohd Syafiq B. Madzaili

9. PENCERAMAH
9.1 Pengurusan Organisasi Berkesan : Pn Norazlida Bt Shamsuri
9.2 Penulisan Laporan: Pn Hjh Zainani Ngah
9.3 Penyediaan Minit Mesyuarat dan Kertas Cadangan : En. Md Muzaini B. Said

10. BAJET

Rujuk Lampiran 1

11. ATURCARA PROGRAM

7.30 pagi – 7.50 pagi : Pendaftaran peserta


8.00 pagi – 8.15 pagi : Perasmian program oleh Pn Rosni Binti Leman
8.20 pagi – 9.00 pagi : Pengurusan Organisasi Berkesan
KURSUS PROFESIONALISME PENGERUSI DAN
3 SETIAUSAHA SMK GHAFAR BABA TAHUN 2018

Penceramah: Pn. Norazlida Bin Shamsuri

9.00 pagi – 10.00 pagi : Penulisan laporan, Kertas Cadangan dan Minit Mesyuarat
Penceramah: Pn Hjh Zainani Ngah & En Md Muzaini Said

10.10 pagi : Bersurai

12. PENUTUP

Dengan adanya komitmen yang tinggi daripada semua pihak, diharapkan bengkel ini dapat dijalankan dengan
jayanya. Adalah diharapkan Kursus Profesionalisme Pengerusi dan Setiausaha setiap kelab, persatuan, unit
beruniform, rumah sukan dan kelab permainan pada tahun ini dapat dijalankan dalam keadaan yang lebih
menyeronokan dan juga mempunyai impak yang lebih baik untuk mewujudkan pemimpin kelab dan persatuan pelajar
sekolah menengah yang dinamik dan efisyen.

Disediakan oleh,

----------------------------------
(NOR ZARITA BT MAT SALEH)
Setiausaha Kokurikulum
SMK Ghafar Baba

Disemak oleh,

-------------------------------------
(PN HJH ZAINANI BINTI NGAH)
GPK Kokurikulum
SMK Ghafar Baba
KURSUS PROFESIONALISME PENGERUSI DAN
4 SETIAUSAHA SMK GHAFAR BABA TAHUN 2018

You might also like