You are on page 1of 12

1. Who is God?

Ulasan:

Al Ikhlas bermaksud

memurnikan keesaan Allah. Ia merupakan surah ke

112 yang mengandungi 4 pecahan ayat. Ulama tafsir berbeza-beza

pandangan dalam prospek kenyataan sama ada ia bersifat madaniyah


mahupun makiyyah.

Dr Zakir Naik iaitu seorang ulama India, penulis dan da’í ahli

perbandingan agama yang kerap menyampaikan dakwah lewat debat dan


ceramah di seluruh dunia. Pada 18 November 2015, beliau telah memuat
naik ayat ini di muka peranti Instagram.

Bertitik tolak di antara 587 ribu ‘followers’ 6,158 telah ‘me-like’ atau
menyukai posting tersebut. Posting tersebut telah berjaya mengutip 180
komen yang terdiri daripada pelbagai bangsa ‘followers’ yang meliputi arena
perjalanan perbezaan agama iaitu Islam, non-Islam; Buda, Hindu, Kristian,
Sekularisme, Pluralisme, Liberalisme, Atheisme dan bangsa barat ke timur,
Eropah, United States, United Kingdom, Canada, Australia, India,
Singapura, Malaysia, Indonesia, Brunei dan sebagainya.

“Katakanlah (Muhammad) Dialah Allah,Yang Maha Esa”

**Pengulas difahami bahawa menjadi norma kebiasaan Dr Zakir


Naik untuk ‘posting’ sesebuah ayat al-Quran tanpa selitan bahasa asal al-
Quran. Sememangnya, adakah hal ini disebabkan oleh faktor kepelbagaian
peringkat intelektual sehingga dikhuatiri sebahagian daripada mereka
tidak berkebolehan untuk membacanya? atau ia merupakan ‘marketing
stratergy’ dalam menarik minat awam?

Pada hemat pengulas, adalah lebih elok untuk memaparkan sesebuah ayat
beserta ayat Quran itu sekali.

Perkataan ‘Esa’ memaknai satu. Kesempurnaan kekuasaan Allah

Maha Esa ini menimbulkan spekulasi di kalangan Atheisme dan mereka yang
memaknai nilai pandang kehidupan secara liberal.

Pengulas cenderung mengecilkan pemokusan skop untuk melihat kesamaan


di zaman pra-sejarah dan moden. Dahulu kala, tidak dinafikan kewujudan
musyrikin berkenaan perasaan ingin tahu tentang Tuhannya. Rentetan
daripadanya, turunlah ayat yang menjelaskan tentang ‘Rabb-Mu’.

Imam Tirdmizi, Imam Hakim dan Imam Ibnu


Khuzaimah telah mengetengahkan sebuah hadith melalui
jalur Abu Aliyah, yang ia terima dari Ubay Ibnu Ka’b,
bahawasanya orang-orang Musyrik telah berkata kepada
Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam; ‘Ceritakanlah kepada

kami berkenaan Rabb-Mu. Maka Allah pun menurunkan


firmanNya iaitu surah Al-Ikhlas.

Katakanlah bahawa (Dialah Allah, Yang Maha Esa). Dialah Dzat yang disifati
dengan sifat uluhiyyah di alam ghaib mahupun alam nyata; yang Maha Tinggi
dari keduanya sesuai dengan Dzat-Nya yang disifati dengan sifat uluhiyyah
dan rububiyyah; yang mencakupi semua syarat kesempurnaan sesuai
dengan nama-nama dan sifat-sifat yang sempurna, yang tersimpan dalam
dzat yang disifati dengan sifat keesaan dan terbebas dari keterbilangan; yang
memiliki kebebasan mutlak dalam wujud, kehidupan dan kekuatan; yang
tetap berada dalam kekekalan abadi.

Kekekalan dan keabdianNya tidak bisa diukur sama sekali dengan


kepelbagaian timbangan dan takaran serta ruang lingkup pengaturan
mahupun takdir selainNya.
Berbeza dengan era modenisasi, pembentukan sesebuah pemikiran lebih
cenderung untuk mempertikaikan sesuatu kebenaran. “ Siapa Tuhan?

“Adakah Tuhan Itu Lelaki Atau


Perempuan?” Lakaran realiti 1,400 tahun peradaban Islam di

timbal balik dengan hujah-hujah songsang para athisme, liberalisme,


pluralisme dan pembentukan agama-agama baru sama ada ia agama
samawi, agama langit mahupun agama bumi.

Bersingkapan daripadanya, ruang komen turut


sama memaparkan adegan yang mengundang
kontroversi sesama pengomen. Bertekak hujah,
mencaci hina, bertegang urat demi memenangkan
prinsip agama masing-masing.
Adegan panas tersebut turut sama

mempertikaikan kredibiliti dan profesion Dr Zakir Naik. Kesaligtuduh-


menuduh sehingga merendahkan isu ketamadunan berbahasa identik
individu. Hal demikian, jelas merendahkan moral tatasusila dan hak asasi
manusia dalam beragama. Ungkapan:

“Go Tell Ur Fake Allah And His Fake Messenger Mohammed To Go Die”
“Go Learn English First Then Come Talk”

Tidak kurang juga di kalangan mereka yang coba memenangkan Islam:

“Who Are You Wanted To Says Like That To Mohammed PBUH!!! ! What
Kind Of Person Are You!!!!???!!!!

Pengulas tertarik dengan satu statement pengomen yang coba


memenangkan situasi keadaan secara berhikmah:

“Our God Is Only One..Your God And Mine Is The Same…He Is The One Who
Created Us”
Hakikatnya, Tuhan itu adalah satu. Mengesakan

Tuhan adalah mengesakan Allah. Kepelbagaian Tuhan yang diperkatakan


oleh ragam bangsa dan agama tetap kembali kepada Tuhan yang satu iaitu
Allah. Kesesatan yang dialami oleh penganut adalah berdasarkan kepada
faktor-faktor kesalahajaran, kesalahikutan, kesalahpercayaan yang
memerlukan mereka untuk merombak kembali titis-titis kebenaran agar
menemui jalan cahaya yang sebenar iaitu Islam.

Isu-isu yang menggantungkan Tuhan itu ‘ber-gender’


sama ada Ia lelaki ataupun sebaliknya merupakan entiti pelanggaran
sensetiviti. Ini kerana Allah bukanlah lelaki ataupun perempuan. Hak tampuk
kekuasaanNya yang Maha Esa menafikan kebenaran bahawa ia
diperanakkan mahupun memperanakkan. Tuhan itu esa dengan sendirinya.
Tidak ada yang menjadikanNya. Tidak pula Allah bergantung kepada
kekuasaan diatasNya. Tidak pula Ia diperintah. Allah Maha Esa dengan
sendirinya.

You might also like