You are on page 1of 3

1.

1 Penghantaran folio Rancangan Mengajar


Pengetua menegaskan mana-mana pegawai yang tidak menghantar folio sebanyak 3
kali akan mendapat markah 79 % dan ke bawah untuk markah PBPPP.
Cuti Sakit
Kekerapan seseorang guru mengambil cuti sakit juga turut mempengaruhi markah
PBPPP. Pengambilan cuti sakit selama 12-15 hari itu dianggap serius kerana ianya
akan menjejaskan prestasi markah PBPPP. Pengetua juga mengingatkan guru agar
perlu menjaga kesihatan terutama di musim perayaan.
Buku Rekod Penggunaan Bahan Mengajar.
Setiap Panitia diminta untuk mewujudkan Buku Rekod Penggunaan Bahan
Mengajar. Ketua Panitia diminta untuk mewujudkan borang tersebut berkaitan
penggunaan bahan oleh guru. Ini bertujuan untuk merekodkan tentang penggunaan
bahan-bahan yang digunakan . Pengetua meminta agar ianya perlu diwujudkan dan
perlu diisi lengkap oleh guru yang berkenaan.
Sit In.
Pengetua menegaskan bahawa “ sit in” perlulah dilaksanakan seperti yang telah
dijadualkan. Mana-mana guru yang menghadapi masalah untuk “sit in” sila bincang
dengan cikgu yang menyediakan sit in tersebut dengan cara professional dengan
berbincang dengan guru yang menyediakan sit in tersebut.

Penolong Kanan Pentadbiran.


Mana-mana guru tingkatan atau penolong guru tingkatan yang tidak dapat bertugas
terutamanya pada hari Rabu diminta untuk memaklumkan ketidakhadiran mereka
kepada pihak sekolah. Ini bertujuan agar “sit in” dapat dibuat seandainya pada minggu
tersebut perhimpunan sekolah tidak diadakan.
Program DTP dan YAPIM
 DTP - program yang melibatkan guru.
 Yapim ( Yayasan Pendidikan Islam Malaysia ) program yang melibatkan
pelajar..
PPD daerah Bau telah menerima peruntukkan daripada PADU untuk melaksanakan
program tersebut. Ianya melibatkan 7 subjek iaitu BM, MATEMATIK
TAMBAHAN, BI, SEJ, MATEMATIK DAN PENDIDIKAN MORAL. Ianya
melibatkan subjek yang memerlukan ramai tenaga guru.
Jadual perlaksanaan :

SUBJEK TARIKH TEMPAT


BM SMK LAKE
MATE TAMBAHAN 19 - 20 SEPT SMK PAKU
SAINS SMK BAU
BI SMK PAKU
SEJARAH 21-22 SEPT SMK LAKE
MATE SMK BAU
PM 27-28 SEPT SMK PAKU

 Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian memandangkan 22


September merupakan Cuti Umum.
Program YAPIM melibatkan dua subjek iaitu :

SUBJEK KELAS TERLIBAT


BM T5C,5D,5E,5F
SEJARAH T5B,5C,5D,5E

 Pelajar yang dipilih berdasarkan AR1 DAN AR2 yang ditentukan oleh pihak
PPD Bau melalui SAPS.
PENOLONG KANAN KO KURIKULUM
PK KK memaklumkan satu sesi taklimat berkaitan pengisian borang PAJSK akan
diadakan bersama dengan guru tingkatan. Ini untuk memudahkan guru memaklumkan
kepada pelajar berkaitan pengisian borang tersebut.
PENGETUA
1. EMEL RASMI 1 Bestari ( Official Goverment Email ) telah diwujudkan . Yuran
bulanan sebanyak RM14 akan dibiayai oleh MAMPU. Tiada guru yang berminat
untuk mendaftarkan diri.

2. Program 1 Malaysia.
Pelajar hanya dibenarkan balik selepas 9.45 pagi. Guru-guru selepas 1130 pagi. Guru
– guru digalakkan untuk menggunakan pakaian tradisional masing-masing.
3. Aturcara Pecah Tanah Bangunan Pejabat Daerah Bau, Ulang Tahun ke 60
Majlis Daerah Bau serta Pesta Tasik Biru.
Sehubungan dengan itu pada 23 Jun bersamaan dengan Majlis Pecah Tanah tapak
Pejabat daerah Bau maka semua warga pendidik di daerah Bau digalakkan untuk.turut
serta dalam upacara tersebut sebagai tanda sokongan . Mana-mana guru yang tidak
dapat hadir diminta datang berjumpa dengan Pengetua untuk pengecualian.
Pengetua juga turut memaklumkan kehadiran para guru SMK Lake adalah sebagai
sokongan atas peruntukkan daripada kerajaan negeri sebanyak 1 juta untuk membiayai
pembinaan Dewan Serbaguna SMK Lake. Dewan tersebut dijangka siap sepenuhnya
menjelang September 2018.

4. Mesyuarat Staf ( 1/2018 ) akan diadakan pada 29 Disember 2017. 30 Disember


2017 tarikh pendaftaran pelajar.

5. Sijil Berhenti dan Testimonial.


Guru dan Penolong guru tingkatan perlu menyemak maklumat yang terdapat pada
borang tersebut. Maklumat seperti nama , nombor kad pengenalan perlulah betul dan
tepat untuk mengelakkan cetakan sijil berulang kali. Pastikan pelajar mengembalikan
borang tersebut tepat pada masanya supaya sijil tersebut dapat disediakan dalam bulan
Disember 2017.

You might also like