You are on page 1of 8

E-PROCEEDING OF THE 3RD GLOBAL CONFERENCE ON

ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2017

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN


KERJA DALAM KALANGAN GURU

Fazleen Mohamad, Norazlinda Saad & Surendran Sankaran


Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden
Universiti Utara Malaysia
azlinda@uum.edu.my, surendran@uum.edu.my

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara kepimpinan instruktional pengetua dengan
kepuasan kerja dalam kalangan guru. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan data diperoleh
daripada kaedah soal selidik yang menggunakan skala Likert lima mata. Seramai 70 orang guru
sekolah menengah agama telah dipilih untuk kajian ini dengan menggunakan persampelan rawak.
Alat ukur Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) yang mengaundungi 84
digunakan untuk mengukur amalan kepimpinan Guru Besar. Dalam kajian rintis beberapa aspek
penyesuaian item telah dijalankan sehingga terhasil nilai Cronbach Alfa yang hampir sama dengan
nilai asal (0.92). mudah. Data diproses menggunakan statistik deskriptif iaitu pengukuran frekuensi,
skor min, sisihan piawai dan peratusan. Data juga diproses menggunakan statistik inferensi iaitu
Pekali Korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan Kepimpinan Intruksional Pengetua sekolah
menengah agama berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan wujudnya hubungan
yang signifikan terhadap kepimpinan instruktional dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru.
Berdasarkan kepada hasil kajian ini beberapa cadangan telah dikemukakan bagi tujuan untuk
meningkatkan lagi amalan kepimpinan instruktional pengetua dan kepuasan kerja.

Kata kunci: Kepimpinan Instruktional, Pengetua, Kepuasan Kerja..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pengenalan

Pengetua pada hari ini bukan hanya menjalankan tugas-tugas pentadbiran semata-mata malah mereka
juga berperanan untuk membantu merealisasikan matlamat pendidikan dalam mencapai gagasan 2020
yang menuntut berlakunya perubahan demi perubahan dalam sektor pendidikan (Shahril, 2001).
Menurut Powell, Ferrar dan Cohen (1985) dan Etzioni (1998), penyelidikan yang dijalankan sebelum
ini mendapati mutu kepimpinan seseorang pengetua dapat menentukan keberhasilan sesebuah
organisasi sekolah. Ini membuktikan bahawa setiap pentadbir sekolah perlu menyedari tentang gaya
kepimpinan yang bersesuaian adalah amat diperlukan untuk memastikan perjalanan sesebuah
organisasi berjalan lancar dan mereka juga perlu bersedia menghadapi sebarang cabaran terhadap
organisasi di bawah pimpinan mereka pada masa ini dan masa depan (Sapora Sipon & Justina Esther
Gubud, 2004).

Kajian yang dijalankan oleh Elangkumaran Devarajoo (2012) berkenaan dengan hubungan di antara
kepimpinan pengajaran guru besar dengan komitmen kerja dan kepuasan kerja guru sekolah rendah di
daerah Tanjung Karang. Kajian beliau mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara
kepimpinan pengajaran ataupun intruksional ini dengan kepuasan kerja guru- guru di sekolah SK,
SKJC dan SKJT di Tanjung Karang. Selain itu, menurut Ramaiah, (1992) masalah utama yang
dihadapi oleh kebanyakkan sekolah dalam jangka masa yang panjang adalah dari segi kurangnya

E-Proceeding Of The 3rd Global Conference On Economics And Management Sciences 2017.
(e-ISBN: 978-967-0792-18-7). 31st July & 1st August 2017 - Venue: Bayview Hotel, Pulau Pinang, Malaysia.
45
Organized by http://worldconferences.net/home
E-PROCEEDING OF THE 3RD GLOBAL CONFERENCE ON
ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2017

peranan serta fungsi kepimpinan instruksional daripada pengetua yang menghalang sekolah itu
berubah ke tahap yang lebih cemerlang. Ini dapat ditentukan berdasarkan dimensi pengtakrifan misi
dan matlamat sekolah.

