You are on page 1of 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:SK Banting Sipitang Kod Sekolah: XBA6201

1. Nama Guru MOHD. ALLIFIZREE BIN MOHAMMAD


Hubungan sikap dan persepsi
murid terhadap pembelajaran
2. Judul 3. Bidang: Bahasa Melayu
bahasa Melayu dengan kemahiran
abad ke 21.
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -
-
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini mengupas tentang hubungan sikap dan persepsi murid terhadap pembelajaran Bahasa
Melayu dengan kemahiran-kemahiran abad ke-21. Domain kemahiran abad ke-21 yang dikaji
terdiri daripada lima komponen utama iaitu kemahiran literasi era digital, kemahiran pemikiran
inventif, kemahiran komunikasi berkesan dan penghasilan produktiviti tinggi serta norma dan nilai
kerohanian. Soal selidik digunakan sebagai alat kajian bagi mengutip data. Seramai 280 orang
murid Tahun 4 di daerah Segamat, Johor telah dipilih sebagai responden kajian. hasil daripada
dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap murid, dan tahap kemahiran abad ke-21 adalah tinggi
dan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kemahiran tersebut berdasarkan lokasi sekolah. Hal
ini menunjukkan bahawa kemahiran abad ke-21 perlu banyak diaplikasikan dalam sesi
pengajaran guru agar murid-murid lebih berdaya saing dalam mempelajari Bahasa Melayu.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Penggunaan beberapa instrumen bertujuan untuk mendapatkan data murid seperti


penggunaan borang soal selidik.

2. Dapatan kajian diperoleh dengan menggunakan aplikasi SPSS untuk mendapatkan data yang
sahih dan tepat. Data ini dapat dijadikan sebagai sokongan terhadap inferens yang ditetapkan
oleh penulis/pengkaji.

3. Hasil daripada dapatan juga dapat memberi kesimpulan terhadap sekolah-sekolah yang
mengamalkan pembelajaran abad ke 21.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Guru-guru dapat mengetahui cabaran-cabaran yang perlu ditangani dalam melaksanakan


pembelajaran abad ke 21 pada sesi pengajaran dan pembelajaran.

2. Guru-guru juga dapat mengamalkan pembelajaran abad ke 21 dalam sesi pengajaran


bertujuan untuk menarik minat murid untuk belajar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(MOHD ALLIFIZREE BIN MOHAMMAD) ( )

You might also like