You are on page 1of 7

Bermain & Belajar (6 - 12 bulan)

Pada tahun pertama kelahiran, adalah penting untuk mereka meneroka persekitaran mereka dan
belajar. Pada usia 6 – 12 bulan, bayi sudah mula bergerak, mengensot, merangkak dan mula untuk
belajar berjalan.

Pergerakan mereka sudah mula aktif dan memerlukan ruang yang lebih luas dan selamat. Berikut
adalah beberapa idea mengenai mainan yang sesuai bagi mereka:

UMUR KEMAHIRAN BERMAIN CONTOH MAINAN


6 – 12  Bayi suka melakukan  Permainan yang boleh dilakukan berulang-
Bulan perbuatan secara berulang- ulang seperti busy box bayi, rattle, alat muzik
ulang. Pengulangan akan (drum, xylophone), bola kecil dan bakul,
membantu bayi untuk permainan pop-up yang ringkas.
belajar kemahiran yang o Biarkan bayi meneroka dan cuba untuk mencari
baru. Mereka boleh belajar cara untuk bermain permainan tersebut. Beri
memahami cause and effect bantuan yang sepatutnya untuk membantu bayi
belajar.

 Dalam usia ini bayi sudah  Cube blocks, puzzle with knob, mainan yag
boleh diajar untuk boleh ditarik seperti string toys, board books
menggunakan pincer o Lihat samaada bayi dapat mengambil objek di
(memegang dengan atas lantai dengan menggunakan pincer. Baca
menggunakan ibu jari dan buku bersama-sama dan latih bayi untuk
jari telunjuk) merasa dan menyelak halaman buku.
 Bayi belajar untuk  Shape sorter (ringkas), ring stack, pop-up toys
menyelesaikan masalah dan o Tunjukkan kepada bayi bagaimana untuk
mencari cara untuk bermain dengan mainan yang diberi.
melakukan sesuatu dengan Kemudian perhatikan bayi melakukan sendiri
cara yang betul. aktiviti tersebut. Beri bantuan sekiranya perlu.

 Bayi sudah mula bergerak  Mainan yang boleh ditolak / di Tarik seperti
aktif seperti merangkak dan chunky car/truck
memanjat. Mereka cuba o Sediakan persekitaran yang selamat untuk bayi
untuk meneroka sekeliling bermain dan bergerak bebas
dengan menggunaka o Letakkan mainan di atas meja yang rendah dan
pergerakan fizikal yang aktif galakkan bayi untuk berdiri dan mengambilnya
sendiri. Pergerakan-pergerakan ini boleh
meningkatkan keseimbangan badan bayi untuk
belajar berjalan
 Bayi juga suka dan gembira  Finger puppet, nursery rhymes, books
apabila mendengar muzik o Menyanyi dan gayakan aksi bersama-sama
dan lagu. Mereka juga sudaho Berbual dan bercerita mengenai gambar di
mula berinteraksi dengan dalam buku (gunakan gambar/objek yang biasa
menggunakan bunyi-bunyi yang ada disekeliling bayi untuk memudahkan
yang pelbagai dengan bayi lebih memahami dan mengatkannya
intonasi yang berbeza. secara terus)

Sentiasa luangkan masa untuk bermain bersama dengan anak-anak. Selain mereka belajar, bermain
juga boleh mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak. Setiap respon yang kita berikan pada
mereka adalah respon yang akan mereka berikan kepada kita nanti.
Bermain & Belajar (12 - 24 bulan)
Semakin meningkat usia kanak-kanak, semakin kompleks perkembangan bermain mereka. Mereka
akan berimaginasi dan mencuba setiap barangan dan peralatan dan dijadikan mainan. Mereka juga
semakin kreatif dan tidak takut untuk mencuba perkara baru. Ada kalanya periuk belanga ibu pun
dibuat mainan. Persekitaran yang membenarkan mereka bergerak, bermain dan berimaginasi akan
membolehkan mereka perkembang dengan lebih pesat.