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana pengetua dapat menjelaskan pengtakrifan misi
dan matlamat sekolah menengah agama kepada guru di bawah pimpinan mereka. Dapatan daripada
kajian ini diharapkan dapat membantu pengkaji untuk menilai sama ada para pengetua menjelaskan
matlamat dan misi sekolah yang telah ditetapkan kepada guru di bawah pimpinan mereka.

1.1 Objektif Kajian

1. Mengenal pasti tahap kepimpinan instruksional pengetua.


2. Mengenal pasti hubungan antara kepimpinan instruksional dengan kepuasan kerja.

2. Tinjaun Literatur

2.1 Kepimpinan Instruksional Pengetua

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) turut menekankan peranan pemimpin sekolah sebagai
pemimpin instruksional dalam mengurus perubahan di sekolah dan menyediakan pelajar ke arah
Wawasan 2020. Pemimpin instruksional adalah individu yang bertanggungjawab dalam menganjur,
membangun dan memastikan sikap positif terhadap perubahan di sekolah (Kursunoglu & Tanriogen
2009). Ini bermaksud bahawa gaya kepimpinan yang diamalkan seseorang pengetua itu akan dapat
mempengaruhi kepuasan kerja dalam kalangan guru di bawah seliaannya dan seterusnya akan dapat
melahirkan sebuah organisasi atau sekolah yang cemerlang.

2.2 Teori Kepimpinan Instruksional

Kepimpinan Instruksional merujuk kepada satu pendekatan kepimpinan yang memberi penekanan
kepada tingkah laku guru-guru dalam aktiviti yang secara langsung memberi kesan kepada
perkembangan para pelajar. Menurut Leithwood, Jantzi dan Steinbach, (1999). Peranan utama
kepimpinan sekolah adalah sebagai pemimpin instruksional yang memastikan guru mengajar dan
pelajar belajar secara berkesan. Oleh kerana itu pemimpin instruksional perlu menguasai kemahiran-
kemahiran merancang, mengelola, memimpin dan mengawal kurikulum. Pemimpin instruksional
perlu menumpukan kepada kecemerlangan akademik dan keperibadian tinggi pelajarnya selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.3 Kepimpinan Instruktional Pengetua

Lokman Mohd Tahir, M. Al Muzammila dan Mislina Salleh (2011) telah menjalankan kajian untuk
menilai amalan kepimpinan pengajaran serta strategi politik yang dipraktikkan oleh Pengetua
Cemerlang (PC) dalam memimpin guru. Kajian ini mendapati bahawa Pengetua Cemerlang telah pun
melaksanakan semua 11 fungsi yang terdapat dalam kepimpinan pengajaran dan amalan yang paling
kerap dilaksanakan merupakan amalan yang terdapat dalam fungsi penetapan dan penguatkuasaan
dasar atau standard kurikulum. Manakala, aspek yang dinilai oleh guru sebagai perkara yang kurang
diberi keutamaan oleh PC ini ialah fungsi memberi sokongan dalam aktiviti pengajaran dan fungsi
mencerap dan menilai pengajaran.

2.4 Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru

Dapatan kajian Raziah Mansor dan Ahmad Esa (2009) menunjukkan bahawa persepsi guru terhadap

E-Proceeding Of The 3rd Global Conference On Economics And Management Sciences 2017.
(e-ISBN: 978-967-0792-18-7). 31st July & 1st August 2017 - Venue: Bayview Hotel, Pulau Pinang, Malaysia.
46
Organized by http://worldconferences.net/home
E-PROCEEDING OF THE 3RD GLOBAL CONFERENCE ON
ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2017

gaya kepimpinan guru besar berada pada tahap tinggi pada ketiga-tiga gaya iaitu demokratik,
autokratik dan laissez faire. Bagi tahap kepuasan kerja guru pula berada pada tahap yang tinggi iaitu
nilai min 3.705. Shahrin dan Saraswathi (2008) telah menjalankan yang bertujuan untuk meninjau
tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah Tamil. Hasil kajian didapati bahawa tahap
kepuasan kerja bagi guru-guru dari Sekolah Tamil Daerah Kulai adalah pada tahap sederhana tinggi.

