You are on page 1of 7

LAPORAN MINGGU SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-60 & HARI MALAYSIA

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT ALPHONSUS

JULAU, SARAWAK

1. Pendahuluan

Minggu Sambutan Hari Kemerdekaan ke -60 dan Hari Malaysia telah


dirancang bersempena dengan tarikh keramat negara iaitu pada 31 Ogos dan !6
September. Aktiviti ini telah dirancang dan dikelolakan oleh Panitia Sejarah, Panitia
Bahasa Malaysia dan Panitia Muzik.

Tempoh perlaksanaan minggu sambutan hari kebangsaan dan hari Malaysia ini
adalah selama 1 minggu bermula 25 September 2017 hingga 29 September 2017.
Namun perancangannya telah bermula sejak bulan Julai lagi. Panitia Sejarah telah
memohon kebenaran daripada Guru Besar untuk melaksanakan Program Sambutan
Kemerdekaan pada bulan September dan tempoh pelaksanaannya hanya seminggu
sahaja.

Dalam penulisan laporan ini, ia merangkumi proses perancangan, pelaksanaan,


penilaian dan refleksi
2. Perancangan

Pada peringkat perancangan ini, Ahli Jawatankuasa Panitia Sejarah telah


mengadakan 2 kali mesyuarat. Mesyuarat pertama telah diadakan pada 24 Ogos 2017.
Di antara tujuan mesyuarat pertama ini adalah untuk membuat perancangan Majlis
Pelancaran Kempen Mengibarkan Jalur Gemilang serta Program Sambutan Minggu Hari
Kemerdekaan ke-60 dan Hari Malaysia Peringkat Sekolah 2017. Dalam mesyuarat ini
kami membincangkan tentang tarikh pelaksanaan dan pengisian program tersebut.

Mesyuarat ke-2 pula dijalankan pada 20 September 2017. Mesyuarat ke-2


ini telah dihadiri oleh semua guru ahli jawatankuasa Panitia Sejarah, Panitia Bahasa
Melayu dan Panitia Muzik. Dalam mesyuarat kali ini banyak perkara telah diputuskankan.
Di antaranya ialah :

a) Tarikh Pelancaran Kempen Mengibarkan Bendera


b) Menentukan acara dan aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan minggu
kemerdekaan.
c) Melantik Jawatankuasa Pelaksana sambutan minggu kemerdekaan.
d) Menentukan bahan dan peralatan yang diperlukan.
e) Mengenalpasti kos perbelanjaan yang diperlukan.

Semua Ahli Jawatankuasa yang dilantik diingatkan agar dapat menjalankan tugas dan
tanggungjawab mengikut perancangan.

3. Pelaksanaan

Dalam peringkat pelaksanaan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :


a) Majlis Pelancaran Kempen Mengibarkan Jalur Gemilang
b) Pengisian Program
c) Majlis Penutupan
3.1 Majlis Pelancaran Kempen Mengibarkan Bendera
Majlis Pelancaran Kempen Mengibarkan Bendera peringkat sekolah telah
diadakan pada 7 September 2017 (Selasa).. Aturcara Majlis Pelancaran
adalah seperti berikut :

7.30 PAGI Murid dan guru berkumpul

8.00 pagi Nyanyian lagu negaraku , Lagu Ibu Pertiwiku

8.15 pagi Ucapan Guru Besar & Perasmian Kempen Kibar Jalur
Gemilang.

Gimik

Persembahan multimedia

Laungan kemerdekaan 6 kali sempena Sambutan


Kemerdekaan ke -60

Nyanyian lagu
Tanggal 31
Jalur Gemilang
Sehati Sejiwa
bersurai
3.2 Pengisian Program
Banyak aktiviti dan acara yang dipertandingkan sepanjang sambutan bulan
kemerdekaan. Ia telah disusun dan dijalankan mengikut jadual yang telah
ditetapkan. Di antara aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan adalah seperti
berikut :

