You are on page 1of 17

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

MALAYSIA

PANDUAN DAN SUKATAN


PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN
Kandungan Sukatan

Bil. Perkara Muka Surat

1. Panduan Menduduki Peperiksaan Perkhidmatan 2


Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia

2. Sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Pendaftaran 8


Gred KP17, Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia

3. Sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Pen. Pegawai Pendaftaran 11


Gred KP27, Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia

4. Sukatan Peperiksaan Khas (KPSL) untuk memasuki skim 14


Perkhidmatan Pen. Pegawai Pendaftaran Gred KP27
Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia

Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia | Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia


PANDUAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN
DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, MALAYSIA

1. PENGENALAN

1.1 Peperiksaan adalah salah satu kaedah bagi mengukur tahap


pengetahuan, kefahaman dan kemahiran calon dalam sesuatu
perkara bagi membolehkan penilaian dibuat terhadap seseorang
penjawat awam dengan tepat.

2. TUJUAN PEPERIKSAAN

2.1 Dalam perkhidmatan awam, syarat menduduki peperiksaan


terkandung dalam skim-skim perkhidmatan berkenaan.

2.2 Tujuan peperiksaan dalam perkhidmatan kerajaan adalah seperti


berikut:

2.2.1 Pengesahan Dalam Perkhidmatan


Anggota perkhidmatan awam yang baru dilantik disyaratkan
lulus peperiksaan perkhidmatan sebagai keperluan
pengesahan dalam perkhidmatan.

2.2.2 Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)


Peperiksaan ini adalah bagi menggantikan kelulusan akademik
yang diperlukan bagi menjawat jawatan yang lebih tinggi
grednya.

3. PEPERIKSAAN YANG DIKENDALIKAN OLEH JPNM

3.1 Jenis-jenis peperiksaan yang dikendalikan oleh Jabatan Pendaftaran


Negara adalah seperti berikut :

3.1.1 Pengesahan Dalam Perkhidmatan

a. Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Pendaftaran Gred


KP17
 Peperiksaan Subjek Umum
 Ujian Kederasan Menaip 18 P.S.M
 Subjek Jabatan – Hal Ehwal Pendaftaran

b. Peperiksaan Perkhidmatan Penolong Pegawai Pendaftaran


Gred KP27
 Peperiksaan Subjek Umum
 Peperiksaan Perlembagaan & Undang-Undang Am
 Subjek Jabatan – Hal Ehwal Pendaftaran

Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia | Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia


3.1.2 Peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

a. Peperiksaan Khas Memasuki Skim Perkhidmatan Penolong


Pegawai Pendaftaran Gred KP27

4. FORMAT PEPERIKSAAN YANG DIKENDALIKAN OLEH JPNM

4.1 Peperiksaan Bertulis/Esei


4.2 Peperiksaan Jenis Aneka Pilihan/Objektif
4.3 Ujian-ujian Amali

5. CARA MEMOHON PEPERIKSAAN

5.1 Pastikan setiap calon merujuk Jadual Peperiksaan Jabatan di laman


sesawang Portal JPN yang dikeluarkan oleh Unit Kompetensi, Bahagian
Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia, Ibu Pejabat setiap awal
tahun.

5.2 Permohonan peperiksaan dibuat melalui system MyPeriksa


menggunakan laman sesawang portal MyJPN secara online.

5.3 Permohonan online boleh dipohon melalui pautan berikut :

http://www.jpn.gov.my/intranet/myjpn/

Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia | Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia


6. CARTA ALIRAN PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM
(PANDUAN CALON)

MULA

Rujuk Jadual

Permohonan secara
Online

Mengisi permohonan
dengan lengkap

TIDAK LENGKAP Semakan oleh


Ketua Jabatan

LENGKAP
Pengesahan Ketua
Jabatan

Dikemukakan kepada
unit Kompetensi JPN

TOLAK
Semakan Unit Kompetensi
dan tunggu senarai calon

TERIMA

Panggilan Peperiksaan

Menduduki Peperiksaan

Keputusan Peperiksaan

TAMAT
4

Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia | Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia


7. PERTANYAAN

7.1 Sebarang pertanyaan dan masalah, sila hubungi ;

i. Penolong Pengarah (Unit Kompetensi)


Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia
Tel: 03-8880 7097
Faks: 03-8880 7115

ii. Urusetia Unit Kompetensi


Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia
Tel: 03-8880 7084 / 7085 / 7086 / 7087
Faks: 03-8880 7115

8. PANDUAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN

8.1 Dokumen yang perlu dibawa pada hari peperiksaan

 Calon-calon hendaklah membawa bersama dokumen-dokumen


berikut:
i. Slip peperiksaan kepada calon yang mengandungi pusat
peperiksaan dan subjek yang diduduki.

ii. MyKad atau dokumen pengenalan diri lain yang sah.

iii. Alat bagi keperluan peperiksaan seperti pen, pensil, pemadam


dan sebagainya

8.2 Kedatangan

 Calon hendaklah berada di dalam Dewan Peperiksaan 15 minit


lebih awal daripada waktu peperiksaan dimulakan untuk :

i. Mendengar taklimat ringkas mengenai peraturan


peperiksaan/tatatertib di dalam Dewan Peperiksaan.

ii. Calon yang datang lewat melebihi 30 minit selepas


peperiksaan bermula mungkin tidak akan dibenarkan
mengambil peperiksaan. Ketua Pengawas atas budi bicaranya
boleh membenarkan calon di atas menduduki peperiksaan
tersebut sekiranya alasan yang dikemukakan itu munasabah
dan dapat diterima. Walaubagaimana pun, masa tambahan
atas kelewatan yang berlaku adalah terpulang atas budi
bicara Ketua Pengawas.

Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia | Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia


8.3 Pakaian

 Calon diwajibkan berpakaian kemas sebagaimana menjalankan


tugas harian rasmi di pejabat. Ini bermakna calon tidak
dibernarkan memakai selipar, baju T, dan seluar pendek.

 Calon wanita tidak dibernarkan memakai pakaian yang menjolok


mata. Ketua Pengawas boleh menyingkir calon berkenaan
sekiranya mereka melanggar peraturan ini.

8.4 Perkara yang dilarang dibawa masuk ke dewan peperiksaan

 Sukatan peperiksaan atau arahan kepada calon telah


menjelaskan perkara-perkara yang boleh atau tidak boleh di
bawa masuk ke Dewan Peperiksaan.

 Buku atau perkara yang dibenarkan tidak boleh mengandungi


apa-apa tanda isyarat, tulisan ataupun nota yang boleh
digunakan bagi membantu calon menjawab soalan.

 Calon yang melanggar peraturan ini boleh disingkirkan oleh Ketua


Pengawas dari Dewan Peperiksaan.

8.5 Peraturan dalam peperiksaan

 Calon hendaklah menyimpan barang yang dilarang dibawa


masuk ke Dewan Peperiksaan di tempat khas yang disediakan.

 Calon hendaklah mempamerkan MyKad atau dokumen


pengenalan diri yang sah dengan cara meletakkanya di sudut
sebelah kanan meja masing-masing.

 Semasa peperiksaan sedang bersidang, suasana di dalam Dewan


Peperiksaan mestilah di dalam keadaan aman dan senyap. Setiap
calon hendaklah berkelakuan baik dan ditegah sama sekali
daripada menggangu calon lain ataupun membuat bising.

 Jika memerlukan sebarang penjelasan atau hendak keluar dari


dewan, calon hendaklah mengangkat tangan dan
menyampaikan hasrat mereka kepada pengawas yang bertugas.
Calon hanya boleh keluar setelah mendapat kebenaran daripada
pengawas.

Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia | Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia


 Calon dinasihatkan tidak menulis selain daripada perkara-perkara
yang ditanya oleh soalan. Perkara yang dianggap sensitif ataupun
perkara yang berkaitan dengan Akta Hasutan adalah dilarang
ditulis di dalam kertas jawapan. Calon juga ditegah sama sekali
menggunakan tempat peperiksaan sebagai tempat meluah
perasaan dan mengkritik dasar kerajaan.

 Calon tidak dibenarkan sama sekali merokok di dalam Dewan


Peperiksaan.

