You are on page 1of 13

1.0.

PENGENALAN

Hudud adalah salah satu kandungan dalam Hukum Jenayah Islam selain Qisas dan Ta’zir.
Masing-masing mempunyai hukum dan sifat-sifatnya yang khusus. Pengertian hudud
berdasarkan petikan daripada buku Mengenal Qanun Jenayah Islam yang dikarang oleh Dr.
Abdul Ghani Azmi b. Idris, bahawa berasal daripada kata jamak, mufradnya Haddun: menurut
bahasa ia bererti batas atau tegahan. Penjaga pintu dinamakan Haddad. Dan hukum ini
dinamakan Hudud atas uqubah-uqubah maksiat kerana ia biasanya dapat mencegah pembuat
maksiat mengulangi perbuatan maksiat yang kerananya dikenakan had. Dan pada asalnya
perkataan had ialah sesuatu yang memisahkan antara dua perkara dan digunakan atas sesuatu
yang membezakan sesuatu yang lain.

Menurut istilah Syara’, Hudud ialah uqubah (hukuman seksa dunia) yang telah ditetapkan untuk
menjaga hak Allah s.w.t. Oleh kerana itu tidak termasuk Ta’zir kerana Ta’zir tidak ada ketentuan
hukumannya dan tidak termasuk pula qisas kerana qisas adalah hak anak Adam. Kesalahan
dalam jenayah Hudud dianggap sebagai kesalahan terhadap hak Allah, kerana perbuatan itu
menyentuh kepentingan masyarakat umum iaitu menjejaskan ketenteraman dan keselamatan
orang ramai dan hukumannya pula memberi kebaikan kepada mereka. Kesalahan ini tidak boleh
diampunkan oleh manusia sama ada mangsa jenayah itu sendiri, warisnya ataupun masyarakat
umum. Kesalahan Hudud ialah kesalahan-kesalahan yang bersangkutan dengan pelanggaran-
pelanggaran terhadap hak-hak Allah.

Kesalahan yang akan saya bincangkan ialah jenayah zina , iaitu persetubuhan atau hubungan
kelamin yang tidak sah antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Hudud adalah penting
kerana iainya Hukum yang disyariatkan oleh Allah s.w.t. seperti mana yang diteliti terhadap dalil-
dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah yang sangat terang dan jelas. Jadi sebagai khalifah yang
diwajibkan untuk menurut perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, kita sepatutnya wajib
melaksanakan hukum Hudud ini kerana amat jelas sekali ia adalah tuntutan Allah kepada kita
semua apabila menjangkaui hak-hak kita sebagai manusia dan melanggar hak-hak Allah.
2.0. ISI DAN MAKLUMAT

Kini, terdapat banyak kes jenayah Islam yang berlaku dalam negara Islam seperti di Malaysia.
Jenayah Islam yang akan difokuskan ialah zina. Zina ialah persetubuhan haram melalui alat
kelamin lelaki dan wanita di luar perkahwinan yang sah, sama ada pasangan itu
melakukannya secara suka sama suka, dengan bayaran ataupun tidak, sama ada perkosaan
atau tidak, sama ada ia dilakukan oleh seorang dewasa dan pasangannya tidak dewasa,
sama ada dilakukan oleh suami, isteri atau tidak, sama ada dilakukan oleh orang yang pernah
bersuami atau beristeri atau tidak. Semua hubungan seks di luar perkahwinan yang sah,
dinamakan zina. Zina berlaku di mana-mana sahaja dalam kalangan masyarakat kita tanpa
ada sebarang hukuman hudud disebabkan oleh undang-undang negara yang tidak mengikut
syariat Islam yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Maka, masyarakat kita merasakan berzina
itu hanya perkara biasa kerana tidak dikenakan hukuman yang berat. Malah hanya perlu
membayar denda sebanyak RM2000 sahaja jika ditangkap oleh Jabatan Agama. Zina adalah
satu perbuatan keji yang termasuk dalam kelompok dosa-dosa besar. Antara dalil-dalil
daripada hadith berkaitan pengharaman zina adalah:

Sabda Rasulullah:
“Tidak ada dosa sesudah syirik dengan Allah lebih besar dari benih yang ditumpahkan oleh
seorang lelaki dalam kemaluan perempuan yang tidak halal baginya.”
(Hadith riwayat Ibnu Abi Ad-Dunia (dhaif).)

“Barangsiapa yang berzina atau meminum khamar, Allah mencabut imen daripadanya
bagaikan orang mancabut baju dari kepalanya.”
(Hadith riwayat Al-Hakim (dhaif).)

Hukuman hudud untuk penzina terbahagi kepada dua jenis hukuman, iaitu Muhsan dan
Ghairu Muhsan. Muhsan ertinya lelaki atau perempuan itu telah berkahwin atau pernah
berkahwin dengan akad yang sah dan telah melakukan persetubuhan, manakala Ghairu
Muhsan pula lelaki atau perempuan yang belum pernah berkahwin. Kedua-dua jenis penzina
ini apabila dilaksanakan hukum hudud ke atas mereka adalah berbeza diantara satu sama
lain
Muhsan terdiri di antaranya, suami, duda, janda atau isteri. Jika yang berzina itu Muhsan, jika
sabit kesalahan maka hukumannya direjam (dengan batu) sampai mati. Ghairu Muhsan terdiri
daripada mereka yang dikenali sebagai jejaka, teruna, gadis atau dara. Hukuman dera ke
atas ghairu Muhsan 100 rotan dan dibuang daerah selama satu tahun.
Dalil daripada hadits Nabi s.a.w.:

“Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Ada seorang lelaki (Maiz bin Malik Al Aslam) datang kepada
Nabi s.a.w. ketika baginda sedang di masjid, katanya: Ya Rasulullah, saya berzina.
Mendengar ucapan itu Rasulullah berpaling darinya. Tetapi orang itu mengulang-ulang
perkataannya, bahkan bersumpah pula. Maka Nabi s.a.w. memanggilnya dan bertanya:
Apakah engkau berzina Muhsan?, jawabnya: Benar. Nabi s.a.w. bersabda: Bawalah orang ini
dan rejamlah!”

Jika yang berzina itu Ghairu Muhsan, jika sabit kesalahan maka hukumannya 100 sebatan dan
dibuang negeri (sejauh perjalanan solat qasar atau melebihi 2 marhalah) selama satu tahun.
Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: “Perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap
seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas
kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman
kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang dikenakan kepada
mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman”. (An Nur : 2)

Pelaksanaan hukuman hudud mempunyai hikmah kepada penzina tersebut kerana selepas
hukuman dilaksanakan, maka dosa penzina akan terhapus seperti mana dallil:

Menurut Ali bin Abi Thalib, hukum hudud merupakan kafarat (penghapus) dosa bagi pelaku zina.
Dari Abu Laila, dari lelaki Bani Hudzail, dari lelaki Quraisy bahwa aku mendengar Ali bin Abi
Thalib berkata,“Barangsiapa melakukan zina, maka tegakkanlah atasnya hukum hudud, karena
ia merupakan kafarat (penghapus).”Mushannaf Abdul Razaq (13355)
Terdapat beberapa kepentingan di sebalik pelaksanaan hukuman Hudud kepada penzina,
antaranya ialah buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibodi T4 Limfosit
yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas
penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4
Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya
mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru.
Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti
didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan
sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah
dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan
sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut
boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV
AIDS.

Jika sekiranya penzina tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4
mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin.
Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang
menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi
tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan
daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi
mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang
menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.
3.0.ISU SEMASA BERKAITAN JENAYAH ZINA.

Isu yang berlaku di Malaysia baru-baru ini ialah hantaran mahal menjadi punca berlakunya
zina dalam kalangan masyarakat kita. Hantaran mahal ini telah menjadi tren oleh masyarakat
kita kerana terlalu taksub dengan nilai duit dan tidak mengikut ajaran sebenar yang Islam
telah ajar di mana hantaran adalah tidak wajib untuk berkahwin kerana syarat sah
perkahwinan sekadar bayaran nilai mas kahwin,saksi, dan wali. Apabila pihak ibubapa
mengikut tren meletakkan hantaran yang tinggi kepada pihak lelaki yang ingin berkahwin
dengan anak perempuan mereka, ia telah membebankan lelaki tersebut sekaligus menjadi
punca berlakunya kes zina seperti yang dipaparkan dalam media sosial.

Terdapat juga ibubapa yang meletakkan hantaran yang terlalu tinggi sehingga mencecah
puluhan ribu ringgit disebabkan anak mereka mempunyai ijazah. Hal ini menyebabkan lelaki
berasa agak tertekan dan sehingga sanggup untuk melakukan perkara yang dilarang oleh
Allah swt iaitu dengan berzina dengan pasangan mereka. Perkara sebegini harus dielakkan
oleh pihak ibubapa yang meletakkan hantaran tinggi kepada pihak lelaki kerana iainya
berupaya menangguh hajat lelaki untuk menghalalkan hubungan dengan pasangannya.
Sepertimana yang kita ketahui, kes zina banyak berlaku dalam kalangan anak muda
disebabkan faktor tersebut. Selain itu, masyarakat kita berani melakukan perbuatan terkutuk
bukan hanya punca dari hantaran mahal, tetapi berpunca juga dari sistem undang-undang
negara yang tidak melaksanakan hudud.

Oleh itu, masyarakat berani untuk melakukan apa sahaja jenis perzinaan tanpa memikirkan
sebarang hukuman yang akan dikenakan. Contohnya mereka berani berpelukan tanpa rasa
segan silu. Hal ini patut dibendung awal demi mengelakkan berlakunya kes perzinaan yang
lebih teruk lagi. Oleh hal demikian, pihak kerajaan sewajarnya meneliti semula sistem
undang-undang negara kita kepada yang lebih baik, iaitu melaksanakan hukuman hudud di
Malaysia sekaligus dapat mengurangkan jenayah zina dalam kalangan masyarakat. Hal ini
dikatakan demikian kerana jika hukuman hudud dilaksanakan, maka seluruh rakyat islam
akan berasa takut untuk melakukan kejahatan dan perbuatan zina kerana mereka akan perit
dan insaf melihat hukuman yang amat berat dan mengerikan dijalankan.
Maka iainya mampu mendisplinkan masyarakat kita untuk menjadi manusia yang taat pada
perintah Allah swt dan meninggalkan larangan-Nya. Pihak ibubapa juga hendaklah lebih
bertimbang rasa kepada pihak lelaki yang ingin berkahwin dengan anak mereka supaya
hubungan halal dapat dibina demi mengelakkan jenayah zina. Kita seharusnya memudahkan
urusan perkahwinan anak kita kerana rezeki akan bertambah selepas berkahwin. Justeru,
semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi mencegah perbuatan zina yang
berlaku di sekeliling masyarakat kita di mana kita mesti berani untuk menegur mereka demi
kebaikan bersama supaya negara kita menjadi negara Islam yang dihormati dipersada dunia
dan menjadi contoh terbaik kepada negara Islam yang lain.
4.0.RUMUSAN

Hukuman hudud mempunyai banyak manfaat seperti yang telah dibincangkan kerana iainya
bukan dari manusia, tetapi dari Allah swt. Iainya hak Allah swt dan Dia lebih mengetahui yang
terbaik untuk manusia. Oleh itu, kita sebagai umat Islam wajib menyokong pelaksanaan hudud di
Malaysia bagi membendung jenayah zina demi menjaga generasi akan datang daripada terus
rosak dengan budaya bebas yang telah berleluasa sekarang ini di negara kita. Jenayah zina patut
dihentikan segera oleh pihak yang bertanggungjawab kerana perbuatan terkutuk ini mampu
mendatangkan banyak keburukan yang boleh menjatuhkan maruah seseorang seperti
mengandung anak luar nikah dan berlakunya kes perceraian disebabkan kantoi dengan skandal.
Oleh itu, hukuman hudud haruslah dilaksanakan demi menjamin keamanan negara dan
mengurangkan jenayah zina kerana masyarakat akan lebih berhati-hati untuk berzina disebabkan
hukuman yang agak berat. Kesan positif yang akan dicapai jika hudud dibuat kepada penzina
ialah dapat menjamin kesihatan masyarakat daripada penyakit kelamin,aids, disamping berupaya
memberi keinsafan agar tidak mengulangi perbuatan zina yang pernah dilakukan sekaligus
mampu mewujudkan masyarakat yang taat pada perintah Allah swt.
5.0.SENARAI RUJUKAN

H. Zulkarnain Lubis,2016, Dasar-Dasar Hukum Acara Jinayah, Perpustakaan Negara.

Ibnul Qayyim, 2016, Jangan Dekati Zina, Qishi Publications.

Jouhar Ridloni Marzuq, 2015, Inilah Islam, Kolej Islam Selangor.

Muhammad Shidiq Hasan Khan,2009, Ensiklopedia Hadis Sahih, Mizan Store.

Maulana Muhammad,2017, Al Qur'an Terjemah dan Tafsir: JUZ III , Darul Kutubil Islamiyah.

Musthafa Dib Al-Bugha,2017, Ringkasan Fiqih Mazhab Syafii, Penerbitan Naura.

Mohd Said Ishak,2000, Hudud dalam Fiqh Islam, Penerbitan UTM

M.Mutawalli Syarawi,2000, Dosa-Dosa Besar, Pts Publications, Selangor.

Paizah Haji Ismail,2008, Hudud, Jabatan Fiqh Dan Usul,Akademi Pengajian Islam, Universiti

Malaya.

Zaki Al-Din, 2007, Ringkasan Sahih Muslim, Mizan Store, Kuala Lumpur.
LAMPIRAN

You might also like