You are on page 1of 6

INIT MESYUARAT PANITIA SIVIK & KEWARGANEGARAAN KALI 1/2012

MINIT MESYUARAT PANITIA SIVIK & KEWARGANEGARAAN KALI 1/2012

SMK TUN MUTAHIR

Tarikh : 19 Januari 2012

Hari : Khamis

Masa : 1.30 - 2.30 Petang

Tempat : Perpustakaan SMK Tun Mutahir

Kehadiran : En Chua Kai Huat

En Abd Kadir Bin Idris

En Abd Khalek Bin Haji

Cik Aniha Binti Ahmad

Pn Hasnah Binti Seman

Pn Siti Aisah Binti Mohd Noor

Cik Ho Yin Mei

En Lee Kok Kong

Pn Nor Haslinda Binti Kamisan

Cik Nurul Ezzah Binti Roslan

Pn Rohana Binti Mamat

En Zali Bin Mat Yasin

Tidak Hadir : Tuan Hj Hussin Sirun (Pengetua) - Mesyuarat


Pn Lim Lay Neo (GKMP Kemanusiaan) - Mesyuarat

Pn Siti Munirah Shahari - (Cuti Bersalin)

Yong Yoke Mee - ( Kelas )

AGENDA MESYUARAT

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran semua guru mata pelajaran PSK yang lama dan baru
tingkatan 1 hingga tingkatan 5 bagi tahun 2012 serta mengucapkan terima kasih atas kehadiran para
guru bagi mesyuarat kali pertama bagi sesi 2012.

1.2 Pengerusi juga mengagihkan ‘marker pen ‘kepada semua guru yang hadir dalam mesyuarat PSK.

Tindakan : Semua guru PSK

2.0 Membentang Dan Mengesahkan Minit.

2.1 Ketua Panitia membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan disahkan

sebulat suara.

2.2 Pencadang : En Abd Kadir Idris

2.3 Penyokong :Pn Hasnah Seman.


Tindakan : Semua guru PSK

3.0 Bangkitan Minit Mesyuarat Yang Lalu.

3.1 Semua program-program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan

jayanya. Antara program yang dijalankan ialah Pogram 3K,Program 5S

sekolah,Gotong Royong Perdana Sekolah,Bulan Kemerdekaan serta

program selepas PMR iaitu lawatan sambil belajar ke tempat-tempat

bersejarah di Melaka.

3.2 Pengerusi juga menyatakan bahawa Laporan Belanjawan telah pun

dihantar berdasarkan mesyuarat yang telah diadakan baru-baru ini

Tindakan : Semua guru PSK

4.0 Perkara Yang Dibincangkan

4.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru PSK bahawa segala buku

rujukan telah pun di beli akan diserahkan kepada guru mengikut tingkatan

masing-masing.

4.2 Pengerusi meminta agar semua guru PSK supaya menyiapkan rancangan

tahunan bagi matapelajaran PSK dengan baik dan tersusun.

4.3 Pengerusi juga berkongsi pendapat semua guru PSK supaya memberikan idea berkaitan aktiviti –
aktiviti baru yang akan dijalankan sepanjang tahun 2012.

Tindakan : Semua guru PSK

5.0 Pengajaran Dan Pembelajaran PSK

5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa setiap tingkatan mempunyai


penyelaras. Antaranya ialah:

Penyelaras Ting 1 : En Abd Khalek Bin Haji

Penyelaras Ting 2 : Pn Hasnah Binti Seman

Penyelaras Ting 3 : Cik Nurul Ezzah Binti Roslan

Penyelaras Ting 4 : En Abd Kadir Bin Idris

Penyelaras Ting 5 : Cik Aniha Binti Ahmad

5.2 Selain itu,pengerusi juga menjelaskan kepada semua guru PSK supaya

membantu pelajar dari segi pemberian markah antaranya buku teks,buku

nota,buku latihan sudah cukup untuk membantu pelajar mendapat

markah.Penilaian yang boleh dilakukan oleh guru PSK dalam pelbagai

bentuk soalan atau aneka pilihan sama ada objektif,struktur atau esei. Bagi

sistem pemarkahan pula,penilaian dalaman iaitu ujian bertulis sebanyak

100% atau dicampur aspek pemerhatian guru@ kerja kumpulan.

5.3 Pengerusi juga menjelaskan sistem pemarkahan akhir tahun

pula,penilaian akan dinilai melalui ujian bertulis di tambah 40% daripada

projek khidmat masyarakat.

5.4 Pengerusi juga menerangkan cara-cara membuat soalan PSK yang tepat

berdasarkan pengalaman pengerusi yang telah dilantik menjadi pengubal

soalan PSK. Malah pembinaan item soalan hendaklah selaras mengikut

piawai sekolah.

5.5 Pengerusi juga menegaskan bahawa item soalan hendaklah soalan yang

relevan malah tiada unsur sensitif ataupun bercampur isu politik.


5.6 Pengerusi juga mengingatkan kepada semua guru hendaklah memasukkan

markah yang diajar kedalam SAPS.

Tindakan : Semua guru PSK

6.0 Perancangan Aktiviti/Program Panitia 2012

· Program Khidmat Masyarakat Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 mengikut tema yang ditentukan.

· Program 3K Peringkat Sekolah

· Program Bulan Kemerdekaan Malaysia (Bulan Ogos-September)

· Minggu PSK

· Program Gotong Royong Sekolah

· Lawatan/ Luar Sekolah

Tindakan : Semua guru PSK

7.0 Kewangan/Belanjawan Panitia 2012

7.1 Baki semasa tahun 2011 RM 652.30 manakala PCG tahun 2012 adalah

sebanyak RM 10,750.00

7.2 Peruntukan ini akan diagihkan mengikut tingkatan bermula tingkatan1


hingga tingkatan 5.

Tindakan : Semua guru PSK

8.0 Program Inovasi 2012

8.1 Pengerusi memaklumkan bahawa matapelajaran PSK tiada PBS, tetapi guru wajib membuat ujian
kepada pelajar kemudian memasukkan markah PSK ke dalam SAPS.

8.2 Pengerusi juga memberitahu beliau telah pun membeli beberapa gambar bagi program inovasi
antaranya gambar Perdana Menteri, Gambar Raja-Raja mengikut standart keperluan sekolah.

Tindakan : Semua guru PSK

9.0 Hal-Hal Lain

9.1 Pn Hasnah memberitahu terdapat beberapa kelas yang pelajarnya mempunyai sikap malas tidak
menyiapkan folio hal ini menyebabkan markah peperiksaan PSK merosot.

9.2 Pengerusi telah pun meyiapkan jadual bina item soalan,selepas cuti Tahun

Baru Cina akan diedarkan.

Tindakan : Semua guru PSK

10.0 Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang

Disediakan oleh : Siti Aisah Binti Mohd Noor

Setiausaha PSK SMK Tun Mutahir

You might also like