3. Metodologi Kajian

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan menggunakan kaedah kuantitatif. Populasi bagi
kajian yang dijalankan ini meliputi guru sekolah menengah agama seramai 85 orang (YIK, 2015).
Saiz sampel yang dicadangkan oleh Krejcie dan Morgan (197) adalah 70 orang apabila jumlah
populasi adalah seramai 85 orang. Teknik persampelan yang digunakan ialah persampelan rawak
mudah. Pengkaji menggunakan satu set borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian untuk
mengumpul data responden (Jadual 1).

Jadual 1: Pembahagian soalan soal selidik


Variabel Sumber Bilangan
item
Demografi 4
Kepimpinan Instruksional Pengetua PIMRS (Hallinger & Murphy, 1987) 44
 Pentakrifan misi dan matlamat sekolah
 Pengurusan program pengajaran
 Pemupukan iklim P&P
Kepuasan Kerja Guru Prick (1989) & Abd Main (1983) 16

Berpandukan nilai ‘alpha cronbach’ bagi keseluruhan 60 item yang dinilai menunjukkan
kebolehpercayaan ialah 0.92. Soalan-soalan telah dikodkan mengikut kesesuaian untuk membolehkan
proses menganalisis data menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS). Pengkaji memilih
menggunakan statistik deskriptif untuk menjawab persoalan kajian pertama dan inferensi bagi
menjawab soalan kajian yang kedua.

4. Dapatan Kajian

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina

Jadual 2: Taburan Responden Mengikut Jantina


Jantina Bilangan Peratus(%)
Lelaki 37 52.9
Perempuan 33 47.1
Jumlah 70 100.0

Jadual 2 menunjukkan bahawa seramai 37 orang atau 52.9 peratus responden adalah terdiri daripada
kalangan guru lelaki sementara 33 orang atau 47.1 peratus adalah terdiri daripada guru perempuan.
Data yang diperolehi ini menujukkan majoritinya adalah diperolehi daripada responden lelaki dengan
jumlah peratus 52.9 iaitu 5.8 peratus lebih tinggi daripada responden perempuan.

4.2 Taburan Responden Mengikut Pengalaman

E-Proceeding Of The 3rd Global Conference On Economics And Management Sciences 2017.
(e-ISBN: 978-967-0792-18-7). 31st July & 1st August 2017 - Venue: Bayview Hotel, Pulau Pinang, Malaysia.
47
Organized by http://worldconferences.net/home
E-PROCEEDING OF THE 3RD GLOBAL CONFERENCE ON
ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2017

Jadual 3:Taburan Responden Mengikut Pengalaman


Tempoh perkhidmatan Bilangan Peratus (%)
3 tahun dan kebawah 12 17.1
4-9 tahun 15 21.4
10-15 tahun 20 28.6
16-20 tahun 10 14.3
21 tahun dan ke atas 13 18.6
Jumlah 70 100.0

Jadual 3 pula menunjukkan taburan responden mengikut pengalaman. Tempoh pengalaman 10 – 15


tahun adalah paling tinggi iaitu seramai 20 orang atau 28.6 peratus. Sementara bagi tempoh 16 – 20
tahun pengalaman adalah yang paling rendah iaitu seramai 10 orang atau 14.3 peratus.

