You are on page 1of 13

1) Sistem Pemerintahan Malaysia

Negara Malaysia merupakan sebuah negara federasi yang terdiri atas tiga belas negara bagian
dan tiga wilayah persekutuan di Asia Tenggara. Ke-13 negara bagian Malaysia adalah: (1)
Johor, (2) Kedah, (3) Kelantan, (4) Melaka, (5) Negeri Sembilan, (6) Pahang, (7) Perak, (8)
Perlis, (9) Pulau Pinang, (10) Sabah, (11) Sarawak, (12) Selangor, dan (13) Terengganu. Selain
itu terdapat 1 wilayah yang merupakan teritori federal yaitu (Wilayah Persekutuan) yang terdiri
atas 3 wilayah pembentuk yaitu (1) Ibukota Kuala Lumpur, (2) Labuan, dan (3) Putrajaya.]

Dalam sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah badan utama iaitu:-

• Badan Perundangan.
Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada
mana-mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain;

• Badan Pemerintah.
Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang dan
penghakiman; dan;

• Badan Kehakiman
Badan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau
menjalankan kuasa eksekutif. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa, bidang tugas dan
peranan masing-masing. Namun begitu, Badan Perundangan dan Badan Pemerintah berkait
antara satu sama lain kerana Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di mana ahli-ahli Badan
Perundangan adalah juga Badan Pemerintah. Contohnya, Jemaah Menteri bertanggungjawab
kepada Badan Perundangan (Parlimen Malaysia). Badan Kehakiman sahaja merupakan
sebuah badan berasingan dan bebas daripada politik, bagi menjamin keadilan di negara ini.
2) Majlis Raja-Raja

Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan pada tahun 1948 mengikut
Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-
Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang.

3) Senarai Perdana Menteri


4) Jata Negara

Keterangan Rekaan Logo


Kuning : Melambangkan sistem Beraja
Bulan : Melambangkan islam sebagai agama rasmi persekutuan
Bintang 14 penjuru : Melambangkan 14 negeri bersekutu malaysia
Dua Ekor harimau : Melambangkan kekuatan dan keberanian dan juga melambangkan
budaya melayu

Di tengah jata negara, perisai dibahagikan kepada 10 bahagian.

- Merah, Putih, Kuning dan Hitam melambangkan Persekutuan Tanah Melayu(Perak,


Selangor, Pahang and Negeri Sembilan).
- 5 Keris melambangkan negeri-negeri tidak bersekutu (Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah
and Perlis).
- sebelah kanan dan kiri melambangkan Melaka and Pulau Pinang.
- Di tengah pula negeri Sabah and Sarawak. Di sebelah bawah pula Bunga kebangsaan
Malaysia iaitu Bunga Raya.

5) Bendera Malaysia
6) Lagu Kebangsaan

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta

7) Wawasan 2020
8) GST (Good and Services Tax)

 Cukai Barang dan Perkhidmatan (Bahasa Inggeris: Goods and Services Tax, GST)
merupakan cukai nilai tambah dan cukai berdasarkan perbelanjaan di Malaysia.
 GST mula berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar piawai sebanyak 6 peratus.
 Pengenalan cukai GST bertujuan untuk mereformasikan sistem percukaian negara,
mempelbagaikan sumber pendapatan negara, dan meningkatkan kecekapan
pungutan cukai.
 Malaysia menjadi sebahagian daripada lebih 160 buah negara di dunia yang
melaksanakan sistem cukai nilai tambah sebagai sebahagian daripada sumber
pendapatan negara.

9) Satu Malaysia

 Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul
Razak, Perdana Menteri,
 1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum.
 Semua kaum bersatu padu untuk bersama sama memajukan Malaysia.

10) BR1M
 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan satu bentuk bantuan sosial yang
diperkenal oleh kerajaan Malaysia kepada kumpulan sasar yang telah dikenal pasti.
 Ia bermula pada tahun 2012 dan diuruskan oleh pelbagai agensi yang dipantau oleh
kerajaan.
 Tujuannya adalah untuk mengatasi kemiskinan dan ketempangan sosial dalam
kalangan masyarakat.
 Bantuan tunai daripada BR1M dapat digunakan untuk kepentingan khusus penerima
seperti persediaan anak-anak ke sekolah, meringankan beban kewangan warga
emas dan penuhi keperluan harian golongan miskin dalam tempoh tertentu.
11) NKRA (National Key Result Area)
(Bidang Keberhasilan Utama Negara)
12) 1 Murid 1 Sukan
13) KSSR

You might also like