You are on page 1of 1

Kebakaran

Pada minggu lepas, saya pulang dari sekolah dan bersiap untuk bermain di luar rumah Bersama kawan-
kawan. Ketika saya memasang kasut saya terdengar bunyi orang menjerit. Alangkah terkejutnya saya
melihat rumah jiran saya sedang terbakar. Api semakin merebak dan membesar.

Saya terus masuk ke dalam rumah untuk memberitahu ibubapa. Ibu terus menelefon bomba. Manakala
bapa terus keluar rumah untuk membantu memadamkan api. Kami menggunakan sebiji baldi dan hos.
Kami dimaklumkan Bahasa tuan rumah tiada di rumah pada ketika itu kerana masih belum pulang.

Salah seorang telah menghubungi tuan rumah untuk memberitahu bahawa rumahnya sedang terbakar.
Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi siren. Pasukan bomba telah berusaha untuk memadamkan api.
Separuh daripada rumah itu telah hangus.

Punca berlakunya kebakaran ialah kerana suis sterika yang tidak ditutup. Maka ianya meletup dan
merebak menjadi api. Oleh itu, ini menjadi pengajaran untuk menutup suis sebelum keluar rumah.

You might also like