4.3 Tahap Kepimpinan Instruksional Pengetua

Jadual 4: Jadual Markat Persepsi Purata


Pekali Min Kekuatan
1.00 -1.80 Sangat rendah
1.81 – 2.60 Rendah
2.61 – 3.40 Sederhana
3.41 – 4.20 Tinggi
4.21 – 5.00 Sangat tinggi

Alat ukur bagi menentukan tahap kekuatan min pengamalan kepimpinan instruksional adalah
berdasarkan Jadual Markat Persepsi yang digunakan oleh penyelidik Yoong Suan (2004) seperti
dalam jadual 4.
Jadual 5: Jadual Tahap Kepimpinan Instruksional yang diamalkan oleh Pengetua
Dimensi Min Sisihan piawai Tahap

Kepimpinan instruksional 3.54 .582 Tinggi

Jadual 5 menunjukkan tahap kepimpinan instruksional yang diamalkan oleh pengetua. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa gaya kepimpinan instruksional memang diamalkan di sekolah-sekolah ini
berdasarkan nilai min keseluruhan yang tinggi iaitu 3.54 (SP.582).

4.4. Hubungan Antara Kepimpinan Instruksional Pengetua Dengan Kepuasan Kerja Dalam
Kalangan Guru

Penyelidikan korelasi adalah kajian berkaitan tentang hubungan linear antara dua pemboleh ubah.
Ukuran untuk menentukan darjah perkaitan ialah pekali korelasi. Pekali korelasi menurut Fauzi
Hussin, Jamal Ali dan Mohd Saifoul Zamzuri Noor (2014) dalam bukunya bertajuk Kaedah
Penyelidikan dan Analisis Data SPSS adalah seperti di bawah berikut :

E-Proceeding Of The 3rd Global Conference On Economics And Management Sciences 2017.
(e-ISBN: 978-967-0792-18-7). 31st July & 1st August 2017 - Venue: Bayview Hotel, Pulau Pinang, Malaysia.
48
Organized by http://worldconferences.net/home
E-PROCEEDING OF THE 3RD GLOBAL CONFERENCE ON
ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2017

Jadual 6: Jadual Nilai Pekali Korelasi


Nilai Korelasi Hubungan
.80 dan 1.0 Sangat Kuat
.6 dan .8 Kuat
.4 dan .6 Sederhana
.2 dan .4 Lemah
.0 dan .2 Sangat Lemah

Jadual 7: Hubungan Antara Kepimpinan Instruksional Pengetua dengan Kepuasan Kerja dalam
Kalangan Guru
Kepuasan kerja
(r)

Kepimpinan Instruksional Pengetua .728**

Signifikan pada aras 0.01

Jadual 7 menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara kepimpinan
instruksional pengetua dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru. Hal ini membuktikan bahawa
daripada data yang diperolehi didapati gaya kepimpinan instruksional mempunyai hubungan yang
kuat (r = .728, p < 0.01) dan signifikan (p=0.000 <.005) dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru.
Hubungan ini mempunyai nilai yang positif dan signifikan Ini bermaksud apabila gaya kepimpinan
instruksional ini semakin banyak diamalkan oleh pengetua, maka kemungkinan untuk guru- guru
mendapat kepuasan kerja yang lebih adalah sangat kuat.

5. Perbincangan Kajian dan Kesimpulan

5.1 Tahap Kepimpinan Instruksional Pengetua

Min Tahap Kepimpinan Instruksional Pengetua yang tinggi menjelaskan bahawa memang terdapat
amalan kepimpinan intruksional pengetua di sekolah menengah agama. Dapatan kajian ini juga adalah
bertepatan dengan kajian daripada Latip Muhammad (2007) iaitu penjelasan matllamat mempunyai
fungsi yang paling dominan dilaksanakan oleh pengetua. Dapatan ini juga bertepatan dengan kajian
Hallinger (2000) yang menyatakan elemen menetapkan matlamat yang jelas dapat membantu
pengetua membawa hala tuju sekolah untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran. Dapatan yang
diperolehi ini juga telah menyangkal dakwaan yang diberikan oleh Ramaiah (1992) yang menyatakan
masalah utama yang dihadapi oleh sekolah dalam jangka masa panjang adalah kerana kurangnya
fungsi kepimpinan instruktional daripada pengetua yang menghalang sekolah berubah ke tahap yang
lebih cemerlang. Kenyataan ini merujuk kepada pengtakrifan misi dan matlamat sekolah yang
biasanya dibuat oleh pengetua untuk jangka masa yang panjang.