 Calon hanya dibenarkan meningalkan Dewan Peperiksaan selepas


30 minit peperiksaan berjalan. Calon tidak dibenarkan
meningalkan Dewan Peperiksaan dalam masa 15 minit sebelum
tamat peperiksaan.

 Sebelum meninggalkan Dewan Peperiksaan, calon dikehendaki


menyerahkan kertas jawapan dan soalan kepada pengawas.

 Calon ditegah sama sekali berhubung dengan Ketua


Pengawas/Pengawas dengan tujuan selain daripada perkara
yang berkaitan dengan peperiksaan sama ada di luar Dewan
Peperiksaan atau selepas tamat peperiksaan.

 Calon tidak dibenarkan meniru di antara satu dengan yang lain.

Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia | Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia


SUKATAN PEPERIKSAAN
PERKHIDMATAN PEMBANTU PENDAFTARAN GRED KP17
JABATAN PENDAFTARAN NEGARA MALAYSIA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI

1. Tarikh Sukatan Peperiksaan : 15 April 1993


Diluluskan oleh JPA

2. Matlamat Sukatan

i. Bagi membolehkan pegawai-pegawai berkenaan mengetahui


pengetahuan asas mengenai peraturan-peraturan dan undang-
undang yang berkaitan dengan kerja-kerja mereka.

3. Tujuan Peperiksaan

i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu


Pendaftaran Gred KP17 lantikan secara terus.

4. Pegawai Yang Layak Mengambil Peperiksaan

Pembantu Pendaftaran Gred KP17 yang belum disahkan dalam


perkhidmatan

5. Sukatan Peperiksaan (Termasuk masa dan Soalan)

5.1 BAHAGIAN II – UJIAN KEDERASAN MENAIP 18 P.S.M

Calon-calon adalah dikehendaki menaip dengan kederasan 18 P.S.M


daripada rencana yang diberi dengan tidak membuat kesalahan
melebihi 4%.

5.2.1 Soalan : Bentuk Rencana / Artikel

5.2.2 Masa : 10 Minit setiap sesi

5.2 BAHAGIAN III – HAL EHWAL PENDAFTARAN

5.2.1 Bahagian ini mengandungi 4 Seksyen iaitu Seksyen A, Seksyen B,


Seksyen C, dan Seksyen D

Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia | Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia


Seksyen A – Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat

Senarai Bahan Rujukan


 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian, 1957(Akta 299)(disemak 1983)
 Kaedah Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1954
 Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951 (Sabah Cap.123)
 Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951 (Sarawak Cap.10)
 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-Peruntukan
Khas)1975 (Akta 152) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya
 Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253) dan kaedah-kaedah di
bawahnya.
 The Adoption Ordinance Sarawak 1960
 The Adoption Central Registry Regulation 1960
 The Adoption Ordinance 1960 Sabah No.20/1960

Seksyen B – Kad Pengenalan

Senarai Bahan Rujukan


 Akta Pendaftaran Negara 1959 termasuk pindaan yang berkaitan
 Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 termasuk pindaan yang
berkaitan

Seksyen C – Kewarganegaraan

Senarai Bahan Rujukan


 Bahagian III Perlembagaan Persekutuan
 Aturan-aturan Kewarganegaraan 1964
 Kaedah-kaedah Kewarganegaraan termasuk pindaan yang berkaitan

Seksyen D – Perkahwinan dan Penceraian

Senarai Bahan Rujukan


 Akta membaharui undang-undang Perkahwinan dan Penceraian
1976(Akta 164)
 Kaedah-kaedah membaharui undang-undang(Perkahwinan dan
Penceraian) 1982
 Ordinan Perkahwinan 1952

5.3.2 Soalan : 60 Soalan Aneka Pilihan/Objektif

5.3.3 Masa : 1 Jam 30 Minit

5.3.4 Calon-calon dibenarkan merujuk kepada semua Akta, Ordinan serta


Peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah semasa peperiksaan.

Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia | Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia


6. Keputusan : Lulus / Kandas

7. Kekerapan : Dua (2) Kali Setahun

8. Pemeriksa akan ditetapkan oleh : Panel Subjek Jabatan


Jabatan Pendaftaran Negara
Malaysia

9. Bahasa(Soalan dan Jawapan) : Bahasa Malaysia

Urusetia Peperiksaan Jabatan


10. Permohonan Bahagian Khidmat Pengurusan
Dikemukakan kepada : dan Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftaran Negara
Malaysia

11. Pusat Peperiksaan Urusetia Peperiksaan,


ditetapkan oleh : Jabatan Pendaftaran Negara,
Malaysia

12. Tarikh akhir mengemukan : 1 bulan sebelum tarikh peperiksaan


permohonan

10

Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia | Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia


SUKATAN PEPERIKSAAN
PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN GRED KP27
JABATAN PENDAFTARAN NEGARA MALAYSIA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI

1. Tarikh Sukatan Peperiksaan : 15 April 1993


Diluluskan oleh JPA

2. Matlamat Sukatan

i. Subjek Jabatan diadakan supaya Undang-undang dan tugas yang


khusus bagi jawatan berkenaan dapat diperkenalkan kepada calon-
calon. Subjek Jabatan merupakan subjek yang mengandungi sukatan
yang terperinci mengenai bidang tugas pegawai dalam Jabatan
Pendaftaran Negara.

ii. Untuk menguji pengetahuan dan kemahiran seseorang pegawai


berdasarkan kepada pengalaman tugas-tugas harian.

3. Tujuan Peperiksaan

i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Penolong


Pegawai Pendaftaran Gred KP27 lantikan secara terus.

4. Pegawai Yang Layak Mengambil Peperiksaan

i. Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP27 yang belum disahkan


dalam perkhidmatan.

ii. Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP27 yang dilantik melalui


Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL).

5. Sukatan Peperiksaan (Termasuk masa dan Soalan)

5.1 BAHAGIAN III – HAL EHWAL PENDAFTARAN

5.1.1 Bahagian ini mengandungi 4 Seksyen iaitu Seksyen A, Seksyen B,


Seksyen C, dan Seksyen D

11

Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia | Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia


Seksyen A – Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat

Senarai Bahan Rujukan


 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian, 1957(Akta 299)(disemak 1983)
 Kaedah Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1954
 Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951 (Sabah Cap.123)
 Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951 (Sarawak Cap.10)
 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-Peruntukan
Khas)1975 (Akta 152) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya
 Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253) dan kaedah-kaedah di
bawahnya.
 The Adoption Ordinance Sarawak 1960
 The Adoption Central Registry Regulation 1960
 The Adoption Ordinance 1960 Sabah No.20/1960

Seksyen B – Kad Pengenalan

Senarai Bahan Rujukan


 Akta Pendaftaran Negara 1959 termasuk pindaan yang berkaitan
 Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 termasuk pindaan yang
berkaitan

Seksyen C – Kewarganegaraan

Senarai Bahan Rujukan


 Bahagian III Pelembagaan Persekutuan
 Aturan-aturan Kewarganegaraan 1964
 Kaedah-kaedah Kewarganegaraan termasuk pindaan yang berkaitan

Seksyen D – Perkahwinan dan Penceraian

Senarai Bahan Rujukan


 Akta membaharui undang-undang Perkahwinan dan Penceraian
1976(Akta 164)
 Kaedah-kaedah membaharui undang-undang(Perkahwinan dan
Penceraian) 1982
 Ordinan Perkahwinan 1952

5.3.2 Soalan : 8 Soala (Esei) – Jawab 5 soalan dari setiap


seksyen dan 1 soalan dari mana-mana
seksyen yang dipilih.

5.3.3 Masa : 2 Jam 30 Minit / 150 Minit

5.3.4 Calon-calon dibenarkan merujuk kepada semua Akta, Ordinan serta


Peraturan-peraturan dan Kaedah-kaedah semasa peperiksaan.

