You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PROGRAM

MINGGU MATEMATIK SESI 2017

PENGANJUR : UNIT PANITIA MATEMATIK SK JALAN DATUK PALEMBANG

1.0 PENDAHULUAN

Pencapaian dan prestasi akademik murid selain bergantung kepada kemudahan yang
disediakan di sekolah, peranan ibu bapa dan murid-murid itu sendiri, ia juga dicorakkan
oleh panitia yang menguruskan organisasinya. Program Minggu Matematik ini
dilaksanakan bagi mengisi sebahagian daripada keperluan murid-murid iaitu memupuk
semangat berpasukan dan cintakan ilmu seterusnya membentuk sahsiah murni seperti
jujur, amanah dan tekun berusaha.

2.0 RASIONAL

2.1 Pengisian waktu terakhir minggu persekolahan setelah murid menamatkan


peperiksaan semester kedua, 2017.
2.2 Membentuk sikap positif murid-murid melalui aktiviti yang mereka jalani.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Murid-murid menghayati ilmu matematik yang dipelajari semasa berada di dalam
kelas.
3.2 Murid-murid berusaha meningkatkan kefahaman mereka dalam pembelajaran
matematik pada masa hadapan.
3.3 Murid-murid dapat menimba pengalaman dan bersaing secara sihat sesama rakan.
3.4 Murid-murid tahu bahawa ilmu yang dipelajari di dalam kelas adalah sangat berguna
dalam kehidupan mereka yang sebenar.

4.0 MATLAMAT

4.1 Memupuk minat murid-murid terhadap pelajaran Matematik.


4.2 Membentuk murid yang seimbang dari segi JERIS seiring dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Negara.
4.3 Memupuk semangat berpasukan di kalangan guru-guru dalam menjayakan program.

5.0 SASARAN
5.1 Semua guru matematik SK Jalan Datuk Palembang .
5.2 Semua murid Tahap 1 hingga 2 SK Jalan Datuk Palembang.
6.0 PELAKSANAAN
Tarikh : 6 November 2017 hingga 10 November 2017
Hari : Isnin hingga Jumaat
Tempat : Bilik darjah

7.0 SENARAI AKTIVITI

7.1 Soalan Kira Cepat & Mewarna Matematik (Tahap 1)


7.2 Membina Buku Sifir (Tahap 2)

8.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

8.1 Penasihat : Tn. Hj. Ya'acob Bin Othman BKT (Guru Besar SKJDP)
8.2 Pengerusi : Pn. Aishah Binti Borhan
8.3 Setiausaha : Pn. Lai Suk Fah
8.4 AJK : Semua guru Matematik SKJDP

9.0 TENTATIF AKTIVITI MINGGU MATEMATIK 2016

TARIKH MASA AKTIVITI TINDAKAN CATATAN

6.11.2017 8:00 am Taklimat Majlis Pn. Aishah Borhan - Semua Murid


ISNIN hingga Pelancaran Program (Ketua panitia Tahap 1 dan 2
8.10 am Minggu Matematik Matematik) -Tapak perhimpunan

Perasmian Program Tn.Hj. Ya'acob Bin - Semua Murid


Minggu Matematik Othman BKT Tahap 1 dan 2
Guru Besar -Tapak perhimpunan

6.11.2017 Waktu Pertandingan Kira - Semua guru - Semua murid


- Pengajaran Cepat & Mewarna Matematik Tahap 1 Tahap 1
10.11.2017 dan Matematik (Tahap 1) - Kelas masing-
ISNIN pembelajaran masing.
- Matematik Membina Buku Sifir - Semua guru - Semua murid
JUMAAT Matematik Tahap 2 Tahap 2
- Kelas masing-
Program Jelajah masing.
- Semua murid
DLP
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Acara Hadiah
Pertandingan Kira Cepat & Mewarna Tempat pertama : 18 X RM10 = RM180
Tempat kedua : 18 X RM8 = RM144
Tempat ketiga : 18 X RM5 = RM90
Membina Buku Sifir Tempat pertama : 18 X RM10 = RM180
Tempat kedua : 18 X RM8 = RM144
Tempat ketiga : 18 X RM5 = RM90

Aktiviti Membina Buku Sifir Kertas A4 (22 rim X RM10.80) = RM 237.60


JUMLAH RM 1065.60

Sumber Kewangan : PCG Panitia Matematik

10.0 PENUTUP

Dengan iringan doa dan harapan, semoga kertas kerja yang dibina ini dapat dijadikan
rujukan dan panduan sepanjang pelaksanaan program “Minggu Matematik pada tahun ini.
Aktiviti seumpama ini amat bersesuaian dijalankan agar murid-murid dapat
memaksimumkan bakat dan kebolehan mereka bukan sahaja dalam bidang akademik,
bahkan juga dalam semua aspek seperti kecergasan fizikal, kecerdasan emosi dan rohani
seterusnya dalam pergaulan. Selain itu, warga pendidik SK Jalan Datuk Palembang juga
turut berpeluang memupuk semangat kerja. Komitmen dan usaha ini sudah pasti sedikit
sebanyak memberikan impak positif ke arah pembangunan modal insan yang berdaya
saing pada masa hadapan.

Disediakan oleh Disemak dan disahkan oleh

......................................................... ............................................................
PN. AISHAH BINTI BORHAN TN. HJ. YA'ACOB BIN OTHMAN BKT
KETUA PANITIA MATEMATIK GURU BESAR,
SK JALAN DATUK PALEMBANG SK JALAN DATUK PALEMBANG

You might also like