Bil. Aktiviti Tempat Perincian Cadangan tarikh

1. Bacaan maklumat Pejabat Murid tahun 6 Sepanjang minggu


sejarah ( 7.10 pagi) sambutan
kemerdekaan.
2 Pameran Sejarah & Dewan Sekolah Selepas perhimpunan 25 September 2017
Kesenian Budaya
3 Pertandingan Melukis Kelas masing- Semua murid 26 September 2017
Poster Kemerdekaan masing 8.00-10.00 pagi
4. Tayangan filem Patriotik Bilik mesyuarat Murid Tahun 6 27 September 2017
10.20 pagi – 12.20
tengahari
5. Tayangan filem Patriotik Bilik mesyuarat Murid Tahun 5 27 September 2017
8.20 pagi – 10.20 pagi
6 Tayangan filem Patriotik Bilik mesyuarat Murid Tahun 4 28 September 2017
10.20 pagi – 12.20
tengahari
7 Pertandingan Koir Dewan sekolah Semua murid 29 September 2017
8.00pagi- 11.50 pagi
8. Penutup Minggu Dewan sekolah Semua murid 29 September 2017.
Sambutan Kemerdekaan 8.00pagi- 11.50 pagi
Dan Sambutan Hari
Malaysia
3.3 Majlis Penutupan Sambutan Minggu Kemerdekaan ke-60 dan Hari
Malaysia
Majlis Penutupan Sambutan Minggu Kemerdekaan dan Hari Malaysia
pada tahun ini telah diadakan pada 29 September 2017 (Jumaat). Ia dijalankan
di dalam Dewan Terbuka sekolah. Sejak jam 7.00 pagi, murid-murid telah mula
berkumpul di dalam dewan ini. Tepat jam 8.00 pagi Pertandingan Koir Lagu
Patriotik dijalankan. Majlis tersebut dilaksanakan selepas pertandingan koir
selesai.
Guru Besar Sk Saint Alphonsus En. Zamerene Bin Ruin telah
dijemput menyampaikan ucapan pada permulaan majlis. Beliau menyentuh
tentang maksud kemerdekaan dan kebangsaan serta kepentingan melakukan
aktiviti sebegini penting dalam pembangunan sahsiah dan jati diri murid,

Di antara aturcara majlis penutupan adalah seperti berikut :


7.30 PAGI Murid dan guru berkumpul

8.00 pagi Nyanyian lagu negaraku , Lagu Ibu Pertiwiku

8.15 pagi Pertandingan koir nyanyian lagu Patriotik


Tahap 1 dan tahap 2
9.50 pagi rehat

10.20 pagi Majlis Penutup Sambutan Kemerdekaann dan Sambutan Hari Malaysia
Persembahan multimedia

Ucapan Guru Besar & Perasmian Penutup

Penyampaian hadiah

Deklamasi sajak & Laungan merdeka

Penutup
Murid tahun 4A telah terlibat bagi menjayakan perasmian penutupan
Minggu Sambutan Kemerdekaan Ke-60 dan Sambutan Hari Malaysia. Seusai
acara perasmian guru besar telah menyampaikan hadiah-hadiah bagi para
peserta yang terlibat di dalam aktiviti sepanjang minggu tersebut. Majlis telah
diakhiri oleh persembahan deklamasi sajak simbolik oleh adik Arhyius Artilla Ak
Jimmy yang bertemakan semangat patriotism pada negara.

4. Penilaian

Pada keseluruhannya Majlis Sambutan Minggu Kemerdekaan kali ke 60


dan Hari Malaysia Peringkat SK Saint Sekolah telah berjalan dengan lancar mengikut
perancangan. Semua pihak termasuk Guru Besar, guru-guru, murid-murid dan
seluruh warga sekolah sangat berpuas hati dengan sambutan tersebut. Tiada
sebarang masalah besar yang timbul sepanjang sambutan bulan kemerdekaan
tersebut. Setiap acara yang dipertandingkan telah dapat diadili seadil-adilnya oleh
hakim-hakim yang telah dilantik. Semua keputusan hakim adalah muktamad.
Sekian terima kasih,

Disediakan oleh Disahkan oleh

…………………………… …………………………………..
(Cik Irma Binti Abdul Rahman) ( En.Zamerene Bin Ruin )
Guru Panitia Sejarah Guru Besar Sk St Alphonsus
Lampiran

You might also like