You are on page 1of 4
~GMGA 2013 _ _SULIT _ Universiti Utara Malaysia PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER APRIL SESI 2014/2015 PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) KOD/ NAMA KURSUS : GMGA2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA TARIKH 219 OGOS 2014 (SELASA) MASA .00 — 11.30 PAGI (2 JAM 30 MINIT) JUM DAN SEMUA PUSAT PJ |ARAHAN : 1. Kertas soalan ini mengandungi TUJUH (7) soalan, iaitu LIMA (5) soalan struktur dalam Bahagian A, SATU (1) soalan kajian kes dalam Bahagian B dan SATU (1) soalan esei dalam Bahagian C di dalam tiga halaman bercetak, tidak termasuk kulit hadapan . Anda dikehendaki menjawab SEMUA soalan. Semua jawapan hendaklah ditulis di dalam lembaran jawapan yang disediakan PERATURAN BERKENAAN KECURANGAN AKADEMIK ADALAH TERPAKAI DALAM PEPERIKSAAN INI. NO. MATRIK : l (dengan angka) (dengan perkataan ) NO. KAD PENGENALAN : NAMA PENSYARAH: DR. RUSLAN ZAINUDDIN KUMPULAN: [| NO. MEJA : JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERI ARAHAN SULIT GMGA2013 Porlombagaan Malaysia PERINGATAN: Kertas soalan ini berkaitan dengan undang-undang perlembagaan. Jawapan anda hendaklah berasaskan fakta dan (jika berkaitan) merujuk kepada peruntukan-peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan, Jawapan yang berasaskan andaian, tafsiran sendiri atau lojik akal tidak akan diberi sebarang markah BAHAGIAN A (70 Markah) SOALAN STRUKTUR Arahan: Jawab SEMUA soalan. 1. Perjalanan pilihan raya di Malaysia dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihenraya yang ditubuhkan di bawah Perkara 113(1) Perlembagaan Persekutuan, (a) Ada dua jenis pilihan raya yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya di Malaysia. Nyatakan DUA (2) jenis pilihan raya yang dimaksudkan itu dan tujuan pilihan raya tersebut diadakan. (10 markah) (b) Senaraikan LIMA (5) daripada syarat yang ditetapkan untuk melayakkan seseorang itu bertanding sebagai calon dalam pilihan raya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, (§ markah) 2. ‘Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara dan mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka tidak boleh bercanggah dengan ‘mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persckutuan. Jika bercanggah, undang- undang itu dianggap terbatal, setakat yang bercanggah itu’ (a) Perihalkan secara ringkas EMPAT (4) sekatan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak membolehkan sesuatt peruntukan itu dipinda dengan sewenang-wenangnya, G markah) (b) Jelaskan secara ringkas DUA (2) peruntukan secara khusus dalam Petlembagaan Persekutuan yang berperanan untuk mengukuhkan konsep ketinggian perlembagaan (10 markah) GMGA2013 Perlembagaan Malaysia 3. Beberapa peruntukan khusus telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menjamin kebebasan badan kehakiman di Malaysia dalam mencgakkan keadilan, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. (a) Nyatakan secara 1ekas LIMA (5) daripada peruntukan yang dimaksudkan itu (10 markah) (b) Jelaskan secara ringkas EMPAT (4) bidang kuasa mahkamah yang besar dalam bidang perundangan dan cksekutif. (S markah) 4. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan pembahagian kuasa yang jelas di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam sistem persekutuan di Malaysia. Namun ada beberapa peruntukan yang membolehkan kerajaan pusat mengubal undang-undang yang mengatasi bidang kuasa kerajaan negeri, termasuk perkara-perkara yang, termaktub dalam Senarai Negeri. (a) Nyatakan secara ringkas EMPAT (4) daripada peruntukan yang dimaksudkan itu. (10 markah) (b) Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan “kuasa-kuasa baki” dalam konteks sistem persekutuan di Malaysia? (5 markah) 5. Menurut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong akan melantik seorang ahli Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri yang menurut pandangan baginda, mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat. {@) Sika Perdana Menteri berhasrat melantik Timbalan Perdana Menteri dalam kalangan ahli Dewan Negara, jelaskan hujah dari sudut pertembagaan yang membenarkan atau ‘menghalang tindakan sedemikian dilakukan, (S markah) (b) Andaikan Perdana Menteri ingin mewujudkan satu lagi jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk mewakili kepentingan penduduk di Sabah dan Sarawak. Bagi tujuan itu, beliau bercadang melantik salah seorang ahli Dewan Undangan Negeri Sabah atau Sarawak untuk mengisi jawatan tersebut ‘Adakah cadangan dj atas boleh dilaksanakan atau tidak? Huraikan alasan dari sudut perlembagaan yang membenarkan atau menghalang tindakan itu dilakukan, : (5 markah) GMGA2013 Perlembagaan Malaysia BAHAGIAN B (10 Markah) SOALAN KAJIAN KES. Arahan: Jawab soalan berikut. 4. “Senator Abu Bakar Saad adalah seorang ahli Dewan Negara yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Melaka untuk mewakili negeri itu di Dewan Negara bagi pengga’ yang, pertama selama tiga tahun. Pada 16 Julai 1996, beliau terlibat dalam satu kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas menghadiri persidangan Dewan Negara. Akibat kemalangan itu, beliaa mengalami kecederaan otak yang serius. Doktor pakar yang merawatnya telah mengesahkan bahawa kecederaannya itu kekal dan tidak dapat dipulihkan, Beliau juga tidak mungkin dapat menjalani semula kehidupan biasa secara normal” Berasaskan fakta-fakta kes di atas dan berpandukan peruntukan yang berkaitan dalam Perlembagaan Persckutuan: (a) Jelaskan kedudukan Senator Abu Bakar Saad sebagai ahli Dewan Negara. (5 markah) (b) Apakah langkab-langkah yang perlu diambil oleh Dewan Negara terhadap beliau sebagai ahli Dewan Negara? (5 markah) Jawapan anda mesti diperkukubkan dengan fakta-fakta perlembagaan dalam kes di atas, serta maklumat dan hujal-hujah kes yang menyentuh perscalan perlembagaan, Jawapan yang berasaskan andaian, tafsiran sendiri atau rekaan tidak akan diberi sebarang markah, BAHAGIAN C (20 Markah) SOALAN ESEY Arahan: Jawab soalan berikut. 1, “Fasal (1A) Perkara 121 telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan, hasil daripada pindaan yang dilakukan pada talwin (988. Pindaan itu memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah bawahan tidak boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Fasal ini dikatekan berupaya untuk mengatasi pertindihan bidang kuasa di antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.” Berdasatkan petikan di atas, nilaikan keberkesanan pindaan Perkara 121 dan kewujudan Fasal {(A) untuk menjadikan Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Sivil yang ditubuhkan di bawah undang-undang persekutuan. Jawapan anda hendaklah bersandarkan hujah-hujah dari sudut perlembagaan dan contoh- contoh yang berkaitan. Jawapan yang berasaskan tafsiran sendiri, andaian atau lojik akal tidak akan diberi sebarang markah, (20 markah) Tamat Soalan

You might also like