You are on page 1of 2

Terima kasih tuan pengerusi majlis.

Selamat sejahtera saya

ucapkan kepada guru besar, para penolong kanan, para hakim,

penjaga masa, guru-guru dan rakan-rakan yang saya hormati.

Nama saya Fiorella Felix dari kelas 2S. Tajuk cerita saya pada

hari ini ialah Keldai yang Pemalas.

Danny seorang peladang memelihara seekor keldai yang

bernama Bobo. Bobo tidak suka bekerja. Bobo hanya makan

dan tidur.

Suatu hari, Danny membawa Bobo ke pasar.

“Bawa bungkusan garam ini pulang. Jangan biarkan ia

terkena air,” kata Danny.

Bobo merungut sepanjang jalan. Tiba-tiba, Bobo terjatuh

ke dalam sungai. Dia sangat germbira kerana semua garam

yang dibawa telah melarut ke dalam sungai.

Sekarang dia sudah tahu cara hendak mengurangkan

beban yang dibawanya. Setiap hari, Bobo menggunakan helah

yang sama.

Lama-kelamaan, Danny menyedari helah Bobo. Danny

mendapat akal. Dia meletakkan seguni span di belakang Bobo.


Dalam perjalanan pulang, Bobo sengaja masuk ke dalam

sungai lagi. Semua span yang dibawanya menyerap air.

Seluruh badannya sakit kerana membawa beban yang berat.

“Aduh, sakitnya badanku. Berat betul guni ini. Span

rupanya di dalam guni ini. Aku ingatkan garam,” keluh Bobo.

Bobo menyesal. Sejak peristiwa itu, dia menjadi keldai

yang rajin.

Wahai kawan-kawan!

Moral cerita ini ialah janganlah kita bersikap malas dan

menipu.

Sekian, terima kasih.

You might also like