You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

BIL 2/2017
SK LUBOK BEDIL

TARIKH : 9 OKTOBER 2017


MASA : 3.30 pm
TEMPAT : Pusat Sumber Sekolah

KEHADIRAN:
1. En. Michael Kulin ak Aloh (Guru Besar)
2. En. Stanley Matthew (PK Pentadbiran)
3. Pn. Rebia ak Kampit (Ketua Panitia PJPK)
4. En. Mohd. Noor Faizal (Guru Panitia PJPK)

AGENDA:
1. Ucapan Alu-aluan
2. Rancangan Pengajaran Tahunan
3. Aktiviti Tahunan Panitia
4. Ujian dan Pentaksiran Mata Pelajaran
5. Hal-hal lain

BUTIRAN PERBINCANGAN:
1. Kata-kata Aluan
1.1 Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mengalu-alukan
kedatangan Guru Besar dan PK Pentadbiran dalam mesyuarat
Panitia.

1.2 Mesyuarat Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah diadakan


bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan
perlaksanaan aktiviti tahunan PJPK 2017.
Tindakan: Makluman
2. Rancangan Pengajaran Tahunan (PJPK 2017)
2.1 Guru Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menyediakan
RPT untuk Tahun 1 hingga Tahun 6.
2.2 Guru-guru Panitia telah membuat persediaan mengajar daripada
minggu pertama bermulanya sekolah pada awal tahun ini.

Tindakan: Makluman

3. Aktiviti Tahunan
3.1 Guru Panitia telah merangka beberapa aktiviti tahunan untuk mata
pelajaran PJPK.

3.2 Guru Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah merancang


pelan tindakan Panitia PJPK.

Tindakan: Makluman

4. Ujian dan Pentaksiran Mata Pelajaran


4.1 Guru Panitia telah menyatakan bahawa ujian dan pentaksiran bagi
mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan
dilaksanakan sebanyak dua kali setahun sahaja kerana ia
merupakan mata pelajaran elektif.

Tindakan: Makluman

5. Hal-hal Lain
5.1 Belanjawan yang akan diperoleh setiap Panitia akan diagihkan. Guru
Panitia telah membincangkan tentang pembelian alat-alat atau
barang-barang yang sesuai dan berkaitan dengan panitia PJPK.

5.2 Format penyediaan rancangan pengajaran harian akan diselaraskan


mengikut kesesuaian dan keperluan panitia masing-masing.

Tindakan: Makluman
6. Penutup
6.1 Guru Panitia berharap agar perancangan aktiviti yang telah dibuat
dapat dilaksanakan dengan baik pada tahun ini.

6.2 Guru Besar berharap agar guru-guru dapat berusaha secara


berterusan dalam membimbing dan mendidik murid-murid di sekolah
ini supaya pencapaian murid semakin meningkat.

Tindakan: Makluman

Disediakan oleh: Disemak oleh:

____________________ _______________________
( TING FANG KAI ) ( STANLEY MATTHEW )
Guru Panitia PJPK Penolong Kanan Pentadbiran
SK Lubok Bedil SK Lubok Bedil

You might also like