You are on page 1of 5

SOALAN 2

Terangkan dengan jelas berserta gambar rajah jenis-jenis jentera yang digunakan di tapak bina untuk
proses pemadatan tanah.

1. Penggelek Roda Licin


 Merupakan jentera penggelek yang paling lazim digunakan.
 Terdiri daripada penggelek 3 roda tandem 8000-10000 kg.
 Bergerak sendiri dengan enjin diesel dan mudah dipandu kerana mempunyai stereng untuk
mengawalnya.
 Mempunyai taburan berat yang dapat diubah dengan menambahkan pemberat kepada
penggelek.
 Penggelek ini sesuai digunakan untuk semua jenis tanah apabila tindakan penghancuran
diperlukan,tetapa ia ia tidak sesuai untuk tanah pasir berkelodak dan pasir yang berseragam.
2. Penggelek Bertayar Pneumatik
 Penggelek ini pada asalnya merupakan satu pelantar yang dipasang antara dua gandar.
 Gandar belakang biasanya mempunyai tuga tayar dan gandar hadapan dua tayar.
 Setengah model mempunyai lima tayar di belakang dan empat tayar di hadapan.
 Penggelek ini sesuai untuk kebanyakan tanah yang berzarah halus dan kasar tetapi tidak
sesuai untuk tanah yang bergred seragam.
3. Penggelek kaki kambing
 Penggelek ini terdiri daripada tong keluli geronggang berkaki banyak yang berbentuk
belantan yang tertonjol keluar daripada permukaannya.Kaki ini menghasilkan
tekanan yang tinggi di atas suatu kawasan yang kecil.
 Penggelek ini lebih sesuai digunakan untuk tanah yang berzarah halus,terutamanya
pada tanah yang mempunyai kandungan air yang kurang daripada kandungan air
yang optima.
4. PENGGELEK GRID

 Ia merupakan unit tertarik yang terdiri daripada pengguling yang diperbuat daripada batang
keluli yang bergaris pusat 38 mm pada jarak 130 mm dari pusat ke pusat dan memberikan ruang
segiempat sama 90 mm.
 Jisim penggelek biasanya dalam dalam lingkungan 5500 kg tetapi tidak boleh dinaikkan sehingga
11000 kg dengan menambahkan beban mati.Biasanya terdapat dua pengguling,tetapi
pengguling ketiga boleh ditambah untuk memberikan liputan yang lebih luas.
 Penggelek ini sesuai untuk semua jenis tanah,termasuk tanah liat basah dan kelodak.
5. Penggelek Bergetar
 Penggelek ini merupakan penggelek roda licin yang dipasang dengan penggetar.
 Penggelek jenis ini dugunakan untuk kebanyakan jenis tanah dan ia lebih berkesan sekiranya
kandungan air tanah melebihi had optima.
 Penggelek ini juga berkesan untuk tanah berzarah kasar yang mempunyai sedikt atau tiada
bahan_bahan halus.

You might also like