Berikut adalah beberapa fungsi dan contoh permainan dan aktiviti yang boleh dilakukan

UMUR KEMAHIRAN BERMAIN CONTOH MAINAN


 Kanak-kanak mempelajari  Pop beads, lego, puzzle mudah, shape sorter, nesting
bagaimana untuk menggunakan cups/rings, sudu dan cawan, blocks and bakul
objek dan mengaitkan satu objeko Berikan mainan pada anak dan lihat cara mereka cuba
dengan objek lain menggunakan mainan tersebut
o Tunjuk cara yang betul untuk bermain dengan mainan
tersebut dan tambah aksi lain yang boleh dilakukan
dengan mainan tersebut. Cth, menyusun blok mengikut
warna yang sama, memasukkan sudu ke dalam cawan
dan mengacau.

12 – 24
bulan
 Pada usia ini, kanak-kanak sudah  Alat muzik mainan, aktiviti mewarna, kereta / keretapi
suka untuk bermain bersama (diberi pada setiap orang).
kanak-kanak yang lain. Mereka o Berikan alatan kepada setiap kanak-kanak seperti, berus
sudah mula bersosial dan / pensil warna an biarkan mereka melakukan aktiviti
berkawan bersama-sama. Ini menggalakkan kemahiran social dan
berkongsi pada kanak-kanak tanpa tekanan.
o Bantu anak untuk menggunakan bahasa yang sesuai ketika
bermain, seperti, ‘giliran saya, saya pula, terima kasih’
dsbgnya.

 Kanak-kanak mula membentuk  Telefon mainan, anak patung, patung haiwan, puppets,
berkomunikasi menggunakan cermin
perkataan dan gesture dan o Gunakan telefon untuk bercakap dengan ada / orang lain.
ekspresi muka. Kanak-kanak o Bercakap dan bercerita bersama dengan menggunakan
bermula dengan menggunakan anak patung
satu perkataan dan bilangan o Minta anak melakukan arahan 1-langkah (ambil bola,
perkataan akan terus ambil kasut). Apabila usia meningkat kepada 2 tahun,
berkembang. Mereka sudah boleh gunakan pula arahan 2-langkah (ambil bola beri pada
memahami hampir setiap apa abang) dan sebagainya.
yang dikatakan kepadanya.
 Kanak-kanak sudah mula  Bola dengan pelbagai saiz
bergerak aktif pada usia ini.  Mainan yang boleh ditarik dan ditolak
Mereka belajar untuk berjalan,  Terowong mainan (boleh dibuat sendiri di rumah)
memanjat, berlari dan  Perabot untuk kanak-kanak cth: meja dan kerusi
melompat. Mereka memerlukan
waktu bermain yang aktif untuk o Sediakan persekitaran yang membolehkan anak melakukan
kemahiran keseimbangan badan semua pergerakan seperti merangkak (bawah meja),
dan koordinasi. Kanak-kanak juga memanjat (kerusi), melompat (cushion).
masih belum memahami o Golekkan bola dan biarkan anak anda mengejar dan
peraturan dan akan meneroka mengambil bola tersebut atau melontar bola kepada satu
mengikut cara mereka sendiri sama lain. Permainan seperti ini boleh menggalakkan
kemahiran social dan mengambil giliran.
Biarkan dan galakkan kanak-kanak bermain kerana dengan bermainlah mereka belajar banyak
perkara baru. Mereka masih belum pandai membaca untuk mencari ilmu, mereka masih belum
faham arahan yang panjang untuk diikut, mereka juga tidak faham tentang peraturan yang perlu
diikuti, jadi bermainlah salah satu cara untuk mereka memahami dan mempelajari dunia ini tanpa
sebarang tekanan.

*Sertai kelas “Memilih Permainan dan aktiviti untuk perkembangan anak” untuk mendapatkan
lebih maklumat mengenai bermain dan belajar.

You might also like