You are on page 1of 4

Pernyataan Sebelum PBS (Pernyataan Profesional)

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini memberi
peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan
peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan
interaksi dengan komuniti sekolah.

Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dijalankan di sekolah rendah yang
telah dipilih oleh guru pelatih masing-masing. PBS ini dijalankan bertujuan untuk mencari
maklumat berdasarkan tugasan yang telah diberikan oleh pihak institut di samping
membiasakan guru pelatih dengan suasana di sekolah serta melengkapkan bahan-bahan
untuk tugasan kerja kursus yang berkaitan. Fokus utama tugasan menerangkan segala
tindakan yang perlu diambil, memberikan bimbingan untuk melaksanakan aktiviti dan
membantu dalam penyediaan penilaian dan laporan akhir. Setelah meneliti tugasan yang
diberikan, fokus utama yang dikenalpasti adalah ;

a) Tugasan yang diberikan oleh IPGM


Aktiviti refleksi, kolaborasi, pemerhatian dan laporan yang perlu dilaksanakan dan
disediakan selepas PBS, selaras dengan huraian tugasan dalam Garis Panduan
Pengalaman Berasaskan Sekolah.

b) Tugasan Pengajian Profesional


Terbahagi kepada
- MUZK 3083: Menghasilkan sebuah laporan reflektif mengenai pengalaman anda
semasa berada di sekolah untuk program PBS. Ia merangkumi kekuatan,
kelemahan dan cadangan pembaikan dalam aspek-aspek berikut :

-bahan bantu mengajar/peluang penggunaan


-strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran muzik
-bilik muzik
Tujuan tugasan yang diberikan adalah untuk :

a) Memahami budaya sekolah


b) Menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah.
c) Mendapat pendedahan awal tentang perbezaan individu murid-murid di dalam kelas.
d) Memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran.
e) Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah.
f) Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan
analitikal.
g) Membina sikap positif terhadap profesion keguruan.
h) Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru.
i) Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi
refleksi.

Saya telah memilih sekolah Kebangsaan Sungai Gelugur yang terletak berdekatan
dengan IPG Kampus Pulau Pinang untuk menjalankan PBS saya yang ke-3. Saya
memilih sekolah ini kerana sekolah ini kerana sekolah ini berdekatan dengan IPG
Kampus Pulau Pinang. Sebelum memulakan PBS di SK Sungai Gelugur, saya telah
mendapatkan maklumat sekolah terlebih dahulu seperti alamat penuh, nombor telefon
dan alamat e-mel untuk diserahkan kepada Unit Praktikum IPG.

Perancangan rapi perlu dilakukan sebelum menjalankan PBS di sekolah supaya


tugasan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Saya telah menyediakan draf
perancangan untuk aktiviti yang perlu dilakukan semasa PBS. Ini memberikan gambaran
dan panduan kepada saya tentang maklumat dan aktiviti yang perlu saya lakukan
apabila berada di sekolah.

Bagi setiap aktiviti yang dilakukan di sekolah tersebut, saya perlu membuat refleksi
dan menulis laporannya dalam borang refleksi selepas aktiviti dijalankan. Ini bertujuan
untuk menilai prestasi diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan supaya dapat
memberi motivasi kepada diri selain membaiki kelemahan yang didapati agar tidak
berulang lagi pada masa akan datang.
2.2 Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang Difokus
Semasa menjalankan PBS selama seminggu, saya telah melaksanakan beberapa
aktiviti seperti yang telah dirancang dengan berpandukan senarai semak tugasan yang telah
disediakan. Saya telah belajar untuk berinteraksi dengan komuniti di sekolah sepanjang
PBS ini. Berikut adalah tindakan yang telah saya lakukan sepanjang tempoh PBS di SK
Spaoh.

BIL TARIKH TINDAKAN


1 19 - Melapor diri melalui Penolong Kanan Pentadbiran kerana guru
SEPTEMBER besar bercuti pada hari tersebut.
2016 - GPK Pentadbiran memperkenalkan saya dengan guru-guru
dan staf sekolah.
- Mendapatkan maklumat umum sekolah daripada GPK
Pentadbiran
- Penolong Kanan 1 memperkenalkan saya dengan guru
pembimbing untuk mendapat bimbingan
- Memerhatikan proses P&P yang dijalankan di kelas Tahun
- Menghadiri aktiviti gotong-royong pada waktu petang
2 20 - Membantu mengendalikan program ASAT
SEPTEMBER - menjalankan proses P&P yang dijalankan di kelas Tahun
2016 Tahun 5A dan 5B.
- Meninjau keadaan P&P dan prasarana yang terdapat di
sekolah
- mengambil gambar pra-sekolah dan kelas J-Kaf
3 21 - Menghadiri perhimpunan sekolah
SEPTEMBER - Mengemaskini maklumat dan laporan
2016 - Mengadakan perbincangan dengan guru pembimbing dan
guru-guru lain
4 22 - Menemubual guru untuk tugasan PBS
SEPTEMBER - Menemubual Guru Besar
2016 - Menghadiri majlis persaraan Guru Besar pada waktu petang
5 23 - Menyemak bahan-bahan yang telah diperolehi
SEPTEMBER - Mengikuti program linus dan bacaan yassin
2016 - Membantu menguruskan murid dan mengambil gambar
semasa taklimat
- Mendapatkan tandatangan Guru Besar untuk pengesahan
kehadiran sepanjang PBS
- Mendapatkan borang Penilaian Perkembangan Pelajar
daripada PK1.
- Mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah atas
kerjasama yang diberikan.

Setelah segala maklumat berjaya diperolehi dan dikumpul, saya telah meneliti
maklumat dan mengemaskini bahagian yang belum lengkap. Saya telah membuat laporan
PBS beserta refleksi untuk diserahkan kepada pensyarah saya. Saya perlu menghantar folio
PBS kepada pensyarah yang ditugaskan untuk menyemaknya.

2.3 Konklusi

Setelah menghadiri dan menghabiskan tempoh 5 hari di sekolah, saya amat berharap
supaya apa yang saya lakukan semasa PBS adalah mengikut perancangan serta dapat
memenuhi kehendak soalan PBS. Berada di sekolah telah memberikan pengalaman baru
kepada saya kerana ini merupakan PBS yang kedua dan banyak input yang saya pelajari
untuk bergelar guru.

You might also like