Hal ini berlaku mungkin kerana kurangnya pendedahan berkenaan dengan kepimpinan instruktional
amnya dan elemen pengtakrifan misi dan matlamat sekolah khusunya oleh pengetua kepada guru-
guru dibawah pimpinan mereka pada suatu ketika dahulu yang menjadi penghalang kepada
kecemerlangan sekolah untuk jangka masa panjang. Berbanding dengan masa sekarang, pengetua
dilihat mampu memberi pengtakrifan misi dan matlamat sekolah dengan jelas kepada guru- guru di
bawah pimpinannya yang dapat membantu sekolah mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi pada
masa akan datang.

E-Proceeding Of The 3rd Global Conference On Economics And Management Sciences 2017.
(e-ISBN: 978-967-0792-18-7). 31st July & 1st August 2017 - Venue: Bayview Hotel, Pulau Pinang, Malaysia.
49
Organized by http://worldconferences.net/home
E-PROCEEDING OF THE 3RD GLOBAL CONFERENCE ON
ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2017

5.2 Hubungan antara Kepimpinan Instruksional Pengetua dengan Kepuasan Kerja Guru

Kajian ini menunjukkan kepimpinan intruktional pengetua mempunyai hubungan signifikan dengan
kepuasan kerja. Dapatan juga menunjukkan bahawa kepimpinan instruksional pengetua mempunyai
hubungan yang positif dan kuat terhadap kepuasan kerja dalam kalangan guru. Menurut Bennett et al
(2003) apa yang membezakan antara pengetua cemerlangdan tidak dapat dinilai melalui bagaimana
beliau mendefinikan misi dan matlamat dan berusaha untuk mencapainya. Tindakan atau strategi yang
dilaksanakan oleh pengetua yang mengamalkan gaya kepimpinan ini ialah merangka matlamat dan
memperjelaskan matlamat kepada semua kakitangan bawahannya dan juga para pelajar dan berusaha
untuk mencapainya.Dapatan ini juga adalah selari dengan dapatan yang diperoleh oleh Elangkumaran
Devarajoo (2010). Hal ini membuktikan bahawa sekiranya pengetua mengamalkan kepimpinan
instruksional ini maka secara tidak langsung kepuasan kerja dalam kalangan guru juga turut dapat
ditingkatkan.

Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa Pemimpin mampu memberi memberikan penjelasan dan
menetapkan misi dan matlamat kepada guru- guru dalam menentukan hala tuju organisasi. Dalam hal
ini seseorang pemimpin juga mampu untuk meningkatkan kepuasan kerja kepada orang-orang di
bawah pimpinan beliau. Sikap pemimpin yang baik akan mempengaruhi kepuasan kerja dalam
kalangan pekerja mereka.

5.3 Implikasi Kajian

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan instruksional mempunyai hubungan yang signifikan
dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru. Oleh yang demikian, kualiti kepimpinan di sekolah-
sekolah perlu ditingkatkan memandangkan kepimpinan seseorang pengetua sangat penting kerana ia
dapat mempengaruhi kepuasan kerja dalam kalangan guru. Maka, gaya kepimpinan instruksional ini
amat baik diamalkan oleh para pengetua bagi memastikan kepuasan kerja dalam kalangan guru dapat
ditingkatkan dan seterusnya dapat meningkatkan juga prestasi para pelajar dan kecemerlangan sekolah
di bawah pimpinannya.

