You are on page 1of 2

Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan

sahaja mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi.
Perubahan politik telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan
perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan
India ke Tanah Melayu. Hal ini menjadi semakin hebat selepas campur tangan British
di Negeri-negeri Melayu, kestabilan politik yang wujud membolehkan eksploitasi
ekonomi dan politik sepenuhnya. Dari segi ekonomi, perkembangan perusahaan bijih
timah dan getah telah menyebabkan kemasukan imigran cina dan India secara
beramai-ramai. Penghijrahan imigran Cina dan India ini telah mewujudkan
masyarakat majmuk di Tanah Melayu sehingga ke hari ini.

Penghijrahan masyarakat luar ke Tanah Melayu bukan sahaja melibatkan


kaum Cina dan India, malah ada orang Indonesia yang datang dari Kalimantan, Jawa,
Sumatera, Sulawesi, Riau dan lain-lain Kepulauan Indonesia. Kebanjiran
imigran-imigran dari luar ini telah membentuk konsep masyarakat majmuk di
Malaysia, bermulanya dari sejak awal lagi. Persoalannya sekarang, kenapakah
penghijrahan berlaku pada zaman itu? Mengapakah kaum Cina dan India yang
menjadi intipati kepada pokok persoalan penghijrahan di Tanah Melayu, sedangkan
terdapat juga bangsa-bangsa lain? Soalan ini akan terjawab apabila kita mengupas
akan proses kedatangan imigran Cina dan India ke Negeri-negeri Melayu.

Dalam konteks sejarah, proses migrasi jelas berlaku pada abad ke-19 apabila
Kerajaan British berusaha membawa masuk golongan imigran Cina dan India untuk
berkerja di dalam beberapa sektor yang tidak mendapat sambutan penduduk tempatan.
Bahkan bukan sedikit yang berpendapat, masyarakat majmuk di Malaysia pada hari
ini ialah kerana kontruksi pihak British. Menurut J.S. Furnival dalam Ruslan
Zainuddin (2004), masyarakat majmuk kepada sebuah masyarakat seperti Malaysia
hari ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan setiap kaum mempunyai budaya,
agama, bahasa, adat resam dan cara hidup yang tersendiri.

Melalui dasar pecah dan perintah (devide and rule) pihak British, konsep
masyarakat majmuk lahir daripada migrasi kaum-kaum Cina dan India dapat dicirikan
dengan perpecahan dan konflik antara kumpulan-kumpulan manusia yang berada di
bawah satu sistem. Perpecahan ini dapat dirujuk kepada aspek politik, ekonomi, dan
sosial masyarakat. Keadaan ini jelas apabila berlaku pembahagian buruh dalam sistem
ekonomi berdasarkan pemisahan kaum dalam masyarakat dengan setiap kaum
mempunyai fungsi-fungsi ekonomi yang tersendiri (Ruslan Zainuddin, 2003).

Jelas, bahawa proses kedatangan imigran-imigran Cina dan India ke Tanah


Melayu telah mendominasi kepelbagaian etnik di negara ini sekaligus melahirkan
sifat ‘hetergenous’budaya, perpecahan social dan konflik. Masyarakat dikelompok
mengikut lokasi dan peluang-peluang ekonomi mereka. Keadaan ini telah melahirkan
sedikit sebanyak sifat komunalisme (perkauman) dalam masyarakat. Rentetan
daripada isu kemajmukkan masyarakat di Malaysia hari ini, fokus penulisan esei ini
turut meninjau perspektif proses kedatangan imigran-imigran Cina dan India ke
Tanah Melayu berdasarkan sebab tertentu dan kesannya.

You might also like