12

Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia | Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia


6. Keputusan : Lulus / Kandas

7. Kekerapan : Dua (2) Kali Setahun

8. Pemeriksa akan ditetapkan oleh : Panel Subjek Jabatan


Jabatan Pendaftaran Negara
Malaysia

9. Bahasa(Soalan dan Jawapan) : Bahasa Malaysia

Urusetia Peperiksaan Jabatan


10. Permohonan Bahagian Khidmat Pengurusan
Dikemukakan kepada : dan Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftaran Negara
Malaysia

11. Pusat Peperiksaan Urusetia Peperiksaan,


ditetapkan oleh : Jabatan Pendaftaran Negara,
Malaysia

12. Tarikh akhir mengemukan : 1 bulan sebelum tarikh peperiksaan


permohonan

13

Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia | Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia


SUKATAN PEPERIKSAAN KHAS KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN (KPSL)
SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN GRED KP27
JABATAN PENDAFTARAN NEGARA MALAYSIA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI

1. Tarikh Sukatan Peperiksaan : 15 April 1993


Diluluskan oleh JPA

2. Matlamat Sukatan

i. Untuk mengukur kesesuaian seseorang pegawai dari segi potensinya


untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi iaitu Skim Perkhidmatan
Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP27.

ii. Untuk menguji pengetahuan dan kemahiran seseorang pegawai


berdasarkan kepada pengalaman tugas-tugas harian.

3. Tujuan Peperiksaan

i. Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat kelayakan masuk


ke Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP27
melalui Peperiksaan Khas KPSL.

4. Pegawai Yang Layak Mengambil Peperiksaan

i. Pembantu Pendaftaran Gred KP17 yang telah disahkan dalam


perkhidmatan;

ii. Pembantu Pendaftaran Gred KP22 dan Gred KP26;

iii. Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

5. Sukatan Peperiksaan (Termasuk masa dan Soalan)

5.1 HAL EHWAL PENDAFTARAN (Akta, Undang-undang dan Peraturan)

5.1.1 Hal Ehwal Pendaftaran ini mengandungi 4 Seksyen iaitu Seksyen


A, Seksyen B, Seksyen C, dan Seksyen D

14

Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia | Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia


Seksyen A – Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat

Senarai Bahan Rujukan


 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian, 1957(Akta 299)(disemak 1983)
 Kaedah Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1954
 Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951 (Sabah Cap.123)
 Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951 (Sarawak Cap.10)
 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-Peruntukan
Khas)1975 (Akta 152) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya
 Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253) dan kaedah-kaedah di
bawahnya.
 The Adoption Ordinance Sarawak 1960
 The Adoption Central Registry Regulation 1960
 The Adoption Ordinance 1960 Sabah No.20/1960

Seksyen B – Kad Pengenalan

Senarai Bahan Rujukan


 Akta Pendaftaran Negara 1959 termasuk pindaan yang berkaitan
 Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 termasuk pindaan yang
berkaitan

Seksyen C – Kewarganegaraan

Senarai Bahan Rujukan


 Bahagian III Pelembagaan Persekutuan
 Aturan-aturan Kewarganegaraan 1964
 Kaedah-kaedah Kewarganegaraan termasuk pindaan yang berkaitan

Seksyen D – Perkahwinan dan Penceraian

Senarai Bahan Rujukan


 Akta membaharui undang-undang Perkahwinan dan Penceraian
1976(Akta 164)
 Kaedah-kaedah membaharui undang-undang(Perkahwinan dan
Penceraian) 1982
 Ordinan Perkahwinan 1952

5.3.2 Soalan : 8 Soalan (Esei) – Jawab 5 soalan

5.3.3 Masa : 3 Jam / 180 Minit

5.3.4 Calon-calon dibenarkan merujuk kepada semua Akta, Ordinan serta


Peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah semasa peperiksaan.

15

Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia | Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia


6. Keputusan : Lulus / Kandas

7. Kekerapan : Satu (1) Kali Setahun

8. Pemeriksa akan ditetapkan oleh : Panel Subjek


Jabatan Pendaftaran Negara
Malaysia

9. Bahasa(Soalan dan Jawapan) : Bahasa Malaysia

Urusetia Peperiksaan Jabatan


10. Permohonan Bahagian Khidmat Pengurusan
Dikemukakan kepada : dan Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftaran Negara
Malaysia

11. Pusat Peperiksaan Urusetia Peperiksaan,


ditetapkan oleh : Jabatan Pendaftaran Negara,
Malaysia

12. Tarikh akhir mengemukan : 1 bulan sebelum tarikh peperiksaan


permohonan

16

Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia | Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia

You might also like