You are on page 1of 2

NORHANNAN BINTI RAMLI

PISMP SEMESTER 1 PA/BI/BA (B)


REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Saya ingin memanjatkan kesyukuran saya kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana
tergarapnya penulisan refleksi ini, bermaksudnya saya telah berjaya menjalani satu
program wajib pengkursusan di Institut Pendidikan Guru iaitu Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) selama seminggu bermula pada 1 April 2013 hingga 5 April 2013.
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini merupakan satu komponen daripada
Amalan Profesionalisme bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya telah menjalani program ini di Sekolah
Kebangsaan St. Anne, Sarikei, Sarawak bersama-sama enam rakan-rakan lain yang
juga merupakan penuntut di IPGK Batu Lintang.

Saya memulakan pemerhatian pertama saya semasa berada di sekolah tersebut


menerusi perhimpunan rasmi iaitu pada hari Isnin tanggal 1 April 2013 pada jam
7.00pagi. Menerusi kekuatan pengawas sekolah tersebut, murid-murid dapat
menghadirkan diri secara awal ke perhimpunan dan beratur mengikut kelas masing-
masing . Kekuatan yang dapat dilihat di sini ialah pengawas menjalankan tugas masing-
masing dengan menjaga murid-murid di setiap barisan supaya menumpukan perhatian
terhadap perkara yang disampaikan semasa perhimpunan berlangsung. Walaupun ada
di antara mereka yang kurang memberi perhatian, namun sesuatu yang perlu dipuji
ialah mereka tidak membuat bising semasa guru memberi ucapan. Sebaliknya guru-
guru yang lain pula yang bercakap-cakap semasa perhimpunan. Guru-guru sepatutnya
menjadi contoh yang baik kepada murid-murid.
Selain itu, sepanjang berada di sana saya mendapati Sekolah Kebangsaan
Bakar Arang menerapkan budaya yang baik kepada murid-murid semasa waktu rehat.
Murid-murid diwajibkan membawa sekurang-kurangnya sebuah buku untuk dibaca
semasa rehat. Hal ini sekaligus memupuk minat membaca dalam diri setiap murid-
murid serta mengajar mereka menghargai masa yang diberi semasa rehat.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, guru-guru menyampaikan
pengajaran dengan baik. Guru-guru menggunakan kaedah mengajar yang bersesuaian
dengan tahap pemikiran murid. Pengajaran yang disampaikan berpusatkan murid dan
guru atau boleh dikatakan terdapat komunikasi dua hala di antara guru dan murid-
murid. Saya diberi peluang untuk melihat guru-guru mengajar dan juga diberi peluang
menggantikan guru yang tidak dapat hadir ke sekolah. Di situ, saya dapat merasakan
situasi sebenar yang akan saya tempuhi kelak.
Di samping itu, semua warga sekolah termasuklah pekerja-pekerja sekolah mempunyai
hubungan yang baik antara satu sama lain. Saya juga bersyukur kerana disambut baik
oleh mereka. Mereka rela hati membantu saya jika saya memerlukan pertolongan
semasa berada di sana. Murid-murid juga menghormati guru-guru mereka dengan
memberi salam apabila berjumpa dengan mereka termasuklah saya walaupun saya
baru di sana.
Boleh dikatakan saya seronok menjalani program PBS. Banyak pengalaman baru yang
diperoleh. Saya berharap pengalaman-pengalaman ini dapat membantu saya untuk
menghadapi dunia perguruan yang sebenar kelak.

You might also like