You are on page 1of 2

Kepada:

Puan Lilis Suriyani,


Ketua Bengkel Pelancongan dan Hospitaliti,
Kolej Vokasional Sandakan.

Puan,

MEMOHON PINJAMAN PERALATAN BENGKEL PELANCONGAN UNTUK


PROGRAM “OUT SMART, OUT LAUGH, OUT FUN TEAM BUILDING”.

Dengan segala hormatnya,

02. Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar 2 DVM HPL 1 akan menganjurkan


program “Out Smart, Out Laugh, Out Fun Team Building” pada ketetapan berikut:

HARI JUMAAT
TARIKH 11 OGOS 2017
WAKTU 1.30 petang – 5.00 petang

03. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon pinjaman peralatan
daripada bengkel pelancongan untuk kegunaan program tersebut. Segala sokongan
dan bantuan daripada pihak puan adalah amat diharapkan dan dihargai. Saya amat
berharap permohonan untuk meminjam peralatan daripada bengkel pelancongan
untuk program ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh pihak puan.
Senarai peralatan yang hendak dipinjam tertera di lampiran A.

Sekian terima kasih.

Yang Benar,

………………………….
(MOHD NURNABIL BIN RAHAMAN)
AJK Peralatan,
Program “Out Smart, Out Laugh, Out Fun Team Building”.
Kolej Vokasional Sandakan.
LAMPIRAN A

BERIKUT SENARAI PERALATAN YANG DIPERLUKAN :

BIL PERALATAN KUANTITI


1 Scoreboard 1
2 Papan notis biru 1
3 Peti Kecemasan 1
4 Sudu besar 1
5 Water dispanser 1
6 Gelas plastik 10
7 Kontena 1
8 Ice box 1
9 Tali Segulung

You might also like