You are on page 1of 3

KERTAS KERJA CADANGAN

LARIAN JOGATHAN & KAMI SIHAT


SMK BALABANJAYA
TAHUN 2017

1.0 TAJUK
Larian Jogathon & Kami Sihat SMK Balaban Jaya 2017

2.0 PENDAHULUAN
Antara hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan murid-murid yang bukan sahaja
berilmu tetapi juga berakhlak mulia dan mempunyai semangat ukhuwah yang tinggi serta memiliki badan yang
sihat dan cergas. Ini adalah demi melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, jasmani,
rohani, emosi dan sosial.
Dalam menuju ke arah merealisasikan hasrat ini, Unit Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan SMK
BalabanJaya akan mengadakan
Larian Jogaton dan Kami Sihat. Di samping dapat menghasilkan murid yang sihat dan aktif, aktiviti ini juga boleh
menjadi satu platform untuk mengeratkan ukhuwah sesama murid, guru dan warga sekolah.
Semoga Larian Jogathon dan Karnival Sukan Rakyat ini akan dapat memberikan peluang kepada murid-murid
untuk bersukan di samping dapat mengeratkan ukhuwah bersama guru-guru dan warga sekolah untuk
kesejahteraan bersama.

3.0 OBJEKTIF
1) Mengeratkan ukhuwah antara murid, guru dan PIBG
2) Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat dalam sukan..
3) Membina semangat kerjasama dalam kalangan murid dan guru.
4) Membentuk murid-murid yang sihat dan cergas.
5) Mencungkil bakat yang boleh diketengahkan dalam sukan Jogathon.

4.0 MATLAMAT
1) Menyihatkan tubuh badan melalui aktiviti sukan.
2) Mampu mengeratkan ukhuwah sesama warga sekolah.
3) Mencari dan mengasah bakat – bakat baru dalam sukan Jogathon untuk sekolah, daerah dan bahagian
pada masa akan datang.

5.0 PENGANJUR
Unit Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan SMK Balaban Jaya

6.0 BUTIR – BUTIR AKTIVITI


NAMA AKTIVITI : Larian Jogathon & Kami Sihat SMK Balaban Jaya 2017
TARIKH : 27 April 2017
TEMPOH : 1 hari
HARI : Khamis
MASA : 7.30 Pagi – 12.00 Tengah hari
TEMPAT : Kampung Balaban & SMKBalaban Jaya

7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA


Sila rujuk lampiran 1
8.0 PESERTA AKTIVITI
i. Murid – murid SMK BALABAN JAYA (Larian Jogathon)

9.0 LALUAN LARIAN JOGATHON & KAMI SIHAT


Sila rujuk lampiran 2

10.0 DIF PERASMIAN


1) Encik AwangTaing ( YDP PIBG )
2) Puan Myrene Gidung ( Pengetua )

11.0 SYARAT – SYARAT LARIAN JOGATHON & KAMI SIHAT


Sila rujuk lampiran 3a & 3b

12.0 TENTATIF PROGRAM


Sila rujuk lampiran 4

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Sila rujuk lampiran 5

14.0 KAD KUTIPAN DERMA JOGATHON


i. Kad Jogathon akan diedarkan kepada guru-guru kelas untuk dibahagikan kepada ibu bapa/pelajar melalui
pelajar.
ii. Kutipan terbanyak akan mendapat hadiah istimewa.
iii. Kad kutipan beserta wang hendaklah dikembalikan kepada Penyelaras Program pada atau sebelum 26 April
2017.
iv. Kad yang hilang atau gagal dikembalikan akan dikenakan denda sebanyak RM 50.00

15.0 CABUTAN BERTUAH


Tiket cabutan bertuah akan dijual dengan harga RM 1.00 setiap satu. Sebanyak 5 hamper disediakan sebagai
hadiah cabutan bertuah.

16.0 KATEGORI LARIAN JOGATHON & KAMI SIHAT


Sila rujuk lampiran 6

17.0 HADIAH LARIAN JOGATHON & KAMI SIHAT


Sila rujuk lampiran 7

18.0 BORANG PENYERTAAN


Sila rujuk lampiran 8

19.0 PENUTUP
Pertandingan ini diharap dapat dijalankan berlandaskan matlamat jangka masa panjang penganjur. Selain itu
untuk merealisasikan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan di dalam usaha melahirkan individu yang cemerlang
di dalam aspek jasmani, rohani, mental, emosi dan sosialnya. Melalui aktiviti ini juga diharap objektif penganjur
untuk merapatkan jurang integrasi antara guru dan murid juga akan tercapai di samping menjadi pendorong
kepada minat murid terhadap sukan.

Disediakan oleh, Disemak dan Disahkan Oleh,

______________________ __________________
( AIDA LEENA BINTI MD ZAIN) ( HANISAH OBING)
KETUA PANITIA PENOLONG KANAN
PEND. SIVIK & KEWARGANEGARAAN SMK BALABAN JAYA
LARIAN JOGATHON DAN
SMK BALABAN JAYA

You might also like