Minggu 1 (14.01-18.01)

You might also like

You are on page 1of 3

Bilangan Jurnal : Pertama

Minggu Praktikum : Minggu Pertama

Tarikh : 14 hingga 18 Januari 2018

Tajuk Jurnal : Minggu pertama di SMK Taman Daya 2

Saya dan Ow Ji Jing telah ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman


Daya 2 sebagai sekolah untuk kami laksanakan proses praktikum seperti yang telah
ditetapkan. Pada hari pertama saya praktikum, saya telah menghadiri sesi perhimpunan
mingguan yang dilaksanakan pada setiap minggu. Pada minggu ini saya telah
dipertanggungjawabkan untuk mengetuai perhimpunan rasmi bagi badan unit beruniform
Kadet Bomba. Ahli- ahli kadet bomba membuat persembahan kawad kaki dan juga
hakka.

Setelah sesi perhimpunan mingguan selesai dilaksanakan, kami berjumpa dengan


Puan pengetua untuk menerima taklimat daripada Puan Hajjah Zainab Binti Laimang
tentang maklumat-maklumat yang perlu dikumpulkan oleh kami untuk penyediaan
portfolio. Penerangan yang diberikan oleh Pengetua ini amatlah bermanfaat kepada kami
kerana maklumat yang telah diberikan berkait rapat dengan dunia pendidikan pada masa
kini. Saya dan pasangan saya iaitu Ow Ji Jing telah menerima tanggungjawab untuk
mengajar Tingkatan Satu, dan guru pembimbing yang telah diberikan kepada kami
adalah Cik Norshazwani Binti Abdul Ghani (Sejarah) dan Puan Saratha (English).

Berdasarkan pemerhatian yang telah dilaksanakan, dapat saya rumuskan bahawa


murid-murid di sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum, ini memberikan kelebihan
kepada pihak sekolah untuk menerapkan semangat 1Malaysia dalam kalangan murid-
murid. Perhimpunan pagi ini juga memberikan kelebihan kepada guru kelas untuk
memantau kehadiran murid-murid ke sekolah. Kedua, saya mendapati bahawa sekolah
ini mengamalkan budaya memberi salam dengan baik. Murid-murid sentiasa
memberikan salam kepada guru tanpa mengira situasi, budaya ini merupakan sesuatu
yang sangat untuk diamalkan di semua sekolah. Budaya yang diamalkan ini mampu
menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan warga sekolah. Budaya memberikan salam
yang telah diterapkan memberikan gambaran positif kepada tetamu yang mengadakan
lawatan ataupun mempunyai urusan di sekolah ini.

Saya juga berpengalaman menjadi salah seorang guru di Sekolah ini selama
setahun. Berdasarkan pemerhatian yang saya laksanakan, dapat disimpulkan bahawa
murid-murid menengah rendah gemar untuk berada dalam kelompok masing-masing.
Murid-murid di dalam kelas ini juga didapati bermasalah dalam menerima arahan yang
diberikan oleh guru, dan mereka tidak mampu untuk menerima arahan daripada guru.
Sebagai contohnya, arahan ‘ tolong senyap’, arahan ini amatlah mudah namun untuk
diaplikasikan di dalam kelas ia mendatangkan cabaran yang besar kepada saya.

Selain itu, saya juga dapat mengesan masalah waktu rehat yang digunakan
secara berlebihan oleh murid-murid. Masalah ini mendatangkan kekangan kepada guru
yang akan mengajar pada waktu selepas rehat kerana waktu interaksi yang telah
dirancang akan terganggu berdasarkan masa kelas yang semakin berkurangan. Saya
juga mendapati bahawa terdapat guru matapelajaran lain yang kadang-kadang
mengambil masa matapelajaran lain sehingga menyebabkan perancangan PdPc yang
dilakukan terganggu. Masalah lain yang timbul berdasarkan pendekatan yang digunakan
adalah, murid-murid tidak mampu mencapai tahap seperti yang ditetapkan manakala
objektif yang telah dinyatakan oleh guru di dalam RPH juga tidak mampu dikuasai.

Penglibatan saya di dalam unit beruniform juga memberikan sedikit pendedahan


mengenai permasalahan dan perancangan yang akan dilaksanakan untuk memudahkan
saya di masa hadapan. Saya telah memilih unit beruniform Persatuan Kadet Bomba
Malaysia, dan persatuan ini aktif melaksanakan pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang
penyertaan saya selama sejam. Aktiviti yang dilaksanakan adalah bacaan ikrar, nyayian
lagu Kadet Bomba, dan pengenalan mengenai Persatuan Kadet Bomba. Pendedahan
baharu telah diterima oleh saya sepanjang sesi pengajaran yang dilaksanakan oleh guru
pembimbing Kadet Bomba iaitu Encik Suhaimi Satpam, ilmu baharu ini juga memberikan
peluang kepada saya untuk mengkaji tahap penerimaan maklumat dan arahan yang telah
dikemukakan kepada murid-murid. Pemerhatian ini membuktikan bahawa murid-murid
sekolah ini tidak mampu untuk menerima arahan dengan baik dan melaksanakan arahan
yang telah dikemukakan oleh guru.
Kesimpulanya, pendedahan selama seminggu yang telah diterima oleh saya
memberikan ilmu yang boleh dipraktikkan pada masa hadapan. Pendedahan awal ini
juga memnberikan kesedaran yang tinggi kerana apa yang cuba dibayangkan oleh saya
selama ini tidak sama dengan dunia realiti yang berlaku di sekolah.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

You might also like