You are on page 1of 10

BAHAGIAN A: Soalan Objektif

30 MARKAH
Jawab semua soalan. Pilih satu jawapan yang tepat.

1. Seseorang individu itu dikatakan mempunyai kecergasan yang baik sekiranya…

A. Dapat melakukan aktiviti harian tanpa sebarang kecederaan.


B. Tidak mengalami sebarang penyakit kronik seperti penyakit jantung.
C. Mampu melakukan aktiviti fizikal dengan menggunakan tenaga yang minimum tanpa berasa letih.
D. Menggunakan tenaga yang maksimum ketika melakukan larian 1500 meter.

2. Yang berikut ialah aktiviti yang berbentuk aerobik, kecuali…

A. Latihan memanah
B. Latihan parcourse
C. Latihan fartlek
D. Berjoging

3. Semasa aktiviti mengira nadi dilakukan, jari yang mesti digunakan ialah…

A. Jari telunjuk dan hantu.


B. Ibu jari dan jari telunjuk.
C. Jari hantu dan manis.
D. Jari telunjuk dan jari hantu.

4. Aktiviti yang dilakukan secara berterusan dengan pelbagai tahap kelajuan dikenal sebagai…

A. Latihan fartlek
B. Latihan litar
C. Latihan jeda
D. Latihan daya tahan otot

5. Mesomorf dikaitkan dengan individu yang mempunyai bentuk tubuh badan yang…

A. Kurus
B. Gemuk
C. Tegap dan berotot
D. Kurus tetapi berotot

6. Wanita yang mempunyai bentuk badan gynoid mengalami masalah…

A. Pengumpulan lemak di bahagian perut.


B. Pengumpulan lemak di bahagian punggung dan paha.
C. Kitaran haid tidak teratur.
D. Sistem peranakan terjejas.

2
7. Apakah aktiviti yang sesuai untuk membina kekuatan di bahagian kaki?

A. Naik turun bangku


B. Lari pecut 30 meter
C. Lompat jauh berdiri
D. Meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang.

8. Kebolehan melakukan kerja secara berulang-ulang dan berterusan dalam jangka masa yang panjang
adalah berkaitan dengan…

A. Daya tahan otot


B. Daya tahan dinamik
C. Daya tahan isotonic
D. Daya tahan kardiovaskular

9. Seseorang atlet itu perlu _______________ selepas melakukan aktiviti sukan.

A. Memanaskan badan
B. Menyejukkan badan
C. Mandi dengan segera
D. Makan seberapa yang segera

10. Aktiviti bersenam perlu dilakukan bagi…

A. Menambahkan berat badan


B. Membolehkan tidur lebih selesa
C. Mengelakkan badan terdedah pada penyakit yang bahaya.
D. Meningkatkan daya tumpuan dan pembelajaran yang lebih berkesan.

11. Apakah kepentingan memanaskan badan?

A. Menurunkan suhu badan


B. Melancarkan pengaliran darah
C. Mengurangkan risiko kecederaan sebelum melakukan aktiviti
D. Mampu melakukan sesuatu aktiviti dalam jangka masa yang panjang.

12. Jumlah pemain untuk satu pasukan dalam permainan bola baling ialah…

A. 5 orang
B. 6 orang
C. 7 orang
D. 8 orang

3
13. Aspek penting dalam pengurusan alatan sukan di sekolah ialah…

A. Keselamatan peralatan yang akan digunakan oleh pelajar.


B. Susun atur peralatan tersebut
C. Penyemakan stok alatan tersebut
D. Jadual berkaitan nama peminjam alatan sukan.

14. Sekiranya penyemakan stok ingin dilakukan, dokumen penting yang perlu dilakukan ialah…

A. Resit pembelian alatan dan buku rekod peralatan


B. Buku rekod peralatan dan buku keluar masuk peralatan
C. Buku keluar masuk peralatan dan resit pembelian alatan
D. Senarai nama guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani.

15. Tujuan Nombor Inventori dicatatkan dalam buku rekod peralatan adalah untuk…

A. Memudahkan guru mengetahui jumlah bilangan sesuatu peralatan tersebut.


B. Catat bila peralatan yang dibeli dan digunakan
C. Mengetahui jumlah perbelanjaan yang digunakan untuk membeli peralatan tersebut.
D. Membolehkan peralatan tersebut dikesan apabila alatan itu dipinjamkan kepada murid.

16. Salah satu amalan pemakanan yang tidak sihat dikenali sebagai aneroksia yang bermaksud…

A. Berlapar dan tidak sukakan makanan


B. Memuntahkan makanan yang baru dimakan dengan cara mengorek tekak selepas makan.
C. Pengambilan pil pelangsing badan.
D. Makan secara berlebihan.

17. Salah satu ciri yang dapat dilihat pada individu yang menghidap bulimia nervosia ialah…

A. Terlalu bimbang dan takut akan gemuk.


B. Benci pada makanan
C. Gangguan terhadap selera makan.
D. Mempunyai selera yang tinggi.

18. Karbohidrat yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit…

A. Diabetes
B. Jantung
C. Anemia
D. Barah Otak

19. Ikan, daging, dan telur adalah antara beberapa contoh sumber makanan yang berfungsi untuk…

A. Tumbesaran dan membaiki tisu yang rosak


B. Proses metabolisme protein asid dan amino
C. Sumber tenaga untuk memanaskan badan
D. Pembentukan sel darah merah
4
20. Contoh perbuatan yang boleh dikelaskan sebagai penderaan mental dan emosi terhadap kanak-kanak
ialah…

A. Suka mencaci, menghina atau menjatuhkan air muka kanak-kanak


B. Memukul kanak-kanak tanpa sebab yang munasabah
C. Menjadikan kanak-kanak perempuan sebagai pelacur
D. Tidak memberikan makanan dengan secukupnya

21. Apakah peranan agensi yang ditunjukkan pada gambar di atas dalam mengendalikan kes penganiayaan
kanak-kanak?

A. Mengadakan kaunseling
B. Menjana penjagaan kanak-kanak
C. Menyiasat kes dera
D. Melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap kanak-kanak

22. Kesan dari segi sosial yang dapat dilihat akibat penderaan terhadap kanak-kanak ialah…

A. Mudah diserang penyakit


B. Kecacatan anggota badan
C. Hilang keyakinan dan harga diri
D. Suka mengasingkan diri daripada bergaul dengan orang lain

23. Apakah tiga amalan pemakanan yang tidak sihat?

I Memuntahkan segala makanan


II Mengamalkan makanan seimbang
III Pengambilan pil pelangsing badan
IV Berlapar dan tidak sukakan makanan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

5
24. Yang berikut ialah langkah-langkah untuk mencegah amalan pemakanan yang tidak sihat.

I Makan ikut jadual dan secara berhemah


II Tidak mengambil makanan yang berkalori tinggi
III Mengamalkan senaman yang tetap sekurang-kurangnya 2 kali seminggu
IV Memperbanyak makan sayur-sayuran dan buah buahan

A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, II dan IV
D. I, II, III dan IV

25. Pilih penyataan yang benar mengenai kesan buruk amalan pemakanan yang tidak sihat.

I Boleh menyebabkan kematian


II Kekurangan rembesan estrogen
III Gangguan pada denyutan jantung
IV Kandungan elektrolit badan seimbang

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

26. Sumber makanan yang dapat dikelaskan sebagai makronutrien ialah…


I Jagung
II Kacang soya
III Susu
IV Nasi

A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. I, II, III dan IV

27. Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri keluarga yang cemerlang?

I Selalu menghadapi masalah


II Bekerjasama dan bertanggungjawab
III Ikatan perhubungan keluarga yang erat
IV Saling membantu antara satu dengan yang lain

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

6
28. Peranan utama ibu bapa ialah menyediakan…

I Kemewahan hidup
II Kasih sayang
III Perlindungan
IV Keperluan asas

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

29. Apakah kesan penagihan dadah terhadap keluarga?

I Rumah tangga menjadi porak peranda


II Mencemarkan maruah dan nama baik keluarga
III Hubungan mesra antara ahli keluarga akan terjejas
IV Penyakit yang dihidapi akan menjangkiti ahli keluarga yang lain

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

30. Bagaimanakah cara untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala dadah?

I Mendapat didikan agama


II Bergaul dengan sesiapa sahaja
III Tidak mencuba dadah ataupun rokok
IV Merapatkan hubungan dengan ahli keluarga

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dn IV
D. II, III dan IV

7
BAHAGIAN B: Soalan Subjektif

20 markah

31. Nyatakan otot-otot utama yang terlibat dalam permainan bola baling.

Bisep Trisep Pektoralis Major Kuadrisep Gastronemius

[5 markah]

8
32. Rajah menunjukkan kemahiran asas dalam permainan badminton. Padankan gambar dengan kemahiran
asas yang betul.

Rajah Kemahiran asas

Kemahiran smesy

Kemahiran pukulan

Kemahiran memegang raket

Kemahiran servis

Kemahiran gerak kaki

[5 markah]

9
33. Berdasarkan penyataan di bawah, tulis BETUL atau SALAH tentang cara-cara yang sesuai untuk
menguruskan stress.

a. Rizal berasa tertekan


apabila dia gagal
Merujuk masalah tersebut
memperoleh keputusan .

kepada guru atau keluarga.


yang cemerlang dalam
peperiksaan akhir tahun.

b. Encik Shah mengalami


stress apabila kerja di
pejabatnya semakin Mengambil keputusan .

bertimbun dan sukar untuk meletakkan jawatan.


disiapkan dalam tempoh
yang ditetapkan.

c. Nik mengalami stress


ekoran pergaduhan yang Menyimpan perasaan untuk .

tercetus antara dia dengan membalas dendam


Aaron pada minggu lepas.

d. Zalika berasa semakin


tertekan setiap kali
mendengar pertengkaran Mengambil keputusan untuk .

ibu dan bapanya yang telah lari dari rumah.


berlarutan sejak seminggu
yang lalu.

e. Thana murung dan


kurang berminat untuk pergi
ke sekolah kerana dia Mengadu hal tersebut
sering diejek oleh rakan- kepada guru dan pihak .

rakan ekoran keadaan sekolah.


fizikalnya yang agak
gempal.

[5 markah]

10
34. Isi tempat kosong dalam jadual dibawah dengan prinsip T.O.T.A.P.S yang betul untuk kecederaan
ringan.

Prinsip Prosedur

Berkomunikasi dengan mangsa seperti bertanya soalan-soalan yang


a. _______________ berkenaan situasi.

Tumpukan perhatian pada pernafasan, denyutan nadi serta keseluruhan


b. _______________ tubuh badan mangsa untuk mengenal pasti sesuatu yang tidak normal atau
mengetahui tahap kecederaan mangsa.

Sentuh bahagian badan mangsa dengan perlahan untuk mengenal pasti


c. _______________ kecederaan.

Minta mangsa menggerakkan anggota badan yang cedera untuk mengesan


d. _______________ tahap kecederaan.

Sekiranya anggota yang cedera berada dalam keadaan pasif (tidak mampu
e. Passive digerakkan) , segeralah membawa mangsa ke hospital kerana itu
menunjukkan bahawa mangsa mengalami kecederaan yang serius.

Lakukan pelbagai pergerakan asas pada bahagian badan yang cedera


f. _______________ untuk menentukan tahap kecederaan.

[5 markah]

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH, DISAHKAN OLEH,

………………………………. ………………………………. ……………………………….


PUAN SHARIFAH RASYIDAH PN. WAN ROOWATI BINTI PN. SHAMSIAH BINTI
BT SYED ABDUL HALIM WAN MAHMOOD ABDULLAH
GURU PENDIDIKAN MORAL GURU KANAN PENOLONG KANAN
KEMANUSIAAN PENTADBIRAN &
KURIKULUM

11

You might also like