You are on page 1of 3

JENIS JENIS PENCEMARAN

Pencemaran Sungai
Antara pencemaran alam sekitar yang selalu terjadi ialah pencemaran air sungai. Pencemaran
air sungai berlaku disebabkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab membuangan bahan-
bahan yang kotor ke dalam sungai seperti sisa toksik dari kilang dan sampah sarap yang
dibuang oleh orang ramai ke dalam sungai. Sesungguhnya, air sungai yang kotor ini boleh
menjejaskan kesihatan masyarakat jika ia digunakan sebagai keperluan harian seperti air
minuman dan untuk mandi.

PencemarannAirnLaut
Selain itu, berlaku juga pencemaran air laut yang boleh mendatangkan pelbagai masalah kepada
manusia. Malah bukan manusia sahaja yang terganggu dengan masalah ini tetapi haiwan juga.
Pencemaran air laut ini telah menyebabkan hidupan laut seperti ikan, sotong dan udang mati.
Pencemaran air laut ini berlaku kerana pembuangan sisa toksik dan pembuangan minyak hitam
segelintir manusia. Sering juga kita degar pencemaran air laut juga boleh berlaku disebabkan
tumpahan minyak akibat kebocoran kapal tangki minyak.

PencemarannUdara
Pencemaran udara juga merupakan satu lagi jenis pencemaran alam sekitar. Pencemaran udara
berlaku apabila asap dikeluarkan oleh kenderaa seperti motosikal, kereta dan lori. Pencemaran
udara juga boleh terjadi akibat aktiviti pembakaran hutan untuk tujuan pertanian. Pencemaran
udara ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan sepertinsesaknnafas.

PencemarannDaratan
Di samping itu, berlaku juga pencemaran daratan yang boleh memberikan kesan buruk kepada
alam sekitar. Pencemaran daratan ini berlaku akibat perbuatan segelintir manusia melakukan
aktiviti pembalakan di hutan tanpa perancangan rapi. Pencemaran daratan juga berlaku apabila
ada pihak yang rakus untuk meratakan tanah di kawasan tanah tinggi untuk membina bangunan
atau lebuh raya tanpa membuat perancangan rapi. Akibatnya berlaku masalah banjir lumpur
sehingga menyebabkan air sungai menjadi kotor serta busuk.

Pencemaran Bunyi
Satu lagi jenis pencemaran alam sekitar adalah pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi berlaku
kerana sesetengah kenderaan mengeluarkan bunyi kuat yang boleh mengganggu
ketenteraman awam. Antara kenderaan yang mengeluarkan bunyi yang kuat ialah kapal
terbang, motosikal dan lori. Kesan negatif pencemaran bunyi ini akan menyebabkan
gegendang telinga kita menjadi rosak seterunya mengakibatkan masalah pendengaran kepada
kita.
MENDATANGKAN BANYAK PENYAKIT

Pencemaran alam sekitar yang berlaku boleh mendatangkan banyak penyakit kepada manusia. Hal ini
kerana alam sekitar yang kotor akan menyebabkan pelbagai jenis serangga yang membawa
penyakit seperti nyamuk aedes dapat membiak dengan lebih banyak. Umum mengetahui bahawa
gigitan nyamuk aedes ini boleh menyebabkan penyakit demam denggi. Manakala, udara yang tercemar
pula akan menyebabkan masalah pernafasan seperti penyakit asma.

BOLEH MENYEBABKAN BENCANA ALAM

Selain itu, pencemaran alam sekitar juga akan menyebabkan bencana alam. Sebagal contoh,
pencemaran daratan boleh menyebabkan banjir lumpur apabila hujan turun dengan lebat. Bencana
alam seperti tanah runtuh boleh berlaku apabila kawasan tanah tinggi telah digondolkan untuk
membina kawasan perumahan atau kawasan perindustrian. Selain itu, kejadian banjir kilat juga
berpunca daripada kegiatan pembuangan sampah ke dalam sungai hingga menyebabkan pengaliran air
sungai ke laut terhalang oleh sampah sarap tersebut.

MENYEBABKAN KESEIMBANGAN ALAM SEKITAR TERJEJAS

Pencemaran alam sekitar juga boleh menyebabkan keseimbangan alam sekitar terjejas. Apabila banyak
hutan ditebang, kandungan gas oksigen akan berkurangan manakala kandungan karbon dioksida pula
meningkat. Pencemaran udara juga akan menyebabkan berlakunya hujan asid. Selain itu menurut
kajian, cuaca dunia yang tidak menentu adalah disebabkan oleh kadar pencemaran alam yang semakin
bertambah.

MENJEJASKAN SEKTOR PERTANIAN NEGARA

Di samping itu, pencemaran alam sekitar telah menjejaskan sektor pertanian negara. Hasil pertanian
didapati semakin menurun dan kualitinya pula menjadi kurang baik. Petani terpaksa menggunakan baja
yang banyak untuk meningkatkan hasil dan hal ini boleh menjejaskan kesihatan manusia. Pembiakan
hidupan laut seperti ikan dan udang juga semakin berkurangan akibat pencemaran air sungai dan laut.

SEKTOR PERLANCONGAN TERGANGGU

Pencemaran alam sekitar yang berlaku juga boleh menyebabkan sektor pelancongan negara terganggu.
Hal ini kerana banyak tempat menarik telah tercemar dengan sampah sarap. Pantai-pantai yang cantik
juga telah tercemar dengan minyak hitam daripada kapal¬kapal laut. Oleh itu, para pelancong tidak
mahu datang ke kawasan pelancongan ini dan kerajaan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk
membersihkan tempat-tempat pelancongan ini.
CARA MENGHARGAI ALAM SEKITAR

# Elakkan pembersihan tanah kerana ini mengakitbatkan hakisan tanah yang boleh
mencemarkan sungai dan lautan.

# Tanamlah pokok kerana ini boleh mengurangkan kesan rumah hijau dan
menggantikan karbon dalam udara dengan oksigen.

# Kurangkan penggunaan detergen kerana bahan ini mengandungi fosfat yang boleh
mengakitbatkan terlalu banyak nutrien terhasil. Kesannya pertumbuhan alga
berlebihan akan mengganggu ekosistem semulajadi dan membunuh tumbuh-
tumbuhan dan binatang. Jika perlu, gunakan detergen yang mengandungi kurang
atau tiada fosfat.

# Gunakan mesin basuh isian hadapan kerana jenis ini menggunakan kurang air dan
hanya mulakan basuhan apabila isian penuh.

# Buang sampah dalam tong yang disediakan. Walaupun sampah itu dibuang di
sebarang jalan di Kuala Lumpur, kemungkinan akan sampai ke dalam lautan dan
membunuh hidupan marin.

# Pastikan ikan sardin atau tuna yang anda beli ditangkap menggunakan jaring yang
tidak membahayakan ikan lumba-lumba (biasanya ini tercatat pada tin).

# Elakkan dari membuang minyak masak atau minyak jenis lain ke dalam sinki.
Simpan minyak ini dalam bekas dan kitar semula.

You might also like