You are on page 1of 2

1/18/2018 (27) Tirmidhi Centre - Halaman Utama

Tirmidhi Centre telah menambah 2 foto baru


8hb Januari jam 2.36 ptg ·
Pengajian terbaharu di Tirmidhi Centre kendalian Ust Syed Shahridzan iaitu kelas Fiqh Muamalat pada setiap Sabtu
keempat. Pengajian ini akan berpandukan kitab Fiqh al-Buyu' karya Sheikh Taqi al-Uthmani. Berikut serba sedikit
pengenalan tentang kitab ini oleh Ust Syed Shahridzan. Jemput hadir, pengajian #percuma.
--
Kitab Fiqh al-Buyu’, sebuah kitab fiqh mualamat kotemporari yang dikarang oleh seorang ulama yang pakar dalam
bidang ekonomi, perbankan dan kewangan Islam. Beliau ialah al-‘Allamah Maulana Sheikh Taqi al-Uthmani seorang
ulama yang berasal dari India.
Kitab ini mempunyai kelebihan tersendiri di mana ia menjadi bahan rujukan hukum hakam fiqh mualamat di zaman
moden sehingga di peringkat antarabangsa:
1. Kitab ini membahaskan hukum hakam muamalat mengikut keperluan semasa di zaman moden yang mana sistem
muamalat di seluruh dunia berkembang menurut peredaran zaman.
2. Rujukan kitab ini berpandukan rujukan-rujukan muktamad dalam empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafi’ie dan
Hanbali. Selain itu juga pengarang juga merujuk fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh ulama-ulama fiqh kotemporari
sebagai panduan seperti fatwa Sheikh Mustafa al-Zarqa’.
3. Apa menarik kitab ini tidak melakukan banyak pentarjihan pada mana-mana pendapat 4 mazhab, cuma
pengarang menjelaskan dan memilih mana-mana pendapat mazhab yang bersesuaian dengan pengamalan sistem
muamalat di zaman moden, selagimana ia tidak bertentangan dengan dalil dan nas qat’ie syarak.
4. Kitab ini pada hakikatnya bukan lah menyeru agar masyarakat tidak bermazhab dalam urusan fiqh, namun metod
Sheikh Taqi di sini lebih meraikan sistem mualamat yang berlaku pada zaman ini. Oleh beliau membuat
perbandingan 4 mazhab untuk disesuaikan pengamalan masyarakat moden.
5. Hakikat yang tidak boleh ditolak, kedatangan penjajah yang menjajah negara-negara Islam telah membunuh
sistem muamalat Islam yang berpandukan mazhab setempat termasuk perundangan jenayah Islam suatu ketika
dahulu. Sistem barat ini sudah berakar umbi dan diamalkan sejak dahulu lagi. Oleh itu kitab ini memainkan peranan
yang amat baik dalam mencerna hukum hakam muamalat berdasarkan perubahan semasa di peringkat
antarabangsa.
6. Selain dari perbandingan 4 mazhab, pengarang kitab ini juga membuat perbandingan dengan undang sivil
Inggeris dan Perancis untuk menampakkan lagi aplikasi sistem muamalat moden dalam masyakarat. Perbandingan
ini sekaligus dapat menjelaskan kedudukan sistem muamalat yang berpandukan undang-undang civil menurut
kacamata syarak.

https://www.facebook.com/tirmidhicentre/ 1/2
1/18/2018 (27) Tirmidhi Centre - Halaman Utama

https://www.facebook.com/tirmidhicentre/ 2/2

You might also like