You are on page 1of 2

Contoh Minit Mesyuarat

PK 07/3

SMK LKTP KAHANG TIMUR, KLUANG


MINIT MESYUARAT KELAB BOLA BALING BIL 1 / 2012

Tarikh : 12 April 2012


Masa : 2.45 petang
Tempat : Bilik Pendidikan Khas SMK KT
Pengerusi : Muhammad Nur Akmal Bin Mahbob
Kehadiran(Bilangan) : 10/10 orang
Turut Hadir (Jika ada) : 1. Pn. Suria Binti Othman
2. En. Azman Bin Mazlan
3. Pn. Rosmawati Binti Abdullah
4. Pn. Siti Aminah Binti Nain
5. Pn. Norhafizah Binti Jemaan

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Ucapan salam keislaman kepada semua ahli mesyuarat dan
memulakannya dengan Al Fatihah
1.2 Pengerusi memaklumkan mesyuarat kali merupakan mesyuarat
pertama bagi tahun 2012 dan merupakan tahun pertama beliau
menjadi pengerusi. Harapan beliau agar semua jawatankuasa
dapat memberi kerjasama bagi meningkatkan kecemerlangan
Kelab Bola Baling.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dibentang oleh Muhammad Syahmi Faris Bin Mohd Ayob
Dicadang untuk disahkan oleh Nurul Shahda Binti Razali
Disokong untuk pengesahan oleh Nuridayu Sufatin Najwa

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada

4 PERBENTANGAN PERTANDINGAN BOLA BALING PEREMPUAN


4.1 PERLANTIKAN JAWATANKUASA PERTANDINGAN
Pengerusi memaklumkan Pertandingan Bola Baling akan diadakan pada
26 April 2012, hari Rabu jam 3.00 petang sempena Bulan Kelab Bola Baling.
Pengerusi menyenaraikan Jawatankuasa yang terlibat dan bidang tugas masing-masing.
Jawatankuasa pertandingan rujuk Lampiran A
Tindakan: Jawatankuasa Pertandingan

4.2 PERATURAN PERTANDINGAN


Pengerusi menerangkan peraturan pertandingan yang akan dijalankan dan
meminta persetujuan daripada ahli mesyuarat. Ahli mesyuarat sebulat suara
bersetuju untuk mengadakan pertandingan berdasarkan peraturan tersebut.
Peraturan pertandingan rujuk Lampiran B.
Tindakan: Jawatankuasa Pertandingan

5 HAL-HAL LAIN
5.1 Pn. Suria mengharapkan kerjasama daripada semua jawatankuasa agar
pertandingan ini dapat dijalankan dengan lancar. Segala pemasalahan sebelum,
semasa dan selepas pertandingan hendaklah dimaklumkan kepada semua guru
penasihat.
Tindakan: Jawatankuasa Pertandingan

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang
berikutnya.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.................................. ……............................................
( MUHAMMAD SYAHMI FARIS BIN MD AYOB) (MUHAMMAD AKMAL BIN MAHBOB)
Setiausaha Pengerusi
Tarikh : 14 April 2012

You might also like