You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

ISKANDAR SHAH, 77000 JASIN MELAKA.

PANITIA PENDIDIKAN MORAL


MINIT MESYUARAT KALI – 1 (2012)

Tarikh : 19 Januari 2012 (KHAMIS)

Tempat: Pusat Sumber SMKIS

Masa : 3.00 petang – 4.00 petang

Kehadiran : Pn. Suriyani bt Madyudin (Ketua Bidang Kemanusiaan)


Pn. Zunairah bt Mohd Noor (Ketua Panitia)
Pn. Lim Choon Fah (Setiausaha)
En. Theigarajah

1. Ucapan Pengerusi :
Pengerusi mengucapan terima kasih kepada semua guru kerana hadir mesyuarat panitia yang
kali pertama pada tahun ini dan mengucapkan selamat datang kepada GKMP kemanusiaan.

Tindakan : Pengerusi Mesyuarat

2. Mengesahkan Minit :
Minit dicadangkan oleh : En. Theigarajah
Disokong oleh : Pn. Lim Choon Fah

3. Bangkit Minit :

1. Guru-guru mempelbagaikan penggunaan ABM dalam P&P.Unit panitia


Pendidikan Moral ada menyediakan beberapa ABM seperti penggunaan kertas model
SPM dan penggunaan Power Point sebagai langkah untuk meningkatkan lagi
kefahaman pelajar dan kepelbagaian sumber dalam proses P&P .

Tindakan : Semua guru Pendidikan Moral

2. Aktiviti Pendidikan Moral diteruskan lagi dengan mempelbagaikan aktiviti pelajar


supaya dapat menarik minat pelajar untuk menyertainya.

4. Perancnagan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran :


1. Guru-guru Pendidikan Moral diingatkan bahawa semasa P&P, nilai-nilai moral
mengikut sukatan pelajaran perlu diberi penekanan dalam kalangan pelajar menengah
rendah supaya mereka dapat menguasai kata-kata kunci nilai moral dengan lebih baik
semasa berada di menengah atas.

2. Mengadakan latih tubi dan pengukuhan selepas setiap topik pengajaran.

3. Pelajar menengah rendah juga harus diberi pendedahan soalan struktur mengikut format
SPM.

4. Mengadakan ceramah motivasi.

5. Mengadakan ceramah teknik menjawab soalan Pendidikan Moral SPM.

6. Mengadakan Pertandingan Folio Pendidikan Moral untuk tingkatan 1,2, dan 4 dan
markah dimasukkan dalam Peperiksaan Akhir Tahun.

7. Mengadakan Pertandingan Kuiz untuk tingkatan 1,2 dan 4.

8. Mengadakan pertandingan mencipta barangan kreatif daripada sumber bahan terbuang


untuk tingkatan 1, 2 dan 4.

9. Pada tahun ini unit panitia pendidikan moral diminta untuk membuat projek dalam
program 3K . Sasaran kepada semua pelajar moral. Target seorang guru untuk satu projek.

10. AJK untuk Program 3K pendidikan moral dibahagikan mengikut kawasan masing-
masing. Guru-guru bolah merujuk Portal Panitia pendidikan Moral untuk makluman lanjut
mengenai program 3K ini.

Tindakan : Semua guru Pendidikan Moral

5. Hal-hal lain

1. Penggunaan buku tulis pelajar. Pelajar perlu menyediakan 2 buah buku tulis untuk
nota dan latihan.
Tindakan : Semua guru Pendidikan Moral

2. Guru-guru SPM diminta menggunakan buku kerja Pendidikan Moral dan power point
yang telah disediakan oleh Panitia.
Tindakan :Guru Pendidikan Moral SPM

3. Guru-guru boleh menjalankan P&P di luar bilik darjah sebulan dua kali bagi
proses pengaplikasian nilai moral dalam kehidupan seharian. P&P yang boleh
dijalankan diluar bilik darjah seperti menanam pokok, mengecat, melukis mural dan
apa sahaja pengaplikasian nilai moral dalam kehidupan seharian.
Tindakan :Guru Pendidikan Moral SPM

4. Kelas pengajaran Pendidikan Moral pada tahun 2012 diagih seperti berikut:
Tingkatan 1 : Pn. Lim Choon Fah
Tingkatan 2 : Pn. Lim Choon Fah dan En Theigrajah
Tingkatan 3: Pn Zunairah Mohd Noor
Tingkatan 4 : Pn Lim Choon Fah dan En Theigarajah
Tingkatan 5 : Pn Lim Choon Fah dan En Theigarajah

5. Sukatan pelajaran pendidikan moral mesti dihabiskan pada waktu yang telah
ditetapkan iaitu bagi kelas peperiksaan Tingkatan 5 pada bulan September dan
pelajar 1,2, dan 4 pada awal bulan Oktober.

6. Pengubal soalan peperiksaan seperti yang dicadangkan :

Tingkatan UP1 ½ Tahun Ogos Akhir Tahun


T-1 Hanesah Lim Choon Zunairah Lim Choon Fah
Fah
T-2 Lim Choon Theigarajah Lim Choon Theigarajah
Fah Fah
T-3 Zunairah Zunairah Zunairah Zunairah
T-4 Lim Choon Theigarajah Lim Choon Theigarajah
Fah Fah
T-5 Theigarajah Lim Choon Theigarajah Lim Choon Fah
Fah

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Diseediakan oleh :

………………………………….
(Pn. Zunairah bt Mohd Noor)
Ketua Panitia Pendidikan Moral

You might also like