Hasil dapatan ini juga diharap dapat memberikan implikasi kepada Yayasan Islam Kelantan khusunya
seperti Yayasan Islam Kelantan bolehlah bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah, Institut Aminuddin Baki (IAB) bagi menyediakan kursus-kursus yang berkaitan
dengan kepimpinan instruktional untuk diberikan kepada pengetua-pengetua dan juga bakal-bakal
pengetua bagi memastikan para pengetua mengetahui cara menjalankan pentadbiran dengan
mengaplikasikan gaya kepimpinan instruktional dengan baik.

Pihak yang berkenaan seperti Yayasan Islam Kelantan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
Jabatan Pendidikan Negeri (PPD) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) hendaklah sentiasa membuat
pemantauan untuk memastikan kepimpinan pengetua sekolah bergerak ke arah yang lebih positif.
Pengetua yang berjaya akan dapat mewujudkan suasana sekolah yang harmoni dan kondusif dan guru-
guru juga dapat meningkatkan kepuasan kerja dalam menjalankan tugas mereka sebagai seorang
pendidik.

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Penyelidikan seterusnya pula adalah dicadangkan supaya meluaskan lagi kajian ini dengan membuat
perbandingan amalan fungsi kepimpinan instruksional pengetua sekolah menengah agama. Tujuannya
adalah untuk melihat perbezaan amalan fungsi kepimpinan instruksional pengetua di sekolah
menengah agama dan untuk mengetahui pengetua di sekolah manakah yang lebih banyak

E-Proceeding Of The 3rd Global Conference On Economics And Management Sciences 2017.
(e-ISBN: 978-967-0792-18-7). 31st July & 1st August 2017 - Venue: Bayview Hotel, Pulau Pinang, Malaysia.
50
Organized by http://worldconferences.net/home
E-PROCEEDING OF THE 3RD GLOBAL CONFERENCE ON
ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2017

mengamalkan fungsi kepimpinan instruksional ini. Selain itu, diharap penyelidik yang akan datang
juga dapat membuat penyelidikan kualitatif berkenaan dengan hubungan kepimpinan instruksional
pengetua ini dengan kepuasan kerja semua kakitangan bawahannya. Ini termasuklah kerani, tukang
kebun dan pembantu makmal.

6. Kesimpulan

Secara keseluruhan dapatlah dirumuskan bahawa kepimpinan instruksional pengetua memang


mempunyai hubungan dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru berdasarkan data yang
menunjukkan ianya berada pada tahap yang tinggi. Pengetua sekolah menengah agama perlulah lebih
peka dengan kepimpinan instruksional ini kerana ia dapat memberikan kepuasan kerja dalam
kalangan guru di bawah pentadbirannya. Pengetua dan barisan kepimpinan sekolah menengah agama
perlu berubah mengikut peredaran masa bagi menghadapi cabaran arus pendidikan yang lebih
mencabar pada masa depan. Pengetua yang diberi kursus atau pendedahan dengan lebih mendalam
lagi tentang kepimpinan instruksional ini, sudah tentu dapat meningkatkan kepimpinan instruksional
mereka pada tahap yang lebih baik dan seterusnya kepuasan kerja dalam kalangan guru juga dapat
ditingkatkan.

Rujukan

Abd. Main Haji Salimon (1993). Kepuasan Kerja Guru dan Perkaitannya Dengan Latar
Belakang Pengurusan, Kurikulum dan Pengajian. Tesis PhD. Tidak Diterbitkan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Bennett, N. & Anderson, L. 2003. Rethinking Educational Leadership. London: Sage Publication.

Blasé, J., & Blasé, J. (1999). Principals’ instructional leadership and teacher development: Teacher
perspective. Educational Administration Quarterly, 35, 349- 378

Dowling, C. 2007. A Measurement of Instructional and Transformational Leadership of the Assistant


Principal: It’s Relationship to closing the achievement gap. Disertasi Ijazah Doktor Falsafah.
University Of Akron.

Elangkumaran Devarajoo (2012). Hubungan Antara Kepimpinan Pengajaran Guru Besar Dengan
Komitmen Kerja dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Rendah di Zon Tanjung Karang. Kertas
Pembentangan Seminar.

Etzioni, Amitai. (1998). The Essential Communication Reader. Boston: Rowman a Littlefield.

Fauzi Hussin, Jamal Ali & Mohd Saifoul Zamzuri Noor (2014). Kaedah Penyelidikan & Analisis
Data SPSS. Sintok, Penerbit UUM.

Hallinger, P. & Murphy, J. (1985). Assessing the Instructional Leadership Behaviour of Principals.
Elementary School Journal. 86(2): 217-248

Hallinger, P. & Murphy J. (1987). Assessing and Developing Principals Instructional Leadership.
Educational Leadership. 45(1): 54–61.

Hallinger, P. (2000). Leading Educational Change: Reflections on the Practice of Instructional and
Transformational Leadership. Cambridge Journal of Education, 33(3), 329–352.

E-Proceeding Of The 3rd Global Conference On Economics And Management Sciences 2017.
(e-ISBN: 978-967-0792-18-7). 31st July & 1st August 2017 - Venue: Bayview Hotel, Pulau Pinang, Malaysia.
51
Organized by http://worldconferences.net/home
E-PROCEEDING OF THE 3RD GLOBAL CONFERENCE ON
ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES 2017

Ishak Sin. 2003. Gaya Kepimpinan Transformasi Dan Pengajaran: Gaya Manakah yang Diperlukan
oleh Pengetua. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. 13(1): 1-16

Ishak Mad Shah (2004). Pengenalan Psikologi Industri & Organisasi. Jilid II. Skudai. Universiti
Teknologi Malaysia

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational
and Psychological Measurement, 30, 607- 610. http://www.sageperformance.com/dreffallen
/DrA/Teaching/5480/samplesize.htm

Kursunoglu, A., & Tanriogen, A. (2009). The relationship between teachers’ perceptions towards
instructional leadership behaviors of their principal and teachers’ attitudes towards change. Procedia
Social and Behavioral Sciences, 1 (2009), pp. 252-258

Latip Muhammad (2007). Pelaksanaan Kepernimpinan Pengajaran di Kalangan Pengetua Sekolah.


Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007.

Leithwood, K. A., Jantzi, D., & Steinbach, R. (1998). So school council matter? Paper presented at
The Annual Meeting of the American Educational Research Association, San Diego, LA

Lokman Mohd Tahir, M. Al Muzammila, Mislina Salleha (2012). Impak Strategi Politik Terhadap
Amalan Kepimpinan Pengajaran Pengetua Cemerlang. Jurnal Teknologi (Social Sciences): 1-10

Prick,Leo.G.N.(1989). Satisfaction And Stress Among Teachers. International Journal of


Educational Research, Vol 13, 363-377.

Powell, A., Farrar, E., & Cohen, D. (1985). The Shopping Mall High School: Winners And Losers In
The Educational Marketplace. Boston, MA: Houghton Miffin

Ramaiah, A. L (1992). Kepimpinan Pengajaran : Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya. IBS Buku Sdn
Bhd.

Raziah bte Mansor & Ahmad bin Esa (2009). Hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan
kepuasan kerja guru di tiga buah sekolah rendah di Seremban. Seminar Kebangsaan Pengurusan
Pendidikan PKPGB 2009.

Shahrin, H., & Saraswathi Vani, M. (2008). Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru Di Sekolah-
sekolah jenis Kebangsaan (Tamil) Daerah Kulai. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

E-Proceeding Of The 3rd Global Conference On Economics And Management Sciences 2017.
(e-ISBN: 978-967-0792-18-7). 31st July & 1st August 2017 - Venue: Bayview Hotel, Pulau Pinang, Malaysia.
52
Organized by http://worldconferences.net